Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, October 22, 2018

MTUC GESA DOSH KELUAR PERINTAH BERHENTI KERJA BAGI PROJEK PEMBANGUNAN LERENG BUKIT



GEORGE TOWN, 21 Okt : Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang hari ini menggesa Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab bagi semula perlanggaran undang-undang berhubung kejadian tanah runtuh Bukit Kukus, Paya Terubong di sini.

Setiausahanya K. Veeriah juga meminta DOSH mengeluarkan perintah berhenti kerja melibatkan semua pembangunan lereng bukit di Pulau Pinang sehingga mereka mematuhi langkah-langkah mitigasi hakisan tanah.
“DOSH tidak harus, dan tidak boleh, berkompromi mengenai perkara ini. Kami, seterusnya menggesa semua pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan siasatan mereka sendiri dalam perkara ini untuk memastikan sioasatan menyeluruh terhadap tragedi yang tidak diingini ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata MTUC juga kesal terhadap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow bahawa kerja-kerja pembinaan di lereng bukit tidak akan dihentikan.
“Memandangkan hakikat bahawa tidak ada langkah-langkah mitigasi hakisan tanah diambil di mana-mana pembangunan lereng bukit di negeri ini seperti dilaporkan, Kami terkejut dengan pendiriannya berhubung perkara itu, ” kata beliau.
Veeriah juga menyampaikan ucapaan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terkorban dalam insiden itu.
Insiden tanah runtuh itu yang dilaporkan pada 1.56 petang Jumaat lepas setakat ini telah mengorbankan tujuh pekerja asing, empat cedera dan tiga masih terperangkap di bawah runtuhan tanah.
Kejadian itu berlaku selepas hujan lebat pada Khamis sehingga menyebabkan tanah dari atas bukit runtuh dan menimbus kontena yang dijadikan rumah pekerja di tapak pembinaan jalan raya berkembar di Bukit Kukus.
sumber : BERNAMA

1 comments:

Thank you for sharing
https://aab-edu.net/

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More