Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Friday, September 21, 2018

Video : Kuetiau kerang air tangan si cilik Pasar Malam Jalan Tar KL



kredit artikel asal : HMetro

SEMANGATNYA yang berkobar-kobar mahu menjadi penyambung legasi keluarga sebagai tukang masak mendorong kanak-kanak lelaki ini menguasai kemahiran memasak dan menyediakan pelbagai hidangan enak.
Meskipun usianya baru 12 tahun, namun dia menggunakan kemahiran itu membantu ibu bapanya menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan yang singgah di gerai mereka di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur pada setiap Sabtu.
Menceritakan mengenai minatnya, Mohd Raziq Rizqan Roslan dari Taman Batu Muda, Batu Caves berkata, pada mulanya dia hanya memerhatikan cara ibu bapanya menggoreng kuetiau kerang.



“Kemudian saya sediakan sendiri kuetiau goreng kerang dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Memang gembira kerana mereka menyukainya.
“Sekarang setiap Sabtu saya bantu ibu dan ayah di pasar malam. Saya berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan.
“Memang menjadi niat saya untuk menyediakan hidangan terbaik kepada pelanggan selain dapat membantu ibu dan ayah di pasar malam,” katanya.
Katanya, sejak berusia sembilan tahun lagi, dia kerap ke dapur membantu ibunya, Rosmawati Nakim, 56, menyediakan pelbagai juadah.
Sementara itu, bapanya, Roslan Ab Ghani, 61, berasa bangga kerana anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak gugup ketika menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di gerai mereka.
Menurutnya, Mohd Raziq Rizqan mewarisi bakat memasak daripada ahli keluarga yang lain kerana nenek, ibu dan abangnya adalah tukang masak profesional.
Katanya, pada peringkat awal Mohd Raziq Rizqan hanya membantu memotong sayur, bawang dan bahan lain sebelum dibenarkan memegang senduk untuk menyediakan kuetiau goreng kerang.
“Melihat anak yang amat meminati bidang masakan, kami kemudian benarkan dia menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di pasar malam sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, ramai yang puji masakan anak, malah ada pelanggan tetap yang meminta kuetiau goreng kerang disediakan Mohd Raziq Rizqan,” katanya.
Katanya, kemahiran Mohd Raziq Rizqan memasak tular di media sosial selepas video kanak-kanak itu yang menggoreng kuetiau kerang dimuat naik kakaknya.
Setakat ini, video berkenaan ditonton lebih 300,000 pelayar dan menerima komen positif daripada orang ramai yang memuji kebolehan Mohd Raziq Rizqan memasak.
Keluarganya amat menyokong minat anak mereka itu berikutan tidak mahu dia leka dengan gajet atau perkara tidak berfaedah lain.
“Jadual Mohd Raziq Rizqan sebenarnya padat, lebih lagi dia bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Dia perlu menghadiri kelas tambahan selain aktif dengan program sukarelawan.
“Kami tidak pernah paksa dia memasak, namun dia bersungguh-sungguh mahu membantu dan berpuas hati apabila pelanggan menyukainya,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More