Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (679) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, September 13, 2018

Terbaru Apple iPhone XR Diperkenalkan Dengan Skrin 6.1-inci LCD, Pelbagai Pilihan Warna

Bersama-sama pengenalan iPhone XS dan iPhone XS Max, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan telefon pintar ketiga mereka, iaitu iPhone XR. Telefon pintar ini hadir dengan pilihan enam warna berbeza, termasuk dalam warna merah dan juga biru.
Apple iPhone XR
iPhone XR hadir dengan skrin 6.1-inci dan menggunakan panel LCD. Apple mengatakan ia menawarkan kejituan warna paling tepat pada panel LCD berbanding pesaing yang lain dipasaran.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Dari segi perbezaan berbanding model utama, ia dilihat iPhone XR menyertakan panel LCD, rekaan kerangka berasaskan aluminium, dan hanya satu kamera belakang. iPhone XR turut menawarkan sokongan kalis air IP67 bersama-sama dengannya.
Selain daripadanya, telefon pintar ini masih mengekalkan penggunaan cip Apple A12 Bionic yang menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone XS – termasuk dari segi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
iPhone XR turut menyertakan sokongan Face ID untuk nyah-kunci berasaskan wajah, selain dilengkapi sokongan Tap-To-Wake untuk mengaktifkan skrin – kerana ketiadaan butang Home. Apple turut menyertakan sokongan tindak-balas haptik sebagai ganti untuk 3D Touch yang terdapat pada beberapa iPhone sebelum ini.
Apple iPhone XR
Untuk rakaman gambar, iPhone XR menyertakan hanya satu kamera belakang dengan sensor 12-megapixel. Walaubagaimanapun, Apple menjanjikan kualiti rakaman yang baik, termasuk kemampuan menghasilkan rakaman bokeh melalui bantuan perisian.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple akan memasarkan iPhone XR ini bermula bulan Oktober kelak, dimana ia dijangka menawarkan harga yang sedikit rendah berbanding model iPhone “Plus” sebelum ini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More