Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, September 29, 2018

5 TIPS HILANGKAN BISA IKAN KELI

Hasil carian imej untuk IKAN KELI

Ikan keli dan ikan sembilang mempunyai bisa yang berupa duri di sirip kiri dan kanan. Jika sengatan ini terkena pada manusia boleh menyebabkan bengkak dan kesakitan yang teramat sangat. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mengetahui cara menanganinya. Berikut adalah beberapa tips hilangkan bisa ikan keli

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan sebelum mencuba beberapa petua dibawah ini ialah, picit bahagian yang terkena sengatan tadi sehingga keluar darah. Kemudian bolehlah mencuba salah satu petua dibawah.
1.Kopi
Ambil dalam 3 sudu serbuk kopi dan masukkan dalam cawan. Kemudian curahkan dengan air panas dan wapkan bahagian yang terkena sengatan ikan keli tadi.
2. Asam Jawa
Sapukan asam jawa di bahagian yang telah disengat, kemudian tampalkan seketika dengan cara membalutnya bersama dengan asam jawa.
3. Limau Nipis
Belah limau nipis dan sapukan dibahagian yang terkena sengatan tadi. Kedengaran seperti agak mengerikan, tetapi ini adalah salah satu petua hilangkan bisa ikan keli.
4. Sabut Kelapa
Bakar sabut kelapa dan layurkan dibahagian yang terkena bisa sengatan ikan tadi. Kaedah ini mengambil masa selama lima hingga sepuluh minit untuk menghilangkan rasa sakit.
5. Kapur Sirih
Sapukan dengan nipis disekeliling bahagian yang terkena sengatan ikan tadi, pastikan kapur tidak mengenai luka.
Segala petua diatas ini boleh dilakukan untuk kedua-dua sengatan ikan keli dan ikan sembilang. Bagi yang tidak mengetahui perbezaan ikan keli dan ikan sembilang, ikan keli merupakan ikan darat manakala ikan sembilang merupakan ikan laut. Kedua-duanya mempunyai bentuk dan rupa yang sama tetapi mempunyai saiz yang berbeza.
Kredit Foto : flickr.com dan google (gambar)

TIP MEMBERSIHKAN PETI SEJUK DENGAN CARA SELAMAT DAN TERATUR

Hasil carian imej untuk peti sejuk

1. Tutup suis plag peti sejuk dan cabut wayarnya terlebih dahulu apabila hendak mencucinya. Jangan membahayakan diri memulakan pembersihan semasa suis masih ‘on’. Anda mungkin akan terkena kejutan elektrik dan boleh membawa maut.

2 Lapik kain di bahagian bawah peti untuk mengelak cairan ais membasahi lantai.
3 Ataupun sediakan bekas yang sudah ada di bawah peti dan sentiasa membuang cairan dari peti agar ia tidak melimpah membasahi lantai.
4 Keluarkan bahan-bahan makanan dari peti ais di bahagian sejuk beku dan sejuk biasa.
5 Jika terdapat makanan seperti daging, ayam atau ikan, sediakan bekas yang berisi ais yang banyak dan penuh lalu ditutup sementara mencuci peti ais. Begitu juga pada aiskrim, simpan aiskrim dalam satu bekas yang berisi ais yang banyak agar ia selamat dari cair.
6 Bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang disimpan dalam suhu sejuk biasa, anda boleh juga menyimpan di dalam bekas berisi sedikit ais sementara mencuci peti ais.
7 Untuk minuman segera segar seperti susu segar, ia mungkin tidak boleh
disimpan lama setelah dibiarkan lama dalam suhu bilik. Anda dinasihatkan
menghabiskan minuman tersebut sebelum ia basi.
8 Buka peti ais di bahagian sejuk beku dan biarkan seketika supaya ais yang keras menjadi cair. Anda tidak perlu mencungkil ais dari peti atau menuang air panas.
9 Sementara menunggu ais melekat tadi cair, anda keluarkanlah rak lapisan demi lapisan atau bekas dari peti dan cuci dengan sabun terlebih dahulu serta bilaskan hingga kering.
10 Setelah kering, cuci dengan menggunakan berus lembut agar peti anda tidak tercalar. Gunakan berus dengan sabun agar tempat menyimpan peti lebih wangi daripada bau busuk dan kotoran sisa bahan makanan.
11 Setelah siap mencuci dengan sabun, lap di bahagian atas peti dahulu. Pastikan air tidak menitik ke bawah lagi dan mengganggu proses mencuci di bahagian bawah peti.
12 Lap pula bahagian bawah peti dan pastikan tiada kotoran dan habuk melekat di setiap sudut peti.
13 Masukkan semula rak atau bekas mengikut lapisan asal peti.
14 Suis ‘on’ semula peti tadi dan biar peti sejuk seketika sambil semua pintu ditutup.

Monday, September 24, 2018

Polis Buru Perompak Lelaki Pakai Tudung Wanita

POLIS Austria memburu seorang penjenayah yang menyamar sebagai perempuan Islam lengkap memakai tudung ketika merompak sebuah bank, beberapa minggu selepas seorang lelaki lain melakukan perkara sama.


Mail Online melaporkan, polis turut menawarkan £2,000 (RM10,804) sebagai ganjaran untuk sebarang maklumat mengenai identiti lelaki itu berkenaan yang merompak DenizBank di Linz, Upper Austria, baru-baru ini.
Pihak berkuasa juga menyiarkan gambar lelaki itu yang memakai tudung dan berseluar belang sambil membawa troli serta beg.
Suspek juga dilihat memakai cermin mata, topeng getah serta memakai gincu bibir.
Lelaki itu yang bersenjatakan pistol masuk ke cawangan bank berkenaan dan memaksa seorang petugas menyerahkan sejumlah wang sebelum melarikan diri dengan sebuah skuter.
Sebelum kejadian berkenaan, suspek cuba merompak sebuah lagi bank di Vienna, tetapi gagal selepas petugas di bank itu menjerit meminta tolong.
Penjenayah itu dipercayai berusia antara 20 hingga 35 tahun dan memiliki ketinggian 179 hingga 188 sentimeter.
Pada bulan lalu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang disyaki merompak sebuah bank Turki di Vienna dengan memakai tudung serta membawa pistol berwarna emas.
Lelaki itu menyerahkan nota bagi meminta wang daripada seorang petugas bank sebelum melarikan wang berjumlah beribu-ribu Euro.
Suspek ditahan selepas seorang saksi mengekorinya sebelum merakamkan gambar lelaki itu sedang berehat di taman selepas merompak bank berkenaan.
Polis berkata, rakaman kamera keselamatan menunjukkan ada dua lelaki berbeza yang memakai tudung melakukan sekurang-kurangnya empat rompakan di Vienna dan Linz.
Bagaimanapun, polis tidak mendapat laporan kaitan antara kedua-dua suspek berkenaan. - Agensi

sumber : HMetro

Terbaru! Samsung Galaxy Tab S4 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM3099

Tablet memberikan kepuasan yang lebih tinggi ketika menstrim video dan ruang kanvas lebih besar untuk menghasilkan karya seni. Pasaran tablet Android adalah sedikit kelam dengan kurangnya model baru dilancarkan. Bagi peminat tablet Android di Malaysia, Samsung Galaxy Tab S4 akhirnya dilancarkan secara rasmi hari ini.
Dari segi spesifikasi Samsung Galaxy Tab S4 dilengkapi skrin 10.5-inci SAMOLED beresolusi 2560×1600 pixel, dijana pemproses Snapdragon 835, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 64 GB. kamera utama sebesar 13-Megapixel, kamera hadapan sebesar 8-Megapixel dan bateri sebesar 7300 mAh. Terdapat sokongan pengecasan pantas menggunakan port USB-C.
Sebuah S-Pen disertakan bagi membolehkan lakaran dilakukan di atas skrin. Stylus ini mempunyai fungsi yang sama seperti yang ditemui pada Note 8 tanpa sokongan bluetooth seperti ura-ura sebelum ini. Ia juga adalah tablet pertama Samsung dengan sokongan imbasan anak mata. Tiada sokongan pengimbas cap jari disertakan buat pertama kali. Dari segi audio pula, empat pembesar suara yang ditala oleh AKG dengan sokongan Dolby ATMOS disertakan.
Terdapat juga sokongan Samsung DeX menerusi sambungan kepada monitor/TV atau dok papan kekunci Book Cover Keyboard. Di Malaysia Tab 4 dijual pada harga RM 3099 sebuah.
artikel asal : amanz.my

Terbaru! Apa Yang Menarik Pada MIUI 10 ini?

MIUI 10 telah mula diedarkan pada kebanyakan peranti popular Xiaomi seperti Xiaomi Mi 8, Xiaomi Mi MIX 2, dan Xiaomi Redmi Note 5. Ia menawarkan pelbagai pembaharuan, termasuk perubahan dari segi antaramuka, peningkatan prestasi, selain memberi penambahbaikan dari segi keupayaan kamera. Bagi yang menggunakan peranti Xiaomi terkini, berikut adalah beberapa perubahan dan fungsi menarik yang telah hadir pada iterasi MIUI 10.
Antaramuka “Recent Apps” Baru
Paparan recent apps kini telah membawakan paparan berasaskan berbilang aplikasi, seumpama yang dilihat pada sistem operasi BlackBerry 10 dan MeeGo. Ia memudahkan pengguna memilih aplikasi yang sedang berjalan, tanpa perlu menyeret satu per satu aplikasi yang dibuka seperti yang terdapat pada MIUI 8 dan 9. Dengan paparan ini, ia turut memudahkan pengguna yang menggunakan fungsi gesture membuat pertukaran aplikasi, dengan pemilihan aplikasi secara pantas.
Pembaharuan Pada Paparan Quick Settings
Paparan Quick Settings kini telah membawa perubahan baru sejak Xiaomi mengekalkan antaramuka yang sama dari MIUI 7. Ia kini kelihatan lebih moden, dengan tampilan antaramuka berasaskan warna putih. Paparan notifikasi juga telah diberi pembaharuan, yang kini kelihatan lebih teratur seperti yang dilihat pada iterasi Android terkini, Android 9.0 Pie.
Antaramuka Pelarasan Suara Menyerupai Android Pie
Apabila anda membuat kawalan suara pada MIUI 10, anda akan dapati paparannya kini hampir menyerupai kawalan suara pada Android 9.0 Pie. Paparannya juga diselarikan dengan antaramuka moden, melalui tampilan berwarna putih dan biru. Dari fungsi ini, anda juga boleh mengawal tetapan bunyi yang berbeza, seperti bunyi nada dering, media, dan bunyi penggera.
Kemaskini Antaramuka Pada Aplikasi Tersedia
Aplikasi tersedia seperti Weather kini tampil dengan antaramuka moden, yang kini lebih ringkas dan jelas untuk memaparkan informasi berkaitan suhu dan cuaca. Selain aplikasi weather, aplikasi Clock kini hadir dalam antaramuka gelap, selain aplikasi Security kini menawarkan perubahan font dan warna baru.
Penambahbaikan Fungsi “Full Screen Gesture”
Fungsi “Full Screen Gesture” telah hadir pada MIUI 9, namun fungsi yang ditawarkan hanya meliputi kepada kawalan menuju ke skrin utama, kawalan seumpama butang back, dan pertukaran aplikasi. Pada MIUI 10, Xiaomi telah menambah gesture untuk ke aplikasi sebelumnya, dengan hanya menyeret dari sisi (kiri atau kanan) skrin dan kemudian tahan seketika untuk menuju ke aplikasi tersebut. Anda juga boleh membuka “Action Menu” sesuatu aplikasi, dengan membuat isyarat leret pada bahagian sisi (kiri atau kanan) di bahagian atas skrin dan tahan seketika untuk membuka menu ini.
AI Portrait
Berita baik untuk pengguna peranti Xiaomi dengan sistem satu kamera, MIUI 10 kini membolehkan anda melakukan Portrait Mode pada aplikasi kamera. Ia dijayakan melalui kecerdasan buatan (AI), yang mana kesan kabur pada belakang subjek dilakukan melalui perisian. Menariknya, kebolehan ini tidak terhad kepada penggunaan kamera belakang sahaja tetapi turut boleh dilakukan pada kamera hadapan.
Berikut merupakan peranti yang menyokong fungsi AI Portrait pada MIUI 10:
Kamera Hadapan:
Mi MIX 2 / Mi 6 / Mi 5s Plus / Mi 5s / Mi 5 / Mi Note 2 / Mi Max 2 / Mi Max / Redmi Note 5 (India) / Redmi Note 4 (India) / Redmi Note 4X / Redmi Note 3 / Redmi 5 / Redmi 4 / Redmi 4X
Kamera Belakang:
Mi MIX 2 / Mi 5s / Mi 5s Plus / Mi 5/ Mi Note 2 / Mi Max 2 / Mi Max / Redmi Note 4 (India) / Redmi Note 4X / Redmi Note 3 / Redmi 5 / Redmi 4 / Redmi 4X
Bunyi Notifikasi & Nada Dering Baru
Nada dering pada MIUI 10 kini telah membawakan tema baru yang kini menawarkan bunyi ke arah semula jadi. Sekiranya anda sudah memasang MIUI 10, bunyinya kedengaran lebih moden, selain memberi bunyi yang lebih segar berbanding iterasi yang sebelumnya.
AI Preload – Pembukaan Aplikasi Lebih Pantas
Salah satu pengoptimasian yang dititikberatkan pada MIUI 10 adalah sokongan pembukaan aplikasi yang lebih pantas. Apabila anda menggunakan MIUI 10, pembukaan aplikasi kini dapat dibuka dengan lebih pantas, melalui penyimpanan memori aplikasi secara pintar. MIUI 10 juga turut mempunyai sistem pengurusan cache aplikasi yang lebih baik, yang mana membantu untuk memberi kelancaran yang konsisten ketika menggunakan aplikasi dan permainan.

Bagi kami, MIUI 10 telah menunjukkan kematangan yang drastik pada MIUI, melalui pembaharuan antaramuka baru yang kini selari dengan Android Pie. Ia juga turut tampil dengan pengoptimasian pintar dari segi prestasi dan keupayaan AI Portrait untuk peranti Xiaomi dengan sistem satu kamera. Paparan pertukaran aplikasi dan sistem gesture turut diberi pembaharuan, yang kini lebih dioptimasikan untuk peranti berskrin penuh yang moden dan terkini.
Senarai peranti MIUI 10:
  • Xiaomi Mi 8, Mi 8 SE, Mi 6, Mi 6X, Mi 5, Mi 5S Plus, Mi 5X, Mi 5C, Mi 4S, dan Mi 4C
  • Xiaomi Mi MIX 2S, Mi MIX 2, dan Mi MIX
  • Xiaomi Mi Note 3 dan Mi Note 2
  • Xiaomi Mi Max 3, Mi Max 2, dan Mi Max
  • Xiaomi Redmi Note 5, Redmi Note 5A, Note 5A Prime, dan Redmi Note 4/4X
  • Xiaomi Redmi 5 Plus, Redmi 5, Redmi 5A, Redmi 4X, Redmi 4A, dan Redmi S2
MIUI 10 telah ditawarkan secara berperingkat bermula hari ini, yang mana ditawarkan pada peranti terkini Xiaomi selepas keluaran 2015 dan ke atas. Bagi anda sudah mengemaskini ke MIUI 10, apakah fungsi yang paling anda gemari pada iterasi kali ini?
artikel asal : amanz.my

Friday, September 21, 2018

Panas! Umur kecil, nafsu besar



sumber : HMetro

SEORANG penganggur dan tiga remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan di rumah di Arau, awal bulan lalu.
Tertuduh, Muhammad Adam Izzudin Asri, 20 dan tiga remaja berusia 15 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Johari Hassan.
Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 10 tahun lapan bulan di rumah di Arau antara 3 pagi hingga 6 pagi pada 2 September lalu.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala semua tertuduh diwakili peguam, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim.
Hakim Johari kemudian membenarkan Muhammad Adam diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala tiga lagi tertuduh RM7,000 juga masing-masing seorang penjamin.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
NSTP sebelum ini melaporkan empat lelaki ditahan polis pada 13 September lalu selepas merogol seorang kanak-kanak perempuan bergilir-gilir di rumah di Arau.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, mangsa hadir ke balai polis bagi membuat laporan selepas gurunya memaklumkan perkara berkenaan kepada ibu bapanya.
Kanak-kanak terbabit dirogol secara bergilir-gilir di dalam bilik di rumah terbabit sebelum mereka menghantarnya pulang pada awal pagi.

Video : Kuetiau kerang air tangan si cilik Pasar Malam Jalan Tar KL



kredit artikel asal : HMetro

SEMANGATNYA yang berkobar-kobar mahu menjadi penyambung legasi keluarga sebagai tukang masak mendorong kanak-kanak lelaki ini menguasai kemahiran memasak dan menyediakan pelbagai hidangan enak.
Meskipun usianya baru 12 tahun, namun dia menggunakan kemahiran itu membantu ibu bapanya menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan yang singgah di gerai mereka di Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur pada setiap Sabtu.
Menceritakan mengenai minatnya, Mohd Raziq Rizqan Roslan dari Taman Batu Muda, Batu Caves berkata, pada mulanya dia hanya memerhatikan cara ibu bapanya menggoreng kuetiau kerang.



“Kemudian saya sediakan sendiri kuetiau goreng kerang dan dihidangkan kepada ahli keluarga. Memang gembira kerana mereka menyukainya.
“Sekarang setiap Sabtu saya bantu ibu dan ayah di pasar malam. Saya berasa puas kerana pelanggan juga menyukai kuetiau goreng kerang yang saya sediakan.
“Memang menjadi niat saya untuk menyediakan hidangan terbaik kepada pelanggan selain dapat membantu ibu dan ayah di pasar malam,” katanya.
Katanya, sejak berusia sembilan tahun lagi, dia kerap ke dapur membantu ibunya, Rosmawati Nakim, 56, menyediakan pelbagai juadah.
Sementara itu, bapanya, Roslan Ab Ghani, 61, berasa bangga kerana anak bongsu daripada tujuh beradik itu tidak gugup ketika menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di gerai mereka.
Menurutnya, Mohd Raziq Rizqan mewarisi bakat memasak daripada ahli keluarga yang lain kerana nenek, ibu dan abangnya adalah tukang masak profesional.
Katanya, pada peringkat awal Mohd Raziq Rizqan hanya membantu memotong sayur, bawang dan bahan lain sebelum dibenarkan memegang senduk untuk menyediakan kuetiau goreng kerang.
“Melihat anak yang amat meminati bidang masakan, kami kemudian benarkan dia menyediakan kuetiau goreng kerang ditempah pelanggan di pasar malam sejak dua tahun lalu.
“Alhamdulillah, ramai yang puji masakan anak, malah ada pelanggan tetap yang meminta kuetiau goreng kerang disediakan Mohd Raziq Rizqan,” katanya.
Katanya, kemahiran Mohd Raziq Rizqan memasak tular di media sosial selepas video kanak-kanak itu yang menggoreng kuetiau kerang dimuat naik kakaknya.
Setakat ini, video berkenaan ditonton lebih 300,000 pelayar dan menerima komen positif daripada orang ramai yang memuji kebolehan Mohd Raziq Rizqan memasak.
Keluarganya amat menyokong minat anak mereka itu berikutan tidak mahu dia leka dengan gajet atau perkara tidak berfaedah lain.
“Jadual Mohd Raziq Rizqan sebenarnya padat, lebih lagi dia bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini. Dia perlu menghadiri kelas tambahan selain aktif dengan program sukarelawan.
“Kami tidak pernah paksa dia memasak, namun dia bersungguh-sungguh mahu membantu dan berpuas hati apabila pelanggan menyukainya,” katanya.

Terbaru! Samsung Galaxy A7 2018 Kini Rasmi Dengan Tri-Kamera Utama

Setelah tertiris beberapa hari yang lalu, Samsung Galaxy A7 2018 akhirnya diumumkan secara rasmi pagi ini. Ia adalah peranti pertama keluaran Samsung yang menggunakan tr-kamera utama dan juga hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian sisi.
Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 6-inci SAMOLED FHD+, dijana pemproses lapan teras 2.2 GHz, memori 4/6 GB dan storan 64/128GB. Tri-kamera utama adalah kombinasi sensor 24-Megapixel f/1.7, 8-Megapixel f/2.4 lensa ultra lebar dan sensor kedalaman 5-Megapixel. Kamera hadapan pula sebesar 24-Megapixel f/2.0 dengan sokongan flash. Seperti pada Galaxy Note 9, aplikasi kamera hadir dengan sokongan Scene Optimiser yang melakukan tetapan kamera secara automatik bergantung kepada objek yang diambil
Bateri sebesar 3300 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas Adapative Fast Charging menerusi port USB-C. Ia masih lagi menggunakan sistem operasi Android 8.0. Terdapat sokongan audio Dolby ATMOS, NFC dan bluetooth 5.0. Bagi penggemar audio, bicu audio masih lagi dikekalkan. Tiada maklumat mengenai harga buat masa ini tetapi ia ditawarkan dalam warna hitam, emas, biru dan merah jambu.
artikel asal : amanz.my

Terbaru : GoPro Hero 7 Black Boleh Dipra-tempah Di Malaysia Pada Harga RM1869

GoPro telah pun memperkenalkan GoPro Hero 7 Black secara rasminya beberapa jam yang lepas, dan kini pengedar rasmi GoPro di Malaysia telah pun mengumumkan yang mana pengguna tempatan boleh pra-tempah GoPro Hero 7 Black pada harga RM1869.
GoPro Hero 7 Black hadir dengan kamera dengan sokongan rakaman gambar 12-megapixel, rakaman video 4K 60fps, dan ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter.
Ia turut menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan rakaman Hypersmooth yang menjadikan rakaman video lebih stabil seumpama menggunakan gimbal, selain ciri membuat penstriman langsung ke media sosial seperti YouTube, Facebook dan sebagainya.
Bagi anda yang membuat pra-tempahan hari ini sehingga 26 September ini, anda bakal turut diberikan sebuah kit percuma tambahan bernilai RM279.
Sekiranya anda berminat, boleh menyemak pengedar rasmi GoPro, dan mendapatkan kamera aksi terbaru ini.
GoPro Hero 7 Black

Thursday, September 13, 2018

Full List: The World's Highest-Paid Actors And Actresses 2017

source : https://www.forbes.com
Image result for Mark Wahlberg
A gender pay gap persists in Hollywood, even among elite earners: The top 10 actors banked a cumulative $488.5 million--nearly three times the $172.5 million combined total of the 10 top-earning women. While only three actresses made more than $20 million in 12 months, 16 actors broached the mark.
This pay disparity is due, in part, to roles: There are simply fewer main female characters in the superhero movies and blockbusters that pay the sizeable backend profits that result in leading men's large paydays, or the franchise sequels that permit aggressive negotiation for future installments. According to a 2016 study, women comprise just 28.7% of all speaking roles in movies.

In order to visualize the difference in paychecks, we combined our lists of highest-paid actors and actresses. Emma Stone, who was this year's top-ranked actress, lands at No. 15 when stacked up with the men. Mark Wahlberg, the highest-paid actor, made more than 2.5 times her $26 million pretax take-home. Melissa McCarthy, ranked No. 4 among actresses with $18 million, ties for No. 21 with Chris Evans.
Earnings estimates are based on data from Nielsen, ComScore, Box Office Mojo and IMDB, as well as interviews with industry insiders. All figures are pretax and scored between June 1, 2016, and June 1, 2017; fees for agents, managers and lawyers are not deducted.
Full list:
1. Mark Wahlberg, $68 million
2. Dwayne "The Rock" Johnson, $65 million
3. Vin Diesel, $54.5 million
4. Adam Sandler, $50.5 million
5. Jackie Chan, $49 million
6. Robert Downey, Jr., $48 million
7. Tom Cruise, $43 million
8. Shah Rukh Khan, $38 million
9. Salman Khan, $37 million
10. Akshay Kumar, $35.5 million
11. Chris Hemsworth, $31.5 million
12. Tom Hanks, $31 million
13. Samuel L. Jackson, $30.5 million
14. Ryan Gosling, $29 million
15. Emma Stone, $26 million
16. Jennifer Aniston, $25.5 million
17. Jennifer Lawrence, $24 million
18. Ryan Reynolds, $21.5 million
19. Matt Damon, $21 million
20. Jeremy Renner, $19 million
21. Chris Evans, $18 million
21. Melissa McCarthy, $18 million
23. Chris Pratt, $17 million
24. Mila Kunis, $15.5 million
25. Emma Watson, $14 million
25. Charlize Theron, $14 million
27. Mark Ruffalo, $13 million
28. Cate Blanchett, $12 million
29. Julia Roberts, $12 million
30. Amy Adams, $11.5 million

Terbaru! Apple Watch Series 4 Diperkenalkan Dengan Sokongan ECG Dan Skrin Lebih Besar

artikel asal :amanz.my
Apple hari ini telah mengambil pentas utama dan memperkenalkan sejumlah peranti baru. Peranti utama yang diperkenalkan oleh Apple pada acara ini adalah Apple Watch Series 4.
Jam tangan pintar ini kini membawakan rekaan skrin yang sedikit lebih besar berbanding sebelumnya, dan sedikit melengkung dibahagian tepi. Dengan meningkatkan lagi saiz skrin, Apple juga turut meningkatkan saiz talinya kepada 40 mm dan juga 44 mm.
Apple Watch Series 4
Bersama-sama dengan pengenalan jam tangan pintar baru ini, Apple turut mengumumkan pengenalan beberapa muka jam baru yang menawarkan pelbagai pilihan baru.
Apple Watch Series 4
Digital Crown pada bahagian tepi pula kini turut menyertakan sokongan tindak-balas haptik – sekaligus memudahkan lagi anda membuat sesuatu pilihan.
Apple turut mengatakan Apple Watch Series 4 membawakan speaker yang lebih 50% kuat berbanding sebelum ini. Mikrofon juga telah dialihkan sedikit daripada speaker dalam memberikan panggilan suara yang lebih jelas melalui jam tangan pintar berkenaan.
Menjana jam tangan pintar ini adlaah cip Apple S4 yang menawarkan rekaan dwi-teras berasaskan 64-bit. Apple menjanjikan kuasa pemprosesan lebih dua kali ganda bersama-sama dengannya. Beberapa sensor turut ditambah-baik, dan kini Apple Watch Series 4 turut boleh mengetahui bila anda terjatuh.
Apple Watch Series 4 juga kini boleh memantau ECG – yang mana memantau ritma denyutan jantung, sekaligus membolehkan ia menilai sebarang penyakit berkaitan jantung. Penawaran melalui Apple Watch Series 4 ini, ia sekaligus menjadikannya produk yang dilengkapi ECG dan boleh didapati oleh sesiapa dengan mudah dari kedai.
Apple Watch Series 4
Melengkapkan jam tangan ini juga adalah sokongan ketahanan bateri sehingga 18 jam, selain kebolehan digunakan ketika berenang dan bersenam.
Seperti biasa, Apple akan menawarkan beberapa tali jam khusus yang boleh disesuaikan dengan jam tangan pintar ini. Ia akan dijual dalam variasi bersama selular dan tanpanya. Apple Watch Series 4 akan dijual bermula 21 September ini di beberapa buah negara. Tarikh pelancaran untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi.
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4
Apple Watch Series 4

Terbaru Apple iPhone XR Diperkenalkan Dengan Skrin 6.1-inci LCD, Pelbagai Pilihan Warna

Bersama-sama pengenalan iPhone XS dan iPhone XS Max, pihak Apple hari ini turut memperkenalkan telefon pintar ketiga mereka, iaitu iPhone XR. Telefon pintar ini hadir dengan pilihan enam warna berbeza, termasuk dalam warna merah dan juga biru.
Apple iPhone XR
iPhone XR hadir dengan skrin 6.1-inci dan menggunakan panel LCD. Apple mengatakan ia menawarkan kejituan warna paling tepat pada panel LCD berbanding pesaing yang lain dipasaran.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Dari segi perbezaan berbanding model utama, ia dilihat iPhone XR menyertakan panel LCD, rekaan kerangka berasaskan aluminium, dan hanya satu kamera belakang. iPhone XR turut menawarkan sokongan kalis air IP67 bersama-sama dengannya.
Selain daripadanya, telefon pintar ini masih mengekalkan penggunaan cip Apple A12 Bionic yang menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone XS – termasuk dari segi pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
iPhone XR turut menyertakan sokongan Face ID untuk nyah-kunci berasaskan wajah, selain dilengkapi sokongan Tap-To-Wake untuk mengaktifkan skrin – kerana ketiadaan butang Home. Apple turut menyertakan sokongan tindak-balas haptik sebagai ganti untuk 3D Touch yang terdapat pada beberapa iPhone sebelum ini.
Apple iPhone XR
Untuk rakaman gambar, iPhone XR menyertakan hanya satu kamera belakang dengan sensor 12-megapixel. Walaubagaimanapun, Apple menjanjikan kualiti rakaman yang baik, termasuk kemampuan menghasilkan rakaman bokeh melalui bantuan perisian.
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple iPhone XR
Apple akan memasarkan iPhone XR ini bermula bulan Oktober kelak, dimana ia dijangka menawarkan harga yang sedikit rendah berbanding model iPhone “Plus” sebelum ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More