Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, August 13, 2018

Pandang Pertama Samsung Galaxy Watch – Perubahan Iteratif Berbanding Galaxy Gear Terdahulu

Ada yang mungkin mengatakan saya berat sebelah tetapi secara peribadi saya merasakan jam tangan pintar Tizen keluaran Samsung ialah yang terbaik untuk peranti Android. Ia menggabungkan rekaan agresif yang mirip jam tangan mewah dengan sistem navigasi paling mudah digunakan pada jam tangan pintar. Ini dibantu lagi dengan ketahanan bateri yang semakin baik selepas pengenalan Tizen 3 tahun lalu.
Selepas dua tahun Gear S3 yang sama gunakan semakin lama semakin baik sehingga menyebabkan tiada sebab untuk membeli Gear Sports tahun lalu. Tetapi di acara Unpacked yang berlangsung di New York Khamis lalu, tiga model baru Samsung Galaxy Watch telah dilancarkan. Ini ialah pandang pertama kami tentang ketiga-tiga model dari pandangan seorang pemilik Gear S3.
Spesifikasi
Samsung Galaxy Watch 46mm/42mm
Skrin1.3″ /1.2″ SAMOLED 360×360 Pixel
Pemproses1.15 GHz Dua Teras Exynos 9110
RAM1.5GB (LTE) /768 Megabyte (Bluetooth)
Muatan Dalaman4 Gigabyte
Bateri472/270  mAh (Pengecasan Tanpa Wayar)
SIM/Telefonie-SIM/ Panggilan Melalui Tambatan Bluetooth
SensorPengimbas Nadi, A-GPS, Barometer,
Girometer,Accelerometer
NFCYa
Infra MerahTiada
Tahap KetahananIP68/ 5 ATM/ MIL STD-810G
Dengan Samsung Galaxy Watch 46mm, penggunaan skrin bulat 1.3″ SAMOLEDkembali dengan resolusi 360×360 pixel. Ini ialah skrin yang sama seperti yang digunakan pada Gear S3 dua tahun yang lalu. Pada Gear Sportyang dilancarkan pada tahun 2017, skrin 1.2″ SAMOLED digunakan dengan resolusi yang sama. Bagi mereka yang mencari jam tangan pintar Tizen dengan skrin yang lebih besar, Galaxy Watch 46mm akan menjadi pilihan utama anda.
Pada Galaxy Watch 42mm pula, skrin 1.2″ bulat SAMOLED digunakan dengan resolusi 360×360 pixel. Dengan skrin yang lebih kecil ini, jelas ini ialah model yang mensasarkan pengguna wanita atau mereka yang tidak menggemari jam tangan pintar yang besar.
Pada kedua-dua model, Gorilla Glass DX+ digunakan bagi memastikan jam tangan mampu menahan hentakan. Ini ialah kaca Gorilla generasi terbaru yang dilancarkan Jun lalu dan direka khusus untuk jam tangan pintar.
Kedua-dua skrin masih menyokong sistem Always On Display. Skrin akan menjadi sedikit malap apabila ia aktif tetapi masih menunjukkan muka jam. Ia boleh dipadamkan sekiranya pengguna ingin hayat penggunaan Galaxy Watch yang lebih panjang.
Pemproses Exynos 9110 kali ini menggantikan Exynos 3250 yang digunakan Gear Sport tahun lalu. Ia masih lagi dilengkapi dua teras tetapi pada kelajuan 1.15 GHz. Ini dipadankan pula dengan memori
786 Megabyte RAM pada model bluetooth dan 1.5GB RAM pada model LTE.  Storan pada kedua-dua model adalah sama iaitu 4GB sahaja. Bateri pada model 46mm adalah sebesar 472 mAh manakala pada model 42mm pula ialah 270 mAh. Ini menjadikan model Galaxy Watch 46mm, jam tangan pintar Samsung dengan kapasiti bateri yang paling besar pernah dihasilkan. Samsung menjanjikan hayat bateri sehingga lima hari dengan sekali caj pada Galaxy Watch 46mm. Ini adalah dua hari lebih lama berbanding Gear Sport dan Gear S3.
Pengecasan dilakukan menggunakan sistem nirwayar yang menggunakan format WPC. Dari apa yang kami difahamkan, ia masih belum menyokong pengecasan pantas.
Sistem NFC untuk pembayaran Samsung Pay, A-GPS, Glonass,  barometer, girometer, accelerometer dan pengimbas nadi optikal pada bahagian belakang turut disertakan. Dari segi sambungan pula ia menyokong bluetooth 4.2 serta Wi-Fi b/g/n bagi membolehkannya menjadi alat kawalan peranti berhubung menerusi Samsung SmartThings.
Seperti yang berlaku tahun lalu, penambahbaikan pada spesifikasi adalah iteratif dan tidak drastik. Selepas lima tahun menghasilkan jam tangan pintar (Galaxy Gear 2013), Samsung menyedari jam tangan pintar tidak perlu diberikan pemproses berkuasa kerana tidak seperti telefon pintar, ketahanan bateri adalah lebih penting.
Rekabentuk
Jika Galaxy Note 9 mengitar semula rekaan Galaxy Note 8, Galaxy Watch sebenarnya mengitar semula rekaan Gear S3 Frontier dan S3 Classic.
Perbezaan terletak pada rekaan bezel berputar yang kurang bergerigi dan sensor pengimbas nadi yang kini disusun dalam konfgalaxyigurasi huruf X.  Rekaan tubuh masih lagi sama cuma lebih kecil pada Galaxy Watch 42mm.
Pada sisi kanan terdapat dua butang navigasi backdan home berbentuk kotak dengan tekstur yang kasar. Perbezaan tampak ini memudahkan jari membezakan butang dengan tubuh stainless steel yang licin. Bezel berputar untuk navigasi masih lagi digunakan dan  dibina dengan baik seperti Gear Sport. Ini adalah penambahbaikan daripada bezel Gear S3 yang terasa sedikit longgar sebelum ini.
Tubuh Galaxy Watch 46mm berwarna perak dengan bezel berwarna hitam. Galaxy Watch 42mm pula hadir dalam pilihan hitam ataupun emas merah jambu. Secara peribadi kami lebih menggemari rekaan model 46mm kerana penggunaan dua tona berbeza membuatkannya kelihatan lebih eksklusif. Sebuah perbezaan ketara ialah pada Galaxy Watch 46mm, terdapat senggatan jam pada bezel yang mirip rekaan jam tangan chronometer analog.
Galaxy Watch 46mm menggunakan tali jam 22mn dengan tiga warna ditawarkan oleh Samsung. Galaxy Watch 42mm pula menggunakan tali jam 20mm dengan lapan pilihan warna. Jika apa yang ditawarkan oleh Samsung tidak menarik. tali jam 22mm dan 20mm jam tangan analog biasa boleh digunakan pada Galaxy Watch.
Antaramuka
Sistem operasi Tizen Wearable 4.0 digunakan dan merupakan versi yang terkini. Tiada perubahan antarmuka dilakukan jika dibandingkan dengan Tizen 3 sebelum ini. Satu butang fizikal apabila ditekan akan melancarkan roda aplikasi. Aplikasi kemudian dipilih dengan menggerakkan roda bezel pada muka jam. Sebuah lagi butang digunakan untuk kembali ke menu asal dan sebuah lagi untuk terus ke muka hadapan. Ini ialah sistem navigasi yang diperkenalkan menerusi Gear S2 dan mendapat pujian kerana ianya intuitif untuk digunakan. Pepatah Inggeris ada mengatakan, jika ia tidak rosak ia tidak perlu dibaiki.
Dari muka utama, notifikasi boleh dibaca dengan memutar bezel secara lawan jam. Putaran secara arah jam pula akan memberikan akses kepada beberapawidget seperti kawalan pemain muzik, peranti berhubung, penjejak kesihatan dan banyak lagi. Pengguna bebas meletakkan widget yang dimahukan serta menyusunnya mengikut pilihan peribadi.
Kembali ke muka utama, jika tatalan ke bawah dilakukan ia akan memberikan akses kepada pintar pintas seperti pada sebuah peranti Android. Dari sini pengguna boleh memilih mod penjimatan bateri, mengubah keterangan skrin, mengubah kekuatan deringan panggilan telefon, status tambatan bluetooth dan banyak lagi. Antaramuka sistem operasi Tizen 4 ini mudah difahami dan dipelajari. Paling penting kesemua elemen mudah dibaca walaupun pada skrin yang yang kecil.
Jam tangan pintar ini boleh digunakan pada peranti yang menggunakan Android 5.0 dan iOS 9. Kami tidak sempat menambat jam Galaxy Watch ke peranti kami ketika di majlis pelancaran, maka kami tidak boleh melihat perubahan pada sistem notifikasi. Apa yang boleh kami katakan sejak Tizen 3, jam tangan pintar keluaran Samsung tidak lagi mempunyai sela masa notifikasi ataupun masalah apabila ditambat kepada peranti Android dan iOS.
Pilihan aplikasi masih lagi seperti dahulu cuma kini terdapat integrasi yang lebih mendalam dengan Spotify serta Samsung SmartThings. Seperti yang kami katakan beberapa perenggan di atas, Galaxy Gear boleh digunakan untuk mengawal peranti berhubung seperti lampu, peti sejuk, televisyen, mesin basuh dan sistem audio yang menyokong platform peranti berhubung Samsung.
Samsung berkata ini terdapat lebih daripada 60,000 muka jam ditawarkan menerusi Galaxy App. Pada Galaxy Watch sebuah muka jam baharu diperlihatkan dan ia menyokong paparan agenda harian terus pada muka jam.
Integrasi penjejak kesihatan pula mengesan aktiviti sukan yang dilakukan secara automatik dan memberikan galakan kepada pengguna. Terdapat juga mod jurulatih maya seperti yang diperkenalkan menerusi Gear Sport tahun lalu.
Kesimpulan
Tahun lalu Gear Sport dilancarkan dengan rekaan yang lebih berkotak, tiada sokongan LTE dan hadir dalam satu pilihan skrin sahaja. Tahun ini Samsung mengembalikan rekaan Gear S3 yang lebih agresif (dan saya secara peribadi merasakan lebih cantik) pada Galaxy Watch.
Kesemua fungsi yang diperkenalkan dahulu kini kembali dengan pemproses lebih berkuasa dan bateri yang lebih besar. Perisian Tizen 4 tidak membawakan perubahan antaramuka tetapi sebaliknya menumpukan kepada sokongan pelbagai fungsi yang lebih baik. Rekaan Galaxy Watch 46mm lebih menarik perhatian kami kerana mirip Gear S3. Tetapi Gear Watch 42mm kami yakin lebih mensarakan mereka yang menggemari rekaan yang lebih format selari dengan rekaan Gear S3 Classic dahulu.
Tiada maklumat diumumkan mengenai harga tetapi Galaxy Watch akan mula dilancarkan untuk pasaran global bermula September hadapan. Nantikan ulasan jam tangan pintar ini sekiranya sejurus selepas ia memasuki pasaran Malaysia kelak.
artikel asal : amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More