Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, August 13, 2018

Jom Gilap Kemahiran Si Manja Kita

Kanak-kanak mengalami perkembangan yang berbeza. Ada yang cepat, ada yang ketinggalan sehingga merisaukan ibu bapa. Takut si kecil mempunyai masalah dalam perkembangan kehidupan mereka.

Ada si kecil yang tidak langsung menunjukkan minat terhadap menulis. Pada mereka untuk memegang pensel dan menconteng kertas adalah tidak menarik dan membosankan.
Tanpa ibu bapa sangka, sebenarnya mereka ini perlu digilap kemahiran menulis, mengira dan membaca kerana itu standard asas pembelajaran sekolah rendah yang membezakan tahap perkembangan pemikiran seseorang.
Apabila sudah di belikan aneka pensel warna, tetap tidak dapat menarik minat hinggakan timbul perasaan putus asa untuk mengajar sendiri anak menulis di rumah.
Kami kongsikan antara kaedah yang boleh dicuba oleh ibu bapa kerana anak-anak mudah tertarik kepada sesuatu yang kreatif dan interaktif.

MELUKIS 

Pada peringkat ini, biarkan sahaja anak anda menconteng, melukis , melakar gambar yang terlintas di fikiran mereka. Ini akan merangsang mereka untuk mencipta imaginasi, meluahkan perasaan dan karakter mereka.
Berika pujian dan elakkan daripada mengkritik, menegur lukisan mereka tidak menarik atau kemas kerana itu akan melemahkan semangat mereka untuk teruskan kerja seni.
Aktiviti melukis boleh merangsang pergerakan motor halus anak-anak, membantu mereka mendapatkan genggaman dan posisi kuku dan lengan yang bersesuaian. Lukisan juga membantu melatih si kecil membuat lengkungan dan garisan lebih kemas.

MENULIS 

Kaedah menulis perlu dilatih ketika anak-anak berada di rumah. Ini kerana jika mereka sudah mula memasuki alam persekolahan, mereka berkemungkinan akan sukar untuk memegang alat tulis.
Pendedahan awal adalah penting bagi mengelakkan mereka ketinggalan berbanding rakan sebaya yang lain yang sudah diperkenalkan ibu bapa mereka di rumah.
Si kecil perlu dilatih cara memegang pensel, menulid dan disusuli aktiviti permainan yang dilakukan secara tidak formal.

MEWARNA 

Aktiviti mewarna boleh merangsang pergerakan motor halus dan genggaman tangan si kecil. Apabila mereka memegang pensel warna dengan kaedah yang betul, mereka akan mewarna dengan kemas dan cantik.
Jadi, ibu bapa perlu menunjukkan cara mewarna menggunakan teknik yang betul kerana hasil yang cantik akan membuatkan anak-anak berpuas hati, gembira dan merasakan mereka dihargai.
Perkenalkan pelbagai buku mewarna dan ajar mereka mewarna seperti persekitaran sebenar agar mereka memperoleh kemahiran mewarna dan dapat mengenal warna. Begitu juga cat air, di mana aktiviti mewarna dengan cat air akan melatih koordinasi mata dan tangan si kecil.

BERMAIN MANIK DAN DOH

Si kecil tentunya menggemari permainan doh kerana sifatnya yang lembut. Ini sekaligus akan mempertingkatkan koordinasi mata dan tangan. Tetapi ibu bapa diingatkan untuk mendapatkan mainan doh yang bebas kimia dan tidak bahaya.
Perkenalkan si kecil dengan manik dan ajar mereka dengan aktiviti seni seperti bentukkan ia menjadi bunga. Ini akan melatih mereka membezakan warna.
Sumber: Berita Harian (6/6) & Google (gambar)

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More