Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, August 9, 2018

JANGAN ABAIKAN 12 SIMPTOM PENYAKIT INI PADA ANAK ANDA

Oleh itu, jika anak menunjukkan simptom awal kepada sesuatu yang mencurigakan, segera bawa mereka berjumpa doktor pakar atau cari jalan merawat sakitnya sebelum ia bertambah teruk dan tidak terkawal. Kadang-kadang ibu bapa mungkin terlepas pandang tentang simptom-simptom bahaya sesuatu penyakit.
1. Demam Panas 
Jika suhu badan bayi berusia 3-6 bulan lebih dari 37.8, segeralah bawa mereka berjumpa doktor. Bagi usia ini, suhu tersebut dianggap sebagai demam panas. Selepas usia tersebut, suhu 39 darjah selsius ke atas baru dianggap demam panas. Yang penting, jika demam masih belum turun, segera berjumpa doktor.
2. Demam Berpanjangan 
Jika selepas empat jam diberi ubat dan demam anak masih belum berkurangan atau jika demam berpanjangan lebih 5 hari, terus bawa anak berjumpa doktor.
3. Demam Diikuti Sakit Kepala 
Hati-hati jika anak mengadu sakit leher, leher tegang atau sakit kepada yang diikuti demam kerana ini adalah kemungkinan yang berkait dengan meningitis.
4. Tanda Merah Pada Kulit 
Jika anda melihat kulit anak ada tanda-tanda merah, segera berjumpa doktor kerana tidak balas alergi kepada beberapa penyakit perlu diperiksa dan dirawat dengan betul.
5. Zakar Tidak Normal 
Dapatkan nasihat perubatan jika keadaan organ badan anak terutamanya pada zakarnya jika terdapat sebarang tanda-tanda tidak normal.
6. Sakit Perut Tiba-Tiba 
Jika si kecil mengadu kesakitan sekitar pusat, atau di sebelah kanan abdomen diiringi dengan lain-lain simptom seperti muntah atau cirit-birit, bawa mereka berjumpa doktor dengan segera. Ia mungkin petanda penyakit apendiks.
7. Pening Kepala dan Muntah 
Migrain bukan masalah biasa di kalangan kanak-kanak, tetapi simptom ini perlu diperiksa dengan lebih teliti oleh doktor pakar.
8. Air Kencing Berkurangan 
Anak anda mengalami dehidrasi jika mengalami simptom ini diikuti dengan mulut kering, kulit pucat, muntah atau cirit-birit. Cepat bawa ke hospital berhampiran jika mengalami simptom ini.
9. Bibir Berwarna Biru 
Ini merupakan petanda anak mengalami masalah sukar bernafas. Perhatikan cara si kecil menarik nafas, Jika mereka susah menarik nafas atau berbunyi ‘wheezing’ apabila bernafas, ia mungkin berkaitan masalah pernafasan yang disebabkan oleh tindak balas alergi atau serangan asma. Dalam kes ini, terus dapatkan rawatan di klinik berdekatan.
10. Muka, Lidah Atau Bibir Membengkak 
Ini adalah petanda tindak balas alergi yang kuat. Jangan dibiarkan kerana kemungkinan anak dihantar ker bilik kecemasan untuk rawatan segera adalah tinggi.
11. Muntah Selepas Jatuh 
Perhatikan simptom ini terutamanya kepada bayi. Simptom ini mempunyai kaitan dengan kecemasa neurologi. Jangan berlengah dan segera berjumpa doktor jika anak mengalami simptom ini.
12. Pendarahan Berlebihan 
Jika anak anda cedera dan darah yang keluar tidak berhenti selepas beberapa minit bahkan semakin banyak, bawa anak jumpa doktor untuk pensterilan dan rawatan yang betul boleh diberi.
Ibu bapa disarankan untuk segera mengambil tindakan jika anak mengalamai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut. Tindakan pantas lebih baik daripada menyesal di kemudian hari.

Sumber: majalahpama.my & Google (gambar)

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More