Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (180) Ibadah (27) Info (675) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (303) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (439) Tips (81) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, July 4, 2018

Di Mana Silapnya Ibadat Kita?

Kesilapan/ Ketidak kesempurnaan dalam ibadat & amalan

Image result for ibadat islam

Berikut adalah himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah-ceramah Dato’ Ismail Kamus:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa, sayang sangat nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut.
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja di mana hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya, tetapi hukum-hukum yg lain langsung tak ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat dengan speaker sampai dengar satu kampung, kadang-kadang sampai sejam atau setengah jam sebelum azan. Ini HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun bacalah sorang-sorang, tak payah bagi sekampung dengar. Ingatkan macam dapat pahala, rupa-nyanya dapat bala. Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu, inikan pula sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agaklah dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah, tak payah lama-lama sekadar sempatlah orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang, tapi dengan syarat masih di awal waktulah.
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram, kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri. Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca di dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua, maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal, melainkan anda melakukan takbir kali ketiga. Jadi kesimpulannya, pastikan anda yakin ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama dan jangan pedulikan bisikan syaitan itu.
6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin”, “Hamdaz-zakirin” dan “Hamdasy-syakirin”. (i.e: huruf z adalah huruf zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap-siap kakinya disilangkan seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya, Jaga-jaga, jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh begini menyebabkan solat kita tidak diterima oleh Allah.
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah ke rumah jiran. Memang amalan ini bagus sekali, tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi, itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah jiran sebelah, niatlah kerana Allah, jangan mengharapkan dibalas, kalau dibalas itu rezekilah.
9. Apabila kita bersolat di tempat yang ruangnya terhad tapi ramai orang, contohnya di surau R & R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus saja bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat sama, tak payahlah nak berwirid, doa panjang-panjang, sembahyang sunat ba’diah pulak, sebab lebih utama kita bagi orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkaraperkara sunat, lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Di surau R & R ramai orang macam ini.
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita, tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan, contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu, gunakan duit tu untuk membantu saudara kita Ini yang dituntut dalamIslam.
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih utama. Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang, tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Tapi, jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqadha selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qadha solat ba’diah zohor tadi dibolehkan kerana ini pernah dibuat sendiri oleh Nabi, tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qadha tak boleh.
Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat, utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal ditinggalkan, tak dihebohkan untuk menyiapkan sesuatu yang bakal dibawa. Renung-renungkanlah…

2 comments:

saya setuju...ada lagi.
1. dah la datang lambat solat jumaat, melangkah2 jemaah yg kusyuk mendengar khutbah. join la bbdak kat blkg yg pakaiannya tak berjubah berserban. malu la kot ye?
2. dah la sampai lambat, park kereta 2-3 lapis, seusai solat...solat sunat lagi, doa panjang2 plak tu. kwn yg kereta kena blok tu dok menyumpah2, bila sampai stat kete...zuup terus blah.
3. kisah bulan posa plak. buka kat masjid surau. konon mkn kurma minum air la, lepas solat magrib baru la makan maincourse. abis, bbdak yg nak serve makan tu tak nak solat la ye?.
4. bernikah kat masjid. kdg2 memberatkan mapley lelaki psl kena baca quran, kena solat sunat. pernah bagi info pd aweks2 yg dtg tu "clear" ke nak berada dlm mesjid & sekitarnya?

Alhamdulillah..terbaik bang..mmg inilah realiti sebenar yg terjadi dlm masyarakat skang..ajet2 gud :)

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More