Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, July 4, 2018

Di Mana Silapnya Ibadat Kita?

Kesilapan/ Ketidak kesempurnaan dalam ibadat & amalan

Image result for ibadat islam

Berikut adalah himpunan kesilapan / ketidak kesempurnaan dalam ibadat yg dipetik daripada ceramah-ceramah Dato’ Ismail Kamus:
1. Selalunya ketika kita sedang berpuasa sunat, apabila ada orang ajak makan kenduri, kita akan menolak dengan alasan kita sedang berpuasa, sayang sangat nak bukak puasa kononnya nak dapat pahala puasa penuh. Sebenarnya, kalau dalam keadaan macam ni, adalah lebih baik utamakan buka puasa dan pergi kenduri tersebut kerana memperkenankan jemputan itu lebih utama daripada kita meneruskan puasa sunat tersebut.
2. Ramai yang menganggap Islam ini hanya pada ibadat sahaja di mana hukum solat, puasa, haji dijaga sepenuhnya, tetapi hukum-hukum yg lain langsung tak ikut cara Islam contohnya bab riba, rasuah, dan sebagainya. Islam itu syumul (menyeluruh).
3. Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat-kuat dengan speaker sampai dengar satu kampung, kadang-kadang sampai sejam atau setengah jam sebelum azan. Ini HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak-kanak baru lahir, orang sakit, orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud, dsb. Buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh sahaja. Kalau nak baca al-Quran pun bacalah sorang-sorang, tak payah bagi sekampung dengar. Ingatkan macam dapat pahala, rupa-nyanya dapat bala. Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang-sorang, tiba-tiba kawan sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab menghormati orang yang sedang tidur itu, inikan pula sekampung?? Kalau nak bertarhim kuat-kuat pun agak-agaklah dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan tu cukuplah, tak payah lama-lama sekadar sempatlah orang nak bangun bersiap-siap untuk ke masjid.
4. Apabila kita hendak sembahyang, tiba-tiba hidangan makanan dah disediakan, makanlah dulu. Ini kerana bimbang kita tak khusyuk dalam sembahyang nanti. Begitu juga jika kita terlalu mengantuk, tidurlah dulu baru sembahyang, tapi dengan syarat masih di awal waktulah.
5. Sesetengah orang menghadapi masalah ketika hendak bertakbiratul ihram, kadang-kadang angkat takbir berulang-ulang kali tapi masih tak masuk niat jugak. Itu cumalah gangguan syaitan sahaja. Memang ada syaitan yang tugasnya khas hanya untuk mengacau orang yang sedang bertakbiratul ihram sahaja. Pedulikan bisikan syaitan itu, yakin dengan diri sendiri. Berkenaan dengan niat pula; niat itu bukannya dibaca di dalam hati, tapi hanya lintasan dalam hati sahaja. Jika dibaca, itu yg menyebabkan susah nak masuk sebab panjang sangat nak dibaca. Apa yg dikhuatiri adalah berikut: Jika anda sudah bertakbiratul ihram kali pertama dan andainya ia sudah sah disisi Allah, tapi kemudian anda ragu-ragu lantas anda turun semula dan takbir untuk kali kedua, maka takbir kali kedua itu akan menyebabkan solat anda menerusi takbir pertama tadi terbatal. Jika anda meneruskan solat dengan takbir kedua itu, bermakna anda meneruskan solat dalam keadaan solat yang terbatal, melainkan anda melakukan takbir kali ketiga. Jadi kesimpulannya, pastikan anda yakin ketika takbir seelok-eloknya dapat pada takbir pertama dan jangan pedulikan bisikan syaitan itu.
6. Terdapat segelintir imam yang berdoa selepas solat akan memulakan doa dengan “Hamdan hamidin”, “Hamdan zakirin”, atau “Hamdan syakirin”. Bunyinya memang sedap, tapi dari segi nahu bahasa arabnya salah Ini kerana terdapatnya huruf Alif Lam pada perkataan kedua di setiap bacaan tersebut. Jadi yg sebetulnya harus disebut begini: “Hamdal-hamidin”, “Hamdaz-zakirin” dan “Hamdasy-syakirin”. (i.e: huruf z adalah huruf zal).
7. Menurut mazhab Shafie, mesti terdapat 7 anggota yg menyentuh tanah ketika kita sedang sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua PERUT ibu jari kaki (hidung sunat sahaja). Yang nak ditekankan di sini adalah berkenaan perut ibu jari kaki, bermakna ibu jari kaki mestilah dilentikkan ketika sujud barulah perutnya boleh mencecah tanah. Terdapat ramai orang yang kakinya menegak sahaja tanpa dilentikkan. Ketika sujud, tak sah solat kalau macam tu. Satu lagi yang perlu diperhatikan ialah ketika sujud sebelum tahiyat akhir, ada yg dah standby siap-siap kakinya disilangkan seperti tak sabar-sabar hendak duduk tahiyat akhir. Itu pun tak sah juga solatnya, Jaga-jaga, jangan disebabkan hal yang kita anggap remeh begini menyebabkan solat kita tidak diterima oleh Allah.
8. Di bulan puasa, orang kita rajin menghantar kuih-kuih atau juadah ke rumah jiran. Memang amalan ini bagus sekali, tapi silapnya di mana? Orang kita selalu mengharapkan dibalas juadah tadi, itulah silapnya. Niat dah lari. Kalau menghantar kuih-muih ke rumah jiran sebelah, niatlah kerana Allah, jangan mengharapkan dibalas, kalau dibalas itu rezekilah.
9. Apabila kita bersolat di tempat yang ruangnya terhad tapi ramai orang, contohnya di surau R & R, dalam kapal terbang, dan sebagainya, sesudah kita solat, terus saja bangun untuk bagi ruang kepada orang lain untuk solat sama, tak payahlah nak berwirid, doa panjang-panjang, sembahyang sunat ba’diah pulak, sebab lebih utama kita bagi orang lain peluang untuk solat, menunaikan perkara wajib berbanding kita nak buat perkaraperkara sunat, lebih-lebih lagi kalau waktu maghrib sebab waktunya pendek. Di surau R & R ramai orang macam ini.
10. Menunaikan haji sememangnya adalah rukun bagi kita, tetapi kita kena pandai menyusun keutamaan, contohnya jika kita dah cukup duit nak pergi haji tahun ni, tiba-tiba ada saudara kita yang jatuh sakit memerlukan kos perubatan yang tinggi, kita kena tangguhkan dulu pergi haji tu, gunakan duit tu untuk membantu saudara kita Ini yang dituntut dalamIslam.
11. Jika kita hendak sembahyang sunat, tiba-tiba ada tetamu datang rumah, kita kena tangguhkan sembahyang itu dan pergi layan tetamu dulu. Itu yang lebih utama. Contohnya apabila selesai solat zohor, kita hendak solat ba’diah, tiba-tiba ada tetamu datang, tangguhkan solat ba’diah tu dan pergi layan tetamu dulu. Selepas dah selesai baru buat solat ba’diah. Tapi, jika dah tak sempat, solat ba’diah zohor boleh diqadha selepas solat asar. Walaupun selepas asar dah tak boleh solat sunat lagi, tetapi jika utk qadha solat ba’diah zohor tadi dibolehkan kerana ini pernah dibuat sendiri oleh Nabi, tapi itu pun jika ada hal yang tak dapat dielakkan. Kalau saja-saja nak qadha tak boleh.
Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah pandai menyusun keutamaan dalam beribadat, utamakan yang lebih utama. Jika kita gagal mengutamakan yg lebih utama boleh menyebabkan ibadat kita sia-sia sahaja, malah sesetengahnya boleh mengakibatkan dosa pula.
Manusia selalu heboh mencari sesuatu yang bakal ditinggalkan, tak dihebohkan untuk menyiapkan sesuatu yang bakal dibawa. Renung-renungkanlah…

Keadaan sebelum munculnya Imam Mahadi

Diambil dan diterjemahkan dari laman web Harun Yahya:

Image result for kiamat

1. Imam Mahadi tidak ketara kehadirannya di khalayak ramai pada suatu tempoh tertentu dalam hidupnya; dia hanya berjumpa dengan beberapa orang sahaja.
2. Ulama dan cerdik pandai agama membenci dan tidak mengakui Imam Mahadi yang muncul.
3. Pertentangan pendapat tentang kemunculan Imam Mahadi dekat dengan masa kemunculannya.
4. Imam Mahadi akan muncul pada masa polytheism (kepercayaan kepada banyak Tuhan) sedang berleluasa dalam masyarakat.
5. Apabila Imam Mahadi muncul, setiap orang akan bersatu di bawah kepimpinannya.
6. Akan berlaku peningkatan kematian dan pembunuhan yang berkait rapat dengan dadah sebelum kemunculan Imam Mahadi.
7. Namanya dan kepercayaan kuat tentang kemunculannya akan sentiasa tersebar luas sebelum kemunculannya.
8. Disebabkan tekanan keadaan/persekitaran sebelum kemunculan Imam Mahadi, tidak ada orang yang boleh menyebut nama Allah dengan mudah.
9. Kekejaman dan kezaliman berleluasa sebelum kehadiran Imam Mahadi.
10. Sesetengah orang yang mempercayai yang mereka berasal daripada monyet melalui evolusi akan menyerupai monyet dan babi.
11. Sesetengah ulama/cendikiawan agama yang mengakui teori Darwin akan menjadi seperti monyet dan babi.
12. Imam Mahadi akan muncul pada masa manusia sudah jemu dengan kemaksiatan, kejahatan, jenayah dan tekanan kehidupan yang teruk.
13. Hilang kasih sayang antara sesama manusia sebelum kemunculan Imam Mahadi.
14. Tiada lagi ulama pewaris Nabi semasa kemunculan Imam Mahadi.
15. Sebelum kemunculan Nabi Isa (as) dan Imam Mahadi, terdapat orang yang akan berkata “Allah dan Rasulullah hanya menjanjikan perkara yang tidak benar”.
16. Krisis ekonomi berlaku sebelum kemunculan Imam Mahadi.
17. Mala petaka, rasuah, kemusnahan berleluasa akan berlaku sebelum kemunculan Imam Mahadi.
18. Semua sistem/teknologi akan dicuba sebelum kemunculan Imam Mahadi.

Ikhlas Dan Ihsan Dalam Dakwah

Image result for ikhlas

Ikhlas adalah kalimat yang sering kita ucapkan dan dengar dalam kehidupan sehari-hari. Dalam bahasa arab, orang yang ikhlas disebut sebagai mukhlis. Ikhlas didefinisikan oleh para ulama' sebagai 'beramal semata-mata kerana Allah.' Allah SWT berfirman:

(Iblis) berkata: " Demi kemuliaanMu, aku akan pasti menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu daripada kalangan al-Mukhlasin di antara mereka"[TMQ Shad (38): 82-83]

Al-Qurthubi di dalam tafsirnya mengatakan bahawa kalimat al-Mukhlasin di akhir ayat di atas adalah merujuk kepada orang-orang yang ditanamkan (dalam hatinya) keikhlasan oleh Allah SWT dalam mengabdikan diri kepadaNya [al-Qurthubi XV/229]. Oleh yang demikian, al-Mukhlasin yang disebutkan di sini bermaksud al-Mukhlisin (orang-orang yang ikhlas). 

Betapa tingginya kedudukan orang-orang yang ikhlas ini sehinggakan iblis pun tidak sanggup untuk menyesatkan mereka. Bahkan Saidina Umar Al-Khattab ra pernah bermunajat di dalam doanya, “ Ya Allah, jadikanlah amalku sebagai amal yang soleh, jadikanlah ia ikhlas semata-mata kerana wajahMu” (Fauzi Sanqarth, at-Taqarrub Ilallah, m/s 11). Malah, ramai para ulama' memberikan  tumpuan yang luar biasa dalam perkara ini sehinggakan banyak buku-buku diterbitkan untuk membahaskan tentang makna sebenar ikhlas.

Ikhlas Buahnya Adalah Ihsan


Ikhlas adalah amalan kalbu (hati). Walaupun ia tidak diketahui oleh sesiapapun kecuali Allah, namun ia dapat diukur melalui amalan zahir yang dilakukan oleh pelakunya. Perlu diketahui bahawa ikhlas bukanlah sekadar tidak melakukan riya’ dan sum’ah. 

Ketika kita ikhlas dalam beramal, yakni beramal semata-mata hanya kerana Allah, bererti kita perlu menunjukkan bahawa amal kita hanya dipersembahkan untukNya dan bukan untuk selain daripadaNya. Persoalannya, adakah sesuatu yang ingin dipersembahkan hanya untuk Allah itu dilakukan dengan ala kadar sahaja atau ian perlu dilakukan dengan penuh berkualiti, istimewa dan bersungguh-sungguh?

Kita dapat melihat bagaimana seseorang yang ingin mempersembahkan sesuatu untuk orang yang dicintainya, tentu ia akan melakukannya dengan penuh bersungguh-sungguh dan dengan persembahan yang paling istimewa. Bukan dengan ala kadar, jauh sekali dengan kualiti yang buruk. Begitulah keadaan yang sepatutnya, jika seseorang yang ikhlas melakukan sesuatu perkara hanya untuk Allah sebagai satu bentuk penghambaan kepada penciptanya, tentu ia akan melakukannya dengan amalan yang terbaik dan yang teristimewa untukNya. Akhirnya, ikhlas yang terhasil akan membuahkan ihsan, yakni melakukan amalan yang terbaik sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah SWT.

Ikhlas Dalam Berdakwah

Jika dikaitkan dengan aktiviti dakwah, ikhlas dalam berdakwah adalah merujuk kepada dakwah yang dilakukan secara berkualiti, terbaik dan penuh dengan kesungguhan. Seseorang da’i (pendakwah) yang ikhlas akan sentiasa melakukan dakwah yang berkualiti dan terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT. Pendek kata, ihsan akan tumbuh di dalam dirinya ketika ia melakukan dakwah. Ini adalah kerana aktiviti dakwah merupakan suatu kewajipan dan perintah daripada Allah SWT. Sebaliknya, jika da’i tersebut tidak ikhlas, maka ia akan melaksanakan aktiviti-aktiviti dakwahnya dengan tidak bersungguh-sungguh, ala kadar dan sekadar 'cukup syarat' sahaja. Seolah-olah, dakwah tersebut dilakukan bukan untuk Allah SWT.

Dalam beberapa kitab, para ulama' telah menyimpulkan beberapa ciri da’i yang mana aktiviti-aktiviti dakwah yang dilakukannya tidak diiringi dengan keikhlasan kepada Allah SWT. Antaranya:

1)    Hanya melakukan dakwah ketika waktu lapangnya sahaja.

2)    Melakukan dakwah dengan sikap yang malas. Ia jarang sekali berdakwah ataupun sering mengabaikan dakwah.

3)    Kalau pun ia berdakwah, ia akan berusaha melemparkan beban dan tanggungjawab sesuatu dakwah itu kepada orang lain. Jika ada kesempatan, ia akan cuba mengelak daripada sesuatu bebanan tugas dakwah yang diberikan kepadanya.

4)    Tidak bersungguh-sungguh dalam mengerjakan sesuatu tugasan dakwah yang diberikan kepadanya.

5)    Mudah berputus asa dan mudah kecewa ketika menghadapi pelbagai ujian dan rintangan dalam berdakwah.

Dengan merenung kelima-lima ciri di atas, seseorang yang mengaku dirinya sebagai hamlud dakwah (pemikul tugas dakwah) tentu dapat menilai dirinya sendiri, sejauh manakah dakwah yang dilakukannya itu ikhlas ataupun sebaliknya. Ini sekaligus dapat memastikan sama ada amalannya  dapat diterima oleh Allah ataupun tidak. Amatlah rugi jika amalan yang dilakukannya itu ditolak oleh Allah SWT. Allah dan RasulNya telah menempatkan kedudukan yang tinggi dan terpuji bagi orang-orang yang mengerjakan amalan dakwah. Allah SWT berfirman:

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru (dakwah) kepada Allah dan ia mengerjakan amal soleh dan berkata, 'Sesungguhnya aku tergolong daripada orang-orang Muslim'”
 [TMQ Fushilat (41): 33] 

Rasulullah saw juga bersabda:

“Barangsiapa yang menyeru (manusia) kepada petunjuk (al-Huda), maka baginya pahala yang setimpal dengan pahala yang ia lakukan (dakwah)” [HR Muslim]

Justeru, dakwah sebenarnya adalah merupakan kewajipan (fardhu) bagi umat Islam dan bukannya amalan sunat. Bahkan, ia sekali-kali tidak boleh diganti dengan sesuatu kafarah (tebusan) apa pun jika ia ditinggalkan. Maka adalah wajar jika para Nabi dan Rasul menjadikan amalan dakwah ini sebagai misi di dalam hidup mereka. Hal ini dapat kita lihat daripada ucapan Nabi Nuh as, sebagaimana yang dirakam di dalam al-Quran:

“Dia (Nuh) bekata, 'Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam'
”. [TMQ Nuh (71): 5] 

Nabi Nuh as berdakwah menyeru kepada umatnya agar beriman kepada Allah SWT lebih kurang 950 tahun. Ia dilakukan pada siang dan malam tanpa jemu terhadap umatnya. Demikian pula yang dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad saw selama 23 tahun sejak baginda diangkat menjadi Rasul Allah. Ini semua menunjukkan betapa para Nabi dan Rasul mengerjakan amanah dakwah ini dengan penuh keikhlasan. Mereka mempertaruhkan usia, tenaga, fikiran, harta benda bahkan nyawa mereka di jalan dakwah.

Moga-moga kita semua dapat memuhasabah diri masing-masing dengan melihat sejauh manakah keikhlasan kita dalam melaksanakan amalan dakwah dalam kehidupan seharian kita. Kita berdoa kepada Allah SWT agar kita tergolong daripada kalangan hamba-hambaNya yang benar-benar mukhlis (ikhlas), yang senantiasa mengikhlaskan amalan dakwah semata-mata kerana Allah SWT, dengan mempersembahkan amalan dakwah yang terbaik untukNya. Amin ya rabbal 'alamin.

Monday, July 2, 2018

Inilah Masjid Saddam Hussein Yang Tidak Sempat Siap Dibina

Pada lewat tahun 90-an, Sadam Hussein yang mana ketika itu merupakan Presiden Iraq merancang membina sebuah masjid dan ianya menelan belanja sehingga $1 bilion. Dinamakan sebagai Masjid Saddam Jama’ Kabir, masjid ini mula dibangunkan pada tahun 1999.
Jika masjid ini sempat siap dibina, ia merupakan satu pencapaian yang cukup besar dalam sejarah pemerintahan Saddam dan bakal menjadi masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidil Haram di Mekah serta Madinah.
Dibangunkan di atas tanah seluas 100 ekar, terdiri daripada 64 buah kubah, setinggi 20 tingkat dan dilengkapi dengan menara setinggi 280 meter.
Selain daripada ini, terdapat satu lagi Masjid yang hebat dibina Saddam. Masjid ini digelar dengan panggilan Masjid Umm al-Ma’arik yang bermaksud Masjid Ibu Segala Perang. Selain berfungsi sebagai masjid, ia juga merupakan monumen penting bagai memperingati sejarah perang teluk yang berlaku pada tahun 1991.
Yang menarik tentang rekaan senibinanya ialah menara yang terdapat pada masjid ini. Empat menara melambangkan Rifel Kalashnikov dan empat lagi berbentuk seperti peluru berpandu melambangkan Scud missiles.
Selain itu terdapat juga menara setinggi 43 meter melambangkan 43 hari konflik antara Amerika dan Iraq dan satu lagi menara setinggi 37 meter yang melambangkan tahun kelahiran Saddam iaitu pada tahun 1973.
Meskipun begitu, kerajaan Iraq menafi keras tentang rekabentuk menara masjid tersebut yang dikatakan berbentuk seperti peluru Scud iaitu peluru yang dihantar menyerang Israel pada tahun 1991.
artikel asal : thevocket

Jom Tengok Jakarta Bertukar ‘Bandar Hantu’ Sempena Hari Raya

Siapa yang pernah ke Jakarta pasti tahu keadaan trafik yang sentiasa padat setiap masa. Bukan sahaja jalan raya, tetapi lorong pejalan kaki pun dinaiki motorsikal sehingga tiada tempat untuk kita berjalan.
Masalah ‘macet’ di Jakarta seperti tiada kesudahan namun dalam perkongsian beberapa warga Indonesia, bandar Jakarta bertukar ghost town sempena hari raya. Jalan yang padat langsung tiada kenderaan!
Ianya situasi yang hampir sama seperti di ibu negara Kuala Lumpur tetapi jalan lengang adalah tersangat rare di Jakarta. Nampaknya ‘ubat’ untuk masalah kesesakkan lalu lintas di Jakarta adalah hari raya.
Jadi jika anda mahu rasa keadaan jalan lengang di Jakarta, cubalah tempah tiket sempena hari raya. Ada pasti boleh rakam gambar seperti ini.

Rasulullah S.A.W Tokoh Agung

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud: 

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107) Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.




Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'

(Al-Ahzab: 21)

Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:

RUMAHTANGGA

Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

' Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula'.

Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

JIRAN

Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Maksudnya: ' Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya

Hadith Dan Kedudukannya

Hadith adalah laporan perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Image result for hadith


Pada masa Rasulullah s.a.w  dan Kulafa Ar-rasyidin, hadith belum lagi di bukukan kerana:

  • . Kaum muslimin dapat bertemu secara langsung dengan Rasulullah s.a.w bagi mendapatkan keterangan atas apa jua masalah. Pada zaman khalifah yang empat pula, mereka mengamalkan saja apa yang mereka ketahui dan dengar dari khalifah itu.

  • Takut jika hadith ditulis akan bercampur dengan Al Quran kerana pada masa itu masih lagi turun wahyu kepada Rasulullah s.a.w.






 Permulaan dibukukan hadith pada abad kedua hijrah

Khalifah Umar bin Abdul Aziz ( 99 – 101 H ) memerintahkan gabenornya iaitu  Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazim untuk membukukan hadith. Beliau khuatir akan hilangnya ilmu dan ulama pada masa depan. Kitab hadith yang paling tua yang ada pada tangan umat Islam pada waktu ini adalah kitab Al-Muattu’ karangan Imam Malik




Kedudukan hadith dalam Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang hadith – di dalam al Quran disebut sebagai al Sunnah – malahan dalam banyak tempat hadith disebutkan selari dengan al Kitab ataupun al Quran. Di dalam al Quran juga disebutkan dengan ketaatan terhadap Rasulullah saw yang disebutkan bersama dengan ketaataan kepada Allah. Ini sebagaimana yang ditegaskan di dalam al Quran di dalam firman Allah seperti :


Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman” (surah al Anfāl : ayat 1)
Maksudnya ; “Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)
Maksudnya ; “Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah”(surah al Hasyr : ayat 7)


Dengan penegasan al Quran di atas, jelaslah bahawa hadith tidak dapat dipisahkan penggunaannya di dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam selari dengan al Quran.
Sesetengah pengarang menyebutkan mengenai 5 fungsi hadith yang utama – dalam sesetengah buku cuma disebut 4 – iaitu :

  • Penguat dan penyokong kepada hukum-hukum yang terdapat di dalam al Quran seperti dalam perkara pengsyariatan sembahyang, puasa dan haji.
  • Penghurai dan pentafsir bagi ayat-ayat al Quran yang umum seperti memperjelaskan mengenai cara perlaksanaan sembahyang, kaedah jual beli, menunaikan zakat dan haji dan sebagainya yang mana perkara-perkara tersebut hanya disebutkan secara umum oleh al Quran.
  • Menjadi keterangan tasyri’ iaitu menentukan sesuatu hukum yang tiada di dalam al Quran seperti dalam hal memakan haiwan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih seperti anjing yang mana buruan tersebut terdapat kesan dimakan oleh haiwan pemburu terlatih tadi dan kesan tersebut menunjukkan haiwan pemburu tadi menangkap buruan untuk dirinya sendiri. di dalam al Quran hanya dibenarkan memakan buruan yang ditangkap oleh haiwan pemburu terlatih. Maka dalam hal ini, hadith menerangkan bahawa buruan yang mempunyai kesan dimakan oleh haiwan pemburu adalah haram dimakan.
  • Menasakhkan hukum yang terdapat di dalam al Quran.Sesetengah ahl al Ra’y berpandangan bahawa hadith yang dapat menasakhkan hukum al Quran itu mestilah sekurang-kurangnya bertaraf Mutawatîr, Masyhûr ataupun Mustafhîdh.
  • Menerangkan mengenai ayat yang telah dinasakh dan ayat mana yang telah dimansukhkan.


Dalam menentukan fungsi-fungsi bagi hadith ini, para ulama bersepakat dalam menentukan fungsi pertama dan kedua tetapi mereka masih berselisih dalam menentukan fungsi ketiga, keempat dan kelima. Menurut ulama Hanafiyyah, hadith-hadith Mutawatîr dan Masyhûr boleh menasakhkan hukum al Quran manakala Imam Syafie sendiri menolak penasakhan itu.
Di dalam bidang ibadat, hadith memainkan peranannya dalam menghuraikan maksud ayat-ayat al Quran mengenai pengsyariatan sesuatu bentuk ibadat dengan lebih jelas. Tambahan pula, hadith juga memperincikan lagi masalah-masalah yang berhubung dengan pelaksanaan sesuatu ibadat sama ada wajib, sunat, harus, makruh atau haram.

Dalam bidang hukum atau undang-undang, hadith memperincikan hukuman-hukuman dan undang-undang yang terdapat di dalam al Quran seperti hukuman terhadap penzina. Hadith juga berbicara meliputi soal-soal yang berhubung dengan keadilan sosial, ekonomi dan politik. Hadith juga menerangkan mengenai hal-hal mengenai masalah-masalah perseorangan dan kekeluargaan seperti soal nikah, cerai dan talak. Begitu juga kita tidak menemui secara khusus tentang larangan al Quran terhadap amalan rasuah dan menyorok barang dagangan dan perkara-perkara ini diterangkan di dalam hadith.

Mengenai ilmu pengetahuan pula, tidak sedikit ilmu yang boleh kita korek dari hadith bagaikan satu dasar yang tidak diketahui kedalamannya sama ada ilmu sejarah – sejarah penciptaan alam dan bangsa-bangsa terdahulu -, ilmu nasab, ilmu sosiologi, bahasa, sastera, budaya dan banyak lagi. Tambahan pula, hadith juga menggalakkan manusia agar berusaha menuntut ilmu dan memperbaiki diri. Manakala dalam soal pembentukan akhlak pula, maka sememangnya pengutusan Rasulullah saw itu sendiri adalah untuk membentuk akhlak yang mulia.

Hukum Dan Dalil-Dalil Berdoa

Berdoa merupakan suatu ibadah, bahkan menjadi otaknya ibadah. Kenapa doa menjadi otaknya ibadah? Karena, dengan berdoa jelas sekali memperlihatkan penghambaan manusia kepada Allah. Dengan berdoa kepada Allah, maka terwujudlah: Allah, tempat meminta, tempat memohon, sedang si hamba adalah makhluk yang hina dan selalu dalam kekurangan.
Karena suatu ibadah, maka berdoa sangatlah dianjurkan (diperintahkan) oleh agama, walaupun doa tidak memerlukan suatu syarat dan rukun yang ketat, seperti halnya ibadah shalat, zakat, dan puasa.
Banyak firman Allah SWT. dan hadits Rasulullah SAW. yang menerengkan tentang doa dan merintahkan orang-orang beriman agar berdoa diantaranya adalah sebagai berikut:
Al-Quran
Surat Al-A'râf ayat 55-56
 

Artinya: "Mohonlah (berdoalah) kamu kepada Tuhanmu dengan cara merendahkan diri dan cara halus, bahwasannya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; dan janganlah kamu berbuat kebinasaan di bumi (masyarakat) setelah la baik; dan mohonlah (berdoalah) kamu kepada Allah dengan rasa takut dan loba (sangat mengharap); bahwasannya rahmat Allah itu sangat dekat kepada orang-orang, yang ihsan (Iman kepada Allah dan berbuat kebajikan)."
Surah Al-Baqarah ayat 186
 

Artinya: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk."
Surah Al-Mu'min, ayat 60
 

Artinya: "Dan berfirman Tuhanmu "Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu."
Surah Al-A'râf, ayat 180:
 

Artinya: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang sangat indah (Al-Asmâ'u al-Husnâ), maka memohonlah kamu kepada-Nya dengan (menyebut) nama-nama itu."
Surah Al-Isrâ', ayat 110
 

Artinya: "Katakanlah olehmu hai Muhammad: berdoalah (pujilah) akan Allah atau berdoalah (pujilah), akan Ar-Rahmân (Maha penyayang)."
Surah Yûnûs, ayat 10
 

Artinya: "Doa (percakapan) mereka di dalamnya (surga), adalah Allâhumma (Mahasuci Engkau wahai Tuhan)."

Al-Hadits
Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Turmudzî
 

Artinya: "Doa itu adalah lbadah.
Diriwayatkan dari Al-Turmudzî yang artinya sebagai berikut: 
"Barangsiapa dibukakan pintu doa untuknya, berarti telah dibukakan pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tidak dimohonkan kepaia Allah, yang lebih disukai-Nya selain daripada dimohonkan 'afiyah. Doa itu memberi manfaat terhadap yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tak ada yang dapat menangkis ketetapan Tuhan, kecuali Doa. Sebab itu berdoa kamu sekalian." (HR. Al-Turmudzî).
Diriwayatkan dari Al-Turmudzî
 

Artinya: "Tiap Muslim di muka bumi yang memohonkan suatu permohonan kepada Allah, pastilah permohonannya itu dikabulkan Allah, atau dijauhkan Allah daripadanya sesuatu kejahatan, selama ia mendoakan sesuatu yang tidak membawa kepada dosa atau memutuskan kasih sayang." (HR Al-Thurmudzî). 

Kisah Riwayat Hidup Muhammad Sa'id Umar Kedah - Pengarang Tafsir Nur al-Ihsan



JIKA kita teliti penulisan pelbagai ilmu pengetahuan Islam zaman klasik yang menggunakan tulisan Melayu/Jawi di dunia Melayu, maka penterjemahan dan pentafsiran al-Quran secara lengkap tiga puluh juzuk adalah termasuk dalam kategori yang paling sedikit dilakukan oleh ulama kita. Terjemahan dan tafsir al-Quran klasik yang lengkap tiga puluh juzuk yang tersebar menggunakan media cetak hanya dua buah saja, iaitu Turjuman al-Mustafid atau Tafsir Baidhawi Melayu oleh Syeikh Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri (abad ke 16-17 M), dan yang sebuah lagi ialah Tafsir Nur al-Ihsan oleh Syeikh Muhammad Sa'id bin Umar yang berasal dari Kedah.

Biografi ulama yang berasal dari Kedah ini belum pernah ditulis orang, oleh itu dalam artikel ini akan membicarakan tentang beliau terutama tentang dua buah karangannya; Fatawa al-Qad-hi fi Ahkam an-Nikah dan Tafsir Nur al-Ihsan. Hendaklah diperhatikan bahawa pada zaman yang sama di Kedah terdapat dua orang yang bernama serupa, yang pertama ialah Muhammad Sa'id Yan, yang telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada hari Isnin, 19 Julai 2004. Yang seorang lagi ialah ulama yang dibicarakan ini.

Tafsir

Dalam Fatawa al-Qad-hi beliau menggunakan nama Muhammad Sa'id bin Umar Khathib. Dalam Tafsir Nur al-Ihsan pula beliau menggunakan nama lengkap dengan keterangannya iaitu Sa'id bin Umar al-Qad-hi Baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan. Nama lain yang diletakkan orang pada halaman depan Tafsir Nur al-Ihsan ialah Al-'Alim Al-Fadhil Al-Haji Muhammad Sa'id bin Umar Qadhi Jitra Kedah.

Yang dimaksudkan dengan al-Qad-hi Baladan, ialah negeri asalnya ialah Kedah. Jawatan beliau pula ialah al-Qadhi Syar'iyan, maksudnya ialah sebagai Kadi Syar'ie di Jitra. Beliau mengaku pula asy-Syafi'ie Mazhaban, maksudnya bermazhabkan Mazhab Syafi'ie. Dengan jelas diakuinya pula an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, iaitu beramal dengan Thariqat Naqsyabandiyah Ahmadiyah. Thariqat Naqsyabandiyah aliran ini dinamakan Naqsyabandiyah Ahmadiyah Muzhhariyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Sayid Ahmad al-Muzhhar. Ada lagi yang dinamakan Naqsyabandiyah al-Khalidiyah kerana berpegang dengan Mujaddidnya yang bernama Syeikh Khalid al-Kurdi. Kedua-dua Thariqat Naqsyabandi yang tersebut diamalkan oleh ramai ulama di seluruh dunia termasuk ulama di dunia Melayu juga. Oleh itu tuduhan melulu yang mengatakan ``semua thariqat adalah sesat'' adalah tidak berasas sama sekali.

LAHIR DAN PENDIDIKAN

Ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar lahir sekitar tahun 1270 H/1854 M di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah. Dan wafat pada tahun 1351 H/1932 M. Walau bagaimana pun penulis masih ragu dengan tahun kelahiran yang diriwayatkan itu, kerana berdasarkan tulisan beliau sendiri pada penutup Tafsir Nur al-Ihsan, juzuk keempat, ada menyebut bahawa Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-Islam Kedah, adalah guru beliau. Sedangkan Syeikh Wan Sulaiman, Syeikh al-Islam Kedah, yang lahir 1291 H/1874 M bererti lebih muda daripada Haji Muhammad Sa'id bin Umar sekitar 20 tahun.

Mengenai pendidikannya pula ada riwayat yang menyebut bahawa Haji Muhammad Sa'id bin Umar pernah belajar di Pondok Bendang Daya, Patani, sempat belajar kepada pengasasnya Syeikh Haji Wan Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya pertama), tetapi yang lebih banyak beliau belajar ialah kepada Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (Tok Bendang Daya ke-2). Memperhatikan riwayat ini berertilah Haji Muhammad Sa'id bin Umar seangkatan dengan Haji Ismail bin Mustafa al-Fathani atau lebih terkenal sebutan di Kedah dengan ``Cik Doi @ Cik Dol'', iaitu ayah kepada Tuan Guru Haji Husein Cik Doi, Tok Kelaba dan ramai lagi. Haji Muhammad Sa'id bin Umar juga melanjutkan pendidikannya di Mekah seperti ulama-ulama lainnya.

PENULISAN

Hanya dua judul karangan Haji Muhammad Sa'id bin Umar Kedah yang telah diketahui, judul yang pertama ialah Fatawal Qad-hi fi Ahkam an-Nikah. Judul ini bermaksud Fatwa-Fatwa Kerajaan Kedah Tentang Hukum-Hukum Nikah Kahwin, diselesaikan di Negeri Kedah Darul Aman, hari Khamis, 25 Syaaban 1320 H (27 November 1902 M, pen:), Kandungannya membicarakan pelbagai aspek tentang nikah kahwin.

Dinyatakan pada muqaddimah, ``Ada pun kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun dua puluh, kemudian daripada seribu dan tiga ratus daripada Hijrah (1320 H, pen:) telah bertitah akan hamba oleh Sultan yang mu'azzam dan haqqan, yang mukarram, yang me[ng]hamburkan panji-panji keadilan atas segala rakyatnya, iaitu Maulana Sultan Abdul Hamid Halim Syah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Yang Maha Mulia, yang khalifah ia pada melakukan hukum Tuhannya Yang Mannan pada Negeri Kedah Darul Aman.

Qahirah

Telah dikekal oleh Allah s.w.t. kiranya akan daulatnya yang qahirah. Dan [di]tinggikan kiranya akan martabatnya di dalam dunia dan akhirat. Dan dipeliharakan kiranya daripada segala seterunya zahir dan batin. Dan dipalingkan kiranya daripadanya kejahatan tiap-tiap yang mempunyai hasad pada sekarang dan ke hadapan ...``. Pada akhir karangan dinyatakan, ``Maka telah selesailah barang yang dikashad oleh faqir ilallahil qarib Muhammad Sa'id bin Umar Khatib daripada mentaswidkan Fatawa Kedah pada menyatakan masalah nikah, dan talaq, dan raj'ah, dan diyat, dan hudud, dan qadha, atas jalan ikhtishar pada hari Khamis, dua puluh lima Syaaban di dalam negeri Kedah Darul Aman tahun seribu tiga ratus dua puluh. Serta faqir hantar kepada Tuan Haji Ahmad Hakim bin Tuan Haji Muhammad Zain, dan Tuan Haji Idris bin Tuan Jamal, dan Tuan Haji Muhammad Amin bin Tuan Ismail, Anak Bukit, pintak ipa tashhihkan. Maka sudahlah ipa tashhih ... `` Dicetak oleh Mathba' tempat cetak Kerajaan Kedah, Alor Setar, pada 7 Syaban 1348 H.

Tafsir Nur al-Ihsan merupakan terjemah dan tafsir al-Quran dalam bahasa Melayu yang lengkap tiga puluh juzuk, ia merupakan yang kedua sesudah Turjuman al-Mustafid atau Tafsir al-Baidhawi. Penulisan dilakukan mulai tahun 1344 H/1925/6 M dan selesai pada 1 Rabiulakhir 1346 H/27 September 1927 M. Terdiri daripada empat juzuk. Juzuk yang pertama, mulai surah al-Fatihah hingga surah al-Maidah. Tebal 296 halaman. Juzuk yang kedua, mulai surah al-An'am hingga surah al-Isra'. Tebal 429 halaman. Juzuk yang ketiga, mulai surah al-Kahfi hingga surah az-Zumar. Tebalnya 432 halaman.

Pada juzuk yang ketiga ini ada dinyatakan selesai menulis pada hari Isnin, 27 Zulhijjah 1345 H. Juzuk yang keempat, mulai surah al-Mu'min hingga surah an-Nas. Diselesaikan 1 Rabiulakhir 1346 H. Tebal 387 halaman.

Pada akhir Tafsir Nur al-Ihsan, Haji Muhammad Sa'id bin Umar menyatakan, ``Telah selesailah bi `aunillah wa husnit taufiq daripada mentaswid Tafsir Nur al-Ihsan ini oleh faqir ilallahi Subhanahu wa Ta'ala Sa'id bin Umar al-Qad-hi baladan, asy-Syafi'ie Mazhaban, an-Naqsyabandi al-Ahmadi Thariqatan, al-Qadhi Syar'iyan, pada pagi hari Arba', sehari bulan Rabi'uts Tsani, tahun seribu tiga ratus empat puluh enam, zaman Hadhrat Maulana Al-Mu'azzam Sultan `Abdul Hamid Halim Syah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukrim Syah, Negeri Kedah Darul Aman, dan hadhra najal (anak laki-laki, pen:)nya Maulana Al-Mu'azzam Tunku Ibrahim Raihin Banghasa, dan hadhrat syaqiq (saudara laki-laki, pen:) nya Maulana Tunku Mahmud Wais Presiden. Ialah asbab pada menyuratnya, dengan isyarat Syeikhul Waqti wat Thariqah, Mursyidi wa Ustazi Syeikh Sulaiman, Syeikh al-Islam bi Qad-hi Daril Aman.

Maka barang yang didapati berbetulan itu, maka itu daripada Allah kurnia-Nya. Dan yang khatha' (salah, pen:) atau silap qalam itu daripada hamba taqshirnya, diharap tolong perbetul kemudian daripada im'an an-nazhar. Mudah-mudahan dapat manfaat dan dapat ketahui kehendak Allah dalam al-Quran oleh ahli membaca daripada perempuan, dan kanak-kanak sekolah yang membawa jadi tauhid Allah yang melepas daripada kaum asyqiya' (orang-orang yang celaka, pen:) masuk kepada kaum su'ada' (orang-orang yang bahagia, pen:) yang dapat bahagia selama-lamanya ... `` Dari kenyataan di atas dapat diambil kesimpulan bahawa penterjemahan dan pentafsiran al-Quran yang dilakukan oleh Haji Muhammad Sa'id bin Umar ada kaitannya dengan pihak istana kerajaan Kedah Darul Aman ketika itu. Semua juzuk cetakan pertama Tafsir Nur al-Ihsan dicetak Mathba'ah Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyah, Mesir 1349 H. Dinyatakan hak mencetak tertentu bagi Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, guru agama Alor Setar, Kedah. Cetakan pertama dengan nafqah Haji Muhammad bin Muhammad Ali Rawa.

PERBANDINGAN

Untuk mengetahui gaya bahasa, terjemah dan tafsir al-Quran menurut Melayu klasik di sini penulis kemukakan contoh satu ayat dalam surah Muhammad, ayat 22 berdasarkan terjemah dua orang ulama, yang terdahulu dan dibandingkan dengan Tafsir Nur al-Ihsan. Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dalam Turjuman al-Mustafid, terjemahannya, ``Maka mudah-mudahan kamu, jika berpaling kamu daripada iman, bahawa binasa di dalam bumi, dan kembali kamu kepada pekerjaan jahiliah daripada derhaka dan membunuh, dan kamu putuskan daripada berkasih-kasih dengan segala kerabat kamu'' (ayat 22). Terjemah Syeikh Ahmad al-Fathani dalam Bisyarah al-'Amilin, ``Maka hampir kamu, jikalau berpaling kamu daripada iman, bahawa membinasa kamu di dalam bumi, dan memutus kamu akan segala rahim kamu.''

Terjemah

Kedua-dua contoh di atas lebih bercorak terjemah, sedang Haji Muhammad Sa'id Kedah dalam Tafsir Nur al-Ihsan, lebih bercorak tafsir, ialah ``Maka adakah barangkali kamu, jika kamu berpaling daripada iman atau perang itu, bahawa kamu berbuat fasid dalam bumi, dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu, dan kamu putus rahim kamu, dengan balik pada kerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''. Perkataan atau kalimat yang bercorak tafsir dalam Nur al-Ihsan ialah, ``atau perang itu'', ``dengan binasa tanaman dan bunuh anak-anak lembu'', ``dengan balik pada pekerjaan jahiliah daripada zalim dan bunuh orang''.

Ketiga-tiga ulama di atas dalam menterjemahkan perkataan ``in tawallaitum'', kepada bahasa Melayu adalah sama, ialah ``jika kamu berpaling daripada iman'', tetapi berbeza dengan kebanyakan terjemahan al-Quran sekarang, ialah ``jika kamu berkuasa''.

Kedua-duanya adalah terjemahan yang betul, penulis lebih dapat menerima terjemahan Melayu lama kerana seseorang ``jika berkuasa'' belum tentu ``membuat kerosakan di bumi dan memutuskan rahim'', tetapi apabila seseorang ``jika berpaling daripada iman'' ertinya ``tidak beriman'' golongan inilah yang melakukan pelbagai ``kerosakan di bumi dan tiada kasih sayang sesama manusia''. Fenomena keganasan, peperangan, dan pembunuhan sesama manusia yang terjadi di dunia sekarang ini adalah dilakukan oleh ``orang-orang yang sedang berkuasa yang tiada beriman''. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More