Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, April 19, 2018

Sweden Membina Lebuh Raya Berelektrik Membolehkan Kenderaan Elektrik Bergerak Tanpa Bateri

Kenderaan elektrik ialah masa depan dunia automotif. Semakin ramai pengguna cakna tentang impak pencemaran yang dihasilkan oleh kenderaan yang menggunakan enjin bahan api fosil mereka. Sweden ialah negara dengan visi mengurangkan pencemaran karbon dioksida sebanyak 70% menjelang 2030. Bagi merealisasikan impian ini, lebuh raya elektrik eRoadArlanda telah dibina untuk membekalkan kuasa kepada kenderaan elektrik seperti sebuah kereta permainan.
Lebuh raya sepanjang 2 kilometer di bina menyambungkan lapangan terbang Arlanda di Stokholm dan Roserberg. Kenderaan elektrik mendapat bekalan elektrik melalui sambungan fizikal kepada trek yang ditanam di permukaan jalan raya. Menurut pembangun eRoadArlanda, permukaan jalan raya ini selamat untuk pejalan kaki dan haiwan kerana sambungan elektrik hidup terletak enam sentimeter di bawah permukaan jalan. Ketika hujan dan jalan banjir sekalipun, tiada masalah renjatan kerana hanya bacaan voltan 1 Volt dikesan yang tidak boleh membawa maut.
Jadi mengapa sistem ini digunakan berbanding sistem tiang elektrik yang turut diuji oleh Siemen dengan lori elektrik mereka? Ini adalah kerana kos menghasilkan lebuhraya elektrik dengan landasan pada permukaan jalan adalah 50 kali ganda lebih murah berbanding sistem tiang elektrik seakan KTM komuter yang diuji oleh Siemens.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More