Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (180) Ibadah (27) Info (675) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (303) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (441) Tips (81) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 30, 2018

Resepi Cara Masak GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

Gulai Tempoyak Ikan Sungai

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
6 - 7 ekor ikan air tawar (mat guna ikan "terebol")
1 biji kelapa, diparut
3/4 cawan isi petai
1/2 cawan tempoyak
2-3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun kunyit, disiat2
2 inci kunyit hidup yang tua*
1/2 cawan cili padi*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga halus)
Secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan digaul dengan limau nipis/lemon dan garam, biar terperap 20 minit, kemudian cuci, buang sisik dan siang seperti ikan biasa, kelar dan perap lagi dengan limau nipis/lemon dan garam untuk 15 - 20 minit lagi. Cuci kembali, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalan periuk, masukkan bahan2 tumbuk dan tempoyak, gaul rata. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan petai dan juga ikan yang digoreng tadi. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit serta secubit gula. Biar mendidih perlahan. Kacau sekali sekala.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More