Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, April 19, 2018

Komputer Riba Acer Edisi Marvel’s Avengers : Infinity War Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM3299

artikel asal : amanz.my
Kewujudan tiga komputer riba Acer edisi Avengers : Infinity War diketahui pada awal bulan ini. Acer Malaysia kemudian membuka laman khas bagi melihat minat pengguna untuk memilikinya. Hari ini tiga komputer riba iaitu Acer Swift 3 Marvel’s Avengers: Infinity War Iron Man Edition, Acer Nitro 5 Marvel’s Avengers: Infinity War Thanos Edition dan Acer Aspire 6 Marvel’s Avengers: Infinity War Captain America Edition akan dilancarkan untuk pasaran tempatan.
Kita mulakan dahulu dengan Acer Swift 3 edisi Iron Man. Ia dilengkapi skrin 14″ IPS HD penuh, dijana pemproses Intel Core i5-8250U, memori 8GB LPDDR3, storan 256GB SSD, kad grafik NVIDIA GeForce MX150 2GB GDDR5 dan bateri sebesar 3220 mAh. Keseluruhan komputer riba ini diberikan warna merah dan emas Iron Man. Menarik sekali pada panel belakang terdapat arc reactor Iron Man yang berlampu. Komputer riba ini dijual pada harga RM 4399 sebuah.
Seterunya ialah Acer Nitro 5 edisi Thanos yang dilengkapi skrin 15.6″ IPS HD penuh, dijana pemproses Intel Core i5-7300HQ, memori 8GB LPDDR3, storan 128GB SSD, storan 1TB HDD, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 4GB GDDR5 dan bateri sebesar 3220 mAh. Keseluruhan komputer riba pula ini berwarna hitam dengan tompokan warna emas. Tiada Infinity Gauntlet disertakan tetapi wajah Thanos dapat dilihat pada bahagian penutup. Komputer riba ini dijual pada harga RM 4299sebuah.
Komputer riba ketiga yang diperkenalkan oleh Acer dibawah koleksi komputer riba Avengers Infinity War ini adalah Aspire 6 Edisi Captain America. Ia hadir dengan skrin 15.6-inci HD penuh, dilengkapi pemprosesan Core i5-8250U, kad grafik MX150, memori 4GB RAM, dan storan 1TB HDD. Ia akan ditawarkan pada harga RM3299.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More