Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (497) Al-Quran (24) Amazing (286) Anak (51) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (179) Ibadah (26) Info (673) Islam (498) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (56) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (116) Resepi (393) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (299) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (428) Tips (80) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (64) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, April 19, 2018

Kit Mengesan Kanser Menggunakan Air Kencing Dibangunkan Di Jepun

Saya kehilangan seorang nenek lebih tiga puluh tahun yang lalu kerana kanser payudara. Memori saya dengan nenek adalah sedikit kerana beliau meninggal dunia ketika saya masih lagi muda beliau. Kanser ialah penyakit yang semakin meningkat di dunia kerana faktor diet dan pencemaran udara. Pada waktu yang sama teknik mengesan kanser yang digunapakai sekarang adalah mahal, perlahan, intrusif dan menakutkan pesakit kanak-kanak.
Firma Hitachi di Jepun mengumumkan ujian kit pengesan kanser yang menggunakan hanya air kencing pesakit. Kita ciptaan mereka ini mengesan kewujudan molekul biomarkers yang akan wujud apabila tumor wujud di dalam badan. Antara jenis kanser yang boleh dikesan menggunakan teknik air kencing ini ialah kolorektal dan saluran hempedu. Penyelidikan sedang dilakukan bagi mengesan lebih banyak jenis kanser contohnya kanser payudara.
Ujian kini dijalankan di Hospital Universiti Nagoya ke atas 200 pesakit. Hitachi berharap sekiranya berjaya, kit ini akan digunakan di hospital seawal 2020. Sekiranya lebih banyak kanser boleh dikesan menggunakan air kencing, pengesanan awal boleh dilakukan lebih awal. Proses pengesanan yang tidak menyakitkan amat perlu bagi kanak-kanak yang takut dengan ujian darah walaupun ia satu-satunya cara mengesan beberapa jenis kanser yang digunakan sekarang.
artikel asal : amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More