Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 30, 2018

Di Sebalik Sekatan Dan Tekanan Antarabangsa, Rupanya Negara Ini Memiliki Sesuatu Yang Memukau

Iran merupakan antara lokasi yang agak jarang disinggahi oleh rakyat Malaysia. Ditambah pula berbagai propaganda dari media barat tentang iran dan teknologi nuklear yang dibangunkan di negara tersebut.
Tetapi kini, Iran mula membuka pintu negaranya untuk dikunjungi, termasuk kunjungan dari rakyat USA.
Kami bawakan 21 gambar disekitar Iran yang menjadi tarikan kepada para pelancong untuk mengunjungi negara ini.
1. Esfahan – lokasi paling dikunjungi oleh para traveller. Kaya dengan senibina bercirikan Islamik serta menyajikan masjid dan istana indah yang bersejarah.
travel-ke-iran-1
2. Esfahan juga merupakan lokasi tumpuan bagi antara dataran tercantik di dunia iaitu Dataran Imam (Imam Square / Naqsh-e Square). Dataran ini merupakan tapak warisan dunia (UNESCO) yang memaparkan keindahan senibina Parsi.
travel-ke-iran-2
3. Ini pula adalah masjid Sheikh Lotfollah, Esfahan. Lihatlah senibina nya. Cantik kan?
travel-ke-iran-3
4. Tehran pula adalah ibu negara Iran, sebuah bandar yang dikelilingi gunung ganang bersalji.
travel-ke-iran-4
5. Para pelawat akan disambut menara Azadi sewaktu memasuki bandar ini.
travel-ke-iran-5
6. Antara yang dipamerkan di Muzium Karpet Iran – karpet buatan tangan dengan lukisan Parsi
travel-ke-iran-6
7. Pasar Besar Tehran (Tehran Grand Bazaar) – menyediakan berbagai pilihan karpet dan rempah ratus untuk para pelawat.
travel-ke-iran-7
8. Tshirt, jeans dan berbagai jenis pakaian juga ditawarkan di Tehran Grand Bazaar ini
travel-ke-iran-8
9. Lagi antara barangan yang ditawarkan di pasar ini
travel-ke-iran-9
10. Minum teh merupakan antara budaya orang-orang Parsi yang diwarisi sejak ribuan tahun dulu.
travel-ke-iran-10
11. Orang-orang Parsi di Iran juga gemar makan dan bertemu kawan di luar sambil minum-minum. Ini merupakan salah satu dari aktiviti yang juga dilakukan di banyak negara lain.
travel-ke-iran-11
12. Kebab merupakan antara makanan yang boleh didapati dimana-mana di sini.
travel-ke-iran-12
13. Roti Parsi. Besar nya! Boleh dimakan dengan kebab. Mungkinkah rasanya sangat sedap? Slurrpp!
travel-ke-iran-13
14. Shemshak Ski Resort – lokasinya kurang sejam dari Tehran. Inilah tempat lepak golongan kaya Iran di hujung minggu
travel-ke-iran-14
15. Persepolis –  satu ketika dulu adalah ibu negara bagi empayar Achaemenid, pada sekitar 515 sebelum masihi. Kini telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1979.
travel-ke-iran-15
16. Antara ukiran menarik yang terdapat di Persepolis.
travel-ke-iran-16
17. Shiraz – terkenal sebagai kota cinta dan kota syair Parsi. Antara lokasi yang digemari para pelancong dan di sini terletaknya Eram Garden (taman syurga)
travel-ke-iran-17
18. Beberapa kubur penyair terkenal Iran disemadikan di Shiraz. Di bawah ini adalah makam Shaadi, salah seorang penyair terkenal pada abad ke 13.
travel-ke-iran-18
19. Di Iran juga banyak masjid yang dihias indah. Lihat saja Masjid Nasir al-Mulkni, penuh dengan ukiran gaya Parsi yang sangat menarik di dalamnya.
travel-ke-iran-19
20. Ini pula pemandangan menarik berhampiran pantai di Laut Caspian. Teringat pula filem Narnia – Prince of Caspian. Alahai.
travel-ke-iran-20
21. Ramsar Beach Resort merupakan antara resort yang popular di pesisir pantai Laut Caspian ini. Selain dari itu terdapat juga kampung nelayan.
travel-ke-iran-21
Bagi rakyat Malaysia yang ingin mengunjungi Iran, visa tidak diperlukan jika lawatan ke negara ini kurang dari 14 hari.
BACA : Travel Solo Ke Iran, India, Afghanistan dan 3 Lagi Negara, Ramai Kagum Dengan Keberanian Gadis Ini
Tetapi untuk lawatan sehingga maksimum 60 hari, permohonan visa hendaklah dibuat sebelum anda memasuki Iran. Permohonan visa boleh dibuat di pejabat kedutaan Iran di Kuala Lumpur.
Sumber : BusinessInsider

5 Mitos Penagih Kopi Ini Dedah Personaliti Anda Dalam Perhubungan

Apabila bercerita tentang kopi, kita akan menemui komuniti pencintanya yang tersendiri. Selalunya mereka mengelar diri mereka “Penagih Kopi” (Coffee Addicts).
Penagih kopi tidak peduli tentang fakta yang diwar-warkan tentang kafein dan mudaratnya. Mereka akan menjadi resah apabila tidak memulakan hari dengan secawan kopi.
Kemunculan Penagih Kopi yang semakin ramai ini dapat dilihat dengan galaknya pertumbuhan kedai-kedai kopi di Malaysia. Di zaman silam ia dikenali sebagai Kopitiam. Namun kini selaras dengan perkembangan kemajuan, kafe yang menyediakan kopi mahal dan tulin berselerakan di serata negara.
Starbuck, Kapitan Kopitiam, Kluang Station adalah antara nama-nama yang gah dalam menyediakan kopi yang tulin, sedap dan sedikit mahal.
Berbeza dengan kopi yang diusahakan di kampung, biji kopi asli yang telah melalui beberapa proses dengan sistem yang tersendiri dikisar di kafe. Kita akan melihat proses-proses penyediaan biji kopi ini dan perbezaan proses pembuatan antara kopi ‘bandar’ dan kopi ‘kampung’.
Terdapat mitos yang mengisahkan tentang personaliti pencinta kopi dan gerak kelakuan terhadap perhubungan dengan kekasih atau orang lain. Mari kita lihat beberapa mitos mengenai lima jenis kopi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, kaitan personaliti pencintanya dan perhubungan mereka dengan orang lain.

1. Pencinta Espresso/Short Black

Dikatakan seorang pencinta yang mengagumkan dan sangat memelihara kekukuhan perhubungan dengan semua kenalannya terutamanya si kekasih hati. Namun seringkali perhubungannya dengan orang lain tidak berkekalan lama.

2. Pengemar Long Black

Sementara pengemar Long Black seperti pencinta Short Black sangat mengagumkan, kelihatan bersungguh-sungguh dalam perhubungan tetapi takutkan komitmen. Keputusan yang diambil dalam perhubungan seringkali selangkah di belakang dan tidak memihak kepada mereka.

3. Penagih Latte

Penagih kopi jenis ini selalunya adalah seorang yang berhemah, berhati lembut dan sangat sensitif. Mereka serius dalam perhubungan dengan semua orang dan tidak suka dikhianati. Pengkhianat tidak akan mempunyai peluang kedua untuk memenangi hati penagih Latte.

4. Penagih Mocha

Mocha digemari oleh orang-orang yang kurang keyakinan diri dan sering berubah pendirian. Sukar membuat keputusan dalam perhubungan sama ada hendak memberikan komitmen yang padu atau hanya sebagai kawan biasa.

5. Peminum tegar Cappucino

Mereka dilihat sangat berhati-hati dalam perhubungan dengan semua orang. Seringkali tidak terlalu menonjol dikalangan handai taulan dan rakan-rakan namun boleh mencetuskan tarikan yang terduga jika kena pada tempatnya.
Walaupun informasi ini hanya seolah mitos kerana berdasarkan kajian rambang daripada pemerhatian pengunjung yang selalu minum kopi di kafe, namun ianya mungkin akan membuatkan anda berfikir beberapa kali sebelum memesan kopi di kafe-kafe, lebih-lebih lagi sekiranya anda berhasrat memikat hati seseorang.

Resepi Cara Buat ROTI OAT MADU

ROTI OAT MADU

Roti Oat Madu

oleh : chef mat gebu

Bahan Doh Span :-)
320 g tepung roti
2 camca teh instant yeast
180 ml air + 2 camca besar air
1/2 camca teh bread improver*
1/2 camca teh bread softerner*(*optional)

Bahan Lain :-)
80 g Quaker Oat
60 ml air
6 g garam
25 ml madu
25 g gula perang (brown sugar)
30 g mentega

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan bahan2 untuk doh span, gaul rata sehingga menjadi doh, bulat2kan dan letak dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan perap 3 jam.
  2. Masukkan oat, air, garam, madu dan gula perang ke dalam doh span tadi, uli hingga sebati dan rata. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan licin.
  3. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar (kurang lebih 200 g setiap bahagian) bulat2 dan rehatkan 15 minit. Ambil satu bahagian doh, leperkan sedikit dan gulung seperti swissroll hingga kemas. Alih ke dalam tin berukuran ( 5 x 3 x 3 ) inci. Buat hingga siap (mat gunakan 4 tin).
  4. Tutup tin dengan kitchen towel dan biar 45 minit hingga roti naik, sapu permukaannya dengan sedikit air dan tabur oat sebagai hiasan. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 30 minit. Keluarkan dari tin selepas roti masak dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. KAEDAH LAIN :- Masukkan bahan doh span ke dalam "breadmaker", pilih setting untuk doh dan tekan "on". Biar hingga siap dan biarkan 2 jam lagi dalam BM. Kemudian tambah bahan2 lain dan set balik BM pada setting untuk doh dan tekan "on". Selepas habis proses menguli (kurang lebih 30 minit, mengikut BM masing2), keluarkan doh dan buat seperti keadah no. 3, kalau tak de tin macam mat punya tu, boleh juga dibulat2kan seperti "bun".

Resepi Cara Masak GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

GULAI TEMPOYAK IKAN SUNGAI

Gulai Tempoyak Ikan Sungai

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
6 - 7 ekor ikan air tawar (mat guna ikan "terebol")
1 biji kelapa, diparut
3/4 cawan isi petai
1/2 cawan tempoyak
2-3 biji limau kasturi, perah jusnya
3 helai daun kunyit, disiat2
2 inci kunyit hidup yang tua*
1/2 cawan cili padi*
1 camca teh garam*(*ditumbuk hingga halus)
Secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan digaul dengan limau nipis/lemon dan garam, biar terperap 20 minit, kemudian cuci, buang sisik dan siang seperti ikan biasa, kelar dan perap lagi dengan limau nipis/lemon dan garam untuk 15 - 20 minit lagi. Cuci kembali, toskan dan lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Goreng hingga kuning keemasan. Ketepikan. Tuang 3/4 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang 1 1/2 cawan air lagi, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalan periuk, masukkan bahan2 tumbuk dan tempoyak, gaul rata. Tuang santan cair dan masak hingga mendidih, masukkan petai dan juga ikan yang digoreng tadi. Bila mendidih, masukkan santan pekat dan daun kunyit serta secubit gula. Biar mendidih perlahan. Kacau sekali sekala.
  3. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan rasa, jika ok, boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat.

Friday, April 27, 2018

Wow! Anda Kini Boleh Dapatkan iPhone 8 RED Dan iPhone 8 Plus RED Dengan Diskaun Sehingga RM250

artikel asal : amanz.my
Apple telah pun melancarkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah baru-baru ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, kini mungkin boleh menyemak penawaran di Shopee yang menawarkan diskaun sehingga RM250.
Apple iPhone 8 RED
Melalui penyenaraian pihak DirectD di Shopee, iPhone 8 64GB ditawarkan pada harga RM3549 (berbanding harga asal RM3649) dan RM4299 untuk versi 256GB (berbanding harga asal RM4399).
Untuk iPhone 8 Plus pula, model 256GB sahaja yang ditawarkan, iaitu pada harga RM4799 (berbanding harga asal RM4899), sementara model 64GB pada harga RM4049 (berbanding harga asal RM4149).
Selain potongan diskaun RM100 yang disediakan penjual berkenaan, pengguna turut boleh menambah kod diskaun Shopee, REVO150 untuk mendapatkan diskaun tambahan RM150 – sekaligus menjadikan diskaun keseluruhan yang anda terima untuk pembelian iPhone 8 berwarna merah ini sebanyak RM250.
Beli : iPhone 8 RED

Skrin Melengkung ViewSonic XG3240C Memasuki Pasaran Malaysia Mei Ini.

Skrin lengkung gemar di kalangan peminat permainan video kerana ia menghasilkan pemandangan yang sinematik. ViewSonic XG3240C ialah skrin komputer melengkung yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia bulan Mei ini. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 32″ melengkung 1800R panel VA beresolusi WQHD (2560 x 1440).
Monitor ini menyokong paparan HDR10 serta teknologi AMD FreeSync. Bagi golongan gamer ia menarik kerana mempunyai kadar segar semula 144HZ. Terdapat sepasang speaker terbina dengan kekuatan 6W. Dari segi pilihan I/0 pula ia mempunyai 1 DP, 2 HDMI, 5 port USB 3.0 dan bicu audio masuk/keluar. Di Malaysia ia akan dijual pada harga RM 2299sebuah.
artikel asal : amanz.my

Wednesday, April 25, 2018

Anda Seorang Pemandu? Perlu Tahu! Perbezaan Minyak Petrol RON95 Dan RON97

Image result for minyak malaysia


Nak pilih minyak RON95 atau RON97 yang lebih mahal merupakan topik hangat yang selalu diperkatakan pengguna petrol di Malaysia. Meskipun telah banyak dihebahkan dan diberi penerangan secara meluas, masih ramai yang salah faham mengenai keperluan klasifikasi RON ini.

APA ITU RON? PERBEZAAN RON95 DAN RON97


RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya ialah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.

Pada asasnya RON salam bahasa Inggeris Research Octane Number ialah gred bagi keupayaan petrol menentang pembakaran tidak normal dan menjana tenaga pada masa yang sepatutnya ketika proses pembakaran. Penggunaan RON yang betul untuk enjin kenderaan, biasanya dinyatakan di dalam manual pemilik, dan kadang kala pada pelekat yang terdapat pada penutup tangki minyak.

Pengguna seharusnya tidak bimbang mengenai hal ini kerana kebanyakan kenderaan boleh menggunakan petrol RON95 tanpa sebarang masalah atau kehilangan kuasa memecut.

Pakar kejuruteraan produk Chevron, Greg Engeler berkata ramai yang salah faham bahawa petrol dengan RON yang lebih tinggi akan menjadikan enjin lebih cekap sedangkan RON yang lebih tinggi daripada spesifikasi yang ditentukan tidak akan memberi kesan yang signifikan.

Katanya teknologi enjin, jenis kenderaan dan cara pemanduan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan ekonomi petrol berbanding perbezaan nilai RON.

Tambahnya lagi kelebihan jangka panjang dengan penggunaan RON95 ialah bila Malaysia memenuhi spesifikasi Euro 2M, proses penerimaan teknologi baru yang lebih cekap dan mesra alam daripada Eropah akan menjadi lebih mudah.

Menurut portal majalah kereta.com.my, di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin daripada pengeluar yang berlainan.

RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.

Di Eropah juga penggunaan RON95 ialah lebih 84 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

CUBA SEMUA JENAMA

Jika anda masih tidak berpuas hati, pendekatan Herlina Ahmad mungkin patut dicontohi.

Pensyarah muda yang memandu Toyota Avanza 1.3 keluaran tahun 2006 ini mencuba pelbagai jenama petrol RON95 yang terdapat di pasaran dan merekodkan jumlah perjalanan dan kos secara terperinci.

Beliau mendapati walaupun perbezaan tidak begitu ketara, dua jenama kurang efisien dari segi ekonomi, satu kurang cekap dan beliau berpuas hati dengan dua lagi jenama yang lain.

"Pikap kereta normal, kadang-kadang saya memecut hingga 140km sejam. Keluar dari simpang pun macam biasa," katanya.

Begitu juga dengan Noor Shafina Adullah yang menggunakan RON95 untuk kereta Kembara yang dipandunya sejak lapan tahun lalu.


"Setakat hari ini, tiada masalah. Saya rasa ia lebih kepada kesan psikologi. Kalau ada pun perbezaan saya rasakan ialah petrol RON95 syarikat A lebih menjimatkan atau efisyen dari syarikat B," katanya yang menggunakan petrol berselang-seli dengan gas NGV.

JANGAN MEMBAZIR

Jadi, sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97?

Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan.

Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik ialah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.

Setiap pengeluar mempunyai resepinya yang tersendiri untuk menjadikan petrol mereka membakar dan membersih dengan efisien. Mereka memiliki pusat penyelidikan untuk membuat rumusan petrol dengan jisim seperti bersifat 'mencuci', mengekalkan tahap pembakaran, ketahanan dengan suhu dan pelbagai aspek untuk memastikan petrol mereka konsisten mengikut spesifikasi enjin yang direka untuknya.

Ramai yang salah faham bila menganggap RON97 menghasilkan lebih banyak kuasa berbanding RON95, apatah lagi realitinya lebih tinggi nilai RON, lebih sukar bahan api dibakar. RON hanya merujuk kepada kemampuan bahan api untuk menahan ketukan semata-mata.

Enjin yang memerlukan nilai RON yang lebih tinggi lazimnya mempunyai nisbah mampatan yang lebih tinggi seperti Satria GTI.

PERAKUAN PENGELUAR KERETA

Kesimpulannya, RON ialah berdasarkan kesesuaian enjin, bukan kualiti semata-mata.

Apatah lagi hampir semua pengedar dan pengeluar kereta di negara ini telah mengeluarkan kenyataan mengenai kesesuaian model mereka dengan RON95.

Antaranya, kumpulan Automotif Naza menggalakkan pemilik kenderaan Naza, KIA dan Peugeot yang menggunakan bahan api petrol menggunakan RON95.

Syarikat itu berkata RON95 sesuai bagi kereta Naza Ria, Naza Citra, Naza Suria, Naza Citra II Rondo, Kia Sportage, Kia Carnival, Kia Carens, Kia Picanto, Kia Optima, Kia Spectra5, Kia Spectra, Kia Rondo, Naza 206 Bestari, Peugeot 206, Peugeot 407, Peugeot 308 Turbo, Peugeot 308Vti dan Naza Forza manakala Naza Sorento, Kia Sorento dan Kia Pregio menggunakan diesel.

UMW Toyota Motor juga mengeluarkan kenyataan petrol RON95 sesuai bagi kegunaan semua kenderaan Toyota dan Lexus yang dijual oleh syarikat itu.

Pengedar eksklusif kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia itu berkata pemilik kereta-kereta ini, yang ketika ini menggunakan petrol RON97, boleh beralih kepada RON95 tanpa perlu bimbang akan masalah kerosakan enjin atau hilang prestasi.

Honda Malaysia juga mengumumkan bahawa semua model yang diedarkan oleh syarikat itu serasi dengan minyak petrol RON95.

Honda Malaysia memberikan jaminan kepada semua pemandu kenderaan Honda bahawa RON95 seharusnya tidak menjejaskan mana-mana model yang diedarkan oleh wakil jualan sahnya, kecuali model Civic Type R.


Civic Type R dicadangkan menggunakan RON97 kerana enjinnya yang berprestasi tinggi, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toru Takahashi.

sumber : BERNAMA

SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan Online

SAPS Semakan Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online Tahun 2018. SAPS NKRA Semakan Ibu Bapa  atau Sistem Analisis Keputusan Peperiksaan Sekolah adalah satu kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membantu Ibu Bapa untuk memantau perkembangan pelajaran anak mereka. SAPS Ibu Bapa akan memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar di mana semakan hanya boleh dibuat untuk semakan keputusan peperiksaan bagi sekolah rendah (Darjah 1 hingga 6) serta sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga 5). 
 Selain Semakan Ibu Bapa, sistem ini ada menyediakan informasi tentang panduan pengguna, muat turun gred pemarkahan peperiksaan terkini serta takwim peperiksan dalaman sekolah meliputi tarikh kemasukan data peperiksaan. Keputusan peperiksaan awam seperti keputusan SPM, PT3 dan UPSR tidak boleh disemak menggunakan sistem SAPS.

Semakan Keputusan Peperiksaan Online

saps ibu bapa 2018

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa 2018 Online

Berikut dikongsikan langkah-langkah mudah dan cepat yang perlu diikuti oleh Ibu Bapa dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan Online (SAPS NKRA) anak mereka. Untuk memastikan keputusan terkini dipaparkan, sila semak selepas markah keputusan peperiksaan terkini/ semasa habis dikemaskini.
  1. Layari Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  2. Terdapat beberapa Menu seperti Muat Turun, Uji Kelajuan, FAQ dan Semakan Ibu Bapa
  3. Nota : Jika anda menghadapi masalah dalam mengakses sitem SAPS, sila clear browsing cache anda. Atau klik "Your Connection Is Not Private" untuk membuat semakan.
  4. Klik Semakan Ibu Bapa

Langkah-Langkah Semak Slip Peperiksaan Pelajar SAPS Ibubapa

Selepas Klik Semakan Ibu Bapa, berikut adalah langkah-langkah seterusnya untuk membuat semakan SAPS.
  • Sila masukkan Nombor Sijil Lahir atau Kad Pengenalan Pelajar (Tanpa "-" atau "SPACE")
  • Sila Pilih Jenis Semakan : SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH
  • Seterusnya Pilih Tahun (2011 hingga 2017
  • Dan akhirnya klik butang SEMAK LAPORAN

Cara Terkini Semakan SAPS Ibu Bapa


LANGKAH 1 : CARIAN MURID


  • SILA MASUKKAN NOMBOR SIJIL LAHIR / KAD PENGENALAN PELAJAR (TANPA "-" atau "SPACE")

LANGKAH 2 : CARIAN SEKOLAH

  • SILA MASUKKAN MAKLUMAT SEKOLAH PELAJAR, SEKOLAH TERKINI ATAU SEBELUM INI
  • Negeri :  Nama Sekolah

    Nota

    Sistem SAPs bagi Sekolah Rendah hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6, manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
    Di antara Jenis Keputusan Peperiksaan yang boleh disemak pula adalah:

    • Ujian 1
    • Peperiksaan Pertengahan Tahun
    • Ujian 2
    • Peperiksaan Akhir Tahun
    • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

    Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dalaman Sekolah 2017

    Untuk kemudahan ibu bapa, berikut adalah Takwim/ Jadual Peperiksaan Sekolah untuk tahun 2017 mengandungi tarikh dan tarikh key-in markah ke sistem SAPS:-

    1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

    Tahun 6/ Tingkatan 5 : Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

    2. Peperiksaan Percubaan

    Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
    Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

    3. Peperiksaan Akhir Tahun

    Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)
    takwim kemasukan markah peperiksaan dalam saps 2017
    Sumber Sistem SAPS

    Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 - 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

    Cara Hubungi

    TALIAN SEMENTARA : 012-6497579
    Waktu operasi helpdesk SAPS
    Isnin - Jumaat 8:30 pg - 5:00 ptg
    (kecuali cuti umum)
    Rehat 1:00 ptg - 2:00 ptg
    (kecuali hari jumaat 12:15 t/hari - 2:45 ptg)


    Semoga kemudahan yang disediakan oleh KPM ini iaitu SAPS Ibu Bapa 2018 Semakan Keputusan Peperiksaan Online bermanfaat buat semua. Ianya dapat membantu Ibu Bapa dalam meningkatkan lagi tahap pembelajaran anak-anak mereka.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Share

    Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More