Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (499) Al-Quran (24) Amazing (287) Anak (51) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (179) Ibadah (27) Info (674) Islam (498) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (300) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (428) Tips (80) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (65) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, March 12, 2018

Resepi Cara Buat PECAN & PRUNE MUFFIN Gebu

PECAN & PRUNE MUFFIN

Pecan & Prune Muffin

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
170 g mentega
170 g gula halus
350 g tepung gandum*
20 g baking powder*(*digaul dan diayak)
4 biji telur gred A
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
40 g kacang pecan, potong kecil

Bahan Disatukan Dan Rendam 1/2 jam :-)
100 g prune, didadu kecil
1 camca besar "sunquick perisa oren"
1 camca besar serbuk koko
1/4 cawan air panas

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, alas acuan muffin dengan paper cup atau gunakan muffin cup (jenis keras). Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan bahan yang direndam dan susu segar, putar rata.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan cincangan kacang pecan, gaul rata.
  4. Isi dalam acuan tadi sebanyak 3/4 penuh, bakar 25 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan untuk minum petang. Menghasilkan 26 - 28 biji muffin, bergantung pada saiz acuan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More