Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (180) Ibadah (27) Info (675) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (303) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (439) Tips (81) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, March 6, 2018

Penyakit - Milia bukan masalah serius

Milia atau ‘sista berisi keratin’ adalah ketulan kecil berwarna putih yang mengandungi keratin berkumpul pada pori kelenjar peluh, kemudian membentuk benjolan di permukaan kulit.
Selalunya milia ini memiliki saiz antara satu hingga dua milimeter dan ia masalah kulit biasa berlaku kepada hampir 50 peratus bayi baru lahir.
Doktor Perubatan Keluarga, Dr Rohaya Ramli berkata, sista berisi keratin ini tidak berbahaya kepada bayi mahupun individu pelbagai peringkat usia.
“Milia sering terjadi kepada bayi baru lahir, selalunya seminggu kelahiran. Milia ini akan hilang apabila usia bayi mencecah dua hingga empat minggu, justeru golongan ibu bapa tidak perlu gusar.
“Milia dalam kalangan bayi sering berlaku di kawasan antara kening, hidung, pipi dan lelangit, namun ia bukan masalah kulit yang serius atau bahaya sebaliknya normal terjadi kepada bayi baru dilahirkan.
“Milia terbahagi kepada dua jenis, iaitu milia primer merujuk kepada bayi baru dilahirkan apabila keratin terperangkap dalam kulit manakala milia sekunder terjadi akibat kecederaan pada kulit seperti selaran matahari atau melepuh yang berlaku dalam kalangan orang dewasa,” jelasnya.
Beliau turut menafikan pembentukan milia dipengaruhi faktor genetik mahupun stres.

Milia sekunder dikaitkan dengan trauma pada kulit terutama akibat selaran matahari atau lapisan kulit cedera.
“Keratin adalah protein berstruktur dalam badan manusia yang membentuk kuku, lapisan kulit dan juga rambut.
“Keratin dalam lapisan epidermis yang mengalami kitaran proses membuang sel kulit mati (keratin) secara semula jadi berlaku setiap 30 hari bagi menghasilkan kulit baru.
“Kitaran boleh terganggu apabila pori peluh tersumbat menjadi ‘pusat pengumpulan’ keratin atau sel kulit mati, seterusnya membentuk benjolan di permukaan kulit dipanggil milia.
“Milia sekunder boleh berlaku jika seseorang menjalani rawatan wajah seperti ‘dermabrasion’ yang membuang sel kulit mati bagi mendapatkan kulit sihat serta berseri.
“Tidak dinafikan rawatan seperti itu memberi kecederaan terhadap kulit berikutan peralatan atau kaedah dilakukan mungkin kasar sekali gus menjadi punca pertumbuhan milia pada wajah,” katanya.
Dr Rohaya menegaskan, milia boleh tumbuh pada mana-mana bahagian tubuh yang mengalami kecederaan termasuk kebakaran.
Menurutnya, pertumbuhan milia sekunder pada mata, puncanya masih tidak dapat dikenal pasti jika dibandingkan kawasan badan lain.
Katanya, saiz milia tidak akan membesar dan tidak menjadi simptom kepada penyakit kulit yang lain.
Meskipun tidak berbahaya, kewujudan milia pada wajah pasti memberi impak kepada personaliti, penampilan mahupun keyakinan individu, justeru golongan dewasa digalak mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perubatan atau pakar estetika.

BERPUNCA daripada pori peluh tersumbat dipenuhi keratin
Bagi merawat milia sekunder, Dr Rohaya berkata, ia boleh dilakukan dengan memecahkannya menggunakan jarum steril yang dinyahkuman dan gumpalan keratin itu dicungkil menggunakan alat pengekstrak akne. Teknik ini biasanya dilakukan doktor atau pakar kulit di klinik.
Dr Rohaya menasihatkan supaya ia tidak dilakukan sendiri di rumah untuk mengelakkan jangkitan kuman pada kulit.
Selain rawatan laser, pesakit boleh melakukan rawatan pengelupasan kimia menggunakan asid alfa hidroksi (AHA) sebagai bahan utama.
Penggunaan AHA sememangnya meluas bagi rawatan rejuvenasi kulit bukan hanya membersih wajah bahkan mampu menghilangkan milia bersaiz kecil.
Berkongsi tip mencegah milia, Dr Rohaya menyarankan rutin penggunaan krim tabir suria dan pemilihan set penjagaan kulit yang diperkaya dengan asid glikolik (asid buahan) terutama AHA dan asid polihidroksi (PHA).

sumber : mymetro

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More