Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 21, 2018

Airbus Membangunkan Sistem Berasaskan Lembing Bagi Membersihkan Sampah Angkasa Lepas

Kemana sahaja manusia pergi, pencemaran akan berlaku. Hampir enam dekad sudah berlalu sejak Sputnik menjadi objek buatan manusia yang pertama mengorbit bumi. Kini terdapat lebih daripada 20,000 objek bersaiz 10cm ke atas mencemari angkasa lepas. Kesemuanya mendatangkan bahaya pelanggaran dengan satelit dan stesen angkasa lepas antarabangsa.
Masalah space junk ini sudah lama disedari agensi-agensi angkasa lepas dunia. Airbus mempunyai idea untuk menyelesaikan masalah ini dengan pembangunan sistem yang berasaskan lembing. Sistem mampatan udara digunakan untuk menembak lembing pada kelajuan 25 m/s. Lembing akan melekat pada sampah angka lepas dan membolehkan ia ditarik ke dalam kapal angkasa untuk dibawa semula ke bumi.
Airbus membangunkan sistem ini bagi membawa pulang satelit Envisat yang sudah tidak berfungsi sejak 2012. Envisat yang seberat 8 tanmembawakan pelbagai risiko pelanggaran yang tinggi. Pada bulan April, Airbus akan melancarkan misi RemoveDebris bagi menguji sistem lembing pada skala kecil sebelum digunakan pada Envisat.
artikel asal : amanz.my

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More