Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (445) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 22, 2018

10 Destinasi Travel Terbaik Di Asia Tahun 2017

Duit sudah ada, hati mahu travel tapi ada satu lagi masalah. Tak tahu nak pergi ke mana, terlalu banyak pilihan jadi susah nak buat keputusan. Lebih-lebih lagi semuanya pun best!.
Jika anda mengalami kemurungan seperti ini, saya cadangkan anda untuk memilih salah satu daripada destinasi terbaik di Asia pada tahun 2017. Senarai ini dikutip melalui laman Lonely Planet dalam ketegori ‘Best in Asia’.
1. Hokkaido, Jepun
Hokkaido, Jepun ditempatkan dalam tangga teratas daripada 10 yang terbaik di Asia. Jika ingin berkunjung ke negara matahari terbit, Hokkaido mungkin boleh dijadikan pilihan. Sesuai buat pencinta alam semulajadi yang mahukan permandangan segar. Di sini anda berpeluang menikmati hidangan menu makanan laut, paling popular ketam dan landak laut.
Advertisement
2. Shanghai, China
Digelar sebagai ‘centre of the universe’, Shanghai adalah bandar yang cukup meriah sekali. Shanghai merupakan kota terbesar bagi rakyat Republik Tiongkok dan ianya terletak di tepi sungai terpanjang di Asia iaitu Changjiang.
Shanghai juga merupakan pusat ekonomi, perdanganan dan komunikasi yang terpenting di China. Di antara lokasi paling popular di Shanghai adalah Menara Oriental Pearl, Longhua Temple, Zhujiajiao Ancient Town dan kota lama Nanshi.
3. Jeonju, Korea Selatan
Jeonju merupakan salah satu perkampungan tradisional yang masih terpelihara di Korea Selatan dan paling menarik, di sinilah tempat kelahiran makanan paling popular di Korea iaitu bibimbap.
4. Pulau Con Dao, Vietnam
Tempat ini dahulunya merupakan tempat jajahan yang penuh dengan kezaliman, namun sekarang tidak lagi. Ia kini menjadi salah satu destinasi terbaru yang wajib dikunjugi di Asia. Hutan tropika yang kaya dengan hidupan liar dan pantai yang cukup untuk menggoda siapa sahaja yang berkunjung ke sini. Kecantikan terumbu karang yang terdapat di sini akan memberikan anda pengalaman menyelam yang terbaik di Vietnam.
5. Hong Kong
Bandar metropolitan yang kaya dengan pelbagai budaya, Hong Kong masih kekal sebagai destinasi pelancongan terbaik di Asia. Buat pengetahuan anda, Hong Kong merupakan bahagian penting dalam mengekalkan budaya dan sejarah di dunia. Di kalangan pelancong pula, Hong Kong lebih terkenal sebagai tempat untuk shopping barang mewah dan berjenama.
Namun, bukan sekadar itu sahaja. Hong Kong akan menawarkan permandangan terbaik di laut mahupun di darat sehingga dikatakan setiap sudut yang ada di negara ini selalunya terdapat sesuatu yang baru dan unik.
6. Ipoh, Malaysia
Tiada bajet untuk ke luar negara? Jangan risau, anda masih lagi berpeluang menikmati ke salah satu destinasi terbaik di Asia dan destinasi ini memang sangat terkenal dikalangan pelancong luar ataupun dalam negara. Destinasi yang di maksudkan ini tidak lain tidak bukan adalah Ipoh, Perak atau lebih dikenali sebagai bandar hipster.
Nak tahu kenapa Ipoh sangat  best sampai termasuk dalam senarai terbaik di Asia? Baca di sini.
7. Pemuteran, Indonesia
Pemuteran, Bali ini terkenal sebagai destinasi yang cukup tenang. Buat anda yang mahu lari jauh dari suasana kesibukan, Pemuteran adalah destinasi paling disyorkan untuk bermeditasi. Di sini juga terkenal dengan tempat pelancongan kuil bawah laut. Aktiviti menyelam adalah perkara paling seronok dilakukan di sini.
8. Pulau Trang, Thailand
Oleh kerana Krabi terlalu ekstrim, anda boleh cuba berkunjug ke Pulau Trang di Thailand. Di sini berbeza dengan Phuket atau Koh Samui yang mana padat dengan pelancong. Keindahan permandangan yang dihidangkan dengan kejernihan air berkaca sukar untuk ditolak. Trang juga merupakan muara kepada budaya Melayu, Kemboja, Thai dan Tionghoa.
9. Meghalaya, India
Jika anda fobia dengan tahap kebersihan di India, jangan cepat bersangka buruk. Meghalaya, India adalah destinasi best di India untuk dicuba. Di sinilah terletaknya perkampungan Mawlynnong, iaitu perkampungan paling bersih di dunia. kecantikan kampung ini terserlah dengan air terjun yang dikelilingi kehijauan alam dan bunga-bunga seperti orkid.
10. Taitung, Taiwan

Taiwan terkenal memiliki ratusan tempat pelancongan menarik, khazanah antik tertua dunia, monumen mengagumkan, senibina bangunan menawan dan keunikan budayanya sudah cukup untuk ‘membuka mata’ penduduk negara luar untuk melancong ke Taiwan. Jika anda bercadang untuk pergi ke Taiwan, jangan lupa untuk berkunjung ke Taitung. Tempat unik ini digelar sebagai tempat terletaknya pelbagai rahsia yang mengagumkan di Taiwan.
artikel asal : thevocket

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More