Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, March 28, 2018

Kisah Riwayat Hidup Ahmad Khathib Sambas - Mursyid Tariqat Qadiriyah


KESOHORAN Syeikh Ahmad Khathib Sambas di kalangan pengamal Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah, sama ada peringkat Nusantara mahu pun antarabangsa pada zamannya tidak dinafikan. Sekurang-kurangnya terdapat dua buah kitab yang ditulis dalam bahasa Arab oleh orang Arab, menceritakan kisah ulama-ulama Mekah dan nama Syeikh Ahmad Khathib Sambas juga terdapat di dalamnya. 

Kitab yang pertama, Siyar wa Tarajim, karya Umar Abdul Jabbar. Kitab kedua, Al-Mukhtashar min Kitab Nasyrin Naur waz Zahar, karya Abdullah Mirdad Abul Khair yang diringkaskan oleh Muhammad Sa'id al-'Amudi dan Ahmad Ali. Kita sangat berterima kasih kepada kedua-dua penulis Arab itu, walau bagaimanapun ketepatan data dan fakta termasuk tahun lahir dan wafatnya perlu ditinjau kembali.

Nama lengkapnya ialah Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar bin Abdullah bin Muhammad as-Sambasi. Lahir di Kampung Dagang, Sambas. Tarikh lahirnya hanya disebut oleh Umar `Abdul Jabbar, ialah pada bulan Safar 1217 H (kira-kira bersamaan 1802 M, pen:), tidak terdapat tulisan lainnya. Wafatnya di Mekah tetapi terdapat perbezaan pendapat mengenai tahun kewafatannya antara Umar Abdul Jabbar dengan Abdullah Mirdad Abul Khair. Abdullah Mirdad Abul Khair menyebut bahawa Syeikh Ahmad Khathib wafat tahun 1280 H (kira-kira bersamaan 1863 M, pen:), tetapi menurut Umar Abdul Jabbar, pada tahun 1289 H (kira-kira bersamaan 1872 M, pen:). 


Tahun wafat 1280 H yang disebut oleh Abdullah Mirdad Abul Khair sudah pasti ditolak, kerana berdasarkan sebuah manuskrip Fat-h al-'Arifin salinan Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, menyebut bahawa ``Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil tariqat daripada gurunya, Syeikh Ahmad Khathib yang tersebut itu di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah di dalam halwatnya, dan khatamnya pada hari Arba', yang ketujuh hari dari bulan Zulhijjah sanah 1286 Hijrah''. Jadi bererti pada 7 Zulhijah 1286 H, Syeikh Ahmad Khathib Sambas masih hidup. Oleh itu Syeikh Ahmad Khathib Sambas wafat tahun 1289 H yang disebut oleh Umar Abdul Jabbar menepati yang sebenarnya.

KEMUNCAK KEMASYHURAN
Manusia menjadi terkenal kerana berbagai-bagai sebab, Syeikh Ahmad Khathib Sambas terkenal kerana beliau sebagai Mursyid Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Pada zamannya, di Mekah tentang tariqat itu, Syeikh Ahmad Khathib Sambas merupakan Syeikh Mursyid yang teratas sekali. Ia bukan sahaja bagi masyarakat dunia Melayu, tetapi juga diakui oleh ulama-ulama dunia luar. Sepanjang sejarah perkembangan Tariqat Qadiriyah di dunia Melayu dari dahulu hingga sekarang memang tidak dapat dinafikan bahawa tokoh yang terbesar dan paling berkesan bagi ulama-ulama Jawi/Nusantara dalam penyebaran Tariqat Qadiriyah itu ialah Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Nama beliau juga dikenal di Uzbekistan, kerana salah seorang murid beliau bernama Syeikh Abdul Murad, adalah seorang ulama Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang menerima tawajjuh kedua-dua tariqat itu daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas.

FAT-HUL `ARIFIN
Fat-hul `Arifin termasuk salah satu istilah yang banyak dibicarakan di kalangan sufi. Tetapi yang dimaksudkan di sini ialah sebuah risalah atau kitab yang berasal daripada imlak Syeikh Ahmad Khathib Sambas. Imlak tersebut ditulis oleh beberapa orang muridnya, dan yang sempat diterbitkan hanyalah versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali. Manuskrip Fat-hul `Arifin yang dinisbahkan kepada Syeikh Ahmad Khathib Sambas, yang ada pada penulis ialah: 1. Judul Silsilah Tariqat Qadiriyah wan Naqsyabandiyah yang dicatat oleh Abdul Hakim ibnu Marhum Lebai Abdul Kari Sambas, Kampung Asam. Naskhah ini merupakan satu-satunya yang ditulis oleh orang yang berasal dari Sambas sendiri. 2. Manuskrip tanpa judul, hanya dinyatakan ``Talkin, zikir dan bai'ah tariqat yang diijazahkan oleh guru kita Maulana asy-Syeikh Ahmad Khathib bin Abdul Ghaffar Sambas yang di dalam negeri Mekah al-Musyarrafah kepada sekalian muridnya''. Pada manuskrip ini dimulai nama pencatatnya bernama Haji Muhammad Sa'id bin Hasanuddin, Imam Singapura, bahawa beliau ``... mengambil talkin, dan bai'ah, dan tawajjuh, serta ijazah daripada gurunya Sayid Muhammad bin Ali al-'Aidrus. Dia mengambil daripada Sayid Ja'afar bin Muhammad as-Saqaf Pontianak, mengambil daripada Muhammad Sa'ad bin Muhammad Thasin al-Banjari mengambil daripada Syeikh Ahmad Khathib... `` Manuskrip ini ditulis tahun 1286 H dan selanjutnya disalin oleh Sayid Ahmad bin Ismail al-'Aidrus pada hari Khamis, 4 Zulhijah 1293 H/21 Disember 1876 M, diperoleh di Pontianak pada 8 Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M. 3. Fat-hul `Arifin, naskhah yang ditulis oleh Haji Muhammad bin Syeikh Abdus Samad al-Kalantani diselesaikan pada tahun 1294 H/1877 M. Dalam manuskrip ini dikombinasikan dengan Tariqat Syathariyah.

Tiga versi yang tersebut di atas merupakan manuskrip yang pernah diterbitkan iaitu versi catatan Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim al-Bali, beliau selesai menulis kembali setelah diteliti dan bersih daripada corat-coret pada bulan Rejab 1295 H/Julai 1878 M. Naskhah tersebutlah yang ditashhih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, kemudian dicetak pertama kalinya oleh Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1305 H/1887 M, yang diterbitkan itu diberi judul Fat-hul `Arifin.

Walaupun Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai seorang tokoh sufi, namun selain ditonjolkan karya tasawuf Fat-hul `Arifin, beliau juga menghasilkan karya dalam bidang ilmu fikah. Penulis juga memiliki manuskrip fikah karya beliau, iaitu Fatwa Syeikh Ahmad Khathib Sambas Perihal Jumaat. Naskhah tulisan tangan itu dijumpai tahun 1986, bekas koleksi Haji Manshur yang berasal dari Pulau Subi, Kepulauan Riau. Kandungan naskhah selain membicarakan masalah Jumaat terdapat pula fatwa beliau mengenai hukum penyembelihan secara Islam. Pada bahagian akhir naskhah terdapat pula suatu nasihat beliau yang panjang, kemudian ditutup dengan beberapa amalan wirid beliau

selain amalan Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah. Sebuah karya (judul yang sebenar tidak terdapat) yang membicarakan fikah mulai taharah, sembahyang dan pengurusan mayat. Manuskrip tanpa dinyatakan tarikh, hanya terdapat tahun penyalinan dinyatakan ``... Hari Khamis, 11 Muharam 1281 H oleh Haji Ahmad ibnu al-Marhum Penggawa Nashir ahli al-Kayung jama'ah Tuan Syeikh Ahmad Khathib Sambas di Mekah al-Mukarramah ...'' Manuskrip di atas diperoleh di Kampung Mendalok, Sungai Kunyit, Kabupaten Pontianak, Kalimantan Barat, pada 6 Syawal 1422 H/20 Disember 2001 M.

MURID-MURIDNYA
Besar nian pengaruh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khathib Sambas di dunia Melayu, melebihi tokoh-tokoh penyebar Tariqat Qadiriyah seperti Syeikh Nuruddin ar-Raniri, Syeikh Abdur Rauf al-Fansuri dan lain-lainnya yang lebih dahulu. Di Jawa misalnya, dapat kita semak pada beberapa lembar tulisan Zamakhsyari Dhofier dalam bukunya Tradisi Pesantren, beliau menyebut, ``Dalam abad ke-19, organisasi-organisasi tariqat di Jawa memperoleh semangat dan dukungan baru daripada masyarakat. Hal ini disebabkan oleh kedatangan para pengikut Syeikh Ahmad Khatib Sambas dan Sulaiman Effendi dari Mekah''. Seterusnya, ``Namun yang cukup menarik ialah di Jawa Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikenal sebagai pendiri suatu tariqat baru, Tariqat Naqsyabandiyah''. Selanjutnya, ``Kedudukan Syeikh Ahmad Khatib sebagai seorang sarjana Islam perlu kita sedari betul-betul ...''. Selanjutnya, ``Adalah suatu hal yang penting bahawa seorang sarjana besar seperti Syeikh Sambas, kepada siapa hampir semua kiyai di Jawa menelusuri penealogi intelektual mereka juga dikenal sebagai seorang pemimpin tariqat''.

Kalau demikian yang diperkatakan, sekarang mari kita menjejaki kemantapan sistem pengkaderan yang dilakukan kepada murid-muridnya. Salah seorang muridnya bernama Syeikh Zainal Abidin yang berasal dari Kelantan diutus oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas ke Kalimantan Barat sebagai `Ketua Khalifah' di sana. Jadi bererti murid-muridnya yang lain, yang semuanya berasal dari Kalimantan Barat, adalah di bawah pengawasan Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani. Selanjutnya semua mereka disuruh supaya mendalami pelbagai ilmu kepada ulama yang berasal dari Kelantan itu. Kebenaran untuk mentawajjuh/ membai'ah sekali-kali tidak dibenarkan kepada murid-murid yang lain selagi Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani masih hidup, atau selagi beliau masih berada di Kalimantan Barat. Syeikh Zainal Abidin al-Kalantani meninggal dunia di Kampung Sebedang, Sambas.

Yang dilantik oleh Syeikh Ahmad Khathib Sambas sebagai khalifahnya di Mekah ialah Syeikh Abdul Karim al-Bantani, beliau mempunyai murid yang ramai sesudah Syeikh Ahmad Khatib Sambas. Untuk di Jawa terdapat tiga orang wakil khalifah, iaitu: Di Jawa Timur, Syeikh Ahmad Hasbullah bin Muhammad al- Manduri (Madura) dan lain-lain. Di Jawa Tengah, Syeikh Zarkasyi Barjan, Porwajo Syeikh Ibrahim Berumbung. Di Jawa Barat, Syeikh Asnawi Banten dan lain-lain.

Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Syeikh Muhammad bin Ismail bin Abdur Rahim berasal dari Pulau Bali. Beliau juga diberikan kebenaran mentawajjuhkan. Salah seorang muridnya yang menjadi ulama besar ialah Tuan Guru Haji Abdur Rahman yang berasal dari Ambon. Murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang bernama Haji Abdul Lathif bin Haji Abdul Qadir berasal dari Sarawak. Di antara muridnya ialah Haji Muhammad Arsyad bin Abdur Rahman Pontianak. Murid Haji Abdul Lathif yang berasal dari Sarawak yang menjadi ulama besar, mengajar di Masjidil Haram, Mekah, ialah Syeikh Utsman bin Abdul Wahhab as-Sarawaqi. Tetapi selanjutnya Syeikh Utsman Sarawak ini menerima tawajjuh Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah sekali lagi daripada Syeikh Abdul Karim al-Bantani di Mekah.

Masih banyak kisah murid-murid Syeikh Ahmad Khathib Sambas yang belum sempat disebutkan di sini, penulis menyimpulkan saja bahawa institusi pengajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah yang bersumber daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas yang masih kekal sampai sekarang ialah daripada muridnya yang bernama Syeikh Abdullah Mubarak. Pondok Pesantren yang beliau dirikan 7 Rejab 1323 H/

5 September 1905 M masih kekal sam-

pai sekarang, bahkan terkenal di seluruh Indonesia dan Malaysia. Sistem pelajaran Tariqat Qadiriyah-Naqsyabandiyah

yang berasal daripada Syeikh Ahmad Khatib Sambas itu dikembangkan dengan penyesuaian pada zaman moden. 

Jangan Pandang Bawah! Itulah Pesanan Setiap Kali Orang Melalui Jalan Ini

Jangan lihat bawah di laluan jalan ini sekiranya anda mudah pengsan atau takut akan ketinggian. Sungguh menggetarkan jiwa apabila mengetahui kita berada di ketinggian lebih dari 1,000 kaki. Tapi inilah yang menjadi daya tarikan bagi tempat-tempat pelancongan ini. Mungkin juga anda akan bertukar fikiran dan mahu melakukannya walaupun hanya sekali seumur hidup.
Zhangjiajie, China
Skywalk ini terletak di Tianmen Mountain di Zhangjiajie, China. Ia berada di ketinggian 4,700 kaki di atas aras laut. Jambatan di tepi gunung itu sepanjang 200 kaki.
a1a
a1
Hunan Province, China
Hunan Province memiliki puncak tertinggi sekitar 5,000 kaki di atas aras laut dan menjadi tempat untuk spesies tumbuhan yang sangat jarang untuk ditemui. Ia dihubungkan dengan kereta kabel sepanjang 4 batu dan dikatakan terpanjang di dunia untuk jenisnya.
a1ca1b
Grand Canyon, Amerika Syarikat
Grand Canyon Skywalk yang memiliki transparent glass floor menjadi destinasi yang menarik buat pelancong yang mengunjungi Grand Canyon West Rim yang dibuka sejak 2007. Ia merupakan tempat kedua glass floor dalam senarai tertinggi di dunia. Strukturnya direka seperti tapak kaki kuda yang mengunjur ke tengah dari hujung tebing pergunungan. Tambah menarik apabila ia mendapat kerjasama dengan suku Hualapai Indian bagi membangunkan dan mengimbangi tradisi Grand Canyon untuk pelancongan.
Grand Canyon Skywalk 2a7aa7b
Busan Skywalk, Korea
Ini adalah tarikan terbaru buat pelancong di Busan, Korea. Skywalk ini dibina setinggi 40 meter dari aras laut. Ia terletak di akhir pantai berbatu yang dikenali sebagai Igidae.
Skywalk 3
Skywalk 2
Sunwapta Valley, Kanada
Tempat ini dinamakan Glacier Skywalk. Ia terletak di paras 280 meter atas Sunwapta Valley di Taman Negara Jasper. Ia baru dibuka pada tahun 2014.
Columbia Icefields
Glacier Skywalk.jpg
skywalk2
Menarik kan? Rasa sayang pula jika dah jejak tapi tak pandang bawah. Hehe. Bagi kaki travel, masukkan tempat-tempat ini di dalam senarai pelancongan anda!
artikel asal : thevocket

Tasik Baikal Ketika Diliputi Ais Sungguh Menakjubkan Dan Sangat Unik

cover baikal
Tasik Baikal terletak di antara Russia dan Mongolia dan ianya sangat cantik! Disebabkan tiada faktor yang mencemarkan tasik ini ketika ini, tasik ini adalah tasik paling bersih dan terdalam di dunia. Keindahannya juga sesuatu yang lain dari yang lain terutamanya apabila musim sejuk. Tasik ini telah dikelaskan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1996 menandakan ianya sebagai salah satu lokasi penting bagi penduduk dunia.
Tasik Baikal ini merentasi kawasan sepanjang 600KM dan ketika musim sejuk, lapisan ais setebal 1.5m-2m akan terbentuk. Hebat tentang ais yang melapisi tasik ini ianya dapat menampung berat kenderaan sehingga 15 tan! Tetapi tidak semua kawasan ais ini mempunyai kekuatan untuk menampung berat sebegitu.
Lapisan ais ini juga berbeza-beza kerana retakan yang berlaku memberikan setiap kawasan ais mempunyai corak yang berbeza-beza. Dan disebabkan air tasik ini yang jernih, ais di sini adalah yang paling transparent dan anda boleh nampak hidupan berenang-renang di bawah lapisan ais ini.
Corak-corak pada permukaan ais ini terbentuk kerana lapisan ini retak setiap masa. Kadangkala retakan ini sepanjang 10-30km dan retakan ini bagus untk hidupan di dalam tasik ini. Menerusi retakan ini, hidupan di dalam tasik tidak akan mati kerana kekurangan oksigen. Permukaan ais yang mempunyai bubbles pula adalah hasil gas metana yang dihasilkan oleh alga.
Tasik Baikal adalah tasik paling dalam di dunia dan diistiharkan sebagai kawasan simpanan air bersar terbesar di dunia. Tahukan anda, kedalaman tasik Baikal ini mencecah 1642 meter! Hanya dua tasik lain yang mempunyai kedalaman lebih 1000 meter iaitu tasik Tanganyika(1470m) dan Caspian Sea(1025m).
Pada yang berminat untuk merasai sendiri ice skating atau bergambar di permukaan ais in, ianya akan terbentuk ketika musim sejuk sehingga Mei. Bermakna dari bulan Disember sehingga Mei. Selepas bulan Mei tasik Baikal akan menjadi tasik yang cantik seperti biasa. Jadi bagi yang kaki travel, mungkin boleh masukkan Tasik Baikal dalam wishlist anda. Dapat lihat ikan di bawah permukaan kaki seperti melihat ikan di aquarium. Tetapi aquarium ini di bawah kaki anda.







artikel asal : thevocket

Tengok Live Streaming Malaysia vs Lubnan 27.3.2018 Piala Asia

Live streaming Malaysia vs Lebanon / Lubnan pada 27 Mac 2018 Kelayakan Piala Asia. Siaran langsung Lubnan lawan Malaysia akan berlansung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, Lebanon pada jam 6.00 petang (bersamaan jam 11.00 malam selasa Waktu Malaysia). Dukacita dimaklumkan bahawa tiada siaran siaran langsung disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan Malaysia. Bagaimanapun, anda boleh menonton perlawanan Malaysia menentang Lubnan secara live internet streaming menerusi pautan yang tertera dibawah.


Live Streaming Malaysia vs Lubnan 27.3.2018 Piala Asia Online (Live)

Jadual Siaran Malaysia vs Lubnan Kelayakan Piala Asia 2019

Tarikh: 27 Mac 2018 Selasa
Masa: 11.00 malam waktu Malaysia bersamaan 6.00 petang waktu Lubnan
Lokasi: Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, Lebanon
Siaran Langsung: Tiada Siaran Langsung


iPhone X 2018 Mungkin Akan Dijual Pada Harga Lebih Mampu Milik

artikel asal : amanz.my
Tahun lalu iPhone X menjadi iPhone pertama dengan harga jualan melangkaui RM 5000 sebuah. Penggunaan skrin OLED dan pengimbas wajah Face ID yang baru menyumbang kepada hara peranti yang kurang mampu milik bagi kebanyakan pengguna. Menurut penganalisa RBC Capital Markets, ini mungkin berubah dengan model iPhone X yang dilancarkan tahun ini.
Harga jualan iPhone X 2018 diramalkan bermula dari $899 (RM 3490)  sebuah. Harga untuk iPhone X Plus dengan skrin 6.5 inci pula bermula dari $999 (RM 3872). Harga-harga ramalan ini mungkin masih belum mampu milik berbanding peranti lain di pasaran tetapi pengurangan harga yang ketara jika dibandingkan dengan model tahun lalu. Adakah anda berminat untuk memiliki iPhone X tahun ini jika ia dijual pada harga di atas?

Wow! Apple iPad 9.7-inci Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula RM1449

Apple Malaysia kini dilihat telah mengemaskini halaman jualan mereka, dan turut menyenaraikan Apple iPad 9.7-inci yang baru diumumkan. Melalui apa yang dipaparkan, ia akan ditawarkan pada harga bermula RM1449 untuk pasaran tempatan.
Apple iPad 9.7-inci ini hadir dengan sokongan Apple Pencil untuk input dan juga lakaran, selain turut dilengkapi cip A10 Fusion, sokongan Touch ID, dan integrasi sokongan untuk kandungan realiti-gabungan (AR).
Apple iPad 9.7-inci
Dua variasi tablet ditawarkan, iaitu WiFi sahaja dan juga selular – dimana, masing-masing hadir dalam pilihan storan 32GB atau 128GB.
Apple iPad 9.7-inci 32GB WiFi ditawarkan pada harga RM1449, sementara versi selular pada harga RM1999.
Apple iPad 9.7-inci 128GB WiFi pula ditawarkan pada harga RM1849, sementara versi selular pada harga RM2399.
Buat masa ini, Apple masih tidak mengumumkan tarikh penawarannya untuk pasaran tempatan. Berkemungkinan, kita hanya akan melihatnya sekitar Mei kelak.
artikel asal : amanz.my

Tuesday, March 27, 2018

TIPS BAGAIMANA CARA BELANJA MURAH SEMASA UMRAH DAN HAJI DI MEKAH DAN MADINAH, SAUDI ARABIA.

Image result for shopping di madinah
  • Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang menjadi tumpuan umat islam untuk datang melaksanakan ibadah haji, ibadah umrah dan berziarah ke makam baginda Nabi Rasulullah SAW serta para sahabatnya.
  • Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu. Ini terbukti bila aktiviti jual beli terjadi antara jemaah Malaysia, Indonesia serta wilayah kepulauan Melayu dengan peniaga Arab menggunakan Bahasa Melayu.
  • Biasanya, sebelum ataupun selepas melaksanakan solat berjemaah di masjidil haram ataupun masjid nabawi, jemaah haji dan umrah dari Malaysia sering memanfaatkan waktu tersebut untuk berbelanja membeli barang-barang sebagai oleh-oleh ataupun sekadar berjalan jalan dan melihat lihat cenderahati barang barang islamik di sekitar lingkungan masjid.
  • Di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.
  • Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu, sehingga rasa rindu terhadap selera masakan tanahair akan sedikit terubat.
  • Sewaktu jemaah melalui di depan kedai di sekitar Masjidil Haram atau Nabawi, pelayan kedai yang kebanyakannya orang Arab Yaman dan orang Burma (Myanmar) akan menyapa jemaah “Apa kabar” “Malaysia bagus” “mari lihat-lihat murah-murah…”halal-halal “, begitulah tawaran para pelayan kedai supaya anda mau untuk melihat lihat barang barang di kedainya, dan kalau anda menawar belanja dengan harga yang amat murah, mereka akan berkata “Bakhil..Bakhil..”
    Biasanya para pelayan kedai tersebut pandai berbagai macam bahasa serba sedikit sahaja. Mereka senang berurusan dengan jemaah dari Malaysia kerana jemaaah Malaysia dikenali agak mewah dalam berbelanja dan sopan berbanding dengan jemaah dari kawasan lain. Tapi jika jemaah Malaysia yang dikenali mewah dalam berbelanja tidak jadi membeli setelah melihat-lihat barang mereka akan berkata “Malaysia bakhil”. Sabar sabar lah ye.
  • Kewujudan pasar lambakan di sekitar Masjid Nabawi Kota Madinah al Munawarah Arab Saudi menjadi daya tarikan bagi jemaah haji atau umrah.
  • Bermacam macam produk ditawarkan di sini. Ada baju, jubah, tasbih, siwak (alat gosok gigi dari kayu), seluar, kain, selipar, celak, tasbih, Alquran, dan barang khusus jemaah yang lainnya.
  • Di bawah ini beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda jika sedang berbelanja di Mekah dan Madinah.
  • Buatlah perencanaan belanja iaitu daftar barang yang diperlukan.Ini penting agar anda tidak berlebihan dalam belanja dan disesuaikan dengan kewangan yang ada. Jika ada barang-barang yang boleh dibeli di tanahair dan mungkin harganya lebih murah maka jemaah tidak perlu memaksa diri, kini sudah banyak kedai oleh-oleh haji di Malaysia.
    Sebaiknya tukarkan dulu dalam bentuk Saudi Riyal, anda boleh juga menukar di money changer atau tempat penukaran wang di depan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau di tempat makan hotel – dimana petugas dewan makan menyediakan penukaran wang atau boleh juga dengan mengambil terus di ATM, ATM banyak sekali di sekitar menara zamzam depan masjidil haram atau minta bantuan mutawif anda.
    Jika anda ingin berbelanja sebaiknya anda bertiga atau berempat atau ditemani pasangan anda atau minta bantuan mutawif untuk menemani. Jangan sampai kegiatan berbelanja mengganggu waktu ibadah. Utamakan dulu melakukan ibadah. Ingatlah tujuan utama anda berkunjung ke Tanah Suci iaitu untuk memanfaatkan waktu yang anda miliki untuk giat beribadah demi memperoleh redha dari Allah SWT.Jika berbelanja dikaki lima sebaiknya anda membayar dengan wang pecahan puluhan riyal atau lima riyal sebab dikhuatiri ketika ada penguatkuasa pedagang kaki lima, mereka lari kadangkala meninggalkan barang dagangannya.Kalau anda berbelanja dengan wang RM mereka menerimanya dan nantinya diuruskan dengan memperlihatkan anda pengiraan dengan kalkulator.(dalam hal ini mereka jujur).
    Jangan bawa wang pecahan 500 riyal kerana ini mirip dengan wang pecahan 50 riyal. Untuk memperoleh harga yang murah, tentu harus diketahui pusat-pusat perbelanjaan yang ada misalnya di Mekah ada Pasar Ja’fariah, di Jeddah ada Pasar Balad dan Bab Mekah, dan di Madinah ada Pasar Kurma dan pusat perniagaan di tingkat bawah Taiba Arac Hotel. Tapi jika malas pergi jauh, hampir di setiap penginapan jemaah haji banyak terdapat penjual oleh-oleh haji lambak yang harganya juga hampir dengan di pusat-pusat perbelanjaan.
    Tapi di pusat perniagaan, variasinya lebih banyak. “Pilihan lebih banyak,” kata seorang jemaah Malaysia yang telah berbelanja di Pasar Ja’fariah. Mereka akan memberi tahu anda bahawa ini asli atau tidak tapi dalam soal harga mereka tidak segan silu memberikan harga diatas 500%, jika anda ditawarkan barang diatas 100 riyal atau lebih, tawarlah dengan tawaran separuh harga. Jika anda seorang perempuan kebetulan anda dipegang bahu ataupun disentuh oleh pelayan yang kebetulan tidak berpuashati sebaiknya anda bersuara keras katakan “haram..haram..haram” lalu cepat-cepatlah pergi.
  • Kalau tawaran anda tidak diterima biasanya mereka akan mengatakan “mafi faedah”(tidak ada untung). Kalau perlu berpura-puralah tinggalkan, kalau dia tidak memanggil anda kembali maknanya betul dia tidak ada untung. Berpura-puralah sudah biasa pergi ke Mekah dan Madinah dan gunakan sedikit bahasa arab biasa, dengan cara ini biasanya mereka tidak akan meletakkan harga barang terlalu tinggi.
    Sebelum membeli hendaklah melakukan survey di beberapa kedai untuk membandingkan harga, biasanya untuk barang-barang yang biasa dibeli, harga tidak terlalu berbeza jauh.
    Setelah ada barang yang diinginkan tiada salahnya menawar harga, apalagi jika ingin membeli barang dalam jumlah yang banyak kerana biasanya diberikan harga khas.
    Untuk menawar barang tidak perlu khuatir kerana Sebagian besar penjual atau penjaga kedai di Tanah Suci mengerti bahasa Melayu, bahkan ramai juga penjaganya adalah warga Indonesia.
  • Namun, jikalau terlalu “kejam” menawar harga jangan heran jika peniaga mengatakan “Bakhil..bakhil…”.
    Banyak juga ditemui barang-barang palsu atau kurang berkualiti.
  • Sebagai contoh, salah satu barang yang sering dicari adalah tasbih dari kayu koka (konon tongkat kayu Nabi Musa dibuat dari kayu ini). “Kayu koka adanya di Mesir. Jika ada yang menawar dengan harga murah maka keasliannya diragukan,” kata mutawif kami yang juga menawarkan tasbih dari kayu Koka.
  • Produk elektronik pun banyak ditemui seperti handphone. Sebuah handphone Samsung S4 dan S5 ada yang ditawarkan dengan harga 400 riyal saja, namun kemudian boleh turun sehingga 250 riyal, yang sangat tidak munasabah jika dibandingkan dengan yang asli. Bagi lelaki yang ingin membeli ubat kelelakian “hajar jahanam” juga perlu berhati-hati kerana banyak yang palsu.
  • Jika anda pergi berbelanja atau ke masjid jangan berpakaian ketat atau menggunakan make up kerana itu sangat menarik perhatian pak Arab yang pada umumnya mereka hanya biasa melihat wanita yang serba tertutup.
  • Jika anda seorang perempuan jangan terlalu dalam masuk ke dalam kedai, ingatan ini untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan berlaku.
  • Ambil berat juga had maksimum barang, jangan membeli barang berlebihan hingga melebihi had maksimum yang boleh dibawa dalam penerbangan. Seorang penumpang hanya boleh membawa bagasi kargo seberat 30 kg dan hanya satu tas kecil yang boleh dibawa ke dalam kapalterbang. Jika berlebihan, bayaran tambahan yang tidak sedikit akan dikenakan atau terpaksa ditinggalkan.
  • Jika kelebihan berat maka barang boleh dikirimkan melalui perkhidmatan pengiriman barang yang banyak beroperasi dan melakukan perkhidmatan menjemput atau mengambil barang di tempat penginapan.
  • Perlu diambil kira ialah waktu sampai di tanahair agar barang tidak terlalu lama sampai setelah jemaah sampai. Biasanya tempoh pengiriman barang dengan pesawat adalah dua minggu.
  • Jika kesuntukan masa, barang yang dikirimkan dengan khidmat pengiriman adalah pakaian atau barang lainnya yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan sedikit pakaian untuk sehari-hari atau pakaian yang sudah kita niatkan untuk ditinggalkan.
  • Selanjutnya oleh-oleh yang dibawa bersama jemaah dengan pesawat.
Demikianlah tips untuk berbelanja di Mekah dan di Madinah semoga bermanfaat bagi anda yang berniat datang ke tanah suci untuk berhaji ataupun untuk berumrah.
Sumber : FB Julaila Mn

New York Ingin Menggubal Undang-Undang Menghalang Pekerja Dihubungi Di Luar Waktu Pejabat

Image result for kerja kuat
Peranti pintar ialah serampang dua mata. Ia memudahkan akses kepada kerja ketika di luar pejabat tetapi turut menyebabkan kerja menerjah masuk ke dalam waktu peribadi. Masalah pekerja yang terpaksa menjawab mesej dan emel walaupun di luar pejabat kini sudah menjadi semakin serius. Oleh itu di New York sebuah undang-undang baru akan digubal bagi menghalang komunikasi kerja dilakukan di luar waktu pejabat.
Menerusi undang-undang ini majikan boleh didenda $250 untuk setiap kesalahan yang dilakukan. Pekerja tidak perlu dipaksa menjawab sebarang komunikasi elektronik seperti emel dan sms selepas waktu bekerja. Dengan undang-undang ini mereka tidak perlu risau dikenakan tindakan oleh majikan.
Sekiranya undang-undang ini diwartakan, New York akan mengikut langkah Perancis yang turut mengharamkan pekerja dihubungi menggunakan emel di luar waktu kerja,

Resepi Cara Masak ASAM DAGING BELIMBING

ASAM DAGING BELIMBING

Asam Daging Belimbing

oleh : chef mat gebu

Bahan Utama :-)
500 g daging lembu, potong sederhana besar, cuci dan toskan
2 batang serai, dititik
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
10 - 15 biji belimbing buluh, belah dua tapi jgn putus
1 cawan cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 1/2 camca teh ketumbar biji
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan2 kisar, tumis hingga wangi, masukkan cili kisar dan goreng hingga cili garing. Masukkan daging dan gaul rata, kecutkan daging dengan rempah. Tuang air secukupnya untuk melembutkan daging. Biar mendidih.
  2. Masukkan daun limau purut dan renihkan hingga daging lembut. Tuang jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga mendidih, kacau rata. Akhir sekali masukkan belimbing buluh dan masak sebentar. Sesuaikan rasa dan jika kurang garam tambah sedikit lagi. Jika ingin kuah lebih, boleh tambah air.

Resipi Cara Masak BENING SAYUR Campuran Sedap

BENING MUHIBAH

Bening Muhibah

Cuaca panas ni rasa mcm tak nak sangat makan yang jenis masak lemak atau yang canggih2 sangat, jadi penyelesaianya, kita masaklah bening sayur-sayuran.

Ikan Masin Terubuk

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
Kobis, dipotong kasar
Taugeh, cuci dan toskan
1 pack cendawan tiram, cuci dan toskan
1 bungkus putih jagung, hiris serong, cuci dan toskan
4 - 5 tangaki kacang panjang, patah sepanjang 2 inci
1 biji bawang besar, hiris halus
3 - 4 ulas bawang putih, dititik
1 kiub pati ikan bilis "Maggi"
1/4 cawan ikan bilis (tak letak sebab kehabisan)
Air secukupnya
Garam dan secubit gula

Cara membuatnya :-)
  1. Cuci ikan bilis, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama2, bawang besar hiris, bawang putih titik, kiub ikan bilis dan air secukupnya (mat letak 1.5 liter). Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kacang panjang dan putih jagung, masak hingga lembut sedikit, masukkan pula kobis, cendawan dan akhir taugeh. Kacau hingga sebati. Biar mendidih sekejap. Sesuaikan rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng....nyamannn!!!

Monday, March 26, 2018

Apple Mungkin Hadir Dengan iPhone “Boleh-Lipat” Dalam Beberapa Tahun Lagi

Related image
Apple melalui iPhone X telah memperkenalkan rekaan peranti baru yang menggunakan skrin bertakuk, dan rekaan nirbingkai. Kini, menurut laporan awal CNBC memetik penganalisa di Amerika Syarikat, Apple bersama rakan kerjasama di Asia sedang dalam proses membangunkan rekaan telefon boleh-lipat.
Telefon dengan rekaan boleh-lipat ini dikatakan mungkin hadir seawal 2020 kelak – iaitu sekitar dua tahun lagi.
Sekiranya hal ini benar, maka kita mungkin akan melihat sebuah “iPad” yang boleh dilipat dua menjadi “iPhone”.
artikel asal : amanz.my

Bahaya! Telefon Pintar OnePlus One Meletup Ketika Dicas

OnePlus One adalah telefon pintar pertama daripada OnePlus. Sewaktu dilancarkan pada 2014 iaitu 4 tahun yang lepas, OnePlus One adalah pembunuh kepada semua peranti kelas utama. Ia dijana dengan pemproses SD801, 3GB RAM, 16GB/64GB storan dalaman dan ditawarkan pada harga hampir separuh lebih murah berbanding peranti kelas utama lain pada waktu itu.
Pagi tadi, sebuah peranti OnePlus One ditemui meletup apabila pengguna mengecas peranti itu melebihi 5 jam. Menurut En. Arif iaitu pengguna OnePlus One tersebut, beliau tidak pernah menukar bateri sejak peranti itu dibeli. Ini agak hebat peranti yang berumur 4 tahun masih lagi bertahan tanpa sebarang penukaran terhadap perkakas peranti tersebut.
Kebiasaannya, jangka hayat peranti Android adalah lebih kurang 2-3 tahun sahaja dan selepas itu pengeluar akan menghentikan kemaskini dan juga sebarang sokongan rasmi. Berbeza dengan OnePlus One, walaupun sudah berumur 4 tahun custom ROM masih lagi dibangunkan sehingga versi Android Oreo di forum XDA dan masih ramai juruteknik di luar sana mampu membaiki dan menyediakan alat ganti peranti ini.
Walaupun peranti-peranti moden sudah mempunyai lapisan perlindungan daripada dicaj melebihi arus, pengguna harus berjaga-jaga sewaktu menggunakannya. Berikut adalah beberapa nasihat daripada kami cara menjaga peranti anda:
  1. Gunakan pengecas asli ataupun pengecas yang mengikut piawaian keselamatan industri.
  2. Jangan bermain dengan peranti anda sambil dicaj (boleh, tetapi jangan biasakan).
  3. Jangan kerap mengecas peranti anda, caj hanya ketika bateri peranti lemah.
  4. Tukar bateri peranti jika ianya sudah tamat tempoh (kebiasaannya 2 tahun).
  5. Gunakan mod jimat bateri ketika bateri peranti lemah.
Oleh itu, jadilah seorang pengguna yang bijak dan berhati-hati ketika menggunakan peranti-peranti sudah berusia.
artikel asal : amanz.my

Resepi Cara Masak KURMA DAGING ALA INDIA Asli

KURMA DAGING ALA INDIA

Kurma Daging Ala India

oleh : chef mat gebu

Bahan Utama :-)
500 g daging
4 biji kentang
1 biji bawang besar, belah 4
1 biji cili merah/hijau dibelah dua (jgn putus)
2 biji tomato, dicincang
2 camca besar penuh rempah kurma
2 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
3/4 cawan yogurt perisa asli
2 camca besar kerisik
Air secukupnya
1 camca besar minyak sapi
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar :-)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
10 biji kacang gajus
1 camca besar lada hitam biji
2 camca besar kelapa parut

Bahan Tumis :-)
2 biji bawang besar, hiris halus
1 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan kasar
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dipotong sederhana besar, cuci dan toskan. Kupas kentang dan belah 4 setiap biji, rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan minyak sapi, biar cair. Tumis bawang besar dan daun kari hingga layu, masukkan bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis dan jintan kasar, goreng hingga harum.
  3. Masukkan cincangan tomato dan bahan2 kisar, tumis hingga pecah minyak, masukkan rempah kurma, gaul rata, tambah sedikit air jika perlu. Bila wangi, masukkan daging, gaul dan tuang air seckupnya.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga daging 3/4 lembut. Masukkan kentang dan kerisik. Masak hingga kentang empuk. Tuang yogurt, gaul rata dan masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan sehingga semua masak dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan hidangkan.

Resepi Cara Masak ASAM REBUS IKAN & PERIA KATAK

ASAM REBUS IKAN & PERIA KATAK

Asam Rebus Ikan & Peria Katak

oleh : chef mat gebu

Bahan Utama :-)
4 ekor ikan kembong
3 biji peria katak
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
Garam dan secubit gula

Bahan Tumbuk Lumat :-)
10 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan toskan. Peria katak, dibelah dua, buang biji dan kerat lagi tapi jgn putus, rendam dalam air garam 15 minit. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk lumat, tuang air (anggaran 800ml), masukkan kiub ikan bilis, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan peria katak dan ikan. Tambah sedikit gula dan masak hingga peria lembut sedikit. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biar mendidih dan sesuaikan rasanya, jika ok boleh matikan api dan hidangkan.

Friday, March 23, 2018

Awas Bahana Kad Kredit



oleh : Shamsuddin Kadir

Jika kita masih menguruskan kehidupan dengan mengunakan kad kredit, sudah tiba masanya kita menukarkan kepada kad debit, di mana kita hanya belanja berdasarkan duit yang kita ada. Menguruskan hidup dengan mengunakan instrumen kad kredit tidak membawa kebaikan bukan sahaja di dunia tetapi juga di taman barzakh.

Majoriti kad kredit yang ada di pasaran yang sedang digunakan adalah hidup di atas dasar riba yang menjadikan ramai manusia ingkar kepada perintah Allah.

Kad kredit juga mengalakkan kita berbelanja mengunakan duit yang kita belum miliki. Fikiran kita menjadi sentiasa tenang, gembira dan dalam keadaan bersyukur setiap kali kita mengunakan kad debit. Fikiran kita tidak bercelaru dan apabila membayar di kaunter juga kita tidak segan, kerana kita membayar tunai mengunakan duit sendiri.

Apabila kita membiarkan kad kredit mengurus hidup kita, mengikut kajian dari 100 pemilik kad kredit, 98 orang akan menjadi hamba kepada hutang.

Hanya dua orang sahaja yang bebas dari menjadi hamba kepada hutang. Adakah kita termasuk di dalam dua orang yang selamat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More