Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (499) Al-Quran (24) Amazing (287) Anak (51) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (179) Ibadah (27) Info (674) Islam (498) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (397) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (300) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (428) Tips (80) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (65) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 26, 2018

Wow! Pandang Pertama : Samsung Galaxy S9/S9+

artikel asal : amanz.my
Samsung Galaxy S telah diperkenalkan secara rasminya pada Mac 2010 yang lepas, dimana ia menjadi titik tolak kepada Samsung dalam terus menawarkan peranti berspesifikasi tinggi dengan pelbagai ciri-ciri premium kepada pengguna. Hari ini, Samsung secara rasminya memperkenalkan generasi kesembilan untuk telefon pintar berkenaan, iaitu Samsung Galaxy S9.
Seperti tahun lepas, dua variasi peranti ditawarkan, iaitu Galaxy S9 dan juga dengan saiz sedikit besar dinamakan Galaxy S9+. Namun, selain hanya perbezaan saiz, kali ini Samsung turut menawarkan perbezaan dari segi penggunaan kamera dan memori pada kedua-dua telefon pintar ini.

Rekaan Sama, Spesifikasi Berkuasa

Samsung pada Galaxy S9/S9+ mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S8 sebelum ini. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, kerana Samsung seumpama menggunakan rekaan peranti yang lebih kurang sama untuk dua generasi. Berkemungkinan kita mungkin akan melihat perbezaan rekaan yang drastik pada siri Galaxy S tahun hadapan.
Samsung mengatakan rekaan skrin kini sedikit besar – mengatakan rekaan bingkai pada siri Galaxy S9 menawarkan saiz sedikit kurang (sekitar 1.2mm) berbanding generasi sebelumnya. Sejujurnya, melalui pengamatan mata kasar, perbezaan berkenaan sukar dilihat pada bahagian hadapan peranti, dan mungkin ia sedikit sukar membezakan antara siri Galaxy S8 dan S9 bagi pengguna umum.
Pada bahagian belakang pula, sedikit membezakan berbanding Galaxy S8 adalah kedudukan pengimbas cap jari. Pada tahun lepas, ramai mengkritik Samsung kerana kedudukan cap jari bersebelahan kamera yang sukar untuk diakses selain mengotorkan lensa kamera. Kini, dengan kedudukan pengimbas cap jari dibawah, ia menjadikan pengimbas cap jari lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Samsung Galaxy S9
Samsung Galaxy S9
Dari segi spesifikasi, Galaxy S9 hadir dengan skrin 5.8-inci Quad HD pada nisbah 18.5:9, cip pemprosesan 10nm, memori 4GB RAM, dan storan dalam pilihan 64GB hingga 256GB. Galaxy S9 menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.
Galaxy S9+ pula hadir dengan skrin 6.2-inci Quad HD pada nisbah 18.5:9, cip pemprosesan 10nm, memori 6GB RAM, dan storan pilihan 64GB hingga 256GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh.
Kedua-dua variasi telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air, dan sokongan rangkaian Gigabit LTE. Menariknya, Samsung turut mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini, selain ia turut hadir dengan sokongan mikro-SD sehingga 400GB.
Samsung Galaxy S9Kedua-duanya hadir dalam beberapa pilihan warna, tetapi Samsung dilihat akan memfokuskan kepada warna ungu sebagai warna pilihan tahun ini. Samsung mengatakan warna ini dipilih kerana ungu dikatakan sebagai warna pilihan fesyen untuk 2018 oleh Pantone.
Selain ungu, Galaxy S9 akan turut ditawarkan dalam pilihan warna hitam, biru, dan juga kelabu.
Melengkapkan kedua-dua telefon pintar ini juga adalah sokongan pengecasan tanpa-wayar laju – membuatkan Samsung tidak menggunakan rekaan badan berasaskan logam. Salah satu perkara yang kami kurang gemari dari segi rekaan kerangka belakang adalah kerana ia merakamkan pelbagai cap jari ketika digunakan. Namun, memandangkan ramai pengguna akan menggunakan kerangka luaran tambahan, maka ini mungkin bukan suatu isu besar.

Kamera Yang Lebih Berkuasa

Bercakap mengenai telefon pintar pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai adalah penawaran kamera olehnya. Samsung, seperti ramai sedia maklum menawarkan sokongan kamera yang tidak mengecewakan pada telefon pintar utama mereka.
Pada Galaxy S9/S9+ ini, Samsung membawa penggunaan kamera dengan bukaan boleh-laras. Galaxy S9/S9+ menggunakan kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, dimana ia menyertakan lensa Dual Apperture – membolehkan ia melaraskan kamera kepada bukaan F/2.4 atau F/1.5 bergantung kepada keadaan cahaya persekitaran. Pada keadaan cahaya cerah, ia akan menggunakan bukaan F/2.4 untuk rakaman gambar, sementara ketika keadaan cahaya malap, kamera akan menggunakan bukaan F/1.5 untuk membolehkan lebih banyak cahaya melaluinya sekaligus menghasilkan rakaman gambar yang cantik.
Samsung Galaxy S9
Samsung juga turut memfokuskan kepada kebolehan merakamkan gambar dengan jelas pada keadaan cahaya malap melalui telefn pintar ini. Samsung mengatakan mereka menggunakan ciri Multi-Frame Noise Reduction yang membolehkan mereka merakamkan sekitar 12 rakaman dan mengabungkannya menjadi satu untuk mengurangkan noise pada gambar.
Salah satu ciri baru yang turut disertakan pada bahagian gambar adalah sokongan rakaman video gerak-perlahan pada kadar 960fps. Melaluinya, pengguna boleh bersedia dengan kamera, dan apabila kamera mengenal-pasti gerakkan oleh sesuatu objek dikawasan yang ditetapkan, ia secara automatik akan mengaktifkan ciri rakaman video gerak-perlahan. Melalui penggunaan rakaman 960fps, secara kasarnya anda boleh menggunakan rakaman selama 0.2 saat untuk dipanjangkan menjadi 6 saat – sekaligus merakamkan beberapa detik menarik melaluinya.
Samsung Galaxy S9
Membezakan antara kedua-dua variasi adalah dimana Galaxy S9 hadir dengan penggunaan hanya satu lensa kamera dibelakang, sementara Galaxy S9+ pula hadir dengan sokongan dwi-kamera. Lensa kedua pada Galaxy S9+ merupakan lensa telefoto 12-megapixel, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar berbentuk bokeh dengan baik melaluinya. Penyertaan dwi-kamera pada hanya model Galaxy S9+ mungkin mengecewakan beberapa pengguna yang ingin mendapatkan model bersaiz sedikit kecil.

AR Emoji Untuk Milenial

Turut diintegrasikan pada bahagian kamera di Galaxy S9/S9+ adalah sokongan merakamkan emoji pengguna dalam bentuk 3D.
Samsung mengatakan pada tahun 2017 yang lepas sahaja, sekitar 5 bilion emoji dihantar setiap hari, dan melalui ciri AR Emoji ini, ia membolehkan pengguna menghantar reaksi yang lebih menyerupai mereka berbanding menggunakan emoji pihak ketiga.
Samsung AR Emoji
AR Emoji berfungsi dengan merakamkan wajah anda, dan ia secara automatik akan menjana emoji 3D menyerupai wajah anda. Seterusnya, anda boleh membuat perubahan dari segi warna kulit, rambut, pakaian, dan sebagainya. AR Emoji kemudiannya akan menjana sekitar 18 emoji berbeza untuk anda gunakan dalam permesejan anda.
Samsung AR Emoji
Sokongan AR Emoji ini hanya boleh diakses melalui papan kekunci Samsung Keyboard, dan tidak boleh digunakan sekiranya anda mengubah kepada papan kekunci GBoard dan sebagainya. Disamping itu, AR Emoji dihantar dalam bentuk format GIF – membolehkan ia dihantar pada pelbagai aplikasi permesejan dengan mudah.

Bixby Terus Ditambah-Baik

Bixby merupakan kecerdasan buatan dan pembantu maya digital yang telah diperkenalkan oleh Samsung bersama-sama Galaxy S8 tahun lepas. Sejak daripadanya, ia telah melalui pelbagai pembangunan, dan pada tahun ini, Samsung menawarkan sejumlah penaik-tarafan untuknya.
Menjadi fokus utama pada pengenalan Galaxy S9 adalah sokongan Bixby Vision yang ditambah-baik.
Bixby Live Translation
Samsung kini mengintegrasikan sokongan Bixby Live Translation, membolehkan pengguna hanya membuka kamera, dan menghalakan kamera kepada teks yang ingin diterjemah. Terjemahan seterusnya akan dilakukan secara masa-nyata dan dipaparkan terus kepada pengguna. Samsung menjayakan ciri ini melalui penggunaan teknologi Google – sekaligus tidak lagi memerlukan anda memasang aplikasi Google Translate secara berasingan untuk ciri lebih kurang sama.
Disamping itu, Bixby Vision juga kini boleh mengenal-pasti nilai kalori dalam sesuatu makanan dengan menghala kamera kepadanya. Samsung turut memudahkan pengguna untuk mengetahui pelbagai lokasi berhampiran dengan anda dengan hanya perlu membuka kamera, dan seterusnya Bixby Vision akan memperlihatkan lokasi dan kedai menarik sekitar anda.

Audio Lebih Berkuasa

Selain hanya kamera, Samsung turut memberikan perhatian kepada sokongan audio pada telefon pintar Galaxy S9/S9+ ini. Ia kini hadir dengan speaker yang dioptimasikan oleh AKG secara terbina, selain ia dilengkapkan dengan sokongan bunyi Dolby Atmos.
Samsung Galaxy S9
Pengguna boleh mengaktifkan sokongan Dolby Atmos ini melalui panel notifikasi, dan Samsung menjanjikan kualiti bunyi yang lebih baik melaluinya.

Lain-Lain

Galaxy S9/S9+ juga turut menyertakan sokongan untuk ia digunakan sebagai komputer dengan menghubungkan peranti ke Samsung DeX. Melaluinya, paparan akan dioptimasikan untuk paparan monitor desktop – sekaligus membolehkan anda melakukan tugasan kerja seperti menggunakan komputer biasa.
Samsung DeX Pad
Bersama-sama pengenalan Galaxy S9/S9+ ini, Samsung turut mengumumkan Samsung DeX Pad yang menyertakan kebolehan untuk pengguna kekal menggunakan bicu audio pada peranti, disamping membolehkan pengguna mengubah telefon menjadi touchpad dan menggunakannya untuk mengawal ketika dalam mod desktop.
Disamping itu, kini Galaxy S9/S9+ juga turut dioptimasikan untuk paparan berbentuk landskap. Dari segi sekuriti pula, Samsung kini menyertakan sokongan Intelligent Scan yang mana mengimbas wajah dan mata (melalui pengimbas Iris) sebelum nyah-kunci peranti.

Penutup

Pandang pertama ini ditulis selepas menguji peranti Galaxy S9/S9+ selama kurang sejam. Secara kasarnya, sekiranya anda masih menggunakan Galaxy S7 dan sebelumnya, ini mungkin peranti untuk anda – kerana anda akan dapat melihat perbezaan yang drastik melaluinya. Disamping itu, dengan sokongan kamera yang baik serta sokongan rakaman gerak perlahan, ini juga mungkin menjadi pilihan kepada anda yang inginkan peranti mudah-alih yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis rakaman, dan berkongsi terus ke media sosial.
Buat masa ini, harga jualan telefon pintar ini di Malaysia masih belum diumumkan, dan mungkin ia tidak jauh beza dengan harga Galaxy S8 ketika ia mula dijual.
Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini sebaik sahaja ia memasuki pasaran tempatan kelak.
Samsung Galaxy S9

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More