Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (677) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 26, 2018

Samsung Galaxy S9/S9+ Diperkenalkan – Nirbingkai, Kamera Lebih Baik, AR Emoji

artikel asal : amanz.my

Samsung hari ini telah mengambil pentas utama pada acara Unpacked bersempena dengan MWC 2018, sekaligus memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S9 dan juga Galaxy S9+.
Kedua-dua telefon pintar ini merupakan kemaskini dan penaik-tarafan kepada Galaxy S8 sebelum ini, serta menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya.
Samsung Galaxy S9
Dari segi rekabentuk, Samsung mengekalkan rekaan seumpama Galaxy S8 sebelum ini, tetapi hadir dengan beberapa ciri baru memfokuskan kamera dan beberapa yang lain.
Samsung Galaxy S9 hadir dengan srin 5.8-inci dengan paparan resolusi Quad HD+ serta menawarkan rekaan nisbah skrin 18.5:9 – lebih kurang sama seperti Galaxy S8 sebelum ini. Ia dilengkapi cip pemprosesan lapan teras 10nm, memori 4GB RAM, dan pilihan storan bermula 64GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 12-megapixel dengan bukaan boleh-laras antara F/1.5 dan F/2.4. Bukaan F/2.4 digunakan ketika keadaan cahaya terang, sementara F/1.5 digunakan ketika keadaan cahaya malap. Kamera 8-megapixel digunakan untuk rakaman gambar selfie. Samsung Galaxy S9 turut hadir dengan bateri berkapasiti 3000mAh.
Samsung Galaxy S9
Samsung Galaxy S9+ pula merupakan variasi telefon Galaxy S9 bersaiz besar, serta beberapa ciri-ciri tambahan. Galaxy S9+ hadir dengan skrin 6.2-inci QuadHD+ dengan nisbah skrin 18.5:9, dilengkapi cip pemprosesan 10nm, serta memori 6GB RAM dan storan bermula 64GB.
Pada bahagian kamera, Galaxy S9+ hadir dengan dwi-kamera belakangmengabungkan lensa 12MP dengan bukaan boleh laras antara F/1.5 dan F/2.4 – selain lensa kedua berbentuk lensa telefoto 12-megapixel. Ia turut menggunakan kamera hadapan 8-megapixel F/1.7.
Samsung Galaxy S9+ menggunakan bateri berkapasiti 3500mAh bersama-sama dengannya.
Samsung Galaxy S9
Kedua-dua telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan NFC, kalis air dan debu IP68, serta Bluetooth 5.0.
Dari segi ciri baru, Samsung kini menyertakan keupayaan merakamkan video gerak-perlahan melalui ciri dinamakan Super Slow-Mo pada kadar 960fps. Secara kasarnya, ia membolehkan video rakaman 0.2 saat dipanjangkan menjadi 6 saat lamanya.
Samsung turut menyertakan ciri AR Emoji, yang membolehkan anda merakamkan gambar diri sendiri dan mengubahnya menjadi emoji untuk digunakan pada aplikasi permesejan.
Bixby turut menerima nafas baru, serta menyertakan beberapa ciri-ciri baru, termasuk sokongan terjemahan masa-nyata dengan menggunakan kamera.
Buat masa ini, Samsung masih belum mengumumkan harga tawaran dan tarikh pelancarannya di Malaysia. Kita mungkin mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini – apatah lagi dengan Galaxy S9 yang kini telah pun melepasi pengesahan Sirim.

Wow! Pandang Pertama : Samsung Galaxy S9/S9+

artikel asal : amanz.my
Samsung Galaxy S telah diperkenalkan secara rasminya pada Mac 2010 yang lepas, dimana ia menjadi titik tolak kepada Samsung dalam terus menawarkan peranti berspesifikasi tinggi dengan pelbagai ciri-ciri premium kepada pengguna. Hari ini, Samsung secara rasminya memperkenalkan generasi kesembilan untuk telefon pintar berkenaan, iaitu Samsung Galaxy S9.
Seperti tahun lepas, dua variasi peranti ditawarkan, iaitu Galaxy S9 dan juga dengan saiz sedikit besar dinamakan Galaxy S9+. Namun, selain hanya perbezaan saiz, kali ini Samsung turut menawarkan perbezaan dari segi penggunaan kamera dan memori pada kedua-dua telefon pintar ini.

Rekaan Sama, Spesifikasi Berkuasa

Samsung pada Galaxy S9/S9+ mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama seperti Galaxy S8 sebelum ini. Perkara ini mungkin tidak mengejutkan ramai, kerana Samsung seumpama menggunakan rekaan peranti yang lebih kurang sama untuk dua generasi. Berkemungkinan kita mungkin akan melihat perbezaan rekaan yang drastik pada siri Galaxy S tahun hadapan.
Samsung mengatakan rekaan skrin kini sedikit besar – mengatakan rekaan bingkai pada siri Galaxy S9 menawarkan saiz sedikit kurang (sekitar 1.2mm) berbanding generasi sebelumnya. Sejujurnya, melalui pengamatan mata kasar, perbezaan berkenaan sukar dilihat pada bahagian hadapan peranti, dan mungkin ia sedikit sukar membezakan antara siri Galaxy S8 dan S9 bagi pengguna umum.
Pada bahagian belakang pula, sedikit membezakan berbanding Galaxy S8 adalah kedudukan pengimbas cap jari. Pada tahun lepas, ramai mengkritik Samsung kerana kedudukan cap jari bersebelahan kamera yang sukar untuk diakses selain mengotorkan lensa kamera. Kini, dengan kedudukan pengimbas cap jari dibawah, ia menjadikan pengimbas cap jari lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Samsung Galaxy S9
Samsung Galaxy S9
Dari segi spesifikasi, Galaxy S9 hadir dengan skrin 5.8-inci Quad HD pada nisbah 18.5:9, cip pemprosesan 10nm, memori 4GB RAM, dan storan dalam pilihan 64GB hingga 256GB. Galaxy S9 menyertakan bateri berkapasiti 3000mAh.
Galaxy S9+ pula hadir dengan skrin 6.2-inci Quad HD pada nisbah 18.5:9, cip pemprosesan 10nm, memori 6GB RAM, dan storan pilihan 64GB hingga 256GB. Ia turut hadir dengan bateri berkapasiti 3500mAh.
Kedua-dua variasi telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air, dan sokongan rangkaian Gigabit LTE. Menariknya, Samsung turut mengekalkan penggunaan bicu audio 3.5mm pada telefon pintar ini, selain ia turut hadir dengan sokongan mikro-SD sehingga 400GB.
Samsung Galaxy S9Kedua-duanya hadir dalam beberapa pilihan warna, tetapi Samsung dilihat akan memfokuskan kepada warna ungu sebagai warna pilihan tahun ini. Samsung mengatakan warna ini dipilih kerana ungu dikatakan sebagai warna pilihan fesyen untuk 2018 oleh Pantone.
Selain ungu, Galaxy S9 akan turut ditawarkan dalam pilihan warna hitam, biru, dan juga kelabu.
Melengkapkan kedua-dua telefon pintar ini juga adalah sokongan pengecasan tanpa-wayar laju – membuatkan Samsung tidak menggunakan rekaan badan berasaskan logam. Salah satu perkara yang kami kurang gemari dari segi rekaan kerangka belakang adalah kerana ia merakamkan pelbagai cap jari ketika digunakan. Namun, memandangkan ramai pengguna akan menggunakan kerangka luaran tambahan, maka ini mungkin bukan suatu isu besar.

Kamera Yang Lebih Berkuasa

Bercakap mengenai telefon pintar pada hari ini, salah satu perkara yang menjadi persoalan ramai adalah penawaran kamera olehnya. Samsung, seperti ramai sedia maklum menawarkan sokongan kamera yang tidak mengecewakan pada telefon pintar utama mereka.
Pada Galaxy S9/S9+ ini, Samsung membawa penggunaan kamera dengan bukaan boleh-laras. Galaxy S9/S9+ menggunakan kamera 12-megapixel pada bahagian belakang, dimana ia menyertakan lensa Dual Apperture – membolehkan ia melaraskan kamera kepada bukaan F/2.4 atau F/1.5 bergantung kepada keadaan cahaya persekitaran. Pada keadaan cahaya cerah, ia akan menggunakan bukaan F/2.4 untuk rakaman gambar, sementara ketika keadaan cahaya malap, kamera akan menggunakan bukaan F/1.5 untuk membolehkan lebih banyak cahaya melaluinya sekaligus menghasilkan rakaman gambar yang cantik.
Samsung Galaxy S9
Samsung juga turut memfokuskan kepada kebolehan merakamkan gambar dengan jelas pada keadaan cahaya malap melalui telefn pintar ini. Samsung mengatakan mereka menggunakan ciri Multi-Frame Noise Reduction yang membolehkan mereka merakamkan sekitar 12 rakaman dan mengabungkannya menjadi satu untuk mengurangkan noise pada gambar.
Salah satu ciri baru yang turut disertakan pada bahagian gambar adalah sokongan rakaman video gerak-perlahan pada kadar 960fps. Melaluinya, pengguna boleh bersedia dengan kamera, dan apabila kamera mengenal-pasti gerakkan oleh sesuatu objek dikawasan yang ditetapkan, ia secara automatik akan mengaktifkan ciri rakaman video gerak-perlahan. Melalui penggunaan rakaman 960fps, secara kasarnya anda boleh menggunakan rakaman selama 0.2 saat untuk dipanjangkan menjadi 6 saat – sekaligus merakamkan beberapa detik menarik melaluinya.
Samsung Galaxy S9
Membezakan antara kedua-dua variasi adalah dimana Galaxy S9 hadir dengan penggunaan hanya satu lensa kamera dibelakang, sementara Galaxy S9+ pula hadir dengan sokongan dwi-kamera. Lensa kedua pada Galaxy S9+ merupakan lensa telefoto 12-megapixel, sekaligus membolehkan anda merakamkan gambar berbentuk bokeh dengan baik melaluinya. Penyertaan dwi-kamera pada hanya model Galaxy S9+ mungkin mengecewakan beberapa pengguna yang ingin mendapatkan model bersaiz sedikit kecil.

AR Emoji Untuk Milenial

Turut diintegrasikan pada bahagian kamera di Galaxy S9/S9+ adalah sokongan merakamkan emoji pengguna dalam bentuk 3D.
Samsung mengatakan pada tahun 2017 yang lepas sahaja, sekitar 5 bilion emoji dihantar setiap hari, dan melalui ciri AR Emoji ini, ia membolehkan pengguna menghantar reaksi yang lebih menyerupai mereka berbanding menggunakan emoji pihak ketiga.
Samsung AR Emoji
AR Emoji berfungsi dengan merakamkan wajah anda, dan ia secara automatik akan menjana emoji 3D menyerupai wajah anda. Seterusnya, anda boleh membuat perubahan dari segi warna kulit, rambut, pakaian, dan sebagainya. AR Emoji kemudiannya akan menjana sekitar 18 emoji berbeza untuk anda gunakan dalam permesejan anda.
Samsung AR Emoji
Sokongan AR Emoji ini hanya boleh diakses melalui papan kekunci Samsung Keyboard, dan tidak boleh digunakan sekiranya anda mengubah kepada papan kekunci GBoard dan sebagainya. Disamping itu, AR Emoji dihantar dalam bentuk format GIF – membolehkan ia dihantar pada pelbagai aplikasi permesejan dengan mudah.

Bixby Terus Ditambah-Baik

Bixby merupakan kecerdasan buatan dan pembantu maya digital yang telah diperkenalkan oleh Samsung bersama-sama Galaxy S8 tahun lepas. Sejak daripadanya, ia telah melalui pelbagai pembangunan, dan pada tahun ini, Samsung menawarkan sejumlah penaik-tarafan untuknya.
Menjadi fokus utama pada pengenalan Galaxy S9 adalah sokongan Bixby Vision yang ditambah-baik.
Bixby Live Translation
Samsung kini mengintegrasikan sokongan Bixby Live Translation, membolehkan pengguna hanya membuka kamera, dan menghalakan kamera kepada teks yang ingin diterjemah. Terjemahan seterusnya akan dilakukan secara masa-nyata dan dipaparkan terus kepada pengguna. Samsung menjayakan ciri ini melalui penggunaan teknologi Google – sekaligus tidak lagi memerlukan anda memasang aplikasi Google Translate secara berasingan untuk ciri lebih kurang sama.
Disamping itu, Bixby Vision juga kini boleh mengenal-pasti nilai kalori dalam sesuatu makanan dengan menghala kamera kepadanya. Samsung turut memudahkan pengguna untuk mengetahui pelbagai lokasi berhampiran dengan anda dengan hanya perlu membuka kamera, dan seterusnya Bixby Vision akan memperlihatkan lokasi dan kedai menarik sekitar anda.

Audio Lebih Berkuasa

Selain hanya kamera, Samsung turut memberikan perhatian kepada sokongan audio pada telefon pintar Galaxy S9/S9+ ini. Ia kini hadir dengan speaker yang dioptimasikan oleh AKG secara terbina, selain ia dilengkapkan dengan sokongan bunyi Dolby Atmos.
Samsung Galaxy S9
Pengguna boleh mengaktifkan sokongan Dolby Atmos ini melalui panel notifikasi, dan Samsung menjanjikan kualiti bunyi yang lebih baik melaluinya.

Lain-Lain

Galaxy S9/S9+ juga turut menyertakan sokongan untuk ia digunakan sebagai komputer dengan menghubungkan peranti ke Samsung DeX. Melaluinya, paparan akan dioptimasikan untuk paparan monitor desktop – sekaligus membolehkan anda melakukan tugasan kerja seperti menggunakan komputer biasa.
Samsung DeX Pad
Bersama-sama pengenalan Galaxy S9/S9+ ini, Samsung turut mengumumkan Samsung DeX Pad yang menyertakan kebolehan untuk pengguna kekal menggunakan bicu audio pada peranti, disamping membolehkan pengguna mengubah telefon menjadi touchpad dan menggunakannya untuk mengawal ketika dalam mod desktop.
Disamping itu, kini Galaxy S9/S9+ juga turut dioptimasikan untuk paparan berbentuk landskap. Dari segi sekuriti pula, Samsung kini menyertakan sokongan Intelligent Scan yang mana mengimbas wajah dan mata (melalui pengimbas Iris) sebelum nyah-kunci peranti.

Penutup

Pandang pertama ini ditulis selepas menguji peranti Galaxy S9/S9+ selama kurang sejam. Secara kasarnya, sekiranya anda masih menggunakan Galaxy S7 dan sebelumnya, ini mungkin peranti untuk anda – kerana anda akan dapat melihat perbezaan yang drastik melaluinya. Disamping itu, dengan sokongan kamera yang baik serta sokongan rakaman gerak perlahan, ini juga mungkin menjadi pilihan kepada anda yang inginkan peranti mudah-alih yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis rakaman, dan berkongsi terus ke media sosial.
Buat masa ini, harga jualan telefon pintar ini di Malaysia masih belum diumumkan, dan mungkin ia tidak jauh beza dengan harga Galaxy S8 ketika ia mula dijual.
Kami akan membawakan ulasan penuh peranti ini sebaik sahaja ia memasuki pasaran tempatan kelak.
Samsung Galaxy S9

Wednesday, February 21, 2018

Wow! 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan

Perkhidmatan 4G di Malaysia sudah ditawarkan selama lima tahun di Malaysia yang menjanjikan kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Realitinya ialah jarang sekali kita dapat menikmati internet mudah alih pada kelajuan ini. OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan purata 4G di 88 negara dunia pada suku ke-empat 2017.
Singapura unggul di tangga teratas dunia dengan kelajuan purata 4G  44.32 Mbps diikuti oleh Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps). Malaysia berada di tangga ke-70 dengan kelajuan purata 14.83 Mbps. Ini adalah peningkatan daripada 14.35 Mbps tahun lalu.
Kelajuan purata 4G di Malaysia adalah di belakang Vietnam (21.49 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps). Ini masih lagi lebih pantas berbanding Thailand (9.6 Mbps), Filipina (9.49 Mbps) dan Indonesia (8.92 Mbps). Apakah kelajuan purata 4G yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda.

Uber Ingin Mengkomersialkan Teksi-Terbang Dalam Tempoh 5-10 Tahun

Uber merupakan salah satu syarikat yang tidak merahsiakan perancangan mereka dalam arena kereta-terbang. Mereka sebelum ini telah berkongsi perancangan untuknya, selain turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak NASA untuk membangunkan dan menguji kereta-terbang.
Kini, berkongsi lanjut mengenainya, CEO Uber mengatakan beliau menyasarkan untuk mengkomersialkan penawaran perkhidmatan teksi-terbang Uber Air dalam antara lima ke sepuluh tahun akan datang.
Uber Udara
Sebelum ini sendiri, Uber telah berkongsi perancangan mereka untuk menawarkan perkhidmatan teksi-terbang yang mana akan menjadikan ia sebagai mod pengangkutan yang efisyen kepada pengguna untuk dari satu lokasi ke yang lain dengan pantas.
Selain Uber, beberapa syarikat lain turut melihat kepada arena pengangkutan sama, tetapi masih samar-samar berkaitan dengan bilakah kita boleh melihatnya dan menggunakannya sendiri. Dengan perancangan Uber kini untuk mengkomersialkannya dalam dekad akan datang, ia semestinya menarik untuk melihat pelbagai perkembangan lain dalam arena ini.

Resepi Cara Buat Kerabu Ayam (LAWAR BALI)

LAWAR BALI

Lawar Bali

oleh : chef mat gebu

Bahan Utama :-)
300 g dada ayam, didadu kecil
200 g kacang panjang, potong2 1 cm panjang
300 g nangka muda
250 ml pati santan
2 helai daun salam (mat guna bay leaf)
1/2 cawan kelapa parut
1/4 cawan bawang goreng, ramas kasar
6 - 10 tangkai cili padi, dihiris halus
3 camca besar minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Jus limau nipis secukupnya
2 helai daun kunyit, dimayang halus

Bahan Kisar Halus :-)
5 biji cili merah
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam biji
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
1 cm kunyit hidup
1 batang serai, dihiris halus
2 camca besar gula melaka atau gula perang

Cara membuatnya :-)
  1. Celur nangka hingga lembut, toskan dan potong kecil. Celur kacang panjang 30 saat, angkat dan toskan. Goreng kelapa hingga perang dan tumbuk kasar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga wangi, masukkan daun salam, santan dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan daging ayam, kecilkan api dan masak hingga sedikit kering (keadaannya macam rendang basah). Tambah sedikit gula jika perlu. Rasa dan jika ok, boleh matikan api dan biarkan sejuk.
  3. PENYEDIAAN LAWAR :- Dalam satu bekas, satukan nangka dan kacang panjang, gaul rata. Masukkan ayam dengan kuah2nya, kelapa goreng, cili padi dan bawang goreng, gaul hingga semua sebati. Masukkan jus limau nipis secukupnya (kalau suka masam bubuh lebih, mat perah 2 biji limau nipis untuk kerabu ni...) gaul rata dan tabur dengan daun kunyit. Hidangkan segera bersama nasi hangat.

Tuesday, February 20, 2018

Wow! Google Boleh Meramalkan Penyakit Jantung Dengan Hanya Mengimbas Mata Anda

Google merupakan salah satu syarikat yang membuat pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan – dimana bukan sahaja untuk digunakan pada industri perkomputeran, tetapi juga pada perubatan dan sebagainya.
Image result for mata
Kini, melalui kertas kajian yang diterbitkan oleh Google dan Verily (subsidiari dibawah Alphabet untuk perubatan), mereka dilihat membangunkan sokongan kecerdasan buatan yang boleh meramalkan penyakit berkaitan jantung dengan hanya mengimbas mata pesakit.
Dengan menganalisa imbasan mata, ia dilihat akan membolehkan akses kepada data seperti tekanan darah, umur, dan menentukan sama ada seseorang itu menghisap rokok atau tidak. Data ini seterusnya boleh dihimpunkan untuk meramalkan risiko berkaitan penyakit jantung.
Analisa dan algoritma ini sekaligus memudahkan doktor untuk membuat pengiraan risiko untuk seseorang pesakit tanpa perlu membuat ujian darah dan sebagainya.
Penggunaan kecerdasan buatan ini sekaligus memperlihatkan apa yang boleh dibawakan oleh teknologi dalam mendiagonosis dan membantu dalam bidang perubatan.
Saintis di Google dan Verily dilaporkan telah mengkaji algoritma ini dengan set data daripada hampir 300,000 pesakit. Ia dikatakan, algoritma ini boleh meramalkan dengan baik pada sekitar 70% daripada masa ujian dijalankan.
Seperti biasa, ia masih pada peringkat awal lagi, dan memerlukan lebih banyak latihan data dan kajian sebelum ia digunakan dalam analisa perubatan – yang mana mungkin mengambil masa berdekad lagi.

Cepat! Pendaftaran Untuk Para Pelajar Malaysia Menyertai Google Games SEA 2018 Kini Dibuka

Google Games merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh Google, dimana melaluinya sejumlah pasukan daripada universiti akan menyertainya dan bersaing untuk menjadi antara yang terbaik.
Google Games akan diadakan di pejabat Google, dan mempertandingkan sejumlah perkara, termasuk dari segi trivia, tekaria, pengaturcaraan dan sebagainya. Setiap pasukan akan disertai oleh empat orang.
Google Games
Untuk para pelajar tempatan, anda boleh mendaftar untuk menyertai Google Games SEA 2018 ini sebelum 28 Februari 2018 ini, dan menyertai acara berkenaan yang dijadualkan untuk diadakan di Kuala Lumpur pada 17 Mac 2018 kelak.

Wednesday, February 14, 2018

Asus Mungkin Hadir Dengan Telefon Pintar Memfokuskan Permainan Video

Asus pada bulan ini sedia dijadualkan untuk pengenalan telefon pintar Zenfone 5 yang baru. Kita telah sedia melihat beberapa gambar untuk peranti berkenaan tertiris sebelum ini.
Asus Zenfone Game
Terkini, hadir desas-desus baru mengatakan yang mana Asus mungkin hadir dengan telefon pintar memfokuskan permainan video mereka tersendiri. Ia masih menjadi tanda tanya sama ada telefon pintar ini akan dijenamakan dibawah keluarga Zenfone, ataupun akan dikejutkan dengan menjadi telefon pintar pertama dibawah siri ROG.
Dengan populariti pelbagai permainan mudah-alih yang semakin meningkat, dan tidak kurang juga arena e-sukan untuk permua, ia membuka dimensi baru dari segi permintaan pengguna untuk peranti mudah-alih.
Sebelum ini, kita telah melihat Razer memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permainan video dengan sokongan skrin dengan kadar segar semula 120Hz dan spesifikasi yang tinggi. Kita mungkin akan melihat penawaran peranti dengan spesifikasi tinggi turut hadir daripada Asus ini sekiranya desas-desus berkaitan telefon memfokuskan permainan video ini adalah benar.

Wednesday, February 7, 2018

Resepi Cara Buat KUIH LOMPANG Sedap

KUIH LOMPANG

Kuih Lompang

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
250 g tepung beras*
120 g tepung ubi*(disatukan dan diayak)
1 cawan air kelapa
3/4 cawan air
1 cawan gula*
1 cawan air*
2 helai daun pandan*(*dimasak hingga larut dan biar sejuk sedikit)
Pewarna makanan mengikut kegemaran
Kelapa parut putih + secubit garam, gaul rata

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan kukusan. Lenser acuan dengan sedikit minyak masak. Ketepikan.
  2. Masukkan tepung tadi dalam satu bekas, tuang air kelapa, air dan juga air gula. Kacau hingga rata dan tapis. Letak pewarna kegemaran dan kacau hingga sebati.
  3. Panaskan acuan sekejap dalam kukusan. Tuang bancuhan kuih 3/4 penuh. Buat hingga siap dan kukus 10 - 15 minit. Biar kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.
  4. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.

Tuesday, February 6, 2018

Telefon Pintar Dengan Skrin Berasaskan “Berlian” Dijangka Hadir Pada 2019

Pada hari ini, salah satu perkara yang kurang digemari ramai adalah skrin kaca yang mudah retak atau calar apabila terjatuh dan sebagainya. Ia sedia dikukuhkan dengan kombinasi teknologi seperti Gorilla Glass dan sebagainya – tetapi masih tidak memadai.

Kini, Akhan Semiconductor, salah satu syarikat yang terkenal dalam pembangunan dan pengeluaran berasaskan nanokristal menyasarkan untuk hadir dengan skrin berasaskan berlian-makmal seawal 2019 kelak.
Dengan penggunaan skrin berasaskan berlian ini, ia sekaligus menawarkan ketahanan yang lebih baik berbanding penggunaan kaca biasa. Pembangunnya sedang cuba mengatasi beberapa masalah buat masa ini, termasuk kadar pantulan dan sebagainya ketika menggunakan.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat ujian dengan salah satu pengeluar telefon pintar. Akhan tidak mengeluarkan nama pengeluar berkenaan – dan mungkin ia akan terjawab sepenuhnya pada tahun hadapan.

Resepi Cara Masak GULAI AYAM & NANGKA Sedap

GULAI AYAM & NANGKA

Gulai Ayam & Nangka

oleh : chef mat gebu

Bahan Utama :-)
1 ekor ayam kampung
1 kg nangka muda
4 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
2 biji kelapa, diparut
Garam dan sedikit gula

Bahan Kisar Halus :-)
30 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
10 - 15 tangaki cili padi (nak pedas leh tambah)
1 inci lengkuas
2 inci halia
1 1/2 inci kunyit hidup (pilih yang tua)
4 biji buah keras

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dipotong 16 - 18 bahagian, cuci bersih dan toskan. Nangka, dipotong sederhana besar, cuci dan celur hingga 1/2 empuk. Toskan. Tuang 500 ml air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan pekat. Tuang lagi 1000 ml air, ramas dan perah untuk santan cair. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan ayam, serai titik, asam gelugor dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut (kurang lebih 10 minit). Tuang santan cair dan masak hingga ayam lembut (tambah air jika perlu). Tambah garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan nangka celur tadi dan tuang santan pekat. Masak dengan api sederhan hingga nangka empuk. Rasa garam dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam2man.

Resepi Cara Masak KUEY TEOW HAILAM Sedap

KUEY TEOW HAILAM

Kuey Teow Hailam

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g kuey teow
2 camca besar kicap cair
1 cawan bunga kobis
1/2 biji capsicum hijau, didadu
1/2 biji capsicum merah, didadu
1/2 batang lobah merah, hiris nipis
1 biji tomato, belah enam
1 pokok sawi putih, diasing batang dan daun
300 g daging lembu
2 camca besar sos tiram
1 camca besar sos abalone
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar tepung jagung + 1/2 cawan air
3 ulas bawang putih, tumbuk lumat
Garam dan secubit gula
Air secukupnya

Bahan Hiasan :-)
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. Hiris daging, cuci dan rebus bersama 1 inci halia (diketuk) dan 2 ulas bawang putih (diketuk) hingga lembut. Cuci kuey teow dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum, masuk sos tiram, sos abalone dan serbuk lada hitam, gaul rata dan masukkan daging rebus bersama2 stoknya (tambah air kalau perlu). Bila mendidih, masukkan lobak merah dan bunga kobis. Masak hingga lembut sedikit.
  3. Kemudian masukkan batang sawi, capsicum merah dan hijau serta belahan tomato. Masukkan secubit gula dan sedikit garam. Bila mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan daun sawi dan rasa kuahnya, jika kurang masin, tambah garam. Bila mendidih dan pekat, boleh matikan api.
  5. PENYEDIAAN MEE :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan kicap cair dan juga kuey teow. Gaul rata dan goreng sebentar, matikan api. Bubuh kuey teow dalam mangkuk mengikut keperluan, tuang kuah bersama isi2nya dan tabur bahan2 sampingan. Boleh dihidangkan panas2....(kalau suka boleh makan dengan cili sos)

Friday, February 2, 2018

Sony Akan Menawarkan Kemaskini Android Untuk Telefon Berspesifikasi Tinggi

Google sedia mengalakkan pengeluar peranti Android untuk menyokong telefon pintar keluaran masing-masing selama sekurang-kurangnya 18 bulan. Namun, tidak semua yang melakukan perkara berkenaan, malah ada yang tidak menawarkan sebarang kemaskini perisian langsung.
Tetapi, perkara berkenaan tidak bagi Sony. Terkini, melalui kemaskini polisi baru Sony Xperia, pengeluar peranti berkenaan mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini Android terkini selama dua tahun selepas sesuatu peranti utama dilancarkan.
Sony masih tidak menjanjikan perkara sama untuk peranti berspesifikasi pertengahan dan rendah mereka buat masa ini.
Pada masa yang sama, Sony turut mengatakan mereka tidak akan menawarkan kemaskini untuk peranti sekiranya ia tidak mencapai piawaian atau pengalaman pengguna yang baik selepas naik-taraf.
Dengan pengenalan polisi baru ini, ia mungkin akan membuatkan lebih ramai mendapatkan peranti Xperia terkini – apatah lagi dengan pelbagai kerentanan dan masalah sekuriti baru yang ditemui dan memerlukan kemaskini perisian serta-merta untuknya.

Resepi Cara Buat PULUT PANGGANG Sedap

PULUT PANGGANG

Pulut Panggang

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
300 g pulut, rendam 30 minit
1 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
Serunding secukupnya (resipi dibawah)
Daun pisang secukupnya
Stapler atau lidi tajam

Bahan Serunding Ikan :-)
1 tin ikan tuna dalam tin, toskan
1/2 cawan pati santan
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cm lengkuas*
2 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
1/2 camca teh jintan manis*(*dikisar lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK PULUT :-Toskan pulut, letak dalam loyang. Ratakan. Bancuh garam dengan santan cair, tuang ke dalam pulut tadi dan kukus 20 - 25 minit hingga pulut masak. Gaul rata, angkat dan Sejukkan.
  2. UNTUK SERUNDING IKAN :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan pati santan dan masak hingga mendidih. Masukkan ikan tadi dan tambah garam dan gula secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
  3. UNTUK PULUT PANGGANG :- Siapkan daun pisang, lap bersih, layur dan potong lebih kurang 5 x 8 inci. Sudukan lebih kurang 2 camca besar pulut, ratakan dan leperkan sedikit, letak serunding ikan (mat letak 1 camca besar) sepanjang pulut tadi. Bentukkan menggunakan daun pisang hingga pulut menutupi serunding. Kemaskan dan semat dengab lidi tajam kiri dan kanan atau pun guna stapler. Buat hingga siap dan panggang hingga sedikit garing.

Resepi Cara Buat AYAM PENYET Sedap

AYAM PENYET

Ayam Penyet

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
6 kepingan peha ayam (mat guna bahagian dada)
2 camca besar minyak
3 helai daun salam (mat guna bay leaf)
2 camca besar pati santan
1 camca besar ketumbar biji, disangai hingga wangi*
1/2 camca teh, jintan manis, disangai hingga wangi*
2 batang serai, dihiris halus*
1 camca teh gula*
1 camca teh garam*
120 g hirisan lengkuas*
1 biji cili merah*
2 cm kunyit hidup*
4 keping hirisan halia*
3 ulas bawang putih*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan jus lemon dan sedikit garam selama 10 minit, cuci dan toskan. Kemudian cucuk ayam tadi dengan garfu. Ketepikan.
  2. Masukkan ayam tadi dalam bekas plastik (tupperware), tuang bahan2 kisar dan masukkan santan. Gaul rata dan lumur pada semua bahagian ayam tadi. Perap 30 minit hingga 1 jam. (mat perap 1 malam)...
  3. Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan masukkan ayam bersama bay leaf. Kecilkan api dan kecutkan ayam selamat 10 minit sehingga sedikit kering. Kemudian panggang dalam ketuhar pada suhu 200C hingga masak (kurang lebih 45 minit hingga 1 jam). Bergantung pada oven masing2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More