Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (676) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (444) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 8, 2018

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Fakta Sejarah 1: 

Dahulu ada seorang sultan bernama Sultan Mahmud al-Ghaznawi yang telah menegakkan tauhid dan sunnah di India. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Berhubung kerajaan Mahmud bin Sabaktekin termasuk kerajaan terbaik yang pernah muncul dari orang-orang sebelumnya, maka Islam dan Sunnah pun menjadi agung dalam kerajaannya. Dia memerangi orang-orang musyrik India dan melaksanakan pelbagai keadilan yang belum pernah dilakukan oleh penguasa sebelumnya. Akibatnya, Sunnah Rasulullah semakin nyata di masanya dan bid'ah-bid'ah pun sirna."(Majmu' Fatwa Ibnu Taimiyyah, 4/22) 



Sultan Mahmud memecat khatib-khatib Syiah dan menggantikannya dengan yang Sunni. Dia adalah seorang yang berpendirian tegas dan disegani, hingga tak seorang pun berani menampakkan kemaksiatan seperti minum khamar dan bermain muzik di negaranya. Demikian pula dengan pemikiran-pemikiran muktazilah dan syiah, tak pernah lagi muncul ke permukaan. Dia juga telah menghancurkan berhala terbesar di India ketika itu yang telah menjadi pujaan orang musyrik setiap masa.

Selama tempoh tersebut, luas kawasan yang berjaya dia taklukkan adalah sama dengan yang terjadi pada zaman Umar al-Khatthab ra. Panji-panji Islam yang dia kibarkan telah mencapai pelosok negeri yang sebelumnya tidak pernah terjamah oleh kaum muslimin. Dia berjaya menegakkan syiar-syiar Islam di wilayah yang sebelumnya tak pernah terdengar lantunan ayat al-Quran dan suara azan. Maka semoga Allah merahmatinya.

Fakta Sejarah 2: 

Abdul Rahman al-Ghafiqi, tabiin dan panglima Islam suatu ketika dahulu pernah mencuba untuk menawan kota Tours (Perancis hari ini). Tetapi, ditakdirkan tidak berjaya. Dia syahid dalam perang tersebut. Perang Tours diibaratkan seperti Perang Uhud. Kerana di saat-saat akhir, tentera Muslim terlalai seketika dengan harta yang ada di depan mereka. Lantas, mengakibatkan keadaan kucar-kacir setelah itu dan ramai yang terkorban.

Walaupun Perancis tidak dapat ditawan seperti negara eropah yang pertama ditawan tentera Muslim iaitu Sepanyol, tetapi hasilnya kini umat Islam di Perancis jumlahnya melebihi 3 juta. Berkat dakwah yang pernah diusahakan oleh seorang ilmuwan bernama Dr Muhammad Hamidullah setelah itu di abad 20.

Fakta Sejarah 3: 

Dahulu pernah wujudnya Kesultanan Islam di China yang bernama Kesultanan Pingnan Guo. Pemimpinnya bernama Sultan Sulaiman Du Wenxiu. Tetapi, setelah itu kesultanan ini akhirnya dihapuskan oleh Dinasti Qing pada masa itu disebabkan orang Hui Muslim melakukan pemberontakan ke atas kerajaan yang telah menindas mereka. Akhirnya berlakulah pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan tentera Qing kepada umat Islam dengan kejam. Di bawah ini adalah cop mohor Sultan Sulaiman.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More