Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (288) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (678) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (70) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) News (1) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (403) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (288) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (448) Tips (85) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 29, 2018

Kisah Riwayat Hidup Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah - Memiliki Hati Yang Sangat Lembut

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah dilahirkan di Aleppo, Syria pada 17 Rejab 1336H/1917. Bapanya, Muhammad, merupakan seorang yang soleh dan taat pada agama. Beliau menjalankan perniagaan menjual kain merupakan warisan dari bapanya, Bashir, salah seorang peniaga kain yang besar di Aleppo. Nasab syeikh sampai kepada sahabat Rasulullah saw yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid ra.



Guru-gurunya

Di Syria:
Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Raghib Al-Tabakh, Syeikh Ahmad Al-Zarqa, Syeikh Eisa Bayanuni, Syeikh Muhammad Al-Hakeem, Syeikh Asad Abji Syeikh Ahmad Kurdi, Syeikh Najib Sirajuddin dan Syeikh Mustafa Al-Zarqa.

Di Mesir: 
Syeikh Muhammad Al-Khidr Husayn, Syeikh Abdul Majid Daraz, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Muhammad Zahid Al-Kawthari dan Hasan Al-Banna yang amat memberi manfaat dan pelajaran kepada syeikh.

Peribadi dan Sifatnya

Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia, sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya.

Syeikh Rahimahullah juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit.

Beliau amat rajin membaca Al-Qur’an serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Tidak akan didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah, samaada menulis, mengajar, bermuzakarah atau memberi fatwa, melainkan beliau akan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.

Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju ketika membaca Al-Qur’an dan berzikir, serta membaca kisah-kisah Salafus Solihin, dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah ketika beliau dipuji. Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya dalam keadaan demikian. Apabila bangun dari tidur Syeikh Rahimahullah mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya, kemudian sebelah pendengarannya pun hilang.
Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah, namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus bersabar, malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerja-kerja ilmiah. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab, kerana bimbang ajal akan tiba, tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya. Ketika sakitnya bertambah teruk, beliau tidak pernah mengeluh tetapi ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah.
Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca, mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.
Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya.
Syeikh Rahimahullah dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah, bertaqwa, soleh, wara’ lagi tawadhu’.

Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para ulama dan solihin, kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu kemuliaan. Amin.

Pengembaraan dan lawatannya

Syeikh Abdul Fattah telah mengembara dan melawat ke seluruh negara Arab. Selain itu, beliau ke Turki, India, Pakistan, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Biasanya beliau ada urusan dan membincangkan ilmu daripada ulama negara tersebut, dan juga mengambil manfaat daripada para ulama tersebut.
Semasa syeikh melawat India, syeikh pernah bertemu dengan beberapa ulama terkenal. Antaranya ialah Syeikh Muhammad Shafi' Mufti Pakistan, Mufti Atiqur Rahman Delhi, Syeikh Muhammad Zakariya Kandahlawi, Syeikh Muhammad Ilyas Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf Banwori, Syeikh Muhammad Latif, Syeikh Abul Wafa Al-Afghani, Syeikh Abul A'la Maududi dan Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi.

Perkahwinan dan Keluarganya

Pada 1951, Syeikh Abdul Fattah berkahwin dengan Fatimah al-Hashimi yang baru berumur 16 tahun, perkahwinannya dilihat sempurna dengan ikatan cinta, rasa hormat dan kebaktian kepada Allah. Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan.
Karya-karyanya

1. Sofahat Min Sabril Ulama' (Lembaran Kesabaran Ulama'), karya syeikh yang terkenal.
2. Mas'alat Khalq al-Qur'an wa Atharuha fi Sufuf al-Riwat wa al-Muhaddithin wa Kutub al-Jarh
wa al-Ta`dil.

3. al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina Atharu al-`Ilm `ala al-Zawaj.

Sakit dan Wafatnya
Pada 1973, Syeikh Abdul Fattah menderita serangan jantung dan dimasukkan hospital beberapa minggu, walaubagaimanapun, selama beliau berehat dalam hidup, sakitnya semakin berkurangan. Pada 1989, beliau mengadu mengenai kemerosotan penglihatannya dan doktor di Hospital King Khalid Eyes melakukan diagnosis iaitu Macular Degeneration dan mencadangkan rawatan laser pada retina. Rawatan itu tidak beberapa berjaya tetapi penyakit ia berhenti dari merebak selanjutnya.

Pada akhir Syaaban 1417/akhir 1996 penglihatan beliau merosot semula dan beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King Khalid Eyes. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital King Faisal Specialist mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah. Kondisi beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada waktu awal pagi pada hari Ahad, 9 Syawal 1417/16 Februari 1997.

Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak pada 10 Syawal 1417. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah, Madinah, Aleppo, Istanbul, Luknow, Beirut dan Rabat terasa kehilangan beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama Rasulullah saw, sahabat ra dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah. Amin.

Senarai Filem Ulama dan Tokoh Islam Yang Boleh Kita Tonton Bersama Keluarga

Kebanyakkan filem kita sekarang ini berunsurkan cinta (ini lama dah), macam-macam aksi dan terbaru sekarang ialah seram. Kenapa ramai pengarah sekarang ini lebih terkejar-kejar menghasilkan filem sebegini? Dah tu pula ramai pula orang pergi berlumba-lumba menonton filem sebegini.

Bukankah lebih baik kita menghasilkan filem2 mengenai ulama dan tokoh Islam kita? Supaya lebih ramai mengenal sejarah melalui filem. Ada jugalah sedikit2 filem yang berunsurkan sejarah yang pernah pengarah kita hasilkan. Antaranya, Hang Tuah (filem P. Ramlee), Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Puteri Gunung Ledang. Tetapi itu semuanya berkisar kepada sejarah orang melayu.

Image result for Lion of the Desert

Kita mahu lebih dari itu. Cubalah buat filem seperti mengenai Tok Kenali, Hamka, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Syeikh Idris Al-Marbawi, Haji Abdul Rahman Limbong dan banyak lagi yang lainnya. Itu kesemuanya ulama dalam bumi nusantara kita. Tidakkah kita berbangga dengan ulama2 kita yang telah berjasa dan meninggalkan sumbangan yang amat bernilai?

Cuba lihat, filem2 barat banyak menghasikan filem2 mengenai tokoh Islam kita. Antaranya, The Message (tentang Rasulullah s.a.w.), Lion of the Desert (tentang Umar Mukhtar), Al-Imam Malik (tentang Imam Malik, dah lama filem ini tak tahu tahun berapa) dan Kingdom of Heaven (tentang Salahuddin Al-Ayubi). Selain itu, Sunan Kalijaga (tentang salah seorang wali sembilan - filem Indonesia). Ada juga drama tentang ulama dan tokoh Islam seperti Wali Sembilan (drama Indonesia. Ada juga filem yang saya tak pasti judul filemnya mengenai Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan Rabiatul Adawiyah.

Filem animasi pula seperti Muhammad Utusan Terakhir (MUT), vcd Muhammad Al-Fateh (Saba Islamic Media), vcd Bediuzzaman Said Nursi (Turki), vcd Sulaiman Hilmi Tunahan (Turki) dan yang terbaru animasi bersiri, Saladin (tentang Salahudin Al-Ayubi juga).

Sepatutnya kita juga patut dapat mengambil langkah memfilemkan kisah hidup ulama dan tokoh Islam kita. Alangkah seronoknya dapat menonton filem2 sebegini. Dapat membangkitkan lagi semangat berjuang kita. Kerana sudah banyak kisah hidup ulama dan tokoh Islam yang tersebar melalui buku, majalah, surat khabar sampailah di alam jaringan tanpa sempadan ini.

Cuma yang dikesalkan, itulah dalam bentuk filem belum lagi dihasilkan. Biarlah tak untungpun sama sekali, tetapi yang penting, kita dapat menyumbangkan sesuatu yang dapatlah dikatakan sebagai amal dan bakti kepada agama ini. Kalau boleh saya sendiri hendak mencadangkan kepada pengarah2 filem kita supaya menghasilkan filem2 sebegini. Ataupun kalau ikut kehendak hati saya, nak saya berlakon sendiri dan mengarahkan sendiri filem2 ini.

Supaya pemuda2 hari ini tahu siapa sebenarnya hero mereka, siapa sebenarnya yang layak menjadi contoh teladan buat mereka. Supaya Islam akan kembali gemilang semula, supaya tertegak lagi kuasa khalifah di bumi ini, supaya Islam tidak ditindas dan dihina lagi. Supaya Islam akan agung dari dulu, sekarang dan selama-lamanya dan supaya Islam akan terus tersenyum dan bergembira buat selama-lamanya.

Resepi Cara Buat TEMPE GORENG LEMAK MANIS

TEMPE GORENG LEMAK MANIS

Tempe Goreng Lemak Manis

oleh : chef mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g tempe, dihiris sederhana tebal
1/2 cawan gula
1 camca teh garam
3 ulas bawang putih, diketuk
Air secukupnya (lebih kurang 800 ml)

Cara membuatnya :-)
  1. Didihkan air bersama gula, garam dan bawang putih. Kemudian masukkan tempe dan masak dengan api perlahan selama 15 minit. Angkat dan toskan.
  2. Bila tempe sejuk, goreng dalam minyak sederhana panas sehingga kuning keemasan, angkat, toskan dan letak atas paper towel. Boleh dihidangkan.

Resepi Cara Buat LAKSA PENANG ASLI

LAKSA PENANG


oleh : chef mat gebu
Laksa Penang

Bahan Kuah :-)
500 g ikan kembong, siang, cuci bersih dan toskan
3 camca makan petis*
3 camca besar air*(*dibancuh rata)
2 liter air
4 - 5 keping asam gelugor
15 tangkai daun kesum
1 kuntum bunga kantan (mat guna 2)]
2 camca besar gula
Garam secukup rasa
150 g bawang merah *
1 ulas bawang putih*
2 cm belacan*
15 tangkai cili kering, direndam*
3 batang serai, dihiris*
1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)

Bahan Lain :-)
Mee laksa
Bwang besar, hiris halus
Daun pudina, hiris
Nenas, dihiris
Timun, dihiris
Hirisan cili merah
Belahan limau kasturi
Taugeh
Telur rebus dibelah 2

Cara membuatnya :-)
  1. Rebus ikan dengan asam gelugor hingga masak. Asingkan tuang dan isi, tumbuk isi ikan hingga hancur dan masukkan kembali dalam air rebusan. Kisar halus tulang ikan, tapis dan masukkan dalam air rebusan ikan tadi.
  2. Bubuh bahan2 kisar halus, daun kesum, bunga kantan, petis, gula pasir dan garam secukup rasa. Masak dengan api perlahan hingga kuah agak pekat.
  3. Isikan laksa dalam mangkuk sesuai, susun bahan2 lain dan tuangkan kuah panas tadi, perah jus limau kasturi sebelum dimakan.

Tarikh Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020 Online Malaysia

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri Malaysia sesi 2019/ 2020 secara online. Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan kini (berumur 6 tahun pada 2018), yang lahir pada 2013 (berumur 5 tahun pada 2018) atau yang lahir pada 1.1.2014 (berumur 4 tahun pada 1.1.2018) anda wajib mendaftarkan anak anak ke tahun satu jika lewat takut keciciran.Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secara online menerusi applikasi permohonan dibawah. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan, ibu-bapa atau penjaga wajib mengemukakan permohonan secara manual dengan menghadirkan diri secara “walk in” di sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talin mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018.



Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2019/ 2020 Online
Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018

Pengumuman Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/ 2020
Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada murid tahun 1 yang akan bersekolah di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala Sabah Sarawak dan Labuan wajib pergi ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan dapatkan borang.

1) Perdaftaran online terbuka kepada penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual.
2) Bermula 1 Mac 2018 sila layari https://public.moe.gov.my
3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen seperti berikut:
4) Dokumen yang diperlukan
– sijil lahir anak (salinan + asal)
– kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
– surat nikah / cerai (salinan + asal)
– bil yang mempunyai alamat tempat tinggal
– sampul surat standard dan setem
– laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Tarikh Tutup Permohonan
30 April 2018. Perlu diingatkan bahawa permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Tarikh Beli Nombor Pin Unik ID UPU Sesi 2018/ 2019

Tarikh bila beli nombor pin unik ID UPU sesi 2018/2019. Perubahan Terkini Mengenai Harga Nombor Unik ID iaitu RM15.60 (TIADA GST dikenakan ke atas permohonan UPU Online). Seperti tahun lalu pembelian nombor pin UPU dibuka pada januari namun pada tahun ini pembelian no pin UPU dibuka mulai 5 Februari 2018 sehingga 9 April 2018.



Untuk makluman, Permohonan UPU Online bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai 5 FEBUARI 2018 Jam 12.00 Tengah hari manakala tarkh Tutup: 10 APRIL 2018 Jam 11.59 Malam.

Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU. https://upu.mohe.gov.my/ Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018.

Gambar & Biodata Muhd Irfan Abdullah Sifu Kunyit Disamun & Ditembak

Biodata Muhd Irfan Abdullah dikenali Sifu Kunyit disamun ditembak gara tayang duit dan emas. Bagi kaki contest di facebook, nama Mohd Irfan atau Sifu Kunyit tidak asing lagi apabila video live beliau seringkali viral membanjiri wall facebook masing-masing. Untuk menarik perhatian orang ramai menyertai contest live sambil promosikan produk, Muhd Irfan sering menggunakan taktik melonggokkan duit dan emas diatas meja untuk tontonan umum. Namun, malang tidak berbau apabila beliau telah menjadi mangsa samun dan ditembak pada awal pagi tadi jam 2 pagi 27 Januari 2018 di Rantau Panjang Kelantan. Kes samun Irfan dipercayai sudah dirancang kerana Irfan sering tayang kemewahan dilaman sosial facebook dengan duit berkepuk-kepuk.



Difahamkan Muhd Irfan telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki. Menurut sumber semua barang kemas dan duit telah di samun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata. Bagaimanapun kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.





Keadaan Terkini Muhd Irfan Abdullah Kaki Contest Viral
Muhd Irfan Abdullah dilaporkan stabil dan kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Pasir Mas Kelantan.



Biodata Muhd Irfan Abdullah Sifu Kunyit Disamun & Ditembak

Nama Penuh: Muhd Irfan Abdulah
Asal: Rantau Panjang Kelantan
Umur: 29 Tahun
Pekerjaan: Usahawan kosmetik Kunyit Skincare, Peniaga atas talian, Sifu pemasaran internet
Pendidikan: UITM Jengka Pahang







Tarikh Bila Dapat Duit BRIM 2018 Dibayar Masuk Akaun

Jadual tarikh pembayaran bila  dapat duit BRIM 2018 dibayar masuk akaun. Berita mengenai BR1M 2018 masuk esok adalah tidak benar sama sekali. Bagi mengelakkan salah faham, berikut adalah jadual rasmi pembayaran BR1M 2018 (tarikh dijangka berubah dari masa ke semasa) bagi sesi tahun ini. Untuk info, pembayaran BR1M 2018 akan dibayar sebanyak tiga kali berturut secara ansuran iaitu pada bulan Februari, Jun dan Ogos 2018. Manakala pembayaran pula mengikut kumpulan secara berperingkat.


Tarikh Bila Dapat Duit BRIM 2018 Dibayar Masuk Akaun
  • Fasa 1: 18 Februari 2018
  • Fasa 2: 5 Jun 2018
  • Fasa 3: 28 Ogos 2018
Nota Penting**Tarikh dijangka berubah dari masa ke semasa

Friday, January 26, 2018

Aqua Pod – Kendera Saji Terapung Akan Beroperasi Di Dubai Bulan Hadapan

Perniagaan menggunakan kendera saji mulai popular di Malaysia tahun lalu. Ia menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga berpatutan tanpa menghasilkan kekotoran seperti gerai tepi jalan yang wujud di Malaysia selama ini. Kepopularannya turut meningkat kerana dikatakan dapat mendatangkan pendapatan yang tinggi kepada peniaga.
Di Dubai kendera saji yang lebih unik akan beroperasi bulan hadapan. Aqua Pod ialah kendera saji terapung akan menjual makanan kepada pelancong yang menggunakan kapal layar dan jet ski di kawasan pantai popular.
Pelanggan boleh memesan makanan dengan menaikkan bendera atau pergi terus ke Aqua Pod secara layar lalu. Setiap Aqua Pod turut akan dilengkapi Jet Ski untuk perkhidmatan penghantaran terus. Kendera saji terapung ini akan menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya dan turut mempunyai sistem mengumpul sampah sekiranya pelanggan membuang sampah terus ke atas laut
sumber : amanz.my

Wednesday, January 24, 2018

BAHAYA! Bateri iPhone Meletup Di China Selepas Digigit Bakal Pembeli Untuk Memastikan Ketulenannya

sumber asal: amanz.my
Klise filem koboi ialah orang menggigit emas untuk memastikan ketulenannya. Jika ia lembut, maka emas yang ingin dibeli adalah asli. Di China seorang bakal pembeli bateri iPhone melakukan ujian yang sama. Hasilnya ialah bateri tersebut meletup secara tiba-tiba.
Kejadian dilaporkan berlaku di bandar Nanjing pada 19 Januari lalu di sebuah pusat barangan elektronik. Letupan yang berlaku mengakibatkan api pembeli dan seorang wanita disambar api. Kedua-dua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang teruk.
Isu bateri iPhone amat hangat sekarang kerana ia boleh mengakibatkan peranti diperlahankan. Bagi pembaca Amanz lakukanlah penukaran bateri pada pusat tukar ganti bertauliah bagi memastikan keaslian bateri.

Wow! Ini Mikro-SD Dengan Storan Paling Besar Setakat Ini – 512GB

Di pasaran terdapat peranti yang menyokong kad mikro-SD sehingga 2TB. Tetapi realitinya kad mikro-SD pada kapasiti ini masih belum dihasilkan. Buat masa ini anda hanya perlu berpuas hati kad mikro-SDXC keluaran Integral Memory dengan kapasiti 512GB.
Ini menjadikannya kad mikro-SD dengan kapasiti terbesar melangkaui kapasiti 400GB pada kad mikro-SD keluaran SanDisk tahun lalu. Walaubagaimanapun kad mikro-SD Intergal Memory ini hanya mempunyai kelajuan maksimum 90MB/s. Ini adalah sedikit perlahan berbanding kelajuan 100MB/s yang dicatatkan oleh kad mikro-SD SanDisk. Kad mikro-SDXC ini akan mula dijual Februari hadapan tetapi harga masih belum diumumkan. Ia pastinya mencecah empat angka seperti harga yang ditawarkan SanDisk di Malaysia.

Cara Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 & 4 Online

Semakan keputusan tawaran dan rayuan MRSM 2018 Tingkatan 1 dan 4 secara online dan SMS. Menerusi pengumuman rasmi MARA, semakan keputusan MRSM 2018 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu (1) dijangka akan diumumkan pada 23 Januari 2018. Manakala sesi pendaftaran bermula pada Februari 2018.


Pengumuman Rasmi Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Dan 4
Keputusan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018 boleh disemak mulai 23 Januari 2018. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).  Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah.  Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat  rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama.  Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Pengumuman Rasmi Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Dan 4
Keputusan Kemasukan ke MRSM Bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018 boleh disemak mulai 23 Januari 2018. Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS).  Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah.  Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat  rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama.  Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online
Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 1 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS :Taip MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888.

Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 4
Semakan MRSM 2018 bagi Tingkatan 4 boleh disemak mulai Minggu Pertama Februari 2016 menerusi pautan http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp
Semakan Keputusan MRSM 2018 Tingkatan 4 Guna SMS
Melalui perkhidmatan mySMS :Taip MARA <jarak> MRSM <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

Cara Rayuan MRSM 2018
Bagi permohonan yang tidak berjaya dan ingin membuat  rayuan juga boleh melakukannya di pautan yang sama.  Sila sahkan penerimaan/penolakan dalam tempoh tujuh (7) hari. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Cara Semakan Keputusan SPM 2017 Pada Mac 2018 Online & SMS

Semakan tarikh bila keputusan SPM 2017 keluar pada Mac 2018. Result SPM pada 28 Februari 2018 adalah tidak benar sama sekali. Semakan secara online dan talian SMS bermula pada jam 10.00 pagi hari yang sama biasanya hanya akan diumumkan pada minggu kedua bulan Mac 2018. Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, semakan keputusan SPM boleh diambil disekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi. Manakala calon persendirian, slip keputusan akan dihantar ke alamat rumah masing-masing. Untuk semakan menggunakan SMS, calon boleh menaip kod yang tertera dibawah. Semoga berjaya diucapkan kepada semua calon SPM 2017.


Semakan Keputusan SPM 2017 Pada Mac 2018 Online & SMS
Minggu ke-2 Mac 2018- Dijangka pada 15 Mac 2018

Semakan Keputusan SPM 2017 Pada Mac 2018 Online & SMS
Taip SPM <Jarak> No Kad Pengenalan <Jarak> Angka Giliran dan SMS ke 15888.



Berita Palsu Semakan Keputusan SPM 2017 Pada 28 Februari 2018
Sebaran keputusan SPM pada 28 Februari 2018 adalah tidak benar sama sekali.



Friday, January 19, 2018

Apple Menawarkan Bateri Baru Dengan Harga Diskaun Sebagai Tanda Maaf

Kecoh pada minggu lepas selepas didapati model-model iPhone 7 dan sebelumnya telah diperlahankan oleh pihak Apple melalui kemaskini iOS terbaru. Keadaan menjadi lebih parah setelah mengakui sengaja memperlahakan prestasi iPhonedengan tujuan untuk menjaga bateri iPhone daripada muda terpadam.
Berdasarkan insiden yang berlaku, ramai yang kurang berpuas hati dengan tindakan Apple apatah lagi pengguna iPhone 7 yang baru sahaja mendapatkan iPhone mereka pada tahun lalu.
iPhone-7-teardown-iFixit-008
Perkara ini sekaligus telah membuatkan Apple disaman oleh pelbagai pihak dan difahamkan jumlah tertinggi saman yang diterima Apple adalah sebanyak $999 bilion (~RM4.05 trilion).
Apple pada hari ini ini telahpun membuat permohonan maaf kerana telah membuatkan para pengguna kecewa dan tidak sepatutnya memperlahankan prestasi iPhone meskipun bertujuan untuk memanjangkan jangka hayat sesebuah  iPhone.
Sebagai tanda maaf, pengguna Apple serata dunia dan Malaysia telah ditawarkan promosi khas untuk penukaran bateri bagi membolehkan para pengguna mendapatkan prestasi asal iPhone mereka.

ANTARA MODEL YANG TERPALIT DENGAN MASALAH BATERI
Difahamkan harga bateri iPhone yang sebelum ini dijual dengan harga $79 (~RM321) telahpun dikurangkan kepada $29 (~RM117). Promosi ini bakal mula berlangsung pada Januari 2018 ini sehingga Disember 2018.
Para pengguna akan turut menerima kemaskini iOS terbaru daripada Apple untuk mengetahui bilakah masanya bateri iPhone wajar ditukar. 
sumber : thevocket

Wow! Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB GDDR6 Untuk Pemprosesan Grafik Berkuasa

sumber : amanz.my
Samsung, selain pengeluaran peranti mudah-alih dan televisyen, turut mempunyai bahagian khusus yang memfokuskan kepada semikonduktor. Terkini, mereka telah mengumumkan yang mana kini memulakan pengeluaran untuk teknologi memori seterusnya, iaitu 16GB GDDR6 (Graphics Double Data Rate 6) untuk digunakan dalam pemprosesan grafik berkuasa.
Seperti ramai sedia maklum, memori ini digunakan pada peranti permainan, kad grafik, sistem automoatik, sistem rangkaian, dan juga sistem kecerdasan buatan.
Samsung GDDR^6
Dengan penawaran 16GB GDDR6 ini, ia menawarkan kadar ketumpatan dua kali ganda berbanding 8GB GDDR5 sebelum ini. Ia turut beroperasi dibawah kuasa yang lebih rendah, dan menjimatkan tenaga sehingga 35% berbanding generasi sebelumnya.
Samsung menyasarkan memori GDDR6 ini akan mula digunakan meluas untuk pemprosesan video 8K, realiti-maya, realiti-gabungan dan juga kecerdasan buatan.

Thursday, January 18, 2018

Ulasan Samsung Galaxy A8 2018 – Peranti Kelas Pertengahan Dengan Pelbagai Fungsi Peranti Utama

sumber : https://amanz.my
Pasaran peranti kelas pertengahan dahulunya didominasi oleh Samsung. Peranti keluaran mereka mendapat sambutan kerana mempunyai kombinasi spesifikasi dan fungsi yang baik. Tetapi dengan lambakan peranti dari China, Samsung gagal bersaing dalam peperangan harga. Hasilnya mereka tidak lagi mempunyai pegangan pasaran peranti kelas pertengahan segah dahulu.
Bagi menentang peranti-peranti pesaing yang dijual lebih murah, Samsung menggunakan taktik jualan yang berbeza. Harga peranti tidak dikurangkan sebaliknya mereka menawarkan kemasan lebih premium yang sebelum ini hanya ditemui pada peranti kelas utama. Galaxy A (2017)  dilancarkan dengan kemampuan kalis air dan tubuh kaca sekaligus menjadikannya peranti yang unik di dalam kelasnya.
Tahun lalu Samsung Galaxy A8 dan A8+ telah dilancarkan dengan jualan bermula bulan ini. Ia mengekalkan inovasi Galaxy A tahun lalu dengan beberapa penambahbaikan. Adakah Galaxy A8 2018 berbaloi untuk dimiliki? Ulasan ini akan cuba menjawab persoalan ini.

Spesifikasi

Samsung Galaxy A8 (2018)
Skrin5.6″ FHD+ SAMOLED (441 PPI)
Pemproses2.2 x 2 + 1.6 x 6 GHz Exynos 7885
Cip GrafikMali G-71
RAM4 Gigabyte
Storan32 Gigabyte (MikroSD sehingga 256 GB)
Kamera Utama16 Megapixel, f/1.7, PDAF
Kamera Depan16+8 Megapixel, f/1.9+f/1.9
Bateri3000 mAh (Pengecasan Pantas)
SIM/TelefoniDwi SIM Nano (Talam Hibrid)
NFCYa, Samsung Pay
Infra MerahTiada
Kalis AirIP68
Sistem ImbasanCap Jari, Wajah
Harga JualanRM 1799
Penggunaan nama Samsung Galaxy A8 (2018) mungkin sedikit mengelirukan kerana ia bukan peranti gantian kepada Galaxy A8 (2016). Skrin yang digunakan pada A8 (2018) hanya sebesar 5.6″ dan ini adalah lebih kecil berbanding yang ditemui pada A8 (2016) dan A7 (2017) sebelum ini. Penggunaan rekaan nirbingkai membolehkan skrin lebih besar dan memanjang 18.5:9 digunakan pada peranti yang mempunyai saiz fizikal lebih menghampiri Galaxy A5 (2017).
Skrin SAMOLED ini menyokong resolusi FHD+. Tidak seperti pada Galaxy S8 dan Note 8 ia walaubagaimanapun tidak mempunyai sokongan HDR. Pada waktu yang sama pilihan merubah resolusi skrin juga tidak disertakan pada skrin tetapan Galaxy A8 (2018).
Skrin SAMOLED memang terkenal dengan keterangan serta paparan warna yang cukup menyerlah. Skrin A8 (2018) nyata tidak mengecewakan dengan sudut pandangan yang cukup besar. Tiada komen yang boleh diberikan kepada skrin Samsung yang sudah cukup sinonim dengan kualiti dalam dunia telefon pintar.
Skrin yang cantik dipadankan dengan pemproses lapan teras Exynos 7885, memori sebesar 4GB RAM dan storan 32 GB. Sokongan kad mikroSD sehingga 256 GB disertakan bagi yang inginkan storan lebih besar. Terdapat juga sokongan dwi-SIM nano menggunakan talam jenis hibrid. Ketiga-tiga SIM dan kad MikroSD tidak boleh digunakan secara serentrak. Talam plastik adalah dari jenis yang perlu dicucuk dengan jarum sebelum ia boleh dikeluarkan dari slotnya.
Pemproses Exnynos 7885 ini ialah pemproses lapan teras dengan dua teras Cortex A73 pada kelajuan 2.2 GHz dan enam lagi teras Cortex A53 pada kelajuan 1.6 GHz. Cip grafik yang digunakan pula ialah Mali G-71.
Kamera utama 16-Megapixel f/1.7 dipadankan dengan dwi-kamera hadapan16+8-Megapixel f/1.9 + f/1.9. Ini menjadikan Galaxy A8 (2018) peranti pertama keluaran Samsung dengan sistem kamera swafoto berkembar. Seperti pada iPhone X, kamera hadapan ini menyokong mod potret bokeh dan sistem imbasan wajah untuk nyahkunci peranti.
Bateri sebesar 3000 mAh disertakan dengan pengecasan pantas Adaptive Fast Charging melalui port USB-C. Ini mengekalkan fungsi yang kali pertama diperkenalkan pada Galaxy A tahun lalu.
Perubahan paling drastik tahun ini ialah kedudukan pengimbas cap jari. Ia terletak pada bahagian belakang di bawah lensa kamera. Ini adalah jauh lebih ergonomik berbanding di sisi lensa seperti yang ditemui pada Galaxy S8. Pengimbas lebih senang diakses pada kedudukan ini dan turut mengurangkan kebarangkalian lensa menjadi kotor kerana disentuh jari secara tidak sengaja.
Kemampuan kalis air IP68 dikekalkan. Begitu juga dengan bicu audio 3.5mm, NFC dan Samsung Pay. Ini meletakkan Galaxy A8 (2018) di posisi yang unik kerana kesemua peranti di dalam kelas pertengahan tidak menawarkan fungsi-fungsi yang sama.

Rekabentuk

Peranti ini diiklankan sebagai sebuah peranti nirbingkai. Tetapi ada perbezaan besar di antara skrin A8 (2018) dengan yang ditemui pada Note 8 dan S8.
Pertama sekali tiada sisi dwi-lengkung digunakan. Saiz bezel pada dagu, dahi dan sisi peranti ini adalah lebih tebal dari yang ditemui pada dua peranti utama yang kami sebutkan tadi.
Ini boleh dilihat sebagai positif dan negatif bergantung kepada perspektif berbeza. Ia positif kerana ini bermakna peranti tidak mempunyai permukaan kaca yang besar pada bahagian sisi. Kebarangkalian berlaku kerosakan sekiranya peranti terjatuh lebih rendah kerana bingkai logam akan menyerap hentakan dan bukannya skrin lengkung sisi.
Dari segi negatif pula ia mempunyai nisbah skrin kepada luas permukaan hadapan yang lebih rendah berbanding S8 dan Note 8. Rekaannya bolehlah dikatakan kurang seksi. Pengguna mempunyai dua pilihan di sini. Cantik tetapi terdedah kepada kerosakan atau kurang cantik tetapi lebih tahan lasak.
Bercakap mengenai kaca, panel belakang peranti diperbuat daripada kaca dengan sisi yang melengkung. Panel ini amat licin yang tidak mengejutkan memerangkap kotoran dengan amat pantas.
Saiz fizikal A8 (2018) adalah sama dengan Apple iPhone X. Ia amat selesa digunakan dengan hanya sebelah tangan. Kesemua permukaan skrin boleh diakses tanpa sebarang masalah. Sekiranya ia masih dirasakan terlalu besar, Samsung menawarkan fungsi mengecilkan skrin yang sudah menjadi fungsi standard mereka sejak empat tahun yang lalu.
Pada sisi kanan terdapat butang kuasa dan pembesar suara mono. Kedudukan pembesar suara ini mungkin sedikit aneh tetapi telah lama digunakan pada peranti Galaxy A. Sisi kiri pula menempatkan butang suara. Kedua-dua butang suara dan kuasa diperbuat daripada logam. Port pengecasan USB-C terletak pada bahagian bawah bersebelahan bicu audio 3.5mm. Slot SIM dan kad MikroSD pula terletak pada bahagian atas.
Secara keseluruhan rekaan peranti ini tidak banyak berbeza dengan rekaan tahun lalu. Perbezaan hanya terletak pada rekaan skrin yang kini lebih memanjang, tiada lagi butang navigasi fizikal, dwi-kamera swafoto dan kedudukan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

Antaramuka

Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar Samsung Experience 8.5. Ini adalah versi Android dan pelancar yang sama seperti yang ditemui pada Galaxy Note 8. Dengan pelancar ini talam aplikasi boleh dibuka dengan hanya menatal skrin dari bahagian bawah skrin. Sekiranya pengguna lebih selesa dengan butang fizikal, pelancar Samsung Experience membolehkan ia dipaparkan pada bahagian hadapan. Susuan grid dan susunan butang navigasi juga boleh dikustomasi oleh pengguna mengikut kehendak pengguna.
Pelancar Samsung Experience 8.5 ini berfungsi dengan lancar sepanjang tempoh ulasan. Pemproses yang berkuasa dan saiz RAM yang mencukupi memastikan masalah sela masa tidak berlaku. Malahan kami merasakan antaramuka A8 (2018) lebih lancar berbanding yang ditemui pada S8 yang masih lagi menggunakan versi 8.1 ketika ulasan ini ditulis.
Seperti biasa apabila menggunakan peranti Samsung, mereka menyediakan pelbagai fungsi tambahan yang tidak ditemui pada Android Asli. Berikut ialah senarai fungsi menarik yang boleh digunakan pemilik Galaxy A8 (2018). Kesemuanya adalah sama seperti yang ditemui pada Note 8, S8 dan Note Fan Edition.
Always On Display – Paparan notifikasi dan masa yang sentiasa terpasang apabila peranti dikunci.
Clear Badge – Membuang jumlah notifikasi mesej belum dibaca pada aplikasi tertentu. Tekan sahaja ikon pada skrin dan pilihan ini akan diberikan.
Direct Call – Peranti melakukan panggilan telefon secara automatik apabila ia diletakkan ke telinga pengguna.
Dual Messenger – Menggunakan dua aplikasi dengan dua akaun berbeza secara serentak.
Easy Mute – Mematikan nada dering dengan meletakkan tangan di atas skrin atau menelangkupkan peranti.
Face Recognition – Menyahkunci dengan menggunakan wajah pengguna.
Game Launcher – Kemudahan merakam video aplikasi permainan serta mematikan kesemua notifikasi apabila ia diaktifkan.
Grid – Menetapkan saiz grid susunan ikon pada muka hadapan. Terdapat pilihan 4×4, 4×6, 5×5 atau 5X6.
Multi Window – Melancarkan dua aplikasi serentak. Sistem Android Asli digunakan dan bukannya antaramuka lama yang ditemui sejak Galaxy Note asal.
One Handed Mode – Mengecilkan paparan skrin bagi memudahkan penggunaan sebelah tangan dengan menekan butang home sebanyak tiga kali dengan pantas atau menatal dari bucu bawa ke atas.
Palm Capture – Menangkap gambar paparan skrin dengan menggunakan telapak tangan.
Quick Launch Camera – Melancarkan kamera dengan pantas dengan menekan butang home sebanyak dua kali.
Samsung Pay – Sistem pembayaran nirtunai.
Secure Folder – Menghalang akses kepada folder tertentu dengan menguncinya dengan cap jari, nombor pin atau paten.
Sleep – Menyahaktifkan aplikasi sementara. Tidak lagi menggunakan data atau memberikan notifikasi apabila diaktifkan.
Smart Stay – Skrin tidak akan terpadam selagi ia mengesan mata anda memandang skrin.
Themes – Kustomasi antaramuka dengan tema-tema baru yang boleh dimuat turun.

Kamera

Kamera utama 16-Megapixel f/1.7 yang digunakan dilengkapi sistem pemfokusan PDAF. Tiada sokongan penstabilan optikal OIS disertakan sebaliknya kesemua penstabilan dilakukan secara elektronik. Dari segi rakaman, kamera utama ini boleh merakam pada tetapan tertinggi 1080P 30 FPS sahaja. Pada tetapan tertinggi 16-Megapixel gambar diambil pada nisbah 4:3. Untuk mengambil gambar pada tetapan 16:9 pengguna perlu menurunkan resolusi kamera ke 12-Megapixel. Pada waktu yang sama terdapat sokongan merakam pada nisbah 18.5: 9 sama seperti yang diperkenalkan pada Note 8 sebelum ini.
Kamera hadapan pula ialah gabungan 16+8 Megapixel f/1.9+f/1.9 dengan lensa fixed focus. Seperti kamera utama, hanya sokongan penstabilan elektronik disertakan. Kerana penggunaan dwi-kamera, kamera hadapan ini menyokong sistem Live Focus yang membolehkan gambar dengan kesan bokeh diambil.

Kualiti Gambar

Kualiti gambar dari kamera utama 16-Megapixel adalah sederhana. Penghasilan warna sedikit suram tetapi mempunyai ketajaman yang memuaskan. Di dalam situasi pencahayaan yang baik, gambar yang diambil amat memuaskan cuma seperti kami katakan tadi penghasilan semula warna sedikit kurang bermaya. Apabila di dalam situasi pencahayaan yang sedikit suram, masalah yang kerap dilihat pada peranti kelas pertengahan mula kelihatan.
Ketajaman gambar berkurangan dan kelihatan lebih lembut. Pada sumber cahaya, masalah blooming akan kelihatan dengan jelas. Penggunaan lensa f/1.7 sekurang-kurangnya mengurangkan masalah noise dan gambar yang diambil adalah lebih terang jika dibandingkan dengan peranti lain di dalam kelas yang sama.

Live Focus

Kamera selfie mengambil gambar yang baik pada situasi pencahayaan yang memuaskan. Sistem Live Focus membolehkan latar belakang dikaburkan selepas gambar diambil. Perisian Live Focus pada A8 2018 telah dikemaskini bagi memudahkan proses rakaman ini. Tetapi seperti pada Note 8, ia masih belum cukup sempurna dengan kadang-kala pemisahan objek dengan latar belakang tidak dilakukan dengan cukup tepat. Seperti pada Note 8 dan iPhone X, perisian kesan khas bokeh perlu dipertingkatkan lagi bagi memberikan kualiti gambar yang memuaskan sepanjang masa.

Audio

Keunikan siri Galaxy A terletak pada pembesar suara yang diletakkan pada sisi sebelah kanan. Ini mungkin agak aneh jika dibandingkan dengan kedudukannya pada peranti lain iaitu di bahagian bawah. Tetapi terdapat logik di sebalik kedudukannya yang sedikit aneh ini. Apabila menonton video atau memainkan permua, audio dihalakan ke atas (sekiranya peranti dipegang pada kedudukan mendatar). Tiada masalah kekisi pembesar suara tertutup oleh tangan.
Dari segi kualiti audio, Galaxy A8 (2018) menghasilkan kualiti audio yang sederhana sahaja. Pembesar suara walaupun kuat hanya menyokong audio mono. Mendengar audio menggunakan fon kepala secara berwayar atau bluetooth memuaskan tetapi tidak akan dapat menandingi apa yang boleh dihasilkan peranti utama seperti Galaxy S8 atau Apple iPhone X. Namun ini bukanlah sesuatu yang mengecewakan kerana Galaxy A8 ialah sebuah peranti kelas pertengahan.

Penanda Aras

Pemproses Exynos 7885  yang digunakan dilengkapi lapan teras. Konfigurasi teras pemproses ini agak unik iaitu dua teras pada kelajuan 2.2 GHz dan enam teras pada kelajuan 1.6 GHz. Apabila ujian penanda aras dilakukan, peranti mencatatkan 85213 markah dalam ujian Antutu dan 14554 markah dalam ujian Futuremark. Ini adalah markah yang lebih tinggi berbanding pemproses Snapdragon 625.
Dalam kegunaan harian kami tidak menyedari sebarang masalah sela masa atau aplikasi gagal berfungsi. Peranti turut berfungsi tanpa sebarang masalah pemanasan melampau. Sepanjang tempoh ulasan selama dua minggu tiada sebarang masalah besar berlaku. Apabila memainkan permua, kadar FPS permainan adalah memuaskan.

Bateri

Pada penggunaan paling berat peranti bertahan selama 17 jam 12 minit dengan skrin terpasang selama 7 jam 50 minit. Pada penggunaan sederhana pula peranti bertahan selama 23 Jam 2 minit dengan skrin terpasang selama hampir 4 jam 35 minit. Ini ialah hayat bateri yang amat baik bagi sebuah peranti yang hanya dilengkapi bateri sebesar 3000 mAh. Samsung Galaxy A8 (2018) tidak akan mempunyai masalah berfungsi hampir sepanjang hari tanpa perlu dicas.
Terdapat juga sokongan pengecasan pantas Adaptive Quick Charging Samsung. Dengan sistem pengecasan yang menggunakan port USB-C ini, peranti dapat dicas dari sifar sehingga penuh dalam masa sekitar 100 minit. Pada tahun 2018, kami merasakan sistem pengecasan pantas sepatutnya disertakan pada kesemua peranti tetapi masih terdapat beberapa pengeluar yang enggan menyertakannya atas sebab harga.

Pesaing

Samsung Galaxy A8 (2018) bersaing di dalam pasaran peranti kelas pertengahan dengan skrin nirbingkai. Oleh itu kami merasakan Huawei Nova 2i dan Oppo F5 adalah peranti pesaing yang paling hampir dengannya. Berikut ialah perbezaan spesifikasi di antara ketiga-tiga peranti.
Peranti Pesaing
Samsung Galaxy A8 (2018)Huawei Nova 2iOppo F5
5.6″ SAMOLED FHD+ (441 PPI)5.9″ IPS LCD FHD+ 407 PPI)6″ LTPS LCD FHD+ (402 PPI)
2.2 x 2 + 1.6 x 6 GHz Exynos 78852.36 x 4 + 1.7 x 4 GHz Kirin 6592.3 GHz Lapan Teras MediaTek Helio P23
Mali G-71Mali-T830 MP2Mali-G71 MP2
4 Gigabyte4 Gigabyte4 Gigabyte
32 Gigabyte (256 GB MikroSD)64 Gigabyte (256 GB MikroSD)32 Gigabyte (256 GB MikroSD)
Kamera Utama 16-Megapixel  f/1.7, PDAFKamera Utama 16+2 Megapixel, f/2.0. PDAFKamera Utama 16 Megapixel, f/1.8, PDAF
Kamera Hadapan 16+8 Megapixel, f/1.9+f/1.9Kamera Hadapan 13+2 Megapixel, f/2.0Kamera Hadapan 20Megapixel, f/2.0.
Kalis air IP 68Tidak kalis airTidak kalis air
3000 mAh (Pengecasan Pantas)3340 mAh3200 mAh
RM1799RM 1299RM 1298

Kesimpulan

Samsung Galaxy A8 (2018) menawarkan beberapa perubahan kecil berbanding model tahun lalu. Paling ketara ialah pengguna skrin 5,6″ SAMOLED Infinity Display dengan nisbah 18.5:9. Ini menjadikan rekaan peranti ini lebih selari dengan kehendak pasaran semasa. Penggunaan skrin SAMOLED memastikan skrin dengan mudah dapat dilihat di bawah cahaya matahari serta mempunyai sudut pandangan yang baik. Perbezaan skrin ini dengan yang ditemui pada S8 dan Note 8 ialah tiadanya sokongan HDR. Buat masa ini fungsi HDR nampaknya hanya akan ditemui pada peranti-peranti utama.
Dari segi rekaan ia mengekalkan rekaan panel belakang berkaca tahun lalu dengan pengimbas cap jari kini pada bahagian belakang. Ini ialah kedudukan pengimbas yang lebih mudah diakses berbanding peranti Galaxy yang lain. Namun rekaan ini memerangkap kotoran dengan mudah dan menjadikannya peranti yang licin.
Kemampuan kamera adalah sederhana jika dibandingkan dengan peranti utama tetapi memuaskan bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Sistem dwi-kamera swafoto menyokong Live Focus untuk mengambil gambar dengan kesan bokeh. Seperti pada Note 8 sebelum ini, kami merasakan sistem ini masih belum cukup sempurna dengan kesan bokeh yang kelihatan sedikit palsu.
Kekuatan A8 2018 pada hemat kami terletak pada bateri yang hampir bertahan sepanjang hari dengan skrin terpasang hampir 8 jam. Pengecasan pantas juga disertakan apabila kehabisan bateri. Selain daripada itu ia juga mempunyai ketahanan kalis air IP68, sokongan Samsung Pay, pembantu maya Bixby, nyahkunci menggunakan wajah dan mampu menggunakan peranti realiti maya Gear VR. Ini memberikannya kelebihan berbanding peranti kelas pertengahan yang lain.
Dengan harga jualan RM 1799 ia bolehkah dikatakan mahal bagi sebuah peranti kelas pertengahan. Tetapi harus diingatkan Galaxy A8 (2018) ini mempunyai binaan premium dan kemampuan kalis air yang tidak ditawarkan oleh peranti-peranti pesaing. Jika kedua-dua fitur ini penting bagi anda pada peranti kelas pertengahan, hanya A8 (2018) mampu memenuhinya.
KELEBIHANKEKURANGAN
  • Skrin SAMOLED yang digunakan mempunyai paparan yang terang dan mudah dilihat di bawah cahaya matahari.
  • Pemproses yang baik. Peranti berfungsi dengan lancar.
  • Kemampuan kali air IP68 unik bagi sebuah peranti kelas pertengahan.
  • Ketahanan bateri yang baik mampu bertahan hampir sepanjang hari.
  • Sokongan pengecasan pantas dengan pengecas disertakan dengan setiap pembelian.
  • Kemampuan kamera yang bagi sebuah peranti kelas pertengahan.
  • Pengimbas cap jari terletak pada kedudukan yang baik.
  • Pembesar suara masih lagi mono.
  • Panel kaca pada bahagian belakang mudah memerangkap kotoran dan menjadikan peranti licin.
  • Masih menggunakan Android 7.1.1 tanpa tarikh bilakah Oreo akan diterima.
  • Sistem Live Focus pada kamera hadapan masih belum berfungsi dengan sempurna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More