Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (497) Al-Quran (24) Amazing (286) Anak (51) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (127) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (179) Ibadah (26) Info (673) Islam (498) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (56) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (116) Resepi (393) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (286) Sempoi (299) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (427) Tips (80) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (64) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, November 4, 2017

Spesis Baru Orang Utan Dikenalpasti Di Utara Sumatera

Selama berdekad lamanya kami ingatkan Orang Utan hanya boleh ditemui di kepulauan Borneo dan hanya satu spesis wujud. Tanggapan kami nyata menyimpang dari realiti kerana sebenarnya orang utan turut boleh ditemui di kepulauan Sumatera dan terdapat dua spesis berbeza. Penyelidik dari University of Zurich walaubagaimanapun telah mengenalpasti satu lagi spesis Orang Utan yang turut ditemui di Sumatera.
Pongo Tapanuliensis ialah nama yang diberikan kepada spesis terbaru ini. Ia boleh ditemui di Tapanuli, Sumatera pada tahun 1997. Para saintis telah lama menyangka Orang Utan Tapanuli tergolong di dalam spesis berbeza dari Pongo abelii yang ditemui di Sumatera Utara dan Pongo pygmeaeus yang ditemui di Borneo.
Kajian morfologi tengkorak seekor Orang Utan Tapanuli menemui beberapa perbezaan dengan spesis Pongo abelii. Kajian genom pula mengesahkan penemuan spesis terbaru ini. Penemuan spesis baru ini adalah menarik di dalam dunia sains primat tetapi menyedihkan juga kerana hanya 800 Pongo Tapanuliensis masih boleh ditemui di habitat asal. Seperti dua spesis orang utan yang lain, mereka juga kini di dalam kategori diancam kepupusan yang serius.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More