Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (504) Al-Quran (25) Amazing (287) Anak (54) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (128) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (24) Hot's (181) Ibadah (27) Info (676) Islam (499) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (156) Kesihatan (172) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (94) Misteri (44) Most (68) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (57) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (4) Pelik (133) Pendidikan (414) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (118) Resepi (400) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (287) Sempoi (304) SEO (4) Seram (35) Sukan (223) Syiah (4) Teknologi (444) Tips (84) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (66) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, October 25, 2017

Otohiko – (Hebat) Alat Peredam Bunyi Menghirup Mi Dihasilkan Di Jepun

Dunia semakin global tetapi adab ketika makan masih lagi mempunyai perbezaan budaya yang ketara. Misalnya di Barat adalah dianggap kurang beradab untuk makan dengan bising. Di Jepun menghirup mee dengan kuat dianggap bagus bagi memberikan petanda anda menikmati makanan yang dihidangkan. Bagi mengelakkan pergeseran budaya, Otohiko dihasilkan.
Otohiko ialah peredam bunyi menghirup mee bagi mereka yang tidak biasa dengan budaya Jepun. Ia disambungkan kepada garfu dan ditambat kepada peranti pintar. Apabila ia menangkap bunyi hirupan mee, ia akan mengarahkan peranti untuk menghasilkan bunyi lain yang “meredam” bunyi hirupan.
Alat aneh ini dibangunkan oleh syarikat Nissin yang merupakan pencipta mee segera. Sekiranya anda berminat Otohiko dijual pada harga ¥14,800 (~RM 550)  bermula Disember ini. Fakta menarik mengenai mee segera ialah ia dicipta pada tahun 1958 bagi memenuhi keperluan zat penduduk Jepun masih terjejas selepas Perang Dunia Kedua. Selepas hampir 60 tahun, mee segera kini dianggap makanan tidak berzat untuk insan yang kurang berkemampuan.
sumber : Amanz

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More