Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (356) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, June 3, 2017

Aplikasi iMasjid Menunjukkan Waktu Masuk Solat Tepat Dan Lokasi Masjid Yang Berdekatan

Jika anda jenis yang selalu leka bersolat dan sering perlu diberi peringatan untuk ke masjid, ataupun selalu beri alasan tidak tahu masjid di mana, aplikasi iMasjid sudah hadir untuk membantu anda mendekatkan diri dengan Allah.
Aplikasi iMasjid ini pada mulanya hadir sebagai aplikasi prototaip di platform Android pada tahun 2014, tetapi kini, ia telah dikemaskini dengan cukup baik untuk bukan sahaja memberitahu anda masa masuk waktu solat yang tepat, tetapi juga boleh menunjukkan anda lokasi masjid-masjid yang berdekatan dengan anda.
Menurut pembina aplikasi ini, buat masa ini ada lebih 1000 lokasi masjid yang boleh ditunjukkan oleh iMasjid, dan lebih banyak lagi masjid yang akan dimasukkan apabila ia dikemaskini pada masa yang akan datang.
Jika anda seorang ahli masjid yang mahu memasukkan nama masjid anda di dalam aplikasi ini, anda juga boleh memuat-turun aplikasi iMasjid Admin melalui Google Play Store.
Bagi mereka yang kurang pasti akan arah kiblat, aplikasi ini juga hadir dengan penunjuk arah kiblat yang tepat.
Aplikasi ini juga mempunyai fungsi reminder dimana pengguna boleh menetapkan peringatan untuk aktiviti-aktiviti surau yang terpilih, dan juga sesi-sesi ceramah ustaz di masjid, ataupun televisyen dan radio seperti Astro Oasis, TV Al-Hijrah dan sebagainya.
Senarai ustaz tersohor yang hadir di dalam aplikasi iMasjid buat masa ini termasuklah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Habib Ali Zainal Abidin, Dr Maza, Ustaz Don dan sebagainya. Sama seperti senarai masjid, nama-nama ustaz yang boleh ditunjukkan dalam aplikasi iMasjid ini juga akan bertambah apabila ia dikemaskini pada masa akan datang.
Aplikasi iMasjid ini boleh dimuat-turun menggunakan telefon pintar Android dan iPhone melalui Google Play Store dan Apple App Store sekarang.
Muat-turun iMasjid melalui Google Play Store ataupun Apple App Store

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More