Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (356) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 7, 2017

WhatsApp Untuk iPhone Menambah Sokongan Perkongsian Gambar Dalam Bentuk Album

WhatsApp, aplikasi permesejan popular di seluruh dunia dan kini dimiliki oleh Facebook ini, hari ini telah memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru pada aplikasi mereka di iPhone, yang mana memfokuskan kepada perkongsian gambar dan penggunaan kameral.
WhatsApp Album
Melalui kemaskini baru yang ditawarkan hari ini, WhatsApp kini menambah sokongan perkongsian gambar dalam bentuk album. Kini, apabila anda berkongsi atau menerima lebih daripada empat gambar pada sesuatu perkongsian, kini ia akan dihimpunkan dalam bentuk sebuah album – sekaligus menjadikan tetingkap sembang anda lebih kemas dan tidak dipenuhi dengan “spam” gambar seperti sebelum-sebelum ini.
Disamping itu, WhatsApp juga turut menambah sokongan kesan penuras gambar dan video – membolehkan anda menambah sesuatu efek tambahan pada gambar sebelum ia dikongsikan kepada rakan-rakan lain. Sebanyak lima kesan penuras disediakan buat masa ini.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp di iPhone, anda boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.
sumber : amanz.my

Tuesday, June 6, 2017

Resepi Cara Buat Kuih PUTERI AYU Lembut & Sedap

PUTERI AYU

Step By Step 1242


Bahan-Bahannya :-)
1 biji telur gred A
80 g gula halus
80 ml pati santan
1/2 camca teh pes pandan
90 g tepung gandum*
1/2 camca besar tepung ubi*(*disatukan dan diayak)
1/2 camca teh ovallate
1 cawan kelapa parut*
1 camca besar tepung jagung*
1/4 camca teh garam halus*(*digaul rata)

Cara membuatnya :-)
  1. Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.
  3. Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....Menghasilkan kurang lebih 24 biji kuih.
kredit : mat gebu

Resepi Cara Buat ACAR NYONYA Asli

ACAR NYONYA

Step By Step 1238

Bahan Sayur :-)
2 biji timun, kerat 4, buang empulur dan hiris macam batang mancis
1 batang lobak merah, kerat 4, hiris macam batang mancis
2 bii bawang besar, belah 8 setiap biji
2 biji cili merah, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
2 biji cili hijau, kerat dua, buang biji dan hiris memanjang
100 g bunga kubis, cuci dan potong kecil (tak letak sebab tak de)

Bahan Perisa :-)
80 ml cuka makan
4 camca besar gula
2 camca teh garam

Bahan Kisar :-)3 biji buah keras
2 batang serai, dihiris halus
20 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan
4 biji cili merah
1/2 cm hirisan lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan Lain :-)
60 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
20 g bijan, sangai hingga kuning keemasan

Cara membuatnya :-)
  1. Satukan semua bahan2 sayur dalam satu bekas, gaul rata. Satukan bahan2 perisa, kacau hingga larut. Kemudian tuang ke dalam bahan2 sayur, gaul rata dan biar 30 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga garing, gunakan api sederhana. Angkat dan biarkan rempah betul2 sejuk.
  3. Toskan sayur2an tadi, kemudian gaul bersama rempah hingga rata. Masukkan juga kacang tanah dan bijan, gaul hingga semua mesra dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam sebelum dihidangkan.
sumber : mat gebu

Monday, June 5, 2017

Ibu Pejabat Baru Google Di London Bakal Mempunyai Taman Di Atas Bumbung


Adalah sukar untuk menghalang diri dari tidak menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google sekarang. Setiap faset kehidupan seharian akan menjadi lebih mudah sekiranya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan gergasi teknologi ini. Ia kini di tempat kedua di belakang Apple sebagai syarikat dengan jenama paling berharga di dunia.
Seperti Apple, Google sentiasa mengembangkan empayar dan untuk itu sebuah ibu pejabat baru diperlukan di tengah-tengah kota London. Rekaan pejabat terbaru mereka yang terletak di berhampiran King’s Cross diperlihatkan baru-baru ini. Ia direka oleh firma Heatherwick dan BIG.
Pejabat seluas 93000 meter persegi ini mempunyai sebuah taman hijau yang terletak di atas bumbung. Dengan adanya paru-paru hijau ini, 7000 pekerja kelak mempunyai ruang untuk berehat menghirup udara segar. Ini adalah rekaan kedua yang dicadangkan selepas rekaan pertama ditolak oleh Larry Page kerana dikatakan membosankan.

sumber : amanz.my

Saturday, June 3, 2017

Aplikasi iMasjid Menunjukkan Waktu Masuk Solat Tepat Dan Lokasi Masjid Yang Berdekatan

Jika anda jenis yang selalu leka bersolat dan sering perlu diberi peringatan untuk ke masjid, ataupun selalu beri alasan tidak tahu masjid di mana, aplikasi iMasjid sudah hadir untuk membantu anda mendekatkan diri dengan Allah.
Aplikasi iMasjid ini pada mulanya hadir sebagai aplikasi prototaip di platform Android pada tahun 2014, tetapi kini, ia telah dikemaskini dengan cukup baik untuk bukan sahaja memberitahu anda masa masuk waktu solat yang tepat, tetapi juga boleh menunjukkan anda lokasi masjid-masjid yang berdekatan dengan anda.
Menurut pembina aplikasi ini, buat masa ini ada lebih 1000 lokasi masjid yang boleh ditunjukkan oleh iMasjid, dan lebih banyak lagi masjid yang akan dimasukkan apabila ia dikemaskini pada masa yang akan datang.
Jika anda seorang ahli masjid yang mahu memasukkan nama masjid anda di dalam aplikasi ini, anda juga boleh memuat-turun aplikasi iMasjid Admin melalui Google Play Store.
Bagi mereka yang kurang pasti akan arah kiblat, aplikasi ini juga hadir dengan penunjuk arah kiblat yang tepat.
Aplikasi ini juga mempunyai fungsi reminder dimana pengguna boleh menetapkan peringatan untuk aktiviti-aktiviti surau yang terpilih, dan juga sesi-sesi ceramah ustaz di masjid, ataupun televisyen dan radio seperti Astro Oasis, TV Al-Hijrah dan sebagainya.
Senarai ustaz tersohor yang hadir di dalam aplikasi iMasjid buat masa ini termasuklah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Habib Ali Zainal Abidin, Dr Maza, Ustaz Don dan sebagainya. Sama seperti senarai masjid, nama-nama ustaz yang boleh ditunjukkan dalam aplikasi iMasjid ini juga akan bertambah apabila ia dikemaskini pada masa akan datang.
Aplikasi iMasjid ini boleh dimuat-turun menggunakan telefon pintar Android dan iPhone melalui Google Play Store dan Apple App Store sekarang.
Muat-turun iMasjid melalui Google Play Store ataupun Apple App Store

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More