Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Saturday, May 20, 2017

Kenapa Google Assistant Tidak Boleh Menewaskan Siri Untuk Pengguna iPhone?

sumber : amanz.my
Pada minggu ini, Google telah mengumumkan penawaran aplikasi Google Assistant untuk iPhone. Seperti biasa, ia menawarkan rekaan yang minimalis daripada Google, serta mengintegrasikan ia bersama enjin carian Google, termasuk pelbagai perkhidmatan Google lain. Pekrara ini semestinya mengembirakan ramai pengguna tegar perkhidmatan Google di iPhone, termasuk memudahkan mereka menguruskan pelbagai dengan lebih mudah.
Walaubagaimanapun, secara realitinya, untuk pengguna iPhone, berkemungkinan Google Assistant tidak akan memberikan persaingan yang tinggi untuk Siri daripada Apple. Ini kerana terdapat beberapa kekangan untuknya, termasuk kerana:
Google Assistant
Anda perlu memuat-turunnya daripada Apple AppStore. Sementara Siri hadir terbina pada iPhone sejak pertama kali anda menjalankannya. Satu-satunya kaedah mendapatkan Google Assistant adalah dengan memuat-turun ia daripada App Store. Ini adalah kebiasaan untuk pelbagai aplikasi pihak ketiga. Proses membuat carian aplikasi, memasang, dan menggunakannya sebagai ganti untuk Siri mungkin membuatkan penggunaannya tidak begitu tinggi berbanding Siri.
Tidak boleh mengaktifkan Google Assistant dengan menekan butang Home di iPhone. Untuk memulakan Siri pada iPhone, anda hanya perlu tekan butang Home untuk seketika, atau boleh mengatakan “Hey, Siri” untuk mengaktifkannya. Dengan Google Assistant, anda perlu sama ada menggunakan widget pintas pada bahagian kiri iPhone, atau melalui aplikasi Google Assistant sendiri. Perkara ini juga mungkin memberikan ketidak-selesaan untuk pengguna iPhone menggunakan Google Assistant senantiasa.
Tidak boleh mengakses tetapan dan fungsi asas iPhone melalui Google Assistant. Siri sering digunakan ramai pengguna iPhone dalam membuat beberapa perkara seperti menetapkan penggera, Airplane Mode, dan sebagainya. Sementara itu, jikalau dibandingkan, Google Assistant tidak boleh mengakses tetapan pada iOS, mahupun membuat peringatan atau mencari rakan-rakan melalui arahan suara. Dibawah ekosistem iOS, Siri dilihat diintegrasikan dengan lebih menyeluruh, dan seperti tidak memberikan sebab untuk memasang Google Assistant. Pengguna masih boleh membuat panggilan dan sebagainya, tetapi memerlukan beberapa langkah tambahan pada Google Assistant, berbanding dengan Siri yang boleh dilakukan dengan mudah.
Tidak boleh melancarkan aplikasi, atau mengakses kandungan seperti gambar Seperti dikatakan sebelumnya, Siri diintegrasikan pada tahap sistem operasi, membolehkan ia turut digunakan untuk melancarkan aplikasi yang terpasang pada telefon pintar dengan arahan suara, mahupun membuka album gambar. Berbeza dengan Google Assistant, ia hanya diintegrasikan sesama produk Google seperti YouTube, dan GMail sahaja.
Tidak mudah digunakan dalam kenderaan. Siri diintegrasikan secara mendalam ke sistem kenderaan melalui sokongan Bluetooth. Pengguna boleh menekan butang Home pada iPhone, atau menekan butang khusus pada stering kenderaan dan menyebut sesuatu arahan untuk Siri. Walaubagaimanapun, untuk Google Assistant, ia tidak mempunyai integrasi pada tahap ini – membuatkan ia mungkin tidak selesa untuk digunakan dalam kenderaan.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda menggunakan produk dibawah ekosistem Google secara meluas, maka mungkin menggunakan Google Assistant pada iPhone adalah untuk anda. Sebaliknya, ia mungkin tidak begitu selesa, dan menyukarkan beberapa perkara jikalau dibandingkan dengan Siri.
Bagi anda yang menggunakan iPhone, adakah anda akan memilih memasang Google Assistant sekiranya ia ditawarkan untuk pengguna di Malaysia kelak?

Friday, May 12, 2017

Apple Melancarkan Laman Tutorial Khas Cara Menggunakan Kamera iPhone 7

Apple pernah berbangga bahawa iPhone tidak memerlukan manual untuk digunakan kerana antaramukanya yang mudah difahami. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun boleh belajar menggunakan iPhone dengan pantas. Tetapi fungsi kamera pada iPhone adalah lebih kompleks dari biasa dan ramai pengguna tidak tahu menggunakannya dengan baik.
Oleh itu Apple telah melancarkan laman tutorial khas untuk menggunakan kesemua fungsi kamera iPhone. Di laman ini terdapat enam belas tutorial yang merangkumi teknik asas seperti komposisi gambar dan juga teknik baru menggunakan mod potret. Video-video tutorial dari laman ini juga boleh ditonton menerusi laman YouTube rasmi Apple.
sumber : amanz.my
Layari laman tutorial How To Shoot On iPhone 7

Friday, May 5, 2017

Ahli Psikologi Bersetuju Kanak-Kanak Yang Degil Akan Lebih Berjaya

Sesetengah kanak-kanak seolah-olah dilahirkan dengan sikap degil dan keras kepala. Sejak kecil mereka menunjukkan tanda-tanda keras kepala seperti menolak sudu yang disuap dan meronta-ronta tidak mahu dipakai baju.

Apabila umur meningkat, mereka akan marah setiap perkara yang tidak mengikut kehendak mereka. Tantrum akan berlaku setiap hari. Mereka seolah-olah hilang upaya untuk mendengar arahan dan gemar berhujah.
“Saya tidak akan potong rambut. Jangan sesekali memaksa saya. Jawapan saya muktamad.” Kata seorang kanak-kanak kepada ibunya dengan raut wajah yang nekad.
Kata seorang ayah kepada anaknya, “Anda tidak akan masuk ke universiti dan berjaya dalam hidup jika tidak belajar.” Si anak pula menjawab, “Betul? Betul tiada siapa yang pernah berjaya jika tidak masuk ke universiti?” sambil memandang ayah beliau dengan perasaan ingin melawan. Kata-kata sedemikian kedengaran mengecewakan.
Kanak-kanak Yang Degil Lebih Berjaya
Ada yang menggelarkan kanak-kanak ini degil dan keras kepala. Tetapi mereka sebenarnya adalah individu yang mempunyai keazaman tinggi, tetap pendirian dan tidak mudah terpengaruh terhadap sudut pandang orang lain.
Laura Markham, seorang ahli psikologi klinikal dari Universiti Columbia, menerangkan bahawa kanak-kanak yang tinggi keazaman biasanya akan membesar menjadi seorang pemimpin. Mereka juga kurang terpengaruh terhadap rakan sebaya dan lebih bersemangat mengejar impian. Mereka selalunya belajar sesuatu untuk kepuasan diri.
Mereka cenderung menentang pihak berautoriti dan gemar mencabar status quo yang membawa mereka berfikir di luar kotak. Mereka juga lebih kreatif dengan idea-idea baru untuk memulakan sesuatu gerakkan atau perniagaan. Mereka ini lebih cenderung menjadi usahawan kerana tidak gemar mengikut kebiasaan.
Cara Mengatasi Kanak-Kanak Yang Degil
“Ayah dengar kamu tidak mahu guna payung walaupun hari hujan. Sudah tentu kamu boleh pilih apa yang kamu mahu. Tetapi jika hari hujan, ayah akan memilih untuk menggunakan payung supaya tidak kesejukan dan demam yang akan mengambil masa ayah bermain.”
Mendengar kata-kata tersebut, sudah tentu si anak akan mengikut arahan ayah beliau. Kadang-kala, akal kanak-kanak sukar untuk membayangkan akibat yang akan berlaku. Kata-kata yang tepat mampu mengajar mereka untuk tidak malu menerima maklumat, nasihat dan berubah cara berfikir.
Orang dewasa sering beranggapan mereka tahu semua perkara. Tetapi kanak-kanak juga mempunyai sudut pandang yang tersendiri dan apabila dicabar mereka akan cuba sedaya upaya melindungi seolah-olah ia sangat penting.
Mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan dan memahami kehendak mampu melembutkan hati mereka.
“Ayah dengar kamu tidak mahu mandi. Boleh ayah tahu sebab tindakkan tersebut?” Jawapan yang si ayah terima mungkin tidak logik tetapi jika tidak mendengar dengan baik dan teliti si ayah tidak akan tahu jawapan sebenar.
Kadang-Kala Perlu Bertegas
Sudah tentu ibubapa perlu bertegas ketika anak mereka berada dalam situasi yang berisiko tinggi seperti ketika melintas jalan dan ketika berada didapur. Tetapi untuk isu yang kecil, yang tidak mengancam nyawa, mungkin lebih baik ibubapa membiarkan mereka memilih apa yang mahu dilakukan.
Anak yang mendengar kata dan taat adalah hasil daripada kepercayaan mereka terhadap ibubapa yang datang melalui perbincangan dan empati. Bukan melalui hukuman dan herdikan. Anak-anak yang taat dan tinggi keazaman akan lebih berdikari dan mampu membuat keputusan yang wajar untuk diri sendiri.

p/s : pengalaman admin..mula2 anak nak jd upin ipin (ini terkawal lg)..pastu nak jd atromen (adik dia jd target aka raksasa)..pastu bertukar nak jd boboiboy (kuasa air angin tanah sume keluarlah)...nie terbaru nak jd agen ali pulak dah..(dlm tempoh masa 6thn) mcm2 kejadianlah anak oii..sabo jelah.. hikhik..

Thursday, May 4, 2017

Wow! Kamera Selfie Hadapan 20MP! Vivo V5s Baru!

kredit : amanz.my
Vivo pada sebelum ini telah hadir dengan Vivo V5 yang memfokuskan kepada kegunaan selfie. Ia didatangkan dengan kamera hadapan 20MP bersama teknologi soft light dalam membantu untuk mendapatkan hasil selfie yang menarik, seolah-olah diambil di dalam studio. Peranti Vivo V5 ini telah menerima kemaskini melalui model seterusnya menerusi Vivo V5s yang mana turut ditawarkan pada harga yang sama. Di Malaysia, ia telah ditawarkan pada harga RM1299 sekaligus meletakkannya bersaing dengan beberapa peranti di pasaran seperti Oppo F1s, Xperia XA1, dan Huawei P10 Lite.
Vivo V5s secara kasarnya masih mengekalkan spesifikasi yang hampir sama seperti Vivo V5, namun storan kapasitinya telah ditingkatkan daripada 32GB kepada 64GB. Rekaan di bahagian belakangnya juga diberikan kemaskini, yang kini menampilkan rekaan seumpama Vivo V5 Plus. Ia juga memberi pilihan warna baru menerusi Matte Black, sebagai penambahan kepada warna sedia seperti Gold dan Rose. Satu lagi pembaharuan ialah antaramukanya yang kini menjalankan Funtouch OS 3.0, dengan penambahan fungsi baru seperti Clone App.
Rekaan & Spesifikasi
Vivo V5s
ChipsetMediaTek MT6750
CPU8 x Cortex A53 1.5 GHz
GPUMali-T860MP2
Memori4GB RAM
Storan64GB, microSD sehingga 128GB
Kamera Utama13MP auto-focus, rakaman 1080p
Kamera Hadapan20MP, rakaman 720p
Skrin5.5-inci IPS, 1280×720 piksel, 267 ppi
Sambungan4G LTE, WiFi, A-GPS, Bluetooth 4.1
SistemFuntouch OS 3.0 berasaskan Android 6.0
Bateri3000 mAh, tidak boleh dikeluarkan
Berat & Ketebalan154g, 7.6mm
Peranti ini menawarkan saiz binaan yang hampir serupa dengan Vivo V5, yang mana menerupai saiz iPhone 7 Plus. Tetapi binaan belakangnya kini telah membawakan rekaan seperti Vivo V5 Plus yang mana banyak dipengaruhi daripada rekaan iPhone 7. Rekaan antenanya kini ditempatkan di bahagian sisi bingkai bagi memberikan penampilan yang ringkas dan kemas.
Bahagian belakang ini juga membawakan kamera utama 13MP f/2.0 dengan rekaan sedikit tersembul keluar. Berhampiran dengan kamera utama ini turut menempatkan LED flash, namun hadir dengan sokongan flash satu tona warna sahaja.
Pada bahagian bawah peranti pula membawakan pembesar suara mono, sambungan Micro USB, mikrofon, dan sambungan audio jack 3.5mm. Pada bahagian sisi kanan peranti membawakan butang pelarasan suara dan butang kuasa, yang mana ditempatkan pada kedudukan yang standard. Pada bahagian kirinya pula didatangkan dengan slot sim yang dibina berasaskan rekaan hibrid.
Dari segi paparannya pula masih mengekalkan panel IPS LCD pada saiz 5.5-inci dengan resolusi 720p. Skrin peranti ini walaupun hadir dengan resolusi HD, ia masih baik dilihat untuk kegunaan harian melalui ketumpatan piksel 267 ppi. Cuma sebagai peranti penerus untuk menggantikan peranti sebelumnya, adalah lebih baik sekiranya ia hadir dengan resolusi 1080p. Di bahagian atas hadapan peranti telah membawakan kamera hadapan 20MP, saluean earpieceproximity sensor, dan sokongan LED flash.
Pada bahagian bawah hadapan peranti ini telah membawakan butang home dengan rekaan statik yang mana turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari. Butang di bahagian kirinya pula menempatkan butang multitasking, dan di bahagian kanannya pula menawarkan butang back. Kedua-dia butang ini turut membawakan sokongan cahaya bagi memudahkan anda menavigasinya ketika waktu gelap.
Vivo V5s turut menambahbaik kapasiti storan yang kini membawakan storan 64GB. Ia suatu storan yang besar, tetapi sekiranya anda ingin menaiktaraf dengan storan yang lebih lagi, ia boleh ditingkatkan melalui kad microSD sehingga 128GB. Sokongan penambahan storan ini walau bagaimanapun menggunakan slot sim kedua, sekaligus tidak membenarkan anda memanfaatkan kedua-dua sim dan microSD secara serentak.
Funtouch OS 2.6 Berasaskan Android 6.0
Antaramuka Vivo V5s telah dinaiktaraf ke Funtouch OS 3.0 berbanding Funtouch OS 2.6 pada Vivo V5 sebelum ini. Ia masih dijalankan di atas Android 6.0 Marshmallow, yang mana bersesuaian dengan kemampuan cip pemprosesan peranti ini. Antaramukanya memberikan sokongan tema yang boleh diubah melalui aplikasi “i Theme”, dengan kebolehan tema yang boleh dimuat-turun. Tampilan launcher masih tidak memberikan sebarang sokongan app drawer, dengan perletakkan kesemua aplikasi pada homescreen.
Seperti Funtouch OS sebelum ini, ia menampilkan rekaan butang akses pantas di bahagian bawah, menyerupai Control Center yang hadir pada iOS. Apabila anda menyeret jari dari bahagian atas skrin, ia menampilkan ruang paparan notifikasi, tanpa sebarang butang yang boleh diakses. Antaramukanya tidak banyak berubah berbanding versi 2.6, tetapi pada versi 3.0 ini ia telah hadir dengan fungsi App Clone yang membolehkan anda membuat aplikasi pendua untuk membuat log masuk dua akaun berbeza.
Kamera
Sebagai peranti yang memfokuskan selfie, ia masih mengekalkan kamera hadapan 20MP untuk kebolehan selfie yang terang dan tajam. Ia juga boleh digunakan ketika waktu gelap, melalui bantuan LED flash dengan cahaya soft light untuk kamera hadapan ini. Pada percubaan awal, hasilnya amat baik, yang mana memberikan keperincian selfie yang cerah dalam kebanyakan situasi penggambaran.
Kamera utama peranti ini masih mengekalkan sensor 13MP seperti Vivo V5 dengan sokongan Phase Detection Auto Focus (PDAF). Seperti kebolehan kamera hadapan, ia membawakan lampu LED flash namun untuk membantu ketika penggambaran malam. Dari segi fungsi, ia membawakan fungsi Ultra HD yang membolehkan anda mendapatkan gambar pada resolusi 50MP. Ia juga hadir dengan fungsi PPT bagi memudahkan anda mengambil gambar yang dioptimasikan untuk perbentangan PowerPoint. Beberapa fungsi lain turut hadir seperti Prossesional, Night, Time-Lapse, dan Slow Motion untuk dipadankan pada keperluan fotografi anda.
Prestasi
Dari segi prestasi, Vivo V5s telah dijana dengan cip MediaTek MT6750, yang dibina berasaskan lapan-teras Cortex-A53 1.5 GHz. Apabila diuji pada AnTuTu Benchmark, ia memberikan mata sekitar 41,180 yang mana bersesuaian untuk penggunaan harian. Ia boleh dikatakan menyerupai prestasi cip Snapdragon 615 yang turut memberikan mata sekitar 40k pada aplikasi ujian benchmark ini. Untuk penggunaan di dunia sebenar, aplikasi dapat dibuka dengan pantas, tanpa sebarang isu lag ketika membukanya. Prestasi ketika memainkan permainan juga lancar, terutama ketika memainkan permainan bercorakkan kasual.
Bateri
Vivo V5s turut mengekalkan kapasiti bateri sebesar 3000 mAh seperti yang hadir pada Vivo V5. Dengan resolusi 720p, ia mudah memberikan penggunaan peranti sepanjang hari, bermula di pagi hari sehingga ke waktu malam. Ketika awal menggunakan peranti ini, saya mudah mendapatkan Screen-on-Time (SoT) di atas 6 jam dengan penggunaan aplikasi harian dan memainkan permainan kasual.
Rumusan
Vivo V5s dilihat masih mengekalkan momentum seperti Vivo V5 sebelum ini dengan fokus terhadap fungsi selfie. Kehadiran kamera hadapan 20MP sememangnya membantu untuk mendapatkan selfie yang lebih sempurna berbanding peranti-peranti lain di pasaran. Kehadiran lampu LED flash dengan cahaya soft light juga memberikan peningkatan kepada kualiti selfie, terutama yang gemar mengambil selfie pada lokasi indoor dan situasi kurang cahaya.
Rekaan peranti ini juga hadir dengan rekaan lebih menarik berbanding sebelumnya, dengan citarasa binaan belakang seperti iPhone 7. Rekaan antenanya lebih kemas, menyajikan kepada pengguna dengan rekaan peranti yang elegan untuk dipadankan bersama personaliti anda. Ia telah hadir dengan pilihan warna Rose Gold, Gold, dan Matte Black yang mana sesuai untuk semua pengguna.
Spesifikasi yang hadir walaupun tidak diberi penaiktarafan yang ketara, ia masih beroperasi dengan pantas untuk penggunaan harian. Dengan peningkatan storan setinggi 64GB, pengguna tidak perlu risau untuk mengambil gambar, video, dan memasang aplikasi walaupun tidak mempunyai sebarang kad microSD. Ketahanan baterinya juga mampu memberikan penggunaan sepanjang hari, membolehkan anda menjalankan aplikasi dan mengambil gambar selfie dengan lebih lama.
Vivo V5s telah ditawarkan pada harga RM1299 iaitu harga yang sama dibawa pada Vivo V5 sebelum ini. Dengan peningkatan storan yang lebih tinggi, Vivo V5s direka untuk memberikan kebebasan yang lebih terbuka untuk penggunaan selfie, tanpa perlu risau dengan storan yang tidak mencukupi. Dengan penambahan warna baru iaitu Matte Black, ia juga lebih mudah disasarkan kepada golongan lelaki yang mahukan penampilan peranti yang elegan dan bergaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More