Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, April 3, 2017

Lawan Balik : Singapura yakin dapat kekalkan Pedra Branca

Singapura yakin dapat kekalkan Pedra Branca
Pada 2 Feb lalu, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dibuat pada 23 Mei 2008. - Gambar fail
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong yakin Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) akan kekal milik Singapura memandangkan republik itu mempunyai kes yang kukuh.

"Saya yakin dengan keputusan akhir nanti kerana kita ada pasukan yang berkeupayaan dan berpengalaman di AGC (Jabatan Peguam Negara)...dan bukan sahaja pasukan peguam yang hebat tetapi juga kes yang kukuh," katanya dalam ucapan pada sambutan ulang tahun ke-150 AGC pada Jumaat.

"Jadi saya rasa kita tidak akan apa-apa," tambahnya.
Teks ucapan beliau dimuat naik menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada 2 Feb lalu, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang dibuat pada 23 Mei 2008.

Dalam kenyataan yang difailkannya, Malaysia menyebut tiga dokumen yang baru diubah status oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.

"Malaysia sedang mengambil langkah untuk menyemak semula keputusan itu. Mereka berhak mencuba namun menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan kepentingan Singapura menurut undang-undang antarabangsa," kata Lee.

Singapura telah menubuhkan pasukan perundangannya susulan permohonan Malaysia itu.

Pasukan itu dianggotai oleh Peguam Negara Lucien Wong, Prof S. Jayakumar, Prof Tommy Koh dan bekas Ketua Hakim Negara Chan Sek Keong.

Dalam penghakimannya, ICJ di The Hague, Belanda, memutuskan kedaulatan Pedra Branca sebagai hak milik Singapura manakala Batuan Tengah milik Malaysia dan kedaulatan Tubir Selatan pula milik negara di perairan wilayah itu terletak.

Selain itu, Singapura juga melantik Hakim Gilbert Guillaume, bekas presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi permohonan Malaysia mendapatkan semakan semula penghakiman ICJ. -- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More