Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, March 30, 2017

Harga Terbaru Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Bulan April 2017

Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula bulan April 2017. Kerajaan memaklumkan bahawa harga siling minyak akan dikemaskini secara mingguan pada setiap hari Rabu bermula 30 Mac 2017. Oleh itu, harga baharu minyak akan berkuatkuasa mulai Khamis 30 Mac 2017. Berdasarkan pengumuman rasmi terkini oleh KPNKK sebentar tadi, harga baharu RON95 adalah RM2.13 seliter, RON97 RM2.41 Seliter dan Diesel RM2.11 Seliter berkuatkuasa mulai esok 30 Mac 2017. RON95 mencatat penurunan sebanyak 17 sen, RON97 sebanyak 19 sen manakala Diesel mencatat penurunan sebanyak 9 Sen. Harga baharu ini berkuatkuasa mulai esok 30 Mac 2017 sah sehingga 5 April 2017.


Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai 30 Mac 2017 (Rasmi)
  • RON95: RM2.13 Seliter (Harga Sebelum RM2.30 Seliter)
  • RON97: RM2.41 Seliter (Harga Sebelum RM2.60 Seliter)
  • Diesel: RM2.11 Seliter (Harga Sebelum RM2.15Seliter)
Rasmi: Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel telah diumumkan secara rasmi oleh KPDNKK dan berkuatkuasa serta merta mulai 30 Mac 2017 sehingga 5 April 2017
Pekeliling Rasmi Harga Minyak Mulai 29 Mac 2017
Harga Petrol 30 Mac ke 5 April 2017
  • RON95 – RM2.13 (-17 sen)
  • RON97 – RM2.41 (-19 sen)
  • Diesel – RM2.11 (-9 sen)

Wednesday, March 29, 2017

Terbaru : Video Teaser Untuk Permainan Destiny 2 Diterbitkan

Activision sedia mengatakan pada awal tahun ini yang mana mereka akan melancarkan permainan Destiny 2 pada tahun 2017 ini. Selepas senyap seketika sejak pengumumannya, kini hari ini akhirnya mereka telah mengeluarkan video teaser pertama untuk permainan Destiny 2.
Destiny 2
Melalui teaser ringkas ini, ia memperlihatkan watak Cayde-6 menceritakan beberapa detik-detik ketika berlawan dengan musuh di dunia Destiny. Tiada banyak perkara yang diperlihatkan melalui teaserringkas ini – tetapi memberikan sedikit gambaran kasar untuk permainan tembak-menembak berkenaan.
Penerbitnya mengatakan bakal menerbitkan video trailer penuh untuk permainan ini pada penghujung minggu ini. Disamping itu, seperti permainan asal, pengguna PlayStation 4 akan menerima kandungan eksklusif untuk tempoh masa terhad berbanding platform lain.

Monday, March 27, 2017

Uber Menggantung Ujian Teksi Pemanduan Automatik Selepas Ia Terlibat Dengan Kemalangan

Uber memulakan ujian teksi dengan pemanduan automatik mereka di Amerika Syarikat pada Ogos tahun lalu. Ia dilakukan di tiga lokasi iaitu Arizona, Pittsburgh dan San Francisco. Ujian di ketiga-tiga lokasi ini digantung serta mereta hujung minggu lalu selepas salah sebuah teksi yang diuji terlibat dengan kemalangan di Arizona.
Menurut laporan Reuters, teksi pemanduan automatik Uber terbalik selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan yang enggan memberikan laluan ketika ia cuba membelok. Dua orang pemandu di tempat duduk hadapan hanya mengalami kecederaan ringan. Ia tidak membawa sebarang penumpang pada waktu kejadian. Kedua-dua “pemandu” duduk di tempat duduk hadapan sebagai syarat keselamatan sepanjang tempoh ujian.
Penggantungan ujian ini akan berterusan sehingga punca sebenar kemalangan ditemui. Insiden terbaru ini membawakan publisiti buruk ke atas syarikat yang mengalami pelbagai masalah sejak kebelakangan ini. Mereka disaman oleh Waymo yang mendakwa teknologi pemanduan automatik yang digunakan dicuri. Pada waktu yang sama beberapa eksekutif berjawatan tinggi turut meletakkan jawatan.

Imej Rasmi Serta Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S8 Dan S8 Plus Tertiris

Tiga hari sahaja lagi sebelum pelancaran Samsung Galaxy S8 dan S8 Plus berlangsung di New York. Misteri mengenai peranti ini akhirnya terjawab selepas imej rasmi serta spesifikasi penuhnya tertiris di arena web. Ia mengesahkan beberapa ura-ura yang didengari sebelum ini.
Samsung Galaxy S8 dilengkapi skrin 5.8″ SAMOLED WQHD+, pemproses Snapdragon 835/Exynos 8895, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dilengkapi sistem OIS, Duo Pixel serta pemfokusan laser. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Sebuah bateri 3000 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Di Eropah Galaxy S8 dijual pada harga €799 (~RM 3821) sebuah.
Samsung Galaxy S8 Plus dilengkapi skrin 6.2 SAMOLED WQHD+, pemproses Snapdragon 835/Exynos 8895, RAM sebesar 4GB dan storan 64GB. Kamera utama sebesar 12-Megapixel f/1.7 dilengkapi sistem OIS, Duo Pixel serta pemfokusan laser. Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.7 dengan autofokus. Sebuah bateri 3500 mAh membekalkan kuasa dengan sokongan pengecasan pantas melalui port USB-C. Di Eropah Galaxy S8 dijual pada harga €899 (~RM 4300) sebuah.
Kedua-dua peranti kalis air dan debu memenuhi piawaian IP68. Terdapat pengimbas cap jari pada panel belakang serta pengimbas retina di bahagian hadapan. Pembesar suara stereo disertakan dengan konfigurasi seperti yang ditemui pada Samsung Galaxy C9 Pro. Akhir sekali ia ditawarkan dalam lima warna iaitu hitam, biru, emas, kelabu orkid dan perak.

Sempoi : Seluar Jeans Dengan Poket Khas Untuk Peranti Pintar Dihasilkan

Dimanakah anda meletakkan peranti apabila tidak menggunakannya? Kerap kami lihat ia diletakkan di poket belakang. Ini adalah sedikit bahaya kerana sekiranya terlupa skrin mungkin retak atau peranti melengkung apabila terduduk. Kami secara peribadi meletakkan di poket hadapan kerana terasa lebih selamat dan takut menjadi mangsa penyeluk saku.
Syarikat Muji melancarkan seluar jeans dengan poket tambahan pada bahagian belakang khas untuk peranti pintar. Ia terletak di atas poket belakang pinggul kanan dan sedikit ke sisi bagi mengelakkan insiden terduduk di atas peranti. Harga jualan jeans Muji ini ialah £30 (RM 166) sepasang.
Ini ialah evolusi poket seluar yang sepatutnya telah lama dilakukan. Poket jeans sedia ada masih mempunyai poket kecil untuk jam poket yang sudah pupus penggunaannya kecuali anda adalah hipster seperti Wak Doyok. Adakah anda mahu membeli seluar dengan poket khas seperti di atas?

Blizzard Bakal Menawarkan Permainan Asal StarCraft Pada Resolusi 4K (StarCraft: Remastered)

Blizzard hari ini secara rasminya mengumumkan yang mana mereka bakal menawarkan kemaskini untuk permainan klasik StarCraft, iaitu StarCraft dan StarCraft: Brood War – menawarkan ia dengan sedikit kemaskini dibawah nama StarCraft: Remastered.

StarCraft: Remastered ini akan mengekalkan bentuk permainan dan pelbagai perkara lebih kurang sama seperti yang asal. Antara perubahan yang akan dibawakan adalah termasuk kemaskini grafik untuk sokongan 4K, integrasi Blizzard App untuk sokongan atas-talian, integrasi menyimpan data permainan di awan, dan beberapa kemaskini lain.
Blizzard turut menekankan yang mana mereka akan mengekalkan bentuk permainan klasik seumpama mana yang sedia ada tanpa perubahan untuknya – sekaligus membolehkan permainan ini dimainkan untuk dekad-dekad akan datang.
Buat masa ini, tiada tarikh yang diberikan untuk pelancarannya.

Sunday, March 26, 2017

Download Daftar Borang Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017 Online

Borang permohonan pendaftaran rumah impian Sultan Ibrahin bangsa Johor 2017 secara online mampu milik. Khusus untuk warga Johor, rumah banglo mampu milik yang mempunyai 3 bilik atau rumah berkembar kini boleh dimiliki pada harga bawah RM100,000 sahaja. Lebih menariknya meskipun rumah ini harga mampu milik namun sangat berkualiti. Deposit pula hanya RM1 sahaja dengan skim pinjaman penuh dan bayaran ansuran yang mudah tanpa membebankan rakyat. Kuota terhad kepada 600 unit rumah di tiga lokasi yang berbeza yang dibina diatas tanah milik Sultan Ibrahim.


Borang Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017 Online
Borang permohonan atau pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor kini dibuka secara online mulai 22 Mac 2017 selepas jam 5.00 petang.

Cara Pendaftaran Rumah Impian Bangsa Johor 2017 (Walk In)
Selepas 23 Mac 2017, pra pendaftaran secara walk in (hadirkan diri) ke Galeria @ Kotaraya di Galeria Jualan Bandar Dato Onn.

Sila bawa maklumat berikut pada hari pra pendaftaran seperti:
  • Nama
  • Kad Pengenalan
  • Emel
  • Nombor Telefon

SMS dan Emel akan dikeluarkan kepada mereka yang membuat pra pendaftaran.
Pendaftaran hanya akan dibuka kepada umum untuk mendaftar selepas seminggu kepada pemohonan yang telah membuat pra pendaftaran. Pra pendaftaran tidak boleh dianggap sebagai pengesahan tawaran.


Jumlah Peruntukan Rumah Impian Bangsa Johor 2017
  • Sebanyak 600 Unit Rumah Banglo bawah harga RM100K
  • 3 Lokasi Di Johor
  • Pembiayaan Rumah 100 peratus
  • Deposit RM1 sahaja
  • Pembiayaan menerusi bank panel BSN sahaja

Kategori Rumah Impian Bangsa Johor 2017
  • Jenis A- Harga RM130,000-RM150,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM8,000)
  • Jenis B- Harga RM100,001-130,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM6,000)
  • Jenis C- Harga RM70,000- RM100,000 (Isi Rumah Gaji tidak lebih RM5,000)


Tarikh Dan Lokasi Pelancaran Rumah Impian Bangsa Johor 2017
  • Tarikh Majlis : 22 Mac 2017
  • Hari : Rabu
  • Masa : 2.00 hingga 5.00 petang
  • Tempat : Galleria@Kotaraya

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017
  • Gaji tidak melebihi 5k seisi rumah suami isteri
  • Berumur 18 tahun dan keatas
  • Warga JDT sahaja ic 01/23
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Bujang atau sudah berkahwin
  • Sekiranya anda anak tunggal,Tapi ibu bapa ada tanah atau rumah di kampong tidak layak untuk memohon

Tarikh Tutup Permohonan
31 Disember 2017

Contoh Model Rumah Impian Untuk Bangsa Johor Fasa Pertama



Keratan Akhbar Rumah Impian Sultan Ibrahim Untuk Rakyat Johor


Sunday, March 12, 2017

Dihadiahkan Audi R8 dan pemandu peribadi, Aiman Tino tetap mahu belajar memandu

Dihadiahkan Audi R8 dan pemandu peribadi, Aiman Tino tetap mahu belajar memandu
Penyanyi Aiman Tino mengakui akan tetap belajar memandu walaupun telah dihadiahkan kereta mewah Audi R8 dilengkapi pemandu peribadi. - Gambar Astro GEMPAK
Penyanyi Aiman Tino mengakui akan tetap belajar memandu walaupun telah dihadiahkan kereta mewah Audi R8 dilengkapi pemandu peribadi.

Aiman, 19, berkata, dia bersyukur kerana dilimpahi rezeki sejak bergelar anak seni.

"Saya sebenarnya macam tidak percaya akan diberikan kereta mewah dan pada masa sama saya teruja untuk memandu kereta itu sendiri.
“Siapa tidak gembira dapat hadiah seperti itu tetapi  saya masih belum ada lesen memandu dan saya akan cuba untuk mendapatkannya nanti”, katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Sweet Aiman.

Kereta mewah dianggarkan bernilai RM660 ribu disumbangkan Datuk Ryzal Jamaludin, Pengarah Urusan Wonder Glow Cosmetics Sdn. Bhd., Datuk Ryzal Jamaludin.

Ryzal juga merupakan rakan kerjasama Aiman dalam menghasilkan produk kosmetik terbarunya, Sweet Aiman.

Mengulas tentang keputusannya untuk mengeluarkan produk kecantikan sendiri, Aiman memberitahu keputusan tersebut dibuat selepas berbincang dengan kedua ibu bapanya.

"Ibu dan Ayah saya tahu saya sangat meminati bidang perniagaan. Apabila saya beritahu tentang hasrat untuk menghasilkan produk sendiri iaitu, Sweet Aiman, mereka bersetuju.

"Saya harap Sweet Aiman mendapat sokongan penuh daripada orang ramai," ujarnya.

Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong

Baju Allahyarham Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong
Proses lelongan tersebut diadakan sempena acara Makan Malam dan Dialog Politik bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sepersalinan baju Melayu berwarna hijau milik bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din mencapai harga RM3,500 ketika dilelong dalam satu acara kelolaan parti Islamik itu pada Sabtu.

Dana yang diperoleh daripada jualan tersebut akan digunakan bagi tujuan kempen Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Pemilik baharu baju tersebut, Muhd Hanif Jamaluddin, 30, berkata beliau menganggap peluang untuk memiliki baju milik alim ulama sebagai satu rezeki.

"Jika kita tidak dapat bertemu dengan Allahyarham, sekurang-kurangnya saya berharap saya mendapat barokah (berkat) daripada pemilikan ini," kata Hanif.

Proses lelongan tersebut diadakan sempena acara Makan Malam dan Dialog Politik bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang masa depas PAS dan PRU 14 di Dewan Seri Iskandar di Setiawangsa pada Sabtu malam.

Saturday, March 11, 2017

Resepi Cara Masak SAMBAL TUMIS PETAI Sedap

SAMBAL TUMIS PETAI

Step By Step 1240

Jom makan sambal tumis petai, mat guna ikan bilis je sebab stok udang tak de, tapi kan secara am nya sambal tumis ikan bilis rasa dia memang sedap kan.....

Bahan-Bahannya :-)
4 papan petai, kupas, cuci dan toskan
60 g ikan bilis, rendam, cuci dan toskan
1 1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 keping hirisan halia*
1 inci belacan*(*ditumbuk halus)

Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk bersama cili kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan petai. Tambah garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan ikan bilis, gaul rata dan masak hingga pekat, gunakan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh diangkat dan hidangkan.
sumber : mat gebu

Resepi Cara Masak TEMPOYAK DAUN KAYU Negeri Sembilan

TEMPOYAK DAUN KAYU

Step By Step 1235

Bahan-Bahan Utama :-)
1 cekak pucuk ubi, siang,cuci, toskan dan hiris halus
1 cekak pucuk labu, siang, cuci, toskan dan hiris halus
10 helai daun kunyit, cuci, buang tulang tgh dan hiris halus
3 kuntum bunga kunyit (optional), cuci, tos dan hiris halus
4 papan petai, kupas, cuci dan toskan
30 g ikan bilis, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 biji kelapa parut
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
3 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*
4 batang serai, hiris halus*
1 1/2 inci kunyit tua*
1/2 inci belacan*(*dikisar halus)



Cara membuatnya :-)
  1. Tuang 700 ml air dalam kelapa parut, ramas, dan perah santannya. Ketepikan. Tuang bahan2 kisar dalam kuali, masukkan ikan bilis, santan dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.
  2. Masukkan 1/2 camca teh garam dan juga petai. Gaul rata. Kemudian masukkan semua jenis bahan2 hiris halus. Gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat.
  3. Rasa dan tambah garam jika perlu. Masak lagi sekejap hingga kuah sedikit kering. Angkat dan hidangkan.
sumber : mat gebu

Friday, March 10, 2017

Kisah Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w ( 4 ) Kewafatan


Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Khutbah terakhir Rasulullah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Kisah Riwayat Hidup Nabi Muhammad s.a.w ( 3 ) Hijrah

Tekanan orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas kepergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.



Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.


Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Sunday, March 5, 2017

'Mat Salleh Cakap Malaysia ada banyak makanan best, tapi ramai tak tahu' (Video Mat Salleh)

'Malaysia ada banyak makanan best, tapi ramai tak tahu'
WILLIAM: Saya sendiri mengambil masa hampir dua tahun untuk mengenali makanan tradisional di Malaysia. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Maklumat berkenaan tempat pelancongan dan lokasi makanan terkenal di setiap negeri perlu ditambah baik bagi memudahkan pelancong berkunjung.

Bagi warga Britain yang memilih untuk menjadikan Malaysia sebagai rumah keduanya sejak 2013, Rhys Williams, menyifatkan informasi yang disediakan kurang membantu untuk mengenali negara ini dengan lebih dekat.

"Saya sendiri mengambil masa hampir dua tahun untuk mengenali makanan tradisional di Malaysia. Sedangkan banyak tempat menarik dan bersejarah di Malaysia untuk dikunjungi pelancong namun pelancong kurang didedahkan dengan informasi tambahan, khususnya lokasi makanan-makanan tempatan.

"Akhirnya pelancong akan hanya menikmati satu atau dua menu tempatan dan pulang ke tanahair mereka dengan cerita sama yang dikongsikan rakan mereka yang pernah datang ke Malaysia," katanya ketika menjadi tetamu dalam Buletin Awani Pagi pada Rabu.


Tambahnya, penduduk tempatan seharusnya membantu mempromosi makanan tradisi di sekitar kawasan tumpuan pelancong selain yang dijual di restoran dan hotel terkemuka negara.

"Saya berkesempatan ke Pulau Pinang baru-baru ini dan saya memilih untuk menikmati makanan di gerai-gerai yang berada di sekitar kawasan bersejarah di negeri itu.

"Apa yang saya dapati adalah, kurangnya sambutan terhadap gerai tersebut dan saya rasa penduduk tempatan perlu memanfaatkan aset yang ada untuk tujuan tarikan pelancongan," tambahnya.

sumber : astroawani

Doa peminat mahu lihat Zizan bersama Mira Filzah jadi kenyataan

Doa peminat mahu lihat Zizan bersama Mira Filzah jadi kenyataan
Selepas pelakon dan pelawak Zizan Razak putus cinta beberapa tahun lalu, ramai artis wanita yang dikaitkan dengan dirinya. - Gambar Astro GEMPAK
Selepas pelakon dan pelawak Zizan Razak putus cinta beberapa tahun lalu, ramai artis wanita yang dikaitkan dengan dirinya.

Bagaimanapun sehingga hari ini Zizan masih belum membuat sebarang pengakuan tentang kisah cinta atau hasrat untuk menamatkan zaman bujang.

Baru-baru ini Astro Gempak bertemu Zizan dan pelakon Polis Evo ini mengaku gembira kerana hasrat peminat untuk melihat dia dan Mira Filzah bersama, akhirnya menjadi kenyataan.

“Ramai peminat yang mahu melihat kami digandingkan bersama. Akhirnya impian mereka itu ditunaikan oleh Nuansa Film .

“Saya dan Mira akan digandingkan dalam telemovie terbaru arahan Osman Ali berjudul Jula Juli Bintang Cinta.

“Terima kasih kepada Nuansa Film kerana sudi menggandingkan kami dalam Jula Juli Bintang Tiga, Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik,” katanya.

Pertama kali digandingkan bersama, Zizan yakin kerjasamanya dengan Mira Filzah akan berjalan dengan lancar.

“Rasanya tidak ada masalah untuk mencari keserasian kerana Mira juga seorang pelakon yang baik dan sudah mempunyai banyak pengalaman dalam drama-dramanya sebelum ini.

“Terima kasih kepada peminat-peminat saya, terutamanya ZTF yang sentiasa menyokong Zizan Razak sehingga sekarang tanpa jemu.

“Kepada para penyokong Mira Filzah juga terima kasih di sokongan tidak berbelah bahagi anda,” ujarnya.
Zizan dan Mira Filzah berada di Pulau Langkawi sejak 14 Februari lalu menjalani penggambaran.

Jula Juli Bintang Cinta akan disiarkan di Astro Citra (saluran 131) tidak lama lagi.

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'

Berhabis lebih RM200,000 kerana mahu jadi 'makhluk asing tanpa jantina'
Ohh tekad mengubah penampilan kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling. - Foto/Instagram Vinny Ohh
SEORANG lelaki sanggup berhabis AS$50,000 (RM223,000) demi merealisasikan cita-citanya untuk menjadi makhluk asing.

Vinny Ohh, seorang jurusolek dari Los Angeles, Amerika Syarikat telah menjalani lebih 100 pembedahan untuk memastikan hasratnya itu tercapai.

Ohh kini merancang untuk menjalani pembedahan untuk membuang alat sulit dan pusat, selepas menjalani pelbagai prosedur pembedahan wajah.

Dia juga selesa mengenakan kanta lekap berwarna hitam, yang didakwa menonjolkan lagi identiti 'makhluk asing' seperti yang diingininya.






Portal Toronto Sun melaporkan, Ohh yang berusia 22 tahun mula menjalani pembedahan ketika berusia 17 tahun.

"Saya mahu jadi makhluk asing yang tidak berjantina," kata Ohh kepada portal berkenaan.
Ditanya apa yang membuatkan dia tekad berbuat demikian, Ohh memberitahu, ia bermula kerana kegagalannya untuk menyesuaikan diri dengan orang di sekeliling, selain enggan menjadi mangsa jangkaan luar biasa yang biasa ditetapkan dalam masyarakat.

Ohh bakal menjadi sebahagian daripada rancangan The Plastics of Hollywood, yang akan mengetengahkan bakat-bakat mereka yang obses dengan pembedahan plastik.

Thursday, March 2, 2017

Wow! Penyerang siber cuba akses data rahsia Kementerian Pertahanan Singapura

Penyerang siber cuba akses data rahsia Kementerian Pertahanan Singapura
Serangan siber di Singapura itu dipercayai sudah lama disasarkan dan dirancang dengan teliti. - Gambar fail
SINGAPURA: Kumpulan penyerang siber telah mencuri data peribadi asas daripada 850 anggota keselamatan Singapura dan pekerja kerajaan dalam satu percubaan mengakses rahsia pemerintah, ujar Kementerian Pertahanan republik itu pada Selasa.

Kementerian itu mengesan serangan tersebut bulan ini dalam sistem I-Net, yang membolehkan pelayaran internet menggunakan terminal-terminal komputer di premis-premis Angkatan Bersenjata Singapura, ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada maklumat rahsia ketenteraan disimpan dalam I-Net.

“Serangan terhadap I-Net dilihat seperti sudah lama disasarkan dan dirancang dengan teliti.

“Tujuan sebenar adalah untuk mendapatkan akses kepada rahsia negara, namun percubaan itu dihalang oleh pemisahan fizikal I-Net daripada sistem dalaman kami,” tambah kenyataan tersebut.

Data yang berjaya dicuri hanyalah nombor telefon, tarikh lahir dan nombor kad pengenalan.

Kementerian berkenaan telah merujuk insiden itu kepada Agensi Keselamatan Siber dan Agensi Teknologi Pemerintah untuk menyiasat status sistem kerajaan yang lain, namun tiada serangan dikesan.
Tahun lalu, Singapura memulakan langkah memisahkan komputer kerja petugasnya daripada internet sebagai kaedah melindungi serangan siber.

AWAS! Korea Selatan-AS mula latihan tentera skala besar, sedia berdepan ancaman Korea Utara

Korea Selatan-AS mula latihan tentera skala besar, sedia berdepan ancaman Korea Utara
Kapal tentera Korea Selatan dan AS sewaktu latihan militari Foal Eagle pada tahun lalu. - Reuters
SEOUL: Tentera Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan militari bersama pada hari ini untuk menguji kesediaaan pertahanan mereka berdepan sebarang ancaman Korea Utara, lapor AFP.

Latihan tersebut yang dinamakan Foal Eagle, diteruskan dalam ketegangan yang timbul berikutan Korea Utara menguji pelancaran peliru berpandu balistik pada 12 Februari lalu, selain ancaman tindak balas ketenteraan Pyongyang sebelum ini.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dan tentera AS yang berpangkalan di Korea Selatan mengesahkan tentang latihan itu pada Rabu, yang dijangka berlarutan sehingga penghujung April.

Latihan seumpamanya pada tahun lalu melibatkan kira-kira 17,000 tentera AS dan lebih daripada 300,000 tentera Korea Selatan.

Setiausaha Pertahanan AS Jim Mattis menghubungi Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-Koo pada Rabu untuk memberi jaminan bahawa AS tetap memberi komitmen mempertahankan sekutunya.

Pada minggu ini, Mattis mengalu-alukan perjanjian dengan Korea Selatan melalui konglomerat Lotte Group, tentang penyediaan tapak lokasi untuk pembinaan pemasangan sistem pertahanan peluru berpandu Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD).
Sementara itu, Korea Selatan berkata, sistem tersebut akan beroperasi menjelang akhir tahun ini, sebagai persediaan ancaman peluru berpandu Korea Utara.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019 Seluruh Negeri

Borang pendaftaran murid tahun 1 seluruh negeri sesi 2018/ 2019 secara online. Bagi semenanjung Malaysia, permohonan boleh di isi secara online menerusi applikasi permohonan dibawah. Manakala Sabah, Sarawak dan Labuan, ibu-bapa atau penjaga wajib mengemukakan permohonan secara manual dengan menghadirkan diri secara “walk in” di sekolah yang berhampiran untuk dapatkan borang. Untuk makluman sistem permohonan atau pendaftaran akan dibuka secara atas talin mulai 1 Mac 2017 hingga 30 April 2017.


Permohonan ke Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 akan dibuka pada 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017. Permohonan atas talian ini terbuka kepada seluruh negeri Semenanjung Malaysia (Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui sekolah secara manual.)

Borang Pendaftaran Murid Tahun 1 Negeri Selangor 2018/ 2019 Online
Sila layari https://public.moe.gov.my mulai 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017

Pengumuman Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/ 2019
  • Sistem pendaftaran online ini hanya terbuka khusus kepada murid tahun 1 yang akan bersekolah di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala Sabah Sarawak dan Labuan wajib pergi ke sekolah untuk sesi pendaftaran dan dapatkan borang.
  • Sistem pendaftaran baharu menerusi https://public.moe.gov.my hanya akan dibuka mulai 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 khusus bagi pendaftaran murid tahun 1.
Tatacara Permohonan Online Murid Tahun 1
1. Sila lengkapkan borang online “Application Form” dan cetak borang permohonan.
2. Hantar borang tersebut kepada sekolah tempat anda pohon.
3. Sila lampirkan sekali salinan dokumen seperti berikut atau tertera dibawah:

Salinan Penting Bagi Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2018/2019
1) Sijl lahir/Borang W/Sijil Anak Angkat (original & copy)
2) Bil Utiliti (Bil elektrik TNB/Air) (original & copy)
3) Kad Pengenalan Ibu bapa/Penjaga (original & copy)
4) Surat Nikah/Surat Daftar Perkahwinan/Surat Cerai (sekiranya berkaitan) (copy)
5) Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah (sekiranya berkaitan) (original)
6) Laporan Doktor & Kad OKU (sekiranya berkaitan) (original & copy)

Tarikh Tutup Permohonan
30 April 2017. Perlu diingatkan bahawa permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.

Wednesday, March 1, 2017

Apple Dianugerahkan Paten Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Keseluruhan Skrin

Pengimbas cap jari adalah fungsi yang kini dianggap perlu pada kesemua peranti pintar di pasaran. Ia memastikan kandungan peranti tidak mudah dapat diakses oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Ia turut digunakan untuk pengesahan biometri apabila menggunakan sistem pembayaran seperti Samsung Pay dan Apple Pay. Di pasaran terdapat beberapa konfigurasi pengimbas jari. Majoriti terletak pada bahagian dagu dan panel belakang.
Di Apple mereka mungkin mahu mengubah sistem pengimbas cap jari TouchID yang terbina pada butang home di dagu peranti. Mereka telah dianugerahkan paten sistem imbasan cap jari terbina terus pada permukaan skrin pada Jun tahun lalu. Dengan sistem baru ini imbasan jari boleh dilakukan pada kesemua permukaan skrin.
Secara teorinya di masa hadapan peranti Apple boleh dinyahkunci dengan pantas hanya dengan memegang skrin. Selain sistem imbasan cap jari, Apple turut dipercayai bakal menggunakan sistem imbasan wajah pada iPhone kelak. Mungkin di masa hadapan akan wujud pula pengimbas DNA seperti artikel TechTroll yang pernah kami tulis beberapa tahun yang lalau.

Huawei Mate 9 Edisi Terhad Berwarna Hitam Ditawarkan Di Malaysia

Huawei P10 dilancarkan di MWC hujung minggu lalu dan bakal menemui pengguna di Malaysia pada 8 Mac hadapan. Tetapi mereka yang memerlukan peranti yang lebih besar tetapi dengan spesifikasi setanding. Huawei Mate 9 telahpun ditawarkan sejak 22 November lalu. Dua warna ditawarkan iaitu cokelat dan emas.
Huawei Malaysia mengumumkan jualan Huawei Mate 9 edisi terhad berwarna hitam untuk pasaran tempatan pada 3 Mac ini. Harga jualan masih lagi RM 2699. Pembelian boleh dilakukan menerusi kesemua bilik pameran Huawei ataupun menerusi Lazada dan Maxi Zerolution.
Huawei Mate 9 hadir dengan skrin 5.9″ HD penuh, dilengkapi cip pemprosesan Kirin 960, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia hadir dengan dwi-kamera belakang berteknologi Leica – gabungan 20-Megapixel monokrom dan 12-megapixel RGB manakala kamera hadapan sebesar 8-Megapixel. Bateri sebesar 4000mAh membekalkan sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas.

Gambar Blackberry BBC100-1 Buatan Indonesia Tertiris

Blackberry sudah tidak lagi menghasilkan peranti mereka sendiri. Sebaliknya nama Blackberry dilesenkan kepada syarikat yang berminat seperti TCL. Peranti terkini Blackberry KeyOne dilancarkan sebelum MWC dan mengembalikan kekunci fizikal klasik Blackberry. Sebuah lagi peranti Blackberry BBC100-1 akan dihasilkan oleh syarikat PT BB Merah Putih yang berpangkalan di Indonesia.
Rekaan peranti Blackberry BBC100-1 ini akhirnya tertiris ke arena web. Ia sebuah peranti dengan skrin 5.5″ HD sesentuh sepenuhnya. Turut kedengaran ia diperkasakan pemproses Snapdragon 425, RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kemampuan kamera pula ialah kamera utama 13-Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. Tidak diketahui sama ada Blackberry BBC100-1 akan dijual untuk pasaran di luar Indonesia.

Lebih 10 Juta Google Cardboard Telah Dihasilkan Setakat Ini

Minggu ini Sony dengan bangga mengumumkan jualan PlayStation VR sudah menghampiri 1 Juta unit. Ini adalah jualan yang lebih tinggi berbanding HTC Vive dan Oculus Rift. Tetapi takhta peranti realiti maya paling banyak dihasilkan kini dimiliki oleh Google.
Google Cardboard
Google mengumumkan lebih 10 Juta Google Carboard telah dihasilkan menerusi blog rasmi mereka. Aplikasinya pula telah dimuat turun melebihi 160 Juta kali. Pada waktu yang sama lebih 30 aplikasi Cardboard telah dimuat turun lebih 1 Juta kali.
Google walaubagaimanapun tidak berkongsi jumlah jualan Daydream VR. Pengumuman beliau meletakkan Cardboard sebagai peranti realiti maya paling banyak digunakan diikuti oleh Samsung Gear VR. Apakah pula peranti realiti maya yang anda miliki?

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Bulan Mac 2017

Berita harga terkini RON95 RON97 dan Diesel bermula Mac 2017. Selepas berturut-turut kenaikan harga minyak pada bulan sebelumnya, pengguna kini boleh menarik nafas lega apabila harga minyak kekal pada Mac 2017. 

Menerusi pengumuman rasmi terkini harga minyak ketiga-tiga bahan api tersebut, harga RON95, RON97 kekal dan tidak berubah pada bulan Mac 2017 namun Diesel naik sebanyak 5 sen mulai mac 2017. Ini menjadikan harga Diesel terkini naik 5 Sen seliter daripada RM2.15 kepada RM2.20 seliter manakala RON95 dan RON97 kekal RM2.30 seliter dan RM2.60 seliter berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017.


Rasmi selepas jam 12.01 pagi 1 Mac 2017, harga RON95 dan RON97 kekal RM2.30 Seliter dan RM2.60 Seliter. Manakala Diesel naik 5 Sen menjadikan harga terkini Diesel RM2.20 Seliter berbanding RM2.15 Seliter pada bulan sebelumnya.

Harga Terkini RON95 RON97 & Diesel Mulai Mac 2017 (Rasmi)
  • RON95: RM2.30 Seliter (Kekal) (Harga Sebelum RM2.30 Seliter)
  • RON97: RM2.60 Seliter (Kekal) (Harga Sebelum RM2.60 Seliter)
  • Diesel: RM2.20 (Naik 5 Sen) (Harga Sebelum RM2.15Seliter)
Rasmi: Harga rasmi RON95 RON97 dan Diesel berkuatkuasa mulai 1 Mac 2017

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More