Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, February 19, 2017

JDT Hambar & kurang menyerlah, TMJ akui kesilapan

JDT kurang menyerlah, TMJ akui kesilapan
TMJ akui pemilihan dua penyerang yang kurang berkesan jadi faktor permulaan hambar JDT.
PEMILIK dan penaung Diraja JDT, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa tanggungjawabnya susulan kekalahan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) kepada pasukan Perak dalam perlawanan Liga Super pada Sabtu.

Dalam kemaskini status di akaun Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ, bertitah, apa yang dilalui JDT ketika ini merupakan kesilapan di pihak baginda.

Antara yang disebut TMJ adalah kesilapan meminjamkan pemain tengah berkaliber, Hariss Harun, kepada kelab Sepanyol, CE L'Hospitalet, menjual penyerang untuk mengurangkan kos dan menggantikan mereka dengan pemain yang salah.

Bagaimanapun, TMJ berjanji segala kemelut yang membelenggu pasukan prolifik itu akan diselesaikan menjelang pintu perpindahan kedua, Mei ini, dengan rombakan besar-besaran sedang dirancang selepas tamat kempen Liga Malaysia 2017.


Tambah TMJ, biarpun falsafah bola sepak yang dipegang JDT masih berada di landasan yang betul, ia sukar memberi impak seandainya dua pemain di bahagian hadapan tidak menyerlah.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada penyokong JDT atas kesalahan saya dan permulaan yang tidak baik," tulis baginda.
Rekod cemerlang JDT yang tidak pernah kalah dalam 22 perlawanan Liga Super, akhirnya lebur selepas tewas di tangan Perak dalam aksi di Stadium Perak, pada Sabtu.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More