Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, February 23, 2017

Gagal bayar arang RM4, pemilik kedai runcit tetak peniaga sate di Klate

Gagal bayar arang RM4, pemilik kedai runcit tetak peniaga sate
Suspek dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran terbabit dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.- Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Semua dikatakan berpunca dari tindakan  tidak membayar arang berharga RM4 ringgit sekampit, seorang peniaga sate di Kampung Atas Pinggir, di Pasir Mas parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam itu, suspek berumur 28 tahun dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran terbabit dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.

“Mangsa berniaga sate menggunakan arang dia (peniaga) dan kita telah dapat tangkap seorang suspek 28 tahun di kampung berasal Kampung Gam Lemal, Pasir Mas.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini, manakala mangsa yang cedera di kepala menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.


Menurutnya polis merampas sebilah golok sepanjang 50cm yang dipercayai digunakan dalam kes itu selepas menahan suspek di rumahnya di Kampung Kubang Ketam, Pasir Mas pada 11 malam tadi.

"Ujian air kencing yang dijalankan didapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.
Menurutnya suspek disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

sumber : astroawani

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More