Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, February 19, 2017

Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis

Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Menurut Noor Rashid, polis Malaysia kini sedang bekerjasama dengan Interpol buru empat suspek yang telah meninggalkan negara ini.- Foto Reuters
KUALA LUMPUR: Keempat-empat suspek kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Keempat-empat warga Korea Utara itu meninggalkan negara ini pada 13 Februari lalu.

“Saya dapat sahkan hari ini yang suspek telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian. Keempat-empat mereka memegang pasport biasa dan bukannya pasport diplomat,” kata Noor Rashid dalam satu sidang media di Bukit Aman di sini hari ini.

Sehingga kini, polis sedang memburu tujuh suspek berhubung pembunuhan itu.

BACA: Bekas perisik Korea Utara sifatkan suspek pembunuhan Kim Jong Nam hanya amatur

BACA: Menelusuri riwayat Kim Jong Nam: Siapa dan mengapa?

BACA: Pembunuhan Jong Nam: Polis menahan seorang lagi suspek, warga Korea

Tiga lagi suspek sedang dikenalpasti menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV di klia2.

Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an.

Beliau berkata empat daripadanya disahkan warga Korea Utara yang telah melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian iaitu Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55 dan Ri Jae Nam, 57.

"Bagaimanapun kami tidak boleh mendedahkan lokasi negara yang mereka pergi kerana masih dalam siasatan.

"Tiga lagi diperlukan bagi membantu siasatan dengan seorang lelaki dikenal pasti sebagai Ri Ji U, 30, yang juga warga Korea Utara dan dua lagi sedang dikenal pasti oleh pihak kami," katanya.


Polis Malaysia juga kini sedang bekerjasama dengan Interpol memburu empat suspek yang telah meninggalkan negara ini.

"Usaha seterusnya adalah untuk menahan mereka. Polis akan mendapat kerjasama antarabangsa, terutamanya Interpol, menggunakan hubungan dua hala dengan negara terlibat dan polis akan menggunakan apa sahaja cara perlu untuk mengesan mereka," katanya lagi.

Sementara itu polis memaklumkan waris Jong Nam perlu bawa surat bukti pertalian keluarga yang sahih untuk menuntut mayatnya.

Setakat ini polis tidak terima sebarang permohonan tuntutan mayat daripada waris mendiang.

Polis juga masih cuba mendapatkan keluarga mangsa Jong Nam yang dipercayai punya tiga anak dari dua wanita.

“Mayat mesti dikenalpasti, mereka yang paling layak untuk mengenal pastinya dari segi fizikal adalah anggota keluarga terdekat.
“Kami akan tentukan menerusi kaedah saintifik, maka adalah penting untuk ahli keluarga agar tampil membantu kami dalam mengenal pasti berdasarkan proses undang-undang negara ini,” katanya.

Polis turut memberi dua minggu kepada waris Kim Jong-nam untuk menuntut mayat sebelum keputusan selanjutnya dibuat.

Polis Malaysia pada Sabtu telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut, selepas menahan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain.

Isnin lepas, Jong Nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong Nam yang menggunakan nama Kim Chol pada pasportnya, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

sumber : astroawani

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More