Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, February 22, 2017

BR1M : Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris

Pelajar boleh mohon BB1M mulai hari ini - Idris
IDRIS: Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon BB1M bernilai RM250 hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 1.3 juta pelajar pra-universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara boleh memohon Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) bernilai RM250 mulai sekarang.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata BB1M akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang diselaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui agensinya, Bank Rakyat.

"Kajian yang dilakukan mendapati Bank Rakyat menawarkan sistem yang terbaik dan sebab itulah ia dipilih untuk membekalkan kad tersebut kepada pelajar," katanya.

Beliau berkata demikian pada program 'Keeping In Touch' Menteri Pendidikan Tinggi bersama pemimpin pelajar universiti awam, IPT swasta, politeknik dan kolej komuniti serta simbolik penyerahan KADS1M kepada wakil pemimpin pelajar universiti di sini hari ini.

Turut hadir, timbalannya Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Jamil Salleh.

Idris berkata kerajaan memperuntukan RM300 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan Bajet 2017 bagi menjayakan program BB1M itu.

Menurutnya melalui penggunaan kad debit itu, pelajar tidak lagi terhad untuk membeli buku sahaja sebaliknya mereka boleh menggunakannya untuk membeli perisian komputer dan peralatan pembelajaran.

BB1M yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar di IPT awam dan swasta.
Terdahulu, Idris meluangkan masa lebih sejam dalam sesi dialog bersama kira-kira 1,600 pelajar pada majlis itu untuk berkongsi pandangan dan idea mengenai sistem pendidikan tinggi negara.

--BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More