Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, February 19, 2017

Bekas perisik Korea Utara sifatkan suspek pembunuhan Kim Jong Nam hanya amatur

Bekas perisik Korea Utara sifatkan suspek pembunuhan Kim Jong Nam hanya amatur
Kim Hyon Hui meragui tindakan suspek yang dikatakan sebagai ejen perisik tersebut. - Foto Reuters
TOKYO: Bekas ejen perisik wanita Korea Utara Kim Hyon Hui berkata suspek pembunuhan Kim Jong Nam hanya amatur, lapor akhbar Mainachi pada Sabtu.

Abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, itu maut dalam satu plot pembunuhan pada Isnin lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Polis Malaysia pada Sabtu telah menahan seorang lelaki Korea Utara yang disyaki terlibat dalam perancangan pembunuhan tersebut, selepas menahan dua suspek wanita serta seorang lelaki lain.

Kim Hyon Hui, yang mengebom pesawat Korean Air pada 1987 selepas menjalani latihan sebagai ejen Korea Utara, memberitahu akhbar Jepun dalam sebuah temu bual bertulis bahawa suspek-suspek wanita itu dilihat tidak mempunyai sebarang latihan sebagai perisik.

“Saya berasa ragu. Mereka seperti tidak pernah menjalani latihan psikologi dan fizikal yang ketat atau berlatih di Korea Utara,” ujar Kim Hyon Hui.

Menurut laporan media Malaysia, wanita-wanita itu memberitahu polis bahawa mereka telah diperdaya untuk membuat sesuatu kepada Kim Jong Nam, tanpa mengetahui ia membawa kematian.

“Jika begitu, mereka tentu tidak perlu melarikan diri pada awalnya,” kata Kim Hyon Hui.

Dia turut menekankan, kes tersebut ada kaitan dengan Korea Utara kerana tarikh pembunuhan adalah hampir dengan 16 Februari, iaitu tarikh hari lahir mendiang Kim Jong Il, iaitu bapa kepada Jong Nam dan Jong Un.

Sebelum ini, anak saudara Kim Jong Il iaitu Lee Han Young telah ditembak mati pada 15 Februari 1997.

Lee Han Young yang hidup dalam buangan telah ditembak mati di Korea Selatan oleh dua penyerang yang tidak dapat dijejaki namun dipercayai ejen-ejen Korea Utara.
Kim Hyon Hui dan seorang lagi perisik Korea Utara pernah memasang bom dalam pesawat Korean Air pada 1987, setahun sebelum Korea Selatan menjadi tuan rumah temasya Olimpik. Kesemua 115 anak kapal dan penumpang terbunuh apabila pesawat itu meletup di udara di ruang udara Teluk Bengal.

Hyon Hui telah dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Seoul namun mendapat pengampunan presiden pada tahun 1990. Dia mendapat pengecualian itu antara lain atas alasan simpati bahawa dirinya telah dipergunakan sebagai orang suruhan pentadbiran Korea Utara.

Sejak bebas dari penjara, Kim Hyon Hui menjalani kehidupan yang terpencil dari pengetahuan umum.

sumber : astroawani

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More