Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, February 27, 2017

Resepi Cara Masak ASAM REBUS TEMPOYAK Sedap

ASAM REBUS TEMPOYAK

Step By Step 1226

Bahan-Bahannya :-)
5 ekor ikan kembong, siang, kelar2, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, dirabak2
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau ikut keperluan)
Garam secukup rasa
1 camca besar tempoyak
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi merah*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan bahan tumbuk lumat, tempoyak dan asam gelugor ke dalam periuk, kacau rata. Tuang air dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa.
  2. Bila mendidih, masukkan daun kunyit, masak hingga ikan masak. Rasa dan jika OK, boleh matikan api dan hidangkan.....senang dan sedappp!!!!
sumber : mat gebu

Resepi Cara Buat CHIFFON PULUT HITAM Sedap

CHIFFON PULUT HITAM

Step By Step 1228

Bahan A :-)
4 kuning telur (gred A)
35 g gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
25 g tepung gandum*
50 g tepung pulut hitam*
1/2 camca teh "Double Acting Baking Powder"*(*disatukan dan diayak)
75 ml pati santan
2 camca besar minyak jagung

Bahan B :-)
4 putih telur gred A
65 g gula halus
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Putar kuning telur, gula halus dan esen vanilla hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan santan hingga habis, gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, putar putih telur bersama garam hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga menjadi kental.
  3. Masukkan adunan n0.2 ke dalam adunan no. 1 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata. Masukkan dalam tin chiffon (mat tak sapu apa2 kat tin tu), ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan serta merta tin chiffon dan biar kek sejuk dalam keadaan sebegini. Keluarkan kek dan hidangkan.
sumber : mat gebu

Permainan Popular “Snake” Dari Nokia 3310 Akan Ke Facebook Messenger

Nokia melalui HMD Global sedia mencuri perhatian ramai melalui pengenalan kemaskini kepada Nokia 3310 pada hari ini. Selain daripada pengumuman berkenaan, HMD Global juga turut mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan popular dan ikonik “Snake” ke Facebook Messenger.
Pengenalan permainan “Snake” pada Facebook Messenger ini dikatakan akan dilakukan secara berperingkat, dan mungkin anda akan melihatnya tidak lama lagi.
Snake
Melalui permainan berkenaan, seperti biasa anda perlu mengerakkan “Ular” dalam mencari makanan dan mengelak halangan – dimana ular berkenaan akan semakin membesar dan memberikan lebih cabaran kepada pengguna.
Sebelum ini, pada era 90-an dan awal alaf baru ini, permainan berkenaan sangat popular dikalangan pengguna – dan sering dibandingkan skor-nya antara seorang dan lain.
Kini, dengan integrasi terus pada Facebook Messenger, mungkin ia akan lebih memudahkan anda mencabar rakan-rakan lain – dan secara tidak langsung mengembalikan nostalgia dan kepakaran anda bermain “Snake”.

Nokia 6, Nokia 5 Dan Nokia 3 Dilancarkan Untuk Pasaran Global

Tiga peranti pintar Android Nokia dilancarkan untuk pasaran global hari ini di MWC. Nokia 6 yang sebelum ini diumumkan untuk pasaran China dilancarkan bersama dengan Nokia 5 dan Nokia 3.
Nokia 6
Nokia 6 dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD HD penuh, pemproses Snapdragon 430, RAM 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 16-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh. Nokia 6 menggunakan Android 7.1.1 stock dan dijual pada harga Euro 229 (~RM 1073).
Nokia 5 pula dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD HD,  pemproses Snapdragon 430, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 13-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 3000 mAh. Nokia 5 menggunakan Android 7.1.1 stock dan dijual pada harga Euro 189 (~RM 886).
Akhir sekali Nokia 3 pula dilengkapi skrin 5.0″ IPS LCD HD,  pemproses MediaTek MTK6737, RAM 2 Gigabyte dan storan 16 Gigabyte. Kamera utama sebesar 8-Megapixel f/2.0 dan kamera hadapan 8-Megapixel f/2.o. Melengkapi spesifikasi ialah bateri sebesar 2650 mAh.Nokia 3 menggunakan Android 7.0stock dan dijual pada harga Euro 139 (~RM 652). Kesemua peranti ini mensasarkan jualan global pada suku ke-dua 2017.

Wow! Ini Adalah Nokia 3310 (2017). Apa Kata Anda?

Bapa segala peranti. Peranti yang agi idup agi ngelaban. Ini ialah yang sering didengari mengenai peranti Nokia 3310. Versi terkini peranti ini akhirnya dilancarkan secara rasmi di MWC hari ini. Seperti ura-ura yang didengari sebelum ini, Nokia 3310 2017 bukanlah sebuah peranti pintar. Sebaliknya ianya sebuah telefon mudah alih biasa. Oleh sebab itu ia mempunyai tahap ketahanan bateri luar biasa sehingga 30 hari dan masa bercakap sehingga 22 jam.
Nokia 3310
Dari segi rekaan ia masih mengekalkan rekaan klasik Nokia 3310 dengan sentuhan moden. Perubahan dilakukan dari segi saiz skrin yang lebih besar dan kini berwarna. Susunan butang masih lagi sama seperti dahulu dan permainan klasik Snake turut disertakan. Skrin 2.4″ berwarna dipadankan dengan storan 16 Megabyte dengan sokongan kad MikroSD sehingga 32 Gigabyte. Sebuah kamera 2-Megapixel turut disertakan pada panel belakang. Empat pilihan warna diberikan iaitu merah, kuning, kelabu dan biru. Tidak seperti peranti moden, ia hanya menyokong rangkai 2G.
Nokia 3310
Nokia 3310
Tiada maklumat mengenai harga jualan dan bilakan ia akan dijual semula. Yang pasti legenda sudah kembali.

Video Tips Petua Pack Baju Bila Nak Travel.

Cara / petua pack pakaian bila nak pegi travel.
harap dpt membantu.

video

Sunday, February 26, 2017

Warga kota boleh mula beriadah di jajaran sungai tengah Kuala Lumpur April ini

Warga kota boleh mula beriadah di jajaran sungai tengah Kuala Lumpur April ini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat tapak projek "River of Life" Masjid Jamek hari ini. Turut kelihatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri). - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Warga kota boleh mula beriadah di sepanjang jajaran sungai di kawasan sekitar Gereja St Mary, Panggung Bandaraya, Masjid Jamek, Lebuh Pasar Besar, Bangunan Sultan Abdul Samad, Pasar Seni dan Dayabumi bermula April nanti.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, secara keseluruhannya, Projek River of Life (ROL) yang menjadi sebahagian daripada Greater KL kini 64 peratus selesai.

"Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan sepanjang 110km yang meliputi 8 sungai iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Keroyong.

"Saya diberitahu bahawa kerja-kerja pembersihan ini adalah 72% selesai. Saya tidak mahu mana-mana pihak leka dan mengambil sikap sambil lewa dalam menyempurnakan projek ini," kata Najib melalui posting terbaharu di blognya.
Ia bakal siap sepenuhnya pada 2020 dengan bajet pembangunan sebanyak RM4.4 bilion.

Bajau Laut : Kumpulan manusia tanpa negara (Penyelam Paling Mahir Di Dunia)

Bajau Laut: Kumpulan manusia tanpa negara
Sebahagian kanak-kanak suku kaum Bajau Laut mencari kerang mati dan tapak sulaiman untuk dijual kepada pelancong asing yang berkunjung ke Sipadan Mabul Dive Lodge di Semporna. fotoBERNAMA
SEMPORNA: Bajau Laut, sering dipanggil "gipsi laut", merupakan satu-satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala'u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindah randah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggalan zaman.

Mereka tidak tahu menggunakan jam, dan mengetahui waktu hanya berpandukan kedudukan matahari.

"Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

"Bila matahari bergerak ke barat tandanya telah masuk waktu petang dan seterusnya malam," kata Jaafar Janntul, 41, seorang anggota kumpulan etnik Bajau dari Semporna.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata, anak-anak kumpulan etnik ini tidak bersekolah, kerana itu mereka tidak mahir untuk bertutur atau memahami bahasa Melayu.

Tinjauan baru-baru ini ke atas kehidupan mereka mendedahkan pelbagai perkara yang dilihat agak luar biasa.

"Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

"Mereka merasa pening dan mabuk darat," kata Jaafar.

"Mereka juga takutkan haiwan tertentu di daratan seperti anjing," katanya.

Beliau berkata Bajau Laut akan hanya naik ke darat bila ada keperluan seperti untuk membuat bot atau mengebumikan kaum keluarga yang meninggal dunia.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunakan alat pernafasan atau kemudahan skuba.

"Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunakan tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit," katanya.

Beliau berkata penyelam profesional bersama kelengkapan menyelam hanya boleh menyelam sekali dalam setiap satu jam, tetapi bagi Bajau Laut mereka mampu menyelam berkali-kali ke dasar laut tanpa memudaratkan kesihatan mereka.

Menurutnya, kemahiran menyelam ini menjadikan kumpulan etnik itu pemburu yang mahir di lautan dengan hanya menggunakan lembing untuk menangkap ikan dan udang kara, di samping mencari mutiara dan gamat.

Semua ini terhasil dari amalan kehidupan tradisional mereka di laut.

Jaafar berkata, sejak kecil bayi-bayi Bajau Laut akan direndam ke dalam laut untuk membiasakan mereka dengan air laut serta "sebagai tanda keserasian dan keberanian di laut."
Temuni bayi-bayi itu akan ditanam di dasar laut kerana kumpulan etnik ini percaya roh laut akan menjaga mereka, dan mereka tidak akan mati di laut.

Mengenai bekalan makanan, Jaafar berkata antara makanan asas Gipsi Laut adalah kima iaitu sejenis kerang atau landak laut, dalam bahasa Bajau disebut tehe-tehe.

"Bahan ini mereka makan secara mentah selepas dibersihkan atau boleh juga dimasak," katanya.

-- BERNAMA

AWAS Perokok! Tindakan undang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun

Tindakan undang-undang kesalahan merokok di taman awam bermula 1 Jun
Selepas 31 Mei ini, jangan lagi cuba merokok di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perhatian para perokok sekalian!

Anda diberi tempoh sehingga 31 Mei ini untuk membiasakan diri tidak merokok di taman-taman awam dan tempat-tempat rekreasi.

Ini kerana bermula 1 Jun 2017, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya didapati melanggar larangan tersebut selaras pewartaannya sebagai kawasan larangan merokok di bawah peraturan 11(w) dan 11(x) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan Peraturan 2017).

Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, sehingga tarikh itu penguatkuasaan pendidikan akan dijalankan untuk menyedarkan serta mengingatkan pengunjung taman awam kepada peraturan tersebut.

“Kita beri tempoh masa untuk orang awam membiasakan dengan peraturan yang baru ini.

“Dalam tempoh tersebut kita akan mendidik orang awam dengan memberi risalah, dan kalau kita jumpa orang merokok dalam kawasan taman awam, mereka tidak akan dikompaun tetapi akan diberi notis bertulis nasihat untuk tidak ulang kesalahan tersebut,” katanya.

Beliau hadir untuk bersama 68 pegawai penguatkuasa kesihatan persekitaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menjalankan penguatkuasaan pendidikan di taman awam sebagai tempat larangan merokok di Taman Botani Perdana di sini hari ini.

Maklum beliau, setakat 15 November, 47 notis peringatan telah dikeluarkan sepanjang penguatkuasaan di 348 lokasi.

Dianggarkan terdapat kira-kira 1,280 taman awam di seluruh negara dan penguatkuasaannya akan diperluas secara berperingkat dari masa ke masa.

Kata Dr Lokman, selepas tarikh tersebut kompaun sehingga RM5,000 boleh dikenakan dan penalti RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika disabit bersalah.

“Taman-taman rekreasi ini dihadiri oleh semua peringkat umur, orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi kita tidak mahu kanak-kanak didedahkan kepada budaya yang tidak elok ini dan juga terdedah kepada asap rokok yang membahayakan,” tegasnya.

Taman awam termasuk taman-taman negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok pada 1 Februari lepas, menyusuli larangan yang ditetapkan di tempat-tempat awam seperti bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah serta tempat-tempat berhawa dingin.
Pada masa sama, Dr Lokman turut mengharap kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Jabatan Kesihatan sekiranya mendapati ada individu tidak bertanggungjawab melanggar peraturan yang telah ditetapkan itu.

“Kita ada lebih daripada 4,000 pegawai penguatkuasa di seluruh negara dan mereka setiap hari membuat rondaan dan pemantauan di kawasan-kawasan terlibat.

“Memandangkan kebanyakan taman awam tidak ada pengawal keselamatan seperti di bangunan pejabat kerajaan dan pusat beli-belah, kita harapkan makluman orang ramai membantu dalam penguatkuasaan undang-undang ini,” katanya.

Saturday, February 25, 2017

Neelofa tak kisah lawak Fattah Amin di MLM 2017

Neelofa tak kisah lawak Fattah Amin di MLM 2017
Juri Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa berkata dia tidak kisah namanya dan Fattah Amin dijadikan bahan lawak peserta. - Gambar Astro GEMPAK
Juri Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017), Neelofa berkata dia tidak kisah namanya dan Fattah Amin dijadikan bahan lawak peserta.

Neelofa, 28, berkata, dia juga tidak berkecil hati atau mengambil serius perkara berkenaan kerana sudah biasa dengan situasi tersebut.

“Saya tak ada rasa kecil hati pun bila mereka jadikan Fattah dan saya sebagai subjek dalam jenaka mereka.

“Tak ada apa-apa yang serius, saya hadir sebagai juri dan saya profesional,” katanya kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai tanggungjawab yang digalasya sebagai juri MLM2017, Neelofa berkata, memberi komen bukan satu perkara yang mudah.

“Saya sebenarnya takut nak bagi komen sebab bimbang menyinggung perasaan para peserta. Lagipun saya tahu, nak buat lawak bukan perkara mudah.

“Walau apapun, saya akan cuba memberi kritikan yang membina supaya para peserta dapat memberi persembahan terbaik seiring dengan nama programnya ‘Maharaja Lawak’, jadi bahan mereka perlu berada di tahap yang sepatutnya,” katanya.

Tambah Neelofa lagi, Nabil Ahmad antara individu yang banyak membantunya untuk memahami tentang lawak.

“Sejak berkawan dengan Nabil saya lebih faham tentang lawak dan ia banyak membantu. Nabil pun bukanlah seorang yang lokek untuk berkongsi.

“Setakat ini saya enjoy dan suka dengan ‘tanggungjawab’ baru saya ini,” katanya.

Selain Neelofa, tiga juri lain yang turut memanaskan kerusi juri ialah Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Najip Ali.

MLM 2017 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal bersiaran secara langsung dari Royal Teater, Shah Alam pada setiap hari Jumaat, dan disiarkan secara ekslusif di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari www.astrogempak.com.my/Maharaja-Lawak-Mega atau klik link untuk mengundi Gempak Man Of The Match.

Pesawat Indonesia berpatah balik susulan pintu tidak ditutup rapat (APTB)

Pesawat Indonesia berpatah balik susulan pintu tidak ditutup rapat
Pesawat Sriwijaya Air terpaksa berpatah balik apabila sistem elektronik mengesan ada pintu penumpang di hadapan pesawat yang tidak ditutup dengan betul.
JAKARTA: Sebuah pesawat penumpang Indonesia pada Khamis terpaksa berpatah balik selepas kru mendapati sebuah pintunya tidak ditutup dengan betul, lapor AFP.

Pesawat Boeing 737 milik Sriwijaya Air yang membawa 180 penumpang dan 12 kru dari China ke Bali itu telah pun terbang 1.5 jam dalam penerbangan yang biasanya mengambil masa lima jam.

Jurucakap syarikat penerbangan itu Agus Soedjono berkata pesawat terpaksa berpatah balik apabila sistem elektronik mengesan ada pintu penumpang di hadapan pesawat yang tidak ditutup dengan betul.

"Sistem hanya dapat mengesan masalah ini apabila pesawat berada di udara," katanya kepada AFP.

Pesawat berpatah balik ke bandar Guangzhou di China di mana ia berlepas dan menjalani pemeriksaan selama 30 minit sebelum terbang semula ke Denpasar di pulau peranginan Bali.

Namun selepas insiden itu, kira-kira 20 penumpang enggan meneruskan penerbangan ke Bali menaiki pesawat sama.

Tiada penumpang atau kru yang cedera dalam kejadian itu.

Friday, February 24, 2017

Kedai ramen mangkuk besar jadi tarikan di George Town



GEORGE TOWN, 20 Feb - Para pelancong tidak melepaskan peluang menikmati ramen dihidangkan dalam mangkuk besar seberat 6.4 kilogram di restoran 'My Voice Cafe and Studio Big Bowl Ramen' di Chew Jetty, di sini. 

Pengurus operasi restoran itu, Adrian Chee Tong Wai, kebanyakan pelanggan yang datang ke restoran itu terkejut melihat mangkuk yang besar dan mereka akan terus singgah untuk menikmati makanan di situ. 

Chee berkata, kebanyakan pelanggan dapat menerima dan menikmati ramen yang dijual di sini walaupun ia berkonsepkan makanan Jepun. - BERNAMA

Thursday, February 23, 2017

Wow! Spesifikasi Samsung Galaxy S8+ Tertiris


Dua versi Samsung Galaxy S akan dihasilkan setiap tahun sejak S6. Versi biasa dan versi dengan skrin dwi-lengkung. Tahun ini dengan Galaxy S8, Samsung melakukan perbezaan dengan menghasilkan dua versi dwi-lengkung tetapi dengan saiz skrin berbeza. Spesifikasi untuk Samsung Galaxy S8+ tertiris hari ini ikhsan @evleaks sekali lagi.
/center>
Peranti mempunyai skrin 6.2″ QHD+ SAMOLED. Dari segi kamera tidak banyak berbeza berbanding S7 tetapi kamera hadapan dipertingkatkan ke 8-Megapixel.  Storan ialah 64 Gigabyte seperti yang dilihat pada Note 7 dan mengekalkan kesemua fungsi kalis air, pengecasan pantas, Samsung Pay serta Samsung Knox. Menarik sekali fon telinga yang digunakan menerima sentuhan AKG. Apa pendapat anda mengenai peranti yang hanya akan dilancarkan April hadapan ini?

Anak saudara Sultan Brunei sertai Leicester City

Anak saudara Sultan Brunei sertai Leicester City
Faiq Jefri Bolkiah sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18. - Foto Instagram @fjbolkiah
KELAB Leicester City telah mengikat Faiq Jefri Bolkiah, anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan kontrak tiga tahun.

Pemain berusia 17 tahun itu sebelum ini merupakan pemain Chelsea Bawah 18 sejak tahun 2014.

Dia juga pernah menyertai Arsenal dan Reading sebelum ini.

"Saya berbesar hati untuk mengumumkan bahawa saya telah mengikat kontrak tiga tahun bersama Leicester City. Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan sahabat terdekat atas sokongan mereka," kata Faiq menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Faiq Jefri Bolkiah merupakan pemain utama buat skuad Chelsea B18 tahun musim ini namun akan berpindah ke Stadium King Power bagi mencari peluang beraksi bersama skuad utama musim depan.

Difahamkan, pencari bakat Leicester telah pun memerhati Faiq buat jangka masa lama dan melihat dia mempunyai masa depan cerah dengan skuad utama The Foxes.

Visi dan misi saya dapat sokongan Perdana Menteri - TMJ

Visi dan misi saya dapat sokongan Perdana Menteri - TMJ
Calon Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim (hadapan) ketika tiba pada majlis perjumpaan bersama penyokong bola sepak negara hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata visi dan misi yang ingin dibawa jika beliau terpilih menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata perdana menteri turut teruja dengan hala tuju bola sepak negara serta perubahan yang ingin dibawa baginda.

"Perdana menteri seolah-olah memahami agenda saya serta kelihatan teruja dengan perubahan yang ingin saya bawakan dan beliau mempunyai keinginan untuk melihat perubahan terhadap pasukan-pasukan serta liga di Malaysia.

"Saya sempat bertemu dengan beliau dan berkongsi tentang visi dan misi saya, dan secara jujurnya, beliau kelihatan menyokong visi dan misi saya itu," katanya pada sesi perjumpaan Tunku Mahkota Johor bersama penyokong bola sepak tanah air, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berkata perjumpaan antara baginda dan penyokong itu adalah satu sesi yang baik dan akan diteruskan melibatkan anggota gabungan yang lain sekiranya dipilih menjadi presiden FAM.

Baginda berkata perjumpaan itu secara tidak langsung dapat membuka laluan kepada penyokong bola sepak negara untuk menyuarakan pendapat serta meluahkan ketidakpuasan mereka.

"Ia sesi yang baik, saya dapat mengambil kesempatan ini untuk berkongsi tentang visi dan misi saya dengan seluruh penyokong bola sepak tanah air yang dahagakan perubahan.
"Melalui program seperti ini, mereka dapat menyuarakan apa yang dirasai selama ini. Penyokong juga mempunyai hak ke atas bola sepak di negara ini dan saya mahu semua orang terlibat dalam usaha saya memulihkan bola sepak tanah air," kata Tunku Ismail. --Bernama

Gagal bayar arang RM4, pemilik kedai runcit tetak peniaga sate di Klate

Gagal bayar arang RM4, pemilik kedai runcit tetak peniaga sate
Suspek dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran terbabit dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.- Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Semua dikatakan berpunca dari tindakan  tidak membayar arang berharga RM4 ringgit sekampit, seorang peniaga sate di Kampung Atas Pinggir, di Pasir Mas parah ditetak di kepala.

Ketua Polis Kelantan Datuk Ab Rahman Ismail berkata dalam kejadian 6.30 petang semalam itu, suspek berumur 28 tahun dikatakan menuduh mangsa yang berusia 20 tahun tidak menjelaskan bayaran terbabit dari kedainya sebelum tiba-tiba menyerang dan menetak mangsa.

“Mangsa berniaga sate menggunakan arang dia (peniaga) dan kita telah dapat tangkap seorang suspek 28 tahun di kampung berasal Kampung Gam Lemal, Pasir Mas.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini, manakala mangsa yang cedera di kepala menerima rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Tendong, Pasir Mas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.


Menurutnya polis merampas sebilah golok sepanjang 50cm yang dipercayai digunakan dalam kes itu selepas menahan suspek di rumahnya di Kampung Kubang Ketam, Pasir Mas pada 11 malam tadi.

"Ujian air kencing yang dijalankan didapati suspek tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah," katanya.
Menurutnya suspek disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata tajam.

sumber : astroawani

Aduan Punca Sebab BR1M 2017 Belum Masuk Akaun Penerima Lagi

Aduan dan punca BR1M 2017 belum atau tak masuk akaun penerima lagi. Tengah semak BRIM Lulus atau Tidak? Jangan bazirkan masa anda dengan beratur dan membuat semakan menerusi mesin ATM kerana ianya tidak berguna jika anda tidak membuat semakan secara online seperti tertera dibawah. Pertama sekali perlu diingatkan bahawa pembayaran BR1M 2017 mulai 22 Februari 2017 terdiri daripada Tiga Fasa antaranya Fasa Pertama, Kedua dan Ketiga.



Langkah Semakan BR1M 2017 Secara Online
  • Sila Buat Semakan Online di eBR1M.
Punca BR1M 2017 Belum Masuk Akaun Penerima Lagi
1 . Status Permohonan ” DALAM PROSES”
Jika status permohonan “Dalam Proses” ini bermakna anda akan dapat BR1M lewat sikit. Iaitu pada Fasa Kedua dan Ketiga. Tapi jangan risau, anda tetap dapat duit BR1M cuma perlu bersabar.


2. Status LULUS Tapi Status Kredit ‘TIADA REKOD”
Anda penerima BR1M 2017 Kelompok Pertama tapi sila bersabar kerana BR1M akan masuk dalam dua atau tiga hari lagi.


Punca Lain BR1M 2017 Belum Masuk Akaun Penerima Lagi
  1. Tidak membuat kemaskini BR1M
  2. Tidak layak kerana gaji melebihi syarat kelayakan
  3. Mengemukakan maklumat palsu ketika memohon BR1M
  4. Anda seorang pelajar IPT
Contoh Duit BR1M 2017 Telah Berjaya Dikreditkan Ke Akaun
Status LULUS dan Status Kredit ‘SUDAH BERJAYA”
Ini adalah contoh BR1M 2017 sudah masuk akaun. Jadi, anda sekarang boleh beratur ke ATM dan keluarkan duit BR1M dengan senang hati.




Wednesday, February 22, 2017

Hahaha..Tidak fasih bahasa Inggeris, pemain pool jawab temu ramah dengan lagu 'Pineapple Pen'

Tidak fasih bahasa Inggeris, pemain pool jawab temu ramah dengan lagu 'Pineapple Pen'
Gaya tersendiri Oi menjawab temuramah dalam bahasa Inggeris tarik perhatian. - Foto/Sporting Moments
TIDAK mampu berbahasa Inggeris, namun seorang pemain pool dari Jepun berjaya memberikan satu temuramah yang menghiburkan untuk ditonton.

Naoyuki Oi nyata mempunyai cara tersendiri ketika ditemuramah selepas menang ke atas pemain dari China, Cheng Yu Hsuan, dalam kejohanan World Pool Master di Gibraltar, hujung minggu lalu.

Oi yang ditemuramah oleh Sky Sports, ditanya tentang kemenangannya dan menjawab, "Nama saya Naoyuki Oi. Tahniah kepada saya!"

Dia kemudiannya meneruskan temuramah dengan beberapa rangkap dari lagu Pineapple Pen yang popular tahun lalu.

Dan apabila ditanya jika dia mampu memenangi kejohanan itu, Oi dalam nada selamba menjawab, "Tak ada masalah".


Oi bagaimanapun tewas di peringkat suku akhir, namun kekalahan itu tidak menjejaskan karakternya dan mampu memberikan satu lagi temuramah yang menarik.

Menerusi reaksi di laman sosial, boleh disimpulkan bahawa netizen tidak kisah dengan ketidakmampuan Oi berbahasa Inggeris, sebaliknya keyakinan dan gaya tersendirinya lebih menarik perhatian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More