Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, January 18, 2017

Samsung Perkenalkan Ciri-Ciri Terbaharu Untuk galaxy S7 Edge

Samsung perkenalkan ciri-ciri terbaharu untuk galaxy S7 edge
Samsung Galaxy S7 Edge 64GB yang datang dalam warna Black Pearl ini merupakan edisi baharu yang dicipta untuk pengguna moden. - Foto Samsung
KUALA LUMPUR: Samsung Electronics Co. Ltd telah memperkenalkan ciri-ciri menarik untuk telefon pintar S7 Galaxy Edge, termasuk warna Black Pearl dan memori dalaman sebanyak 128 gigabit (GB).

Edisi terbaharu ini, yang berharga RM3,399, boleh didapati mulai 12 Jan di kedai-kedai Samsung terpilih.

"Berbanding dengan varian 32GB yang standard, ciri-ciri memori 128GB ini juga turut disokong dengan memori luaran 256 GB melalui slot kad mikro digital (microSD).

"Dengan ruang simpanan yang besar, pengguna boleh menyimpan dan menonton filem di mana sahaja pada bila-bila masa, dari poket dan terus ke tapak tangan mereka," kata Samsung (M) Electronics Sdn Bhd dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Naib Presiden Unit Perniagaan Mudah Alih dan Teknologi Maklumat, Lee Jui Siang berkata Samsung Galaxy S7 Edge 64GB yang datang dalam warna Black Pearl ini merupakan edisi baharu yang dicipta untuk pengguna moden, ia agak anggun, mampu menyimpan dan menggunakan kandungan apabila dikehendaki.

"Varian Black Pearl ini, seperti edisi warna lain S7 Edge yang diperkenalkan sebelum ini, memberikan persona yang unik seperti pemiliknya.

"Telefon pintar kebanggaan ini, turut dilengkapi ciri-ciri serba canggih seperti kalis debu dan air IP68, sensor dwi piksel dengan gred profesional dan kamera belakang 16 mega piksel serta pemproses yang berkuasa," katanya.

Kamera ini mampu mengambil gambar yang jelas walaupun dalam keadaan gelap.
Salutan warna kehitaman yang nampak mewah pada telefon pintar ini menambahkan keanggunan terhadap rekabentuknya dan memenuhi keseluruhan peranti tersebut.

Sebagai tambahan kepada warna Black Pearl, Galaxy S7 Edge juga boleh didapati dalam variasi 32 GB dengan warna-warna Black Onyx, Gold Platinum, Silver Titanium, Pink Gold dan Blue Coral pada RM3,099. -- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More