Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, January 9, 2017

MacBook Pro Menyelamatkan Nyawa Pemilik Di Dalam Insiden Tembak Menembak Di Florida

Sebuah lagi insiden tembak menembak berlaku di Amerika Syarikat. Esteban Santiago, seorang bekas tentera melepas tembakan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale Florida mengakibatkan kematian lima orang individu dan mencederakan lapan yang lain. Beliau dikatakan mendengar suara yang mengarahkan beliau untuk melakukan keganasan. Seorang penumpang kini mendakwa nyawa beliau diselamatkan oleh sebuah Apple MacBook Pro.
Steve Frappie yang berada di tempat kejadian cuba melarikan diri apabila tembakan mula dilepaskan. Semasa berbaring di atas lantai, Steve terasa sesuatu memukul bahagian belakang beliau. Selepas tembakan berhenti, beliau pergi ke tandas dan mendapati beg galas yang dibawa berlubang dan MacBro Pro di dalamnya mempunyai kesan tembakan. Pihak FBI kemudian mengesahkan beliau ditembak peluru yang dilepaskan oleh Esteban Santiago. MacBook Pro Steve Frappie mengalami kerosakan yang teruk tetapi sekurang-kurangnya beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ini bukan insiden pertama peranti dikatakan menyelamatkan pemilik dari kematian. Sebelum ini  sebuah Galaxy S6 menyelamatkan nyawa serangan pengganas Paris, sebuah Huawei P8 Lite menyelamatkan mangsa rompakan dan Nokia 301 menyerap tembakan di Afghanistan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More