Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (501) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (179) Ibadah (26) Info (671) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (149) Kesihatan (167) Kisah Benar (20) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (132) Pendidikan (411) Peraduan (1) Personal (166) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (116) Resepi (371) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (394) Tips (79) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (56) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, December 26, 2017

Apabila Diri Diuji...KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!

KENALI TUHAN YANG MENGUJI MU!
Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  terdetik juga kata di dalam hati, “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah kita sudah mempersoalkan kuasa Tuhan, padahal kita hanyalah hambaNya. Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal. Namun, itulah kelemahan manusia. Kita sering alpa dan terlupa.

Paling malang, manusia kerap terlupa bahawa dirinya hamba. Terutamanya ketika diuji. Sebab itu Allah mengajar kita agar mengucapkan kalimah ‘istirja’ setiap kali diuji… Innalillah wa inna ilahihi rajiun, yang ertinya, “kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan.” Ya, inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan, Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi ‘mengamuk’ apabila diuji. Kita hanya hamba…  
Namun untuk meringankan kepedihan ujian yang menimpa, hendak kita mengenal Allah yang memberi ujian itu. Kenallah sifat ilmu, kasih-sayang dan belas ihsan Allah yang Maha hebat. Sebagai hamba ilmu kita terbatas, ilmu Allah yang Maha Luas. Kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Orang yang mengenal Allah, akan mencintaiNya. Bila sudah cinta, kuranglah derita diuji. Bukankah cinta itu buta?
Orang yang mengenal kasih-sayang Allah punya keyakinan  bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik. Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamba-Nya. Justeru, hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkanNya (ujian) itu ialah sesuatu yang tidak baik.
Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”
Diantara hikmah ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan tujuannya untuk menjadi hamba Allah. Yang mana selama ini, jalan itu disekat oleh hawa nafsu.  Sebab ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan nafsu dan syahwat manusia. Nafsu yang buas dan liar untuk melakukan maksiat itu tidak suka pada sakit, rugi, miskin dan lail-lain. Lalu apabila diuji,  nafsu itulah yang terdesak, tidak senang dan ingin segera terlepas daripada ujian itu.
Jadi, apabila nafsu terdesak, hati akan dan akal terbuka. Inilah jalan kebaikan, kerana ajakan untuk melakukan kejahatan akan turut tertahan, kerana nafsu itu sangat mengajak pada kejahatan. Ujian itu sesugguhnya akan melemahkankan nafsu, menghilangkan kekuatannya serta batalkan kudratnya. Bila nafsu lemah, manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa – mengejar keseronokan dunia sehingga melupakan batasan syariat.
Ujian juga menimbulkan rasa taat kepada Allah. Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana Qada dan Qadar-Nya mesti berlaku. Manusia akan lebih dekat dengan agama, kepentingan akhirat, cinta kepada Allah. Hikmah ini walaupun sebesar zarah tetapi apabila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Inilah kebaikan di sebalik kepahitan ujian. Justeru, Allah berfirman:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” (Surah Al Baqarah : 216).
Dengan ujian juga, Allah ‘membersihkan’ kotoran hati manusia. Ujian itu menghapuskan dosa dan kesalahan terhadap Allah seperti bahan pencuci membersihkan kain yang kotor. Nabi Isa pernah berkata, “belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.”
Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dan membersihkan dosa-dosa kita. Ya, seolah-olah orang yang yang benci diuji itu tidak suka dibersihkan daripada dosa-dosa atau apakah dia merasa tidak berdosa?  Sebaliknya, apabila kita gembira (menerima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga daripada Allah. Kita bukan sahaja berikhtiar (berusaha) untuk menghilangnya tetapi juga berusaha untuk mendapatkan hikmahnya.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Jadi, bila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Orang soleh bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.Tapi bagi anti diuji,  tidak akan dapat melihat hikmah kerana akal dan hatinya melihat sesuatu hanya selari dengan hawa nafsunya sahaja.
Ingatan para hamba kepada Allah akan bertambah dengan ujian-Nya. Itu petanda Allah pilih dia untuk diuji. Dan bila diuji, bertambah pulalah ingatan hamba Allah kepada Allah. (Oh… Allah ingat lagi padaku). Oleh itu, tiada jalan keluar melainkan lakukanlah tiga langkah ini apabila kita diuji:
I) Kuatkan iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. Apabila Rasulullah SAW ditimpa masalah, baginda akan terus bangun mendirikan solat dua rakaat. Baginda tidak melihat masalah yang besar tetapi cepat-cepat merujuk kepada Pemberinya – Allah Maha Besar. Masalah kita mungkin besar tetapi Allah yang memberinya jauh lebih besar. Justeru, segeralah ‘mencari’ Allah sebelum mencari yang lain-lain apabila ditimpa ujian.
II) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran. Yang penting apa yang berlaku ‘di dalam hati’ kita, bukan apa yang berlaku diluar diri kita. Allah berikan yang pahit, jadikan ubat. Allah berikan yang pedih, anggaplah itu pembedahan jiwa untuk mengeluarkan penyakit-penyakit hati kita. Ya, jika limau yang kita dapat masam… buatlah air limau, kata orang yang bijaksana.
III) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita. Bila baik sangka kepada Allah, maka kita akan bertambah hampir kepada-Nya. Apabila hampir kepadanya… insyaAllah semuanya akan baik-baik belaka. Bukankah DIA Tuhan yang Maha Baik?
Ya, Allah timpakan ujian yang besar, untuk ‘membesarkan’ kita. Ingat itu. Justeru, ahli yang bijaksana sering berkata…Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Dan setiap kita adalah pemimpin… sekurang-kurang pemimpin buat diri sendiri. Jadi, kita pasti diuji! Justeru apabila diuji jangan katakan, “apakah aku tersisih?” Sebaliknya, katakan, “aku sudah terpilih!”

Apple Kini Disaman Kerana Mengaku Mengurangkan Prestasi iPhone Lama

Semalam iPhone telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan mereka mengurangkan prestasi iPhone lama mengikut tahap kesihatan bateri. Walau bagaimanapun, menurut mereka, ini dilakukan dalam usaha memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna sekaligus serta memanjangkan hayat peranti mereka.
iPhone
Pengakuan ini menimbulkan kemarahan pengguna yang sudah lama menyedari prestasi peranti menjadi semakin perlahan selari dengan usia peranti. Stefan Bodganovich, seorang pemilik iPhone 7 dari Los Angeles telahpun memfailkan saman ke atas Apple kerana pengakuan mereka.
Beliau kini risau masalah peranti menjadi perlahan akan berlaku kepada iPhone 7 milik beliau. Tiada nilai saman dikemukakan tetapi memandangkan ini berlaku di Amerika Syarikat, ia mungkin akan dalam jumlah yang besar.
Apple mengurangkan prestasi peranti sedikit bagi mengelakkan peranti anda mati secara automatik kerana bateri yang tidak mampu lagi berfungsi pada prestasi asal. Ciri ini digunakan pada iPhone 6, iPhone 6S dan iPhone SE pada tahun lalu, dan ia turun diperkenalkan pada iPhone 7 melalui iOS 11.2. Apple turut mengatakan mereka akan terus melaksanakan perkara berkenaan pada produk akan datang mereka.
Dengan sistem ini iPhone lama masih boleh berfungsi tanpa masalah ia mati secara tiba-tiba tanpa perlu pengguna menukar bateri mereka yang pasti akan memerlukan kos yang agak tinggi. Sebelum ini kami laporkan penukaran bateri baru telah disahkan dapat mengembalikan iPhone lama kembali ke prestasi asal.

Thursday, December 21, 2017

Rahsia Bagaimana Menggandakan Wang 100%-200%-300%

Kita sering kali didedahkan dengan pelbagai kisah kejayaan pakar-pakar pelaburan yang hebat. Dalam kalangan pakar-pakar pelaburan ini, ada yang sanggup menjadi pakar motivasi dan ada yang telah membukukan rahsia kejayaan mereka semata-mata ingin melihat munculnya pelabur yang berjaya. Ramai juga yang kurang pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pelaburan lalu menganggapnya berisiko tinggi dan perlu dielakkan. Namun apabila bercerita perihal manusia dan pelaburan, kita tahu terdapat pelbagai ragam dan kerenah manusia. 

Ada yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup namun tidak pernah menabung untuk masa-masa kecemasan. Terdapat juga mereka yang bekerja dan membuat simpanan, namun tidak bijak untuk memanfaatkan simpanannya. Dan ada juga yang bekerja dan membuat simpanan, serta bijak melabur wang yang disimpannya. Mereka yang berada dalam kategori ini dilihat sebagai mereka yang lebih beruntung dan berkemungkinan dapat hidup bebas daripada belenggu kewangan pada usia yang masih muda.
Pernah diceritakan bahawa sebelum Benjamin Franklin meninggal dunia pada tahun 1790, beliau telah meninggalkan sejumlah wang bernilai US$10, 000 untuk dibahagikan sama rata antara bandar Boston dan Philadelphia. Satu dana jangka masa panjang (200 tahun) telah diwujudkan di setiap bandar. Penduduk miskin dibenarkan untuk membuat pinjaman duit daripada dana tersebut. Sebanyak 5% kadar faedah akan dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam. Selepas 100 tahun, Boston dan Philadelphia telah berjaya menghasilkan wang sejumlah US$500, 000 daripada dana tersebut. Ternyata konsep Compounding Interest yang diperkenalkan oleh Benjamin Franklin ini telah memperkenalkan istilah ‘Compounding Interest’ dan membantu orang ramai untuk memahami dengan lebih mendalam kepentingan Compounding Interest dalam kehidupan.
Compounding Interest membawa maksud proses melipatgandakan wang melalui faedah yang ditawarkan ke atas pelaburan yang dibuat. Bagi sesetengah orang, ia juga dikenali sebagai ‘faedah ke atas faedah’. Pada dasarnya ia sama seperti faedah biasa, namun bagi pelabur jangka masa panjang, Compounding Interest dilihat sebagai satu kaedah yang berkesan untuk menambah pendapatan. Untuk mendapat keberkesanan mutlak dalam pelaburan yang dibuat, adalah sangat penting sekiranya ia dibuat untuk jangka masa panjang dan dilakukan secara berterusan. Ahli fizik yang berpengaruh, Albert Einstein juga pernah mengibaratkan Compounding Interest sebagai “keajaiban kelapan di dunia!”. Mungkinkah dia benar?
Bukan semua orang mahu mendapat kebebasan kewangan hanya pada usia persaraan. Ada yang ingin mengalami gaya hidup seorang jutawan pada usia yang masih muda. Ramai anak muda yang memberanikan diri untuk melakukan pelaburan agar mendapat pendapatan yang mencukupi untuk membayar perbelanjaan sara hidup, seterusnya menjadi mewah. Sebenarnya adalah tidak mustahil untuk menjadi kaya melalui pelaburan Compounding Interest. Sudah tentu, ia banyak bergantung kepada berapa banyak wang yang anda ada, berapa banyak faedah yang boleh anda peroleh, sama ada anda berdisiplin untuk menyimpan pada setiap bulan – dan sudah tentu, berapa lama anda boleh menunggu sebelum membuat pengeluaran.
Formula Pengiraan Compounding Interest
Compounding Interest dikira ke atas pinjaman pokok dan faedah yang terkumpul. Pengiraan faedah boleh dibuat secara tahunan, bulanan atau harian berdasarkan formula yang berikut:
M = P ( 1 + i )n
M = Jumlah keseluruhan termasuk jumlah simpanan asal dan faedah yang diterima
P = Jumlah simpanan asal
i = Kadar faedah bagi setiap tahun
n = Bilangan tahun pelaburan
Contoh pengiraan: Katakan anda mempunyai RM 10, 000 untuk dilaburkan dalam jangka masa 3 tahun. Faedah yang diberikan oleh institusi kewangan atau institusi pelaburan adalah pada kadar Compounding Interest 5%. Dengan menggunakan formula tadi, M = 10, 000 (1 + 0.05)3 = RM 11, 576.25. Maka wang pokok pelaburan anda sebanyak RM10, 000 tadi telah pun bernilai RM11, 576.25 pada akhir tahun ke-3. Ini dengan syarat anda tidak mengeluarkan sebarang wang, termasuk faedah yang anda peroleh keluar daripada akaun anda tadi.
Di internet sendiri, terdapat banyak laman web yang mengajar cara pengiraan Compounding Interest dan ada juga yang menyediakan kalkulator dalam talian untuk memudahkan proses mengira keuntungan pelaburan. Dengan melakukan carian mudah di internet, anda berupaya mencetak helaian lejar yang menerangkan dengan terperinci jumlah wang yang bakal diperoleh bagi setiap tahun pelaburan yang dibuat. Terlalu mudah, tidak perlu pergi ke bank atau berjumpa dengan pegawai bank untuk keterangan lanjut!
Kehebatan Compounding Interest
Bagaimanakah Compounding Interest boleh membuat seseorang menjadi lebih kaya?
Sesiapa sahaja boleh mendapat manfaat daripada Compounding Interest. Bukan setakat mereka yang kaya, atau hanya terhad kepada cerdik pandai lulusan ekonomi atau yang mendapat MBA daripada Oxford. Hampir setiap jenis pelaburan menawarkan Compounding Interest, dan terbuka kepada sesiapa juga untuk membuat pelaburan. Anda juga tidak perlu berbuat apa-apa selepas wang anda dilaburkan. Ia dengan sendirinya akan mendatangkan hasil untuk anda. Dua puluh empat jam sehari dan 7 hari seminggu, ia akan menjadi hamba anda. Anda boleh bercuti ke mana-mana dan pada masa yang sama, anda tahu yang wang anda akan terus ‘bekerja’ untuk anda.
Kehebatannya Compounding Interest benar-benar terbukti seiring dengan berlalunya masa. Ramai yang cerdik dalam bidang pelaburan telah membuat simpanan sejak awal lagi. Semakin lama anda boleh mendapat keuntungan daripada Compounding Interest, dan semakin tinggi untung faedah yang terkumpul dalam pelaburan asal anda. Contohnya, A, B dan C masing-masing mempunyai wang simpanan sebanyak RM10, 000 dan ingin melabur dengan sebuah institusi pelaburan Z. Z bersetuju untuk memberikan kadar faedah yang sama kepada ketiga-tiga mereka, iaitu sebanyak 5%. Pada ketika pelaburan usia masing-masing adalah berbeza. A berusia 30 tahun, B pula 40 tahun dan C pada ketika itu berusia 50 tahun. Apabila ketiga-tiga mereka mencapai umur persaraan iaitu 55 tahun, A bakal mendapat lebih keuntungan daripada pelaburan yang dibuat jika berbanding dengan C. Jika ingin lebih tepat, berpandukan formula yang diberikan di atas, A bakal mendapat RM 33, 863.55, B pula sebanyak RM 20, 789.28 dan C hanya RM 12, 762.82. Perbezaan wang yang diterima semata-mata kerana tempoh masa pelaburan yang berbeza antara mereka.
Pelabur yang bijak juga akan sentiasa menambah pelaburan mereka secara tetap. Mereka berdisiplin dalam menabung, memberi keutamaan untuk menyimpan dan cuba untuk memaksimumkan simpanan mereka. Contohnya jika si A tadi membuat simpanan tetap sebanyak RM 100 sebulan atau RM 1, 200 setahun maka jumlah keuntungan daripada pelaburan yang dibuat akan meningkat berkali-kali ganda. Apabila mencapai umur persaraan, A akan mendapat RM 92, 675.64 berbanding RM 33, 863.55 jika hanya membuat pelaburan sekali sahaja.
Compounding Interest akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya anda tidak menyentuh wang pelaburan anda, dan membenarkan pelaburan tadi berkembang dari semasa ke semasa. Ya, bersabar sambil melihat wang tadi semakin bertambah! Adalah agak kurang cerdik sekiranya seseorang itu mengeluarkan pengagihan yang diterima semata-mata untuk menukar kereta baru atau membeli barangan mewah. Melabur melalui pinjaman yang dibuat dengan bank juga bukanlah satu langkah wang bijak kerana jika berbuat demikian, pelaburan tadi dianggap sudah lari daripada konsep yang sepatutnya dan sedaya upaya perlu dielak.
Melalui Compounding Interest, pengorbanan bertukar menjadi manfaat. Dengan menyimpan beberapa puluh ringgit sebulan dan pada masa yang sama mengatakan ‘tidak’ pada pembelian yang dianggap membazir, akan memberikan keuntungan yang besar kepada tuannya pada jangka masa panjang.
Kebiasaannya jika kita membuat pelaburan melalui institusi kewangan ataupun perbankan, maka kita akan mendapat laporan kredit pada setiap bulan. Melalui laporan kredit ini, anda berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan dengan mengurangkan atau menambah pelaburan bulanan anda mengikut trend ekonomi pada masa itu.
Sama ada kita sedari atau tidak, institusi kewangan juga menggunakan konsep Compounding Interest dalam pinjaman yang dibuat bersama mereka. Compounding Interest akan menyebabkan caj faedah yang lebih banyak jika ada kelewatan dalam pembayaran balik pinjaman bank atau hutang kad kredit. Ini juga adalah antara sebab anda tidak digalakkan untuk berterusan membayar bayaran minimum kerana ini akan membuatkan anda dalam keadaan berhutang untuk selama-lamanya.
Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit dengan kadar faedah bulanan 15% dan membuat pembelian berjumlah RM 1, 000, maka anda akan berhutang RM 1, 150 selepas faedah bulan pertama. Jika anda tidak menjelaskan hutang anda pada bulan itu, maka hutang itu tadi akan meningkat kepada RM 1, 322.50 untuk bulan seterusnya. Peningkatan sebanyak RM 322, 50 dalam tempoh dua bulan, dan menjadi lebih dramatik dan akan membuatkan anda lebih sengsara seiring dengan masa yang berlalu!
Begitu juga sekiranya anda membeli sebuah peralatan elektrik berharga RM 1, 000 dan tidak meletakkan sebarang wang pendahuluan, maka anda akan meminjam RM 1, 000 daripada institusi jualan itu tadi. Katakan lah kadar faedah yang dikenakan kepada anda untuk pembelian itu tadi adalah sebanyak 13%. Untuk bayaran ansuran bulan pertama, anda perlu membayar sebanyak RM 50, namun hanya RM 39.20 akan dibayar kepada hutang prinsipal manakala RM 10.80 pula dikenakan untuk membayar faedah terakru pada bulan pertama. Jika anda terus membayar hanya RM 50 sebulan untuk peralatan elektrik itu, maka anda akan memerlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membayar kos sepenuhnya dan kos tambahan sebanyak RM 141 khusus untuk pembayaran faedah.
Kesimpulannya, jika anda masih kurang faham tentang pelaburan Compounding Interest, maka anda boleh mendapat keterangan lanjut daripada ejen pelaburan anda. Sekiranya anda ragu-ragu dengan pelaburan yang dibuat, maka pilihlah pelaburan yang menepati hukum syariah. Jangan berlengah, dan melabur lah dengan segera. Jika anda seorang yang tidak berani mengambil risiko, maka laburkan sebahagian daripada wang simpanan anda. Sekiranya masih takut untuk melabur menggunakan wang simpanan yang ada, maka anda boleh juga menggunakan wang KWSP. Namun harus diingatkan bahawa wang KWSP tidak boleh dikeluarkan terus, dan segala keuntungan dan modal pokok akan dimasukkan semula ke dalam akaun KWSP usai tamat tempoh pelaburan. Ramai yang telah mendapat untung ratusan ribu hasil daripada keberanian mereka melabur, anda mungkin akan menjadi salah seorang daripadanya sekiranya anda juga berani seperti mereka!

Skim Pinjaman Perumahan oleh Institusi Kewangan Islam

Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman sendiri?

Mempunyai kediaman sendiri adalah sesuatu yang diidam-idamkan kan oleh semua. Keputusan untuk membeli rumah adalah sangat signifikan dan merupakan satu langkah besar dalam kehidupan seseorang. Ia bukan hanya memerlukan komitmen kewangan yang tinggi malah membeli rumah adalah satu pelaburan jangka panjang yang besar faedahnya.
Bunyi memang menarik tetapi dalam merancang pembelian rumah banyak elemen yang perlu diambil kira, di antaranya; struktur isi rumah, tarikh pembelian, deposit dan pendahuluan, tempoh pinjaman dan pembayaran balik serta jumlah ansuran bulanan. Pengiraan secara teliti harus dilakukan agar tidak mempengaruhi perancangan perbelanjaan yang lain.
Hari ini membeli rumah melibatkan kos yang besar. Ditambah pula dengan kenaikan harga rumah yang mendadak pada tahun 2011 terutamanya di kawasan bandar, menyumbang kepada orang ramai agar lebih berhati-hati dalam membuat pelaburan jangka masa panjang ini. Dan majoriti pembeli Muslim memilih mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan Islam untuk membiayai pembelian rumah mereka. Ini kerana menerusi institusi kewangan Islam, urus niaga kewangan mereka bebas daripada riba, atau faedah.
Setiap bank juga menawarkan pakej-pakej pinjaman atau pembiayaan yang tertentu bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan. Setiap pakej mempunyai perbezaan dari segi kadar asas pinjaman atau ‘based lending rate’ (BLR), tempoh matang, had pinjaman, bayaran pendahuluan dan sebagainya.
Institusi kewangan Islam di negara ini mampu menyediakan kaedah pembiayaan pemilikan rumah yang mematuhi syariah dan kompetitif. Di antara kaedah yang popular ialah Bai Bithaman Ajil (BBA) dan kontrak perkongsian Musyarakah Mutanaqisah (MM).
Kaedah BBA adalah kaedah yang mula-mula digunakan dalam pembiayaan perumahan secara Islamoleh institusi kewangan Islam di Malaysia, pada masa itu Bank Islam Malaysia Berhad. Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia. Kaedah ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.
Konsep ini sangat popular di Malaysia dan sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 peratus dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep-konsep lain.
Mekanisme operasi BBA ialah pembeli memilih suatu aset yang ingin dibeli, kemudian pembeli mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset tersebut pada harga jualan. Pihak bank akan membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai dan aset tersebut telah menjadi hak milik pihak bank. Selepas itu pihak bank akan menjual aset berkenaan kepada pembeli berdasarkan harga jualan yang telah termasuk keuntungan yang telah dipersetujui. Hak milik aset tersebut berpindah kepada pembeli dan pihak pembeli akan membayar harga jualan kepada bank secara ansuran di dalam tempoh yang telah dipersetujui.
Baiklah, contohnya, pelanggan A ingin membeli rumah berharga RM200, 000. Kebiasaannya pelanggan akan membayar 10 peratus iaitu RM20, 000 sebagai deposit kepada pemaju. Pelanggan A akan menandatangani perjanjian Sale and Purchase (S&P Agreement) dengan pihak pemaju dan kemudian akan mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank. Jika Pelanggan A layak membuat pembiayaan maka pihak bank bersetuju membeli rumah itu daripada pelanggan tadi dengan harga RM180, 000 setelah ditolak 10 peratus deposit yang telah dibayar tunai oleh Pelanggan A. Maka rumah tadi telah bertukar hak milik kepada pihak bank setelah semua proses pemilikan ke atas rumah itu telah diselesaikan. Pihak bank akan menjualkan rumah (yang telah dibelinya tadi) itu kepada pelanggan yang sama dengan harga baru disebut sebagai harga jualan iaitu RM350, 000 yang boleh dibayar oleh pelanggan secara ansuran bulanan dalam tempoh 20 tahun atau lebih, bergantung kepada persetujuan.
Walaupun begitu, BBA yang diamalkan di Malaysia bercampur dengan unsur lain menyebabkannya dipertikai perbankan Islam di Asia Barat. Antara unsur dimaksudkan ialah unsur bai’ al-’inah dan menjual sesuatu yang belum wujud (bai’ al-ma’dum). Perkara lain yang dipertikaikan ialah konsep BBA dalam pembiayaan perumahan yang sedang dalam pembinaan.
Kebanyakan konsep dilaksanakan ialah pihak bank membeli hak ke atas rumah sedang dibina daripada pihak pemaju. Selepas itu bank menjadikan rumah yang sedang dibina sebagai satu sekuriti yang kemudian diiktiraf sebagai aset terasing bernilai dan kemudian dijual kepada pelanggan dengan harga tangguh (modal + untung) menggunakan konsep BBA tanpa menghiraukan rumah itu terbengkalai atau lambat pembinaannya. Segala risiko pembinaan dipikul sepenuhnya oleh pelanggan.
Konsep ini menimbulkan kontroversi besar di kalangan ulama Islam. Pertama, adakah sekuriti itu haq maliy yang terasing daripada aset sebenar? Haq maliy di dalam Islam sebenarnya terikat secara terus dengan aset yang wujud. Dalam kes di atas, aset sebenarnya belum wujud (masih dalam pembinaan). Atas dasar itu, kebanyakan ulama khususnya di Asia Barat berpegang bahawa haq maliy pada rumah berkenaan berbentuk al-dayn (hutang). Berdiri di atas pandangan boleh menjual dayn mustaqir (hutang yang diyakini boleh bayar), bank tidak boleh menjual hutang dengan harga lebih tinggi atau lebih rendah. Sebarang perubahan pada harga membawa kepada mengambil riba.
Itulah antara permasalahan yang timbul dengan pelaksanaan konsep BBA dalam Perbankan Kewangan Islam yang diamalkan oleh kebanyakan bank tempatan.
Berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh institusi perbankan tempatan dalam produk kewangan Islam, institusi bank antarabangsa yang membuka cawangan mereka di Malaysia mampu menawarkan produk kewangan Islam yang lebih baik dan menguntungkan pengguna.
Konsep yang dimaksudkan itu ialah menggunakan akad Musyarakah atau lebih tepat lagi Musyarakah Mutanaqisah (MM) yang merupakan alternatif kepada BBA.
Kaedah ini telah diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara pada 6 Februari 2006 sebagai kaedah pembiayaan yang mematuhi Syariah kerana ia adalah satu kontrak yang dibenarkan dalam Muamalat Islam. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia pada mesyuarat ke 56 pada Februari 2006 telah memutuskan bahawa produk pembiayaan berdasarkan kontrak musyarakah mutanaqisah diharuskan.
MM ini melibatkan dua bahagian kontrak iaitu pelanggan membuat perkongsian (musyarakah) dengan bank di bawah konsep Syirkah al-milk (pemilikan bersama) dan bank memajak sahamnya ke atas pemilikan rumah berkenaan kepada pelanggan di bawah konsep ijarah (pajakan).
Di bawah MM ini pelanggan yang berhajat untuk membeli aset akan menemui pihak bank bagi mendapatkan pembiayaan. Pihak bank dengan pelanggan berkenaan akan menandatangani perjanjian Musyarakah untuk sama-sama membeli aset berdasarkan nisbah saham masing-masing sebagai contoh 90:10. Deposit yang mungkin telah dibayar oleh pelanggan akan dikira sebagai bayaran awal sahamnya. Pelanggan kemudiannya akan menyewa bahagian aset yang dimiliki oleh bank menerusi perjanjian Ijarah.
Setiap pembayaran sewa adalah dikongsi bersama antara pelanggan dengan bank menurut nisbah pemegangan saham masing-masing dan dalam bayaran sewa yang dibayar oleh pelanggan sejumlah tertentu akan digunakan untuk membeli bahagian saham yang dimiliki oleh pihak bank. Justeru, nisbah saham pelanggan akan terus meningkat selepas setiap pembayaran sewa dan nisbah saham pihak bank akan terus berkurangan sehinggalah ia dimiliki sepenuhnya oleh pelanggan.
Musyarakah Mutanaqisah mula dilihat oleh koperasi sebagai mekanisme kontrak yang terbaik bagi membantu anggota koperasi memiliki rumah dengan lebih murah dan lebih singkat berbanding dengan mekanisme kontrak yang lain.
Seseorang pembeli yang bijak akan membuat beberapa perbandingan pakej pinjaman walaupun kebanyakannya mempunyai persamaan tetapi ada juga perbezaan setiap pakej yang ditawarkan. Antara pinjaman bank secara Islam yang menarik sekarang ialah Pembiayaan Perumahan-i oleh Bank Islam. Pakej ini menawarkan bayaran “Rehat” (Holiday Payment) untuk 2 bulan setiap tahun. Ini bermaksud peminjam hanya perlu bayar bulanan pinjaman untuk 10 bulan dan 2 bulan ditangguhkan dahulu. Pembayaran “Rehat” ini adalah untuk bulan November dan Disember bagi setiap tahun maka dengan duit lebihan komitmen untuk bayaran rumah itu bolehlah digunakan untuk perbelanjaan sekolah anak-anak untuk bulan Januari tahun berikutnya.
Menarik bukan?
Selain itu, dalam pembiayaan perumahan, aspek perlindungan takaful adalah antara aspek penting yang perlu diberi perhatian. Perlindungan ini perlu untuk memberi jaminan kewangan sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi. Secara umumnya, sekurang-kurangnya perlindungan takaful berikut perlu diambil oleh seseorang yang membuat pembiayaan membeli rumah iaitu Pelan Takaful Gadai Janji, Pelan Takaful Empunya Rumah dan Takaful Isi Rumah.
Pelan Takaful Gadai Janji ialah perlindungan takaful yang melindungi pihak pelanggan bank dalam bentuk menyelesaikan baki pembiayaan jika pelanggan berkenaan mengalami kehilangan upaya kekal atau meninggal dunia. Manakala, Pelan Takaful Empunya Rumah ialah satu bentuk pelan perlindungan takaful untuk melindungi rumah kediaman terhadap kerugian atau kerosakan akibat bencana seperti banjir atau gempa bumi.
Takaful Isi Rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kandungan rumah kediaman, dan perlindungan kepada pelanggan sebagai peserta jika berlaku kecederaan maut. Pelanggan boleh menyertai Takaful Empunya Rumah atau Takaful Isi Rumah atau kedua-duanya sekali untuk perlindungan yang menyeluruh.
Kemudian, dalam membeli rumah yang masih dalam pembinaan, kaji latar belakang pemaju berkenaan. Hendaklah dipastikan bahawa pemaju:
  • Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (belum luput)
  • Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualan sah yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan
Pembeli berhak untuk merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.
Akhir sekali, pembeli juga dikehendaki menjelaskan kos-kos berkaitan seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh pihak Kerajaan menggunakan TABUNGAN SENDIRI. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi dan caj yang mungkin dikenakan:
Jenis
Kadar
Fi guaman profesional
  • Perjanjian jual beli
1.0% ke atas RM 100, 000 pertama
0.5% untuk RM 4, 900, 000 seterusnya Duit Setem
  • Perjanjian pinjaman
  • Pindah hak milik (untuk rumah sudah siap sahaja)
0.5% daripada jumlah pinjaman atau RM5 bagi setiap RM1, 000
1% ke atas RM 100, 000 pertama
2% untuk RM400, 000 seterusnya Fi Pengeluaran Pinjaman
Termasuk fi untuk pendaftaran cagaran, caj untuk carian tanah dan fi untuk carian kebankrapan Mungkin berbeza bagi negeri, pejabat tanah dan jenis harta yang berlainan. Sebagai contoh, di Selangor dan Wilayah Persekutuan, fi dan caj yang dikenakan berada dalam lingkungan RM300 hingga RM700 Fi Pemprosesan
Dikenakan sekali sahaja untuk tujuan memproses permohonan pinjaman anda
Kadar(RM)
50
100
200
Jumlah Pinjaman (RM)
sehingga 30, 000
30, 001 – 100, 000
100, 000 ke atas


*Jenis caj dan jumlah caj yang dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.
Selamat membeli rumah dengan berhemah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More