Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (283) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (114) Resepi (354) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (353) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Thursday, November 17, 2016

Vivo X9 Dengan Fokus Selfie Dilancarkan – Hadir Dengan Dwi-Kamera Hadapan

Pada tahun ini, kita telah melihat beberapa telefon pintar baru diperkenalkan dengan sokongan dwi-kamera di belakang. Kini, Vivo hadir dengan konsep lebih kurang sama tetapi dengan sedikit kelainan, iaitu meletakkan dua kamera pada bahagian hadapan.
Vivo X9 merupakan telefon pintar terbaru daripada Vivo yang hadir menggunakan dua kamera pada bahagian hadapan. Vivo menggunakan gabungan sensor 20-megapixel dan juga 8 megapixel pada bahagian hadapan, sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan rakaman gambar selfie yang lebih cantik.
Vivo X9
Sensor 20-megapixel digunakan untuk rakaman gambar, sementara sensor 8-megapixel pula digunakan untuk rakaman kedalaman. Ini sekaligus membolehkan pengguna hadir dengan gambar berbentuk bokeh menggunakan kamera hadapan dengan mudah.
Melengkapkan kamera hadapan juga adalah sokongan lampu LED bagi membolehkan anda merakamkan gambar pada pelbagai keadaan cahaya.
Vivo X9
Dari segi spesifikasi lain, Vivo X9 hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip Snapdragon 625 dan memori 4GB RAM. Untuk kamera belakang, ia hadir dengan kamera 16-megapixel. Seperti kebanyakkan peranti baru, Vivo X9 turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, serta sokongan dwi-SIM.
Bersama-sama dengan pengenalan Vivo X9, pihak Vivo turut menawarkan peranti bersaiz sedikit besar dinamakan Vivo X9 Plus. Vivo X9 Plus hadir dengan skrin 5.88-inci, dijana menggunakan Snapdragon 653, memori sehingga 6GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh.
Kedua-dua peranti ii di tawarkan di China buat masa ini. Model asas Vivo X9 dijual pada harga bermula CNY2798 (~RM1785).

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More