Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, October 11, 2016

Berpada-pada Mengemaskini Status, Nasihat Si Ayah Yang Kehilangan Anak

Nota Editor: Nasihat ini adalah lanjutan daripada kisah pasangan Shafiq Abu Bakar dan Nurun Najat yang telah kehilangan cahaya mata mereka. Ia mengisarkan pengalaman penulis yang teruja untuk menimbang cahaya mata lalu sering mengemaskini kisah-kisah beliau di media sosial. Di dalam keterujaan tersebut, penulis terlepas pandang beberapa perkara yang menyebabkannya ditegur oleh Allah. Kami kongsikan disini dengan izin daripada penulis. Semoga nasihat ini menjadi tauladan dan ingatan untuk kita supaya lebih berpada-pada didalam sesuatu tindakkan.
Kagum dengan kawan-kawan yang tidak pernah kemaskini kehidupan masing-masing di Facebook. Sedar-sedar sudah ada dua orang anak. Ini patut dicontohi. Teguran Allah yang lepas patut dijadikan ikhtibar.
Ya, saya pernah ditegur Allah.
Siapa yang tidak gembira apabila mendapat tahu yang kita akan menerima cahaya mata. Setiap bulan, setiap minggu kalau boleh setiap masa mahu kemaskini. Setiap kali pergi check-up saya akan kemaskini untuk beritahu semua orang.
Belum lahir ke dunia lagi si Kecil ini, saya sudah kemaskini bermacam-macam. Pergi beli-belah baju dan keperluan dia pun saya kemaskini di Facebook. Apa-apa artikel yang saya baca tentang si Kecil akan saya kemaskini di Facebook. Dengan harapan orang lain tahu saya bakal menimang cahaya mata.
TIME.com stock photos
Apa yang saya tidak tahu?
Ada rakan-rakan saya yang masih tidak punyai rezeki menimang cahaya mata sedang membaca status saya.
Apa perasaan mereka bila membaca status saya?
Tambahan pula apabila mereka lebih awal berkahwin daripada saya.
Itu kesilapan terbesar saya. Ya, saya tidak peduli. Saya masih lagi memuatnaik foto baju dan kelengkapan baby. Kemaskini bermacam-macam status tentang si kecil ini yang saya fikir semua orang kena tahu (sebenarnya mereka tidak mahu tahu pun).
Allah nampak dan tahu niatku tidak betul. Lalu dia menegur. Di saat waktunya telah tiba untuk si kecil itu menjengah ke dunia. Allah menjemputnya pulang ke tempat asalnya.
Jikalau si kecil itu masih hidup?
Sudah pasti akan di muatnaik dan dikemaskini tentang si kecil itu. Mungkin saya tidak sedar yang saya sudah mengguris perasaan rakan-rakan yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
Ini hanyalah sekadar perkongsian untuk dijadikan tauladan daripada pengalaman saya sendiri.
Mohon maaf jika ada yg terasa hati dengan saya. Niat saya bukan mahu perlekehkan sesiapa. Ini pengalaman saya.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More