Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (364) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, August 16, 2016

8 Langkah Penting Untuk Membina Hubungan Baik Dengan Bakal Pelanggan

Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Syamsul Adlan Mahrim, seorang ‘Strategic Consult Coordinator’, dan diterbitkan semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga anda mendapat ilmu baru tentang membinarapport selepas membaca artikel ini.
[Guerrilla Marketing ~ Rapport]
Rapport adalah langkah pertama yang mesti dilakukan dalam proses jualan. Tujuan rapport ialah untuk merapatkan jurang dalam komunikasi.
Rapport yang baik ialah rapport yang ikhlas daripada hati. Kebanyakan jurujual amatur sangat lemah dalam rapport; maklumlah sebelum ini susah sangat nak mulakan perbualan dengan orang asing.
Untuk mulakan rapport, EGO mesti diturunkan terlebih dahulu. Hanya orang yang mampu turunkan ego sahaja yang mampu melakukan rapport dengan baik.
Bagi yang tak biasa rapport, latih tubi perlu dilakukan dahulu. Antara cara terbaik memahirkan diri melakukan rapport ialah:
1. Beri salam dahulu sebelum orang lain memberi salam.
2. Jawab salam yang lebih baik daripada orang yang memberi salam.
3. Apabila bersalaman, jangan lepaskan tangan selagi orang yang disalam tidak melepaskan tangannya.
4. Lihat tepat pada mata orang yang kita salam.
5. Apabila bertentangan mata dengan seseorang, mulakanlah senyuman dahulu sebelum mereka melakukannya.
6. Niat ikhlas rapport hanya untuk silaturrahim semata-mata. Sekiranya anda memang melakukan rapport untuk menjual, latih hati untuk ikhlas menegur.
7. Belajar bercakap dengan orang asing seorang sehari. Objektif bercakap dengan mereka ialah rapport semata-mata rapport. Bukan untuk menjual barang.
8. Dalam perbualan fokus kepada tertarik hati mendengar cerita tentang orang berkenaan sahaja jangan asyik bercerita tentang diri anda.
Selamat mencuba.
LIKE dan FOLLOW Scaniaz di Facebook 

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More