Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, July 19, 2016

Sony Xperia F8331 Tertiris – Peranti Utama Dengan Rekaan Seakan Lumia

Tahun 2015 bukanlah tahun yang baik untuk Sony Xperia. Xperia Z5 mempunyai masalah kepanasan sehingga kamera terpaksa ditutup ketika digunakan. Tahun 2016 juga bermula agak suram dengan peranti utama Xperia X Performance hanya dijual di beberapa pasaran terpilih. Ini mungkin kerana taruhan peranti utama Sony tahun ini diletakkan pada Sony Xperia F8331. Markah penanda aras peranti ini sudah tertiris dua minggu lalu dan kini gambarnya akhirnya kelihatan.
Sony-Xperia-F8331-1
Laman GSMArena menerima beberapa gambar yang menunjukkan rekaan peranti baru ini. Ia amat berlainan dari rekaan Xperia X dan Xperia Z sejak tiga tahun kebelakangan ini. Pertama sekali ia mempunyai rekaan seakan peranti Lumia. Sisi dibulatkan sementara bahagian atas dan bawah adalah rata. Seperti pada Xperia X, kawasan sentuhan NFC diletakkan pada bahagian hadapan.
Rekaan butang kuasa merangkap pengimbas cap jari dikekalkan dan masih di sisi kanan. Pembesar suara stereo juga masih digunakan. Dari segi saiz ia dikatakan mempunyai skrin lebih besar iaitu di antara 5.5″ dan 5.7″. Xperia F8331 juga peranti pertama Sony yang dilengkapi port pengecasanUSB-C. Bicu audio 3.5mm dikekalkan pada bahagian atas. Ini berita baik bagi mereka yang risau peranti utama beralih kepada menggunakan USB-C untuk sambungan pelbagai aksesori audio seperti yang dilihat pada Lenovo Moto Z dan LeEco LeMax 2.
Perkara lain yang diketahui setakat ini mengenai Xperia F8331 ialah ia dilengkapi pemproses Snapdragon 820, RAM sebesar 3 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte. Kamera utama sebesar 21 Mengapixel dan kamera selfie sebesar 12 Megapixel. Kedua-dua kamera dilaporkan mampu merakam video pada resolusi 4K.
Perubahan rekaan yang drastik ini sebenarnya kurang kami gemari kerana ia membuatkan peranti Xperia seakan kehilangan identiti. Tetapi dengan jualan yang kurang menyerlah muka “pembedahan plastik” bagi mendapatkan wajah baru ialah keputusan yang terpaksa dilakukan.
Sony-Xperia-F8331-2

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More