Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (356) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (363) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (97) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, July 5, 2016

Biadap FAKKAH FUZZ MINTA MAAF ISU BUAT LAWAK SINDIR PM NAJIB RAZAK?

PELAWAK Singapura, Fakkah Fuzz memohon maaf berikutan daripada tindakannya yang didakwa mempersendakan Perdana MenteriDatuk Seri Najib Tun Razak di dalam video lawaknya sebelum ini.

Fakkah membuat lawak mengenai Perdana Menteri Malaysia semasa membandingkan Bahasa Melayu di Singapura dan Bahasa Melayu di Singapura.
Semasa memberi contoh kepada pebandingan tersebut, beliau berkata Thie fdi Singapura dipanggil pencuri tapi thief di Malaysia dipanggil Perdana Menteri”. 

Lawak beliau yang mempersendakan Perdana Menteri Malaysia itu telah mendapat tepukan yang gemuruh oleh penonton.
Menurut Fakkah, video berkenaan adalah semata-mata untuk tujuan jenaka malah ia adalah berdasarkan daripada peristiwa dan isu-isu semasa yang berlaku serta tidak mengaitkan mana-mana pihak.
“Ia bukan niat saya untuk menyakiti atau menuduh mana-mana pihak. Ia hanyalah jenaka semata-mata dan tidak menyasarkan mana-mana pihak
“Saya hanya sampaikan lawak seperti ‘contoh perkataan yang disebut oleh rakyat Melayu Singapura dan apa pula disebut oleh rakyat Melayu Malaysia’. Itu sahaja,” katanya menerusi kemas kini status di laman Facebooknya.
Menurut Fakkah, dia menyedari jenaka yang dibawanya tersebut mungkin merupakan konsep baru bagi sesetengah pihak dan tindakannya itu adalah bagi memperkenalkannya kepada orang ramai.
Fakkah berkata, dia hanya mengharapkan agar semua orang dapat ketawa melalui jenaka yang dihasilkan sama seperti idolanya iaitu Chris Rock, George Carlin dan Jim Jefferies.
“Setiap orang perlu membuka minda mereka agar tidak terlalu sensitif dan dapat belajar untuk menerima jenaka sekali-sekala.
“Saya hanya ingin menjelaskan bahawa satira politik tidak diberi perhatian serius sebagai pendapat. Mereka hanya orang berjenaka,” katanya.
Sebelum ini, Fakkah dikritik hebat setelah video lawaknya didakwa seolah-olah seperti mempersendakan Najib.
Selain itu, Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin turut menggesa agar kerajaan menyenaraihitamkan dan menghalang Fakkah daripada memasuki negara ini ekoran daripada jenakanya itu yang dianggap biadab terhadap pemimpin nombor satu negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More