Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Sunday, June 12, 2016

Resepi Cara Buta CINNAMON ROLL Sedap

CINNAMON ROLL

oleh : mat gebu

Bahan Doh :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung halus (Hong Kong Flour)
100 g gula halus (gula kastor)
5 g garam
20 g susu tepung
1/2 camca teh bread improver (resipi asal guna 1/4)
1/2 camca teh bread softerner (resipi asal tak letak)
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g instant yeast
40 g shortening (lemak sayur)
250 ml air

Bahan Inti :-)
3 camca besar mentega, dicairkan
1/4 cawan gula perang*
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*digaul rata)
1 cawam kismis




Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 untuk doh kecuali lemal sayur, uli hingga menjadi doh. Masukkan lemak sayur dan terus menguli 15 - 20 minit hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal. Bulat2kan doh, alih dalam bekas besar dan tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga doh naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh. Tekan "ON" dan biar hingga siap.
  2. UNTUK CINNNAMON ROLL :- Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara, leper2kan an bagi doh kepada 2 bahagian. Ambil satu bahagian, canai sehingga menjadi empat segi (seperti dalam gambar), sapu dengan mentega cair, tabur bancuhan gula perang tadi rata2, kemudian tabur kismis. Gulung seperti swiss roll. buat ketat2. Kemudian potong sama besar kepada 8 bahagian, susun atas loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega dan tekan sedikit biar leper (mat bubuh dalam paper cup saiz besar). Buat kaedah yang sama pada baki doh tadi.
  3. Rehatkan 45 minit dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C, selama 10 - 12 minit. Bila masak, sapu mentega atas permukaan roti. boleh dihidangkan bersama teh atau kopi.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More