Blogroll

Syed Abdul Rahman (Tokku Paloh)

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah.

Tingkatkan Pendapatan Melalui Nuffnang

Pendapatan melalui nuffnang memang berbaloi kerana pelbagai kempen iklan ditawarkan nuffnang agak lumayan serta dapat menjana pendapatan sampingan melalui blog.Berikut beberapa tips untuk cara anda memaksimumkan pendapatan anda bersama nuffnang.

Download : Drama Korea - Dream High

Download : Drama Korea - Dream High

Bongkar! : Kisah Berliku PengIslaman Bintang Chelsea Nicolas Anelka (Abdul Salam Bilal Anelka)

Bagi peminat bola sepak dunia, terutama penyokong kelab Chelsea, tentu tidak asing lagi dengan nama Nicolas Anelka. Anelka adalah salah seorang penyerang yang berbahaya apabila berada di depan gawang lawan.

Mengapa Yahudi Menggali Di Bawah Masjid Al-Aqsa?

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, June 29, 2016

PlayStation 4 Menghentikan Sokongan Penstriman Melalui Ustream

Penstriman video ialah fenomena baru di dalam dunia permainan komputer. Ia kini boleh menjadi kerjaya sepenuh masa yang membolehkan selebriti penstriman seperti Pewdiepie dan KSI mengaut pendapatan berjumlah jutaan ringgit setahun. Terdapat pelbagai platform yang boleh digunakan untuk melakukan penstriman. Sony hari ini mengumumkan penghentian sokongan penstriman melalui Ustream pada konsol PlayStation 4 bermula 1 Ogos 2016.
Ustream-henti-PlayStation-PenstrimanPada masa yang sama video penstriman melalui Ustream juga tidak lagi boleh ditonton melalui portal “Live From PlayStation” pada PlayStation 4, PlayStation App dan PlayStation Vita. Tiada alasan diberikan mengapa sokongan dihentikan secara mengejut. Mulai 1 Ogos pemilik PlayStation 4 hanya boleh menstrim menggunakan YouTube, Twitch dan Daily Motion.

Wow! Rekaan Dan Spesifikasi Honor 8 Diperlihatkan – Dwi-Kamera Di Belakang

Setiap peranti yang dilancarkan, kebiasaannya akan melalui proses pengesahan badan berkuasa di sesebuah negara terlebih dahulu. Terkini, Honor dengan persiapan untuk pelancaran Honor 8, telah pun kini menerima pengesahan daripada badan berkuasa di China – sekaligus memperlihatkan rekaan yang dibawakan olehnya.
Daripada rekaan yang diperlihatkan, Honor 8 dilihat lebih cantik berbanding dengan peranti mereka sebelum ini – dan pada masa yang sama membawakan penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Pengimbas cap jari juga turut disertakan pada bahagian belakang.
Honor 8 Tenaa
Dari segi spesifikasi yang menerima pengesahan, Honor 8 dilihat dilengkapi skrin 5.2-inci dengan paparan 1080p, menggunakan cip pemprosesan Kirin 950, memori sehingga 4GB RAM, dan ruangan storan bermula 32GB. Pada bahagian belakang, ia membawakan kamera 12-megapixel dan kamera hadapan 8-megapixel.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada dwi-kamera pada bahagian belakang akan berfungsi seumpama Huawei P9 yang merakamkan warna dengan lebih baik, ataupun digunakan seumpama pada Honor 6 Plus sebelum ini.
Tarikh pelancaran peranti ini masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka sekitar minggu hadapan.

Monday, June 27, 2016

Wow! Gambar Tertiris Terbaru iPhone 7 Menampilkan Rekaan Kamera Yang Lebih Besar

Masih berbaki 3 bulan sahaja lagi sebelum iPhone terbaru diumumkan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, ura-ura rekaan terbaru dan spesifikasi iPhone pastinya menjadi topik yang hangat dibincangkan.
Akhir-akhir ini dilihat Apple jarang membuat perubahan drastik pada telefon pintar keluaran mereka. Terdapat juga beberapa ura-ura yang mengatakan iPhone terbaru bakal hadir dengan rekaan yang sama dengan iPhone 6S.
Pada pendapat saya mungkin Apple tidak akan mengubah rekabentuk secara total, namun masih terdapat beberapa perubahan yang dapat kita lihat. Jika mengikut kepada trend Apple pula, Apple lebih cenderung untuk menukar rekabentuk telefon pintar mereka 2 tahun sekali.
Apa yang tidak logik atau membuatkan kami #mudahterhibur adalah beberapa rumour yang mengatakan iPhone ‘terbaru’ bakal hadir dengan rekaan moden beserta keyboard projector. Apa yang lebih mengejutkan terdapat beberapa individu yang percaya dengan rumour ini.
Berbalik kepada topik asal. Dua rekaan kamera yang dikatakan berpotensi menjadi rekaan buat iPhone 7.
Menerusi laman web terkemuka iaitu Engadget, iPhone terbaru dijangka hadir dengan size kamera belakang yang lebih besar. Mungkin agak pelik berbanding rekaan kamera iPhone sebelum ini, namun jika mampu memberikan prestasi yang memuaskan rasanya ini bukanlah suatu masalah yang besar.

Ura-ura daripada MacRumours pula mengatakan Apple iPhone 7 bakal disertakan dengan dwi-kamera sepertimana LG G5. Fungsi dwi-kamera membolehkan pengguna mendapatkan imej yang lebih fokus dan ‘sharp’ melalui setiap gambar yang diambil.

Sejujurnya, saya lebih menggemari rekaan kamera dwi-kamera ini. Mungkin disebabkan rekaan yang tampil lebih professional.
Oh ya, terdapat juga beberapa rumour lain yang mengatakan iPhone kemungkinan bakal hadir dengan rekaan yang lebih minimalis. Dalam erti kata lain, tiada lagi home button dan headphone jack.
Apple dijangka mengumumkan iPhone terbaru diakhir September ini. Sama-sama kita nantikan ‘the best iPhone yet’.

Rahsia Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang BREXIT

Mengenai BREXIT: apa yang perlu anda tahu?
1. Apa yang sedang berlaku?
Sebuah referendum akan dijalankan hari ini (Khamis,23 Jun) untuk menentukan samada Britain akan kekal atau tidak di dalam Kesatuan Eropah (Baca EU).
Nota kaki: apa itu referendum? referendum adalah sebuah undian bercorak YA atau TIDAK. Pihak yang dapat lebih 50% undian adalah pemenang.
2. Kenapa tiba-tiba ada referendum ini?
Ianya bukan berlaku secara tiba-tiba, selepas memenangi PRU 2015, Perdana menteri David Cameron telah berjanji akan mengadakan referendum ini akibat desakan dari MP parti beliau sendiri, mereka berpendapat bahawa sejak berada di dalam EU, Britain tidak lagi berkuasa untuk membuat pilihan sendiri, EU juga sudah banyak berubah dan kini orang Britain sudah dikawal sepenuhnya.
3. Apa itu Brexit?

Hasil dari gabungan UK keluar dari EU.
BRitish EXIT = BREXIT
4. Siapa yang boleh mengundi?
Warga Britain, Ireland, rakyat Komenwel yang tinggal di UK dan juga warga UK yang tinggal di luar UK yang telah berdaftar dengan suruhanjaya pilihanraya UK sejak 15 tahun kebelakang.
5. Pihak yang mahu UK untuk KELUAR dari EU?
a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang terbaru.
b. Parti Bebas UK(Baca UKIP)
c. Separuh MP dari Parti Konservertif(Parti David Cameron) termasuk 5 menteri kabinet
d. Beberapa wakil Parti Buruh dan DUP.
6. Argumen- Argumen Pihak KELUAR dari EU:

a. Britain dipegang ‘telur’nya oleh EU.
b. Banyak perniagaan dikenakan peraturan dan keahlian yang mengenakan bayaran berbilion pound kepada rakyat Britain (“red tape”).
c. Mahukan Britain berkuasa kembali terhadap sempadannya.
d. Mengurangkan kemasukkan orang luar masuk dan berkerja di UK, kerana prinsip EU ialah “free movement” di mana jika anda dari negara EU, anda tak perlukan visa untuk menetap di negara EU yang lain.
e. Menentang idea “United States of Europe”.
7. Pihak yang mahu UK KEKAL dalam EU?
a. Warga Britain 50/50 berdasarkan dari tinjaun pendapat awam yang terbaru.
b. Perdana menteri David Cameron
c. Parti Konservitif (baki)
d. Parti Buruh, SNP, Plaid Cymru dan Lib Dems
e. Barrack Obama
f. Negara-negara EU sendiri seperti Perancis dan Germany
8. Argumen- Argumen Pihak KEKAL dalam EU:
a. Britain telah memperolehi pelbagai kebaikan dari keahlian EU.
b. Aktiviti jual beli yang mudah merentasi negara EU
c. Kemasukkan imigran muda dari EU membantu Britian dari segi ekonomi dan kestabilan negara dan merupakan peyumbang besar hasil cukai yang digunakan untuk perkhidmatan awam.
d. Status Britain sebagai sebuah negara besar akan hilang jika meninggalkan EU.
e. Bersatu di bawah 28 negara lebih kuat dari bersendirian.
9. Kesan keluar atau kekal Brexit ni?
a. Bisnes besar mudah untuk melakukan perniagaan di dalam EU, mudah untuk mereka mengerakkan sumber yakni wang, orang dan juga produk mereka ke serata dunia, jika kekal.
b. Bisnes tradisional/kecil serderhana lebih senang untuk berniaga/bergerak dengan satu kepala daripada 28 negara (baca:kepala),jika keluar.
c. Bisnes kecil sederhana akan lebih menguntungkan daripada langkah “cut the red tape”, jika keluar.
d. Bisnes hartanah akan merosot jika keluar. Bagi pelabur hartanah ini merisaukan mereka. tetapi bagi pembeli rumah sebenar ini berita baik bagi mereka.
e. Saham dan matawang pound akan “rally” jika Britain kekal, manakala sebaliknya akan berlaku jika keluar.
f. Universiti-universiti top di UK akan kekal mendapat dana penyelidikan, pelajar dan juga tenaga pengajar dari Eropah jika kekal dan sebaliknya akan berlaku jika keluar.
g. Kerajaan Britain dapat mejimatkan dana bantuan kepada pelajar asing jika keluar.
h. Program tajaan Erasmus Mundus tidak lagi dapat diakses oleh warga UK jika keluar(15 ribu pelajar UK mendapat bantuan dari negara EU sejak ’13-“14).
10. Jadi mana yang bagus? Keluar atau Kekal?

Bergantung daripada sisi mana anda analisis isu ini. Keluar dari EU adalah satu langkah gergasi yang dianggap lebih besar dari pilihanraya. Soalan yang perlu/sepatutnya ditanya:
Adakah langkah ini akan memerdekakan Britain atau menghantarnya ke sebuah neraka kegagalan ekonomi?
Nota kaki : boleh rujuk link ini untuk perbandingan argumen kekal atau keluar keatas smua isu2 berbangkit:http://www.bbc.com/news/uk-politics-32793642
11. Apa kena mengena dengan saya?
Walaupun Brexit kelihatan hanya akan memberi impak besar kepada ekonomi UK, ianya juga boleh menjadi titik mula untuk sebuah gelombang kegawatan ekonomi di seluruh dunia terutamanya US (UK adalah trading partner ke-7 terbesar US), untuk pengetahuan anda Yellen telah menangguhkan kenaikan “interest rate” untuk mengelakkan kesan lebih besar (systemic risk) jika ianya benar benar berlaku.
Jika benar ianya akan memberi impak ekonomi kepada US..tidak perlu masa yang lama untuk ia singgah ke sempadan KLSE..eh KL..:)
Nota kaki: Siapa Yellen? Yellen adalah chairperson utk FED..ala2 Zeti utk BNM tapi version US.
p/s: Yang ada duit, simpan ketat2..beli digi bila market crash.haha
p/s: buy gold and yen
Sekian.
sumber : thevocket

Saturday, June 25, 2016

Terbaru Berita Terkini Punca Prof Izzi Meninggal Dunia 24.6.2016

Berita terkini punca kenapa Prof Izzi Haji Ali meninggal dunia pada 24 Jun 2016. Dukacita dimaklumkan bahawa penceramah agama dan motivasi terkemuka Prof Izzi telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat jam 12.45 tengah hari tadi akibat diserang strok di Hospital Alor Setar, Kedah. Untuk info, Allahyarham merupakan pensyarah UiTM Perlis. Bagaimanapun, mohon jasa baik semua untuk sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.

prof izzi

Biodata Prof Izzi Haji Ali Meninggal Dunia 24.6.2016

Nama Penuh: Profesor Madya Md Izuddin Ali
Umur: 42 tahun
Asal: Kemaman Terengganu
Pekerjaan: Penceramah pakar motivasi
Tagline: Renung-renungkan dan selamat beramal
Punca Kematian: Strok serangan jantung

Pengumuman Kematian Allahyarham Prof Izzi Haji Ali
Al Fatihah, baru dapat berita bahawa Prof Izzi telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Kita telah kehilangan jemaah MSF yang setia Istiqamah di hadapan guru pada setiap kuliah di MSF. Untuk pengetahuan semua, Beliau telah jatuh ketika selesai Solat di Masjid Al A’la pada 13 Jun lepas seterusnya dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah dan disahkan kena Strok. Kembalinya Allahyarham di hari Jumaat di bulan Ramadhan yang mulia ini adalah satu petanda yang baik, semoga sentiasa di dalam Rahmat Allah swt.

masjid

prof-izzi-haji-ali

Status Terakhir Prof Izzi Haji Ali Di Laman Twitter
Antara status terakhir Prof Izzi Haji Ali menerusi laman Twitternya.

status akhir

Friday, June 24, 2016

Resepi Biskut Raya Vico

Resepi Biskut Vico



Biskut Vico

Bahan-bahan

100g butter
50g shortening
180g tepung gandum
50g tepung jagung
80g serbuk minuman Vico
80g gula icing
1/2 sudu teh baking powder
1 kuning telur


Cara-cara

-Pukul butter, shortening dan gula hingga sebati.
-Masukkan kuning telur, gaul rata.
-Tambahkan tepung jagung, baking powder dan Vico.
-Sambil uli, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga habis. Jika adunan lembik, biarkan beberapa ketika sebelum diterap.
-Terap ikut bentuk yang diingini dan bakar dengan suhu 160 C selama 10 minit.

Resepi Biskut Raya : Kuih Siput Rangup

Resipi Kuih Siput, kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal dan digemari ramai. Che Nom gunakan mentega jenama Puteri untuk bancuhan tepung. Mentega sangat penting untuk menjadikan kuih siput rangup dan gebu bila dimakan.

Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 30 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 10 orang

Bahan-Bahan:

  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram majerin
  • 2 sudu besar udang kering
  • 2 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 1/2 sudu besar serbuk juntan putih
  • 1 biji telur
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil garam
  • 150 ml air











Cara Penyediaan:

  1. Goreng bawang putih di dalam sedikit minyak. Goreng pula udang kering di dalam minyak yang sama Tumbuk halus kedua-dua bahan dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega dan sejukkan.
  3. Gaulkan tepung bersama serbuk rempah kari, serbuk cili, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan bahan tumbuk halus tadi.
  4. Tuang mentega cair sedikit demi sedikit ke atas tepung. Gaulkan dengan tangan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Biarkan mentega menyerap ke dalam tepung. Cara ini akan menghasilkan kuih siput yang rangup.
  5. Pukul sedikit telur dan tuang ke dalam adunan tepung, diselang selikan dengan air. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Tambah air jika doh masuk keras.
  6. Rehatkan doh seketika.
  7. Tabur sedikit tepung di atas dulang. Gentelkan sedikit tepung dan tekan di atas acuan kuih siput. Letakkan kuih yang dibentuk di atas dulang tadi.
  8. Goreng bersama daun kari sehingga kekuningan. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Tips:
Jika anda nak sediakan kuih siput untuk hidangan hari raya, bokeh digandakan adunan ini kepada 2.

Thursday, June 23, 2016

Resepi Biskut Raya Viennese

Resepi Biskut Viennese


Bahan-Bahan:

240 gm mentega tanpa garam
100 gm gula aising
2 camca teh esen vanila
1 biji telur dipukul 300 gm tepung gandum serba guna
Sedikit jem aprikot
210 gm coklat separuh manis, dicairkan
Sedikit gula aising

Cara:

Pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telur, kacau rata baru masukkan tepung. Gaul hingga sebati. Masukkan adunan ke dalam beg pastri dengan muncung bintang berukuran 1.25 cm dan paipkan adunan di atas dulang bakar yang dialas kertas minyak. Bakar 10-12 minit pada suhu 175'C atau hingga kuning.

Apabila biskut masak, angkat dan biarkan ia sejuk baru disapu sedikit jem aprikot. Tangkupkan dua biskut lalu dicelup setengah bahagian biskut ke dalam coklat cair. Susun semula di atas redai baru disimpan di dalam peti sejuk supaya coklat beku. Ayakkan sedikit gula aising pada setengah bahagian lagi biskut sebelum disimpan.

Resepi Biskut Raya Crunchy Caramel Almond

Resepi Biskut Crunchy Caramel Almond

AddThis Sharing Button
Biskut Crunchy Caramel Almond
Biskut Crunchy Caramel Almond atau juga dikenali sebagai Biskut Florentine adalah biskut yang paling mudah sekali untuk disediakan. Nama florentine diambil dari namatepung yang digunakan dalam resipi ini.
Jangan terkejut kalau lihat di dalam resipi tiada sebarang gula digunakan sebab tepung florentine sudah mengandungi gula dan campuran yang secukupnya sebagai asas gula karamel. Cuma mungkin harganya agak mahal. Che Nom beli tepung bienetta atau florentine yang beratnya 600g pada harga RM23. Boleh didapati dengan mudah di kedai bakeri.
Kalau nak beli biskut ni memang mahal kerana bahan-bahan yang digunakan memang semuanya berkos tinggi. Puas hati jika buat sendiri untuk seisi keluarga dan tetamu dihari raya.
Ditulis oleh : 
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 8 orang

Bahan-Bahan:

  • 200 gram tepung florentine
  • 150 gram kepingan badam (sliced almond)
  • 50 gram kuaci putih (sunflower seed)
  • 100 gram kuaci hijau (pumpkin seed)
  • 2 sudu besar bijan hitam







Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 160°C.
  2. Bakar kekacang selama 5 minit atau sehingga masak rangup.
  3. Angkat dan sejukkan. Gaulkan sebati tepung florentine bersama kekacang dan bijan hitam. Tuang ke atas loyang berukuran 14"×14" yang dilapikkan dengan kertas parchment. Tujuannya ialah supaya biskut tidak melekat nanti. Kalau oven anda kecil, boleh bahagikan kepada 2 loyang dan bakar berasingan.
  4. Bakar pada suhu 16°C selama 10 minit. Angkat dan terus potong kepada saiz kecil ketika masih panas. Kalau dah sejuk nanti biskut akan pecah. Potong dengan menggunakan pizza roller atau pisau panjang.
Tips:
Kalau tak jumpa tepung florentine, boleh cuba cari tepung bienetta. Kedua-duanya boleh digunakan untuk biskut ini.

Resepi Biskut Raya Wafer Coklat

Resepi Biskut Wafer Coklat



Bahan-Bahan:
100 gm coklat masakan
750 gm tepung
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh soda bikarbonat
½ sudu teh garam 185 gm garam
185 gm gula perang
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Cara:
Pukul mentega, gula, telur dan vanila hingga kembang. Masukkan coklat cair dan gaulkan tepung, serbuk penaik, soda dan garam hingga sebati. Bentukkan sebesar guli dan golekkan dalam gula castor. Bakar hingga masak dan sejukkan dahuku sebelum disimpan.

Resepi Biskut Raya Walnut Rangup

Resepi Biskut Walnut


Bahan-Bahan:

250 g mentega lembut
100 g gula aising
2 camca teh serbuk kopi segera, dibancuh bersama 1 camca besar air
280 g tepung serba guna, diayak 150 g walnut, dihancurkan
50 g serpihan coklat
Acuan cawan kertas secukupnya
Walnut panggang secukupnya

Cara:

1. Putar mentega lembut bersama gula aising hingga ia kembang. Masukkan bancuhan serbuk kopi segera bersama tepung, gaul hingga ia sebati. Masukkan walnut bersama serpihan coklat, gaul hingga ia sebati.

2. Masukkan 1 camca teh adunan di dalam acuan cawan kertas. Bubuh walnut di atas adunan. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180'C, 15 minit.

Resepi Biskut Raya Rambu RambabRangup

Resepi Biskut Warna-warni Rangup


Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung jagung } diayak
1 cawan mentega
1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit sugar strands } hiasan

Cara membuat:

1. Kacau mentega dan gula halus hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata
3. Masukkan tepung jagung dan diuli
4. Canaikan adunan dan terapkan bentuk yg anda suka
5. Sapukan kuning telur di atasnya
6. Kemudian hiaskan di atasnya dgn gula urai warna warni
7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak kemudian sejukkan atas rak

Resepi Biskut Raya White Truffle Sedap

Resepi Biskut White Truffle Sedap




Biskut White Truffle Sedap

Bahan A
160gm mentega
1/8 teh esen vanilla
60gm gula aising
secubit garam

Bahan B (diayak bersama)
180gm tepung gandum
10gm serbuk koko
25gm tepung jagung
15gm tepung kentang
1 1/2 sudu besar susu tepung
1/8 sudu teh serbuk penaik
50gm kacang tanah (panggang dan dikisar halus)

Bahan C
90 biji kacang - panggang (utk dimasuk ke dlm doh)

Hiasan : Coklat masakan putih, coklat rice berwarna, dan cwn kertas.

Cara-cara:
1. Pukul bahan-bahan A sehingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan bahan B dan uli menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sebiji kacang yg telah dipanggang dan salut dgn doh menjadi bulat membujur.
4. Susun didlm loyang pembakar dan bakar pd suhu 150c selama 15 minit.
5. Sejukkan. celupkan biskut ke dalam coklat masakan dan masukkan ke dalam cwn kertas, taburkan coklat rice utk hiasan.

Resepi Biskut Raya : Chocolate Vanilla Viennese Cookies

Chocolate Vanilla Viennese Cookies
Resepi Chocolate Vanilla Viennese Cookies yang mempunyai dua perisa di dalam satu biskut iaitu coklat dan vanila. Viennese cookies adalah berasal dari eropah dan mempunyai tekstur yang ringan dan bermentega. Resepi biskut ni amat mudah, tetapi kesedapan biskut sangat bergantung kepada kualiti butter (mentega) yang digunakan. Doh pula haruslah lembut supaya senang di paipkan ke atas loyang. Selalunya biskut menggunakan gula kasor, tetapi untuk biskut yang dipaip sebegini, gula ising digunakan supaya doh licin, lembut dan menghasilkan biskut yang gebu. Kemahiran piping tidak perlu terlalu tinggi, sebab lepas bakar biskut ni pasti cantik. Sangat sesuai dihidangkan di hari raya buat tetamu istimewa anda :)
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 20 biji

Bahan-Bahan:

  • 175g (3/4 cawan) unsalted butter
  • 40g (3 sudu besar) gula ising
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
  • 40g (3 sudu besar) tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven kepada suhu 170°C.
  2. Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.
  3. Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
  4. Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.
  5. Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.
  6. Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.
  7. Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.
  8. Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Coklat Mocha

Biskut Coklat Mocha
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 80 biji

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk biskut:
  • 200g mentega
  • 50g shortening
  • 150g gula perang
  • 1/2 sudu besar paste cappucino
  • 40g putih telur
  • coklat chip untuk hiasan (Che Nom guna white choc chip)
Bahan untuk diayak:
  • 340g tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/4 sudu teh emplex
  • 10g serbuk koko
















Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk biskut :
  1. Pukul mentega hingga lembut dan putih kemudian masukkan gula dan paste cappucino dan pukul sebati.
  2. Masukkan putih telur, teruskan pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan 2 jam atau lebih (Che Nom rehatkan 1 jam sebab tak cukup masa).
  4. Masukkan doh ke dalam acuan terap dan terap di atas dulang pembakar yand dilapik dengan kertas minyak (kak Wan gunakan nozzle 866 untuk picitkan doh). Hias dengan white coklat di tengah-tengah.
  5. Bakar pada suhu 170°C selama 10-15 minit.
  6. Angkat dan sejukkan, kemudian baru simpan di dalam bekas kedap udara.

Wednesday, June 22, 2016

Resepi Cara Buat Biskut Raya : Comot Coklat

Resepi Biskut Comot Coklat


BISKUT COKLAT COMOT

Sumber : Mesra.Net

Bahan-bahan :
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
3 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum 1 sudu kecil esen vanilla
cooking chocolate
sekilo kacang tanah digoreng dan ditumbuk

Cara-cara : 
1) Pukul mentega dan gula hingga sebati
2) Masukkan telur dan kacau rata.
3) Masukkan esen vanilla dan kacau lagi
4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, kacau sebati hingga menjadi doh
5) Bentukkan bulat-bulat dan bakar hingga kekuningan suhu tu agak2 la ya...dalam 150' - 160' selama 15 - 20 minit @ bergantung pada oven memasing
6) Masakkan cooking chocolate ke dalam periuk dan dipanaskan di atas air yang mendidih
7) Setelah cooking chocolate cair, masukkan biskut yang telah dibakar tadi ke dalam periuk dan golekkan biskut dengan sudu di atas chocolate ini
8) Keluarkan biskut ini dan golekkan ke atas kacang tanah yang telah ditumbuk
9) Akhir sekali masukkan biskut ini kedalam paper cup

Jom Hasilkan Balang Kuih Raya Berhias Sendiri



Sempena sambutan hari raya akan datang, hasilkan balang kuih raya berhias anda sendiri. Berikut tutorial gubahan balang kuih raya yang pernah yang pernah keluar di rancangan Wanita Hari Ini untuk  rujukan..




Resepi Cara Buat PAJERI BOMBAY

PAJERI BOMBAY

oleh : mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
2 biji nenas madu
3/4 camca teh serbuk kunyit
2 biji bawang besar, hiris kasar
3 biji bawang putih, diketul
1/2 inci halia, hiris halus
2 biji cili merah, hiris serong
2 camca besar cuka makan
1 camca besar gula pasir
1 batang kulit kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
3 biji buah pelaga*
4 kuntum bunga cengkih*(*rempah tumis)

Cara membuatnya :-)
  1. Kupas nenes, belah 4, buang empulur dan potong sederhana besar. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tulis rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit. Masak hingga bawang layu.
  2. Tambah cuka, gula dan sedikit garam, gaul rata dan bila nampak pekat, masukkan nenas dan hirisan cili merah, tuang sedikit air jika perlu dan masak hingga nenes lembut sedikit. Rasa dan jika ok boleh diangkat.

Resepi Cara Buat BUAH MELAKA Lembut & Sedap

BUAH MELAKA

oleh : mat gebu

Bahan-Bahannya :-)
500 g tepung pulut
1 1/2 cawan air (kurang lebih)
1 camca teh pandan paste
Gula Melaka dipotong kiub, secukupnya
Kelapa kulit basah, diparut putih
Sedikit garam

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan tepung pulut dalam satu bekas, tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg tidak melekat di mangkuk adunan. Tambah pes pandan dan uli hingga rata.
  2. Ambil lebih kurang 1/2 camca besar doh. Isi kiub gula melaka, cantumkan dan bulat2 seperti guli. Buat hingga siap. Rebus dalam air mendidih hingga kuih timbul dan biar masak lagi selama 1 minit.
  3. Angkat dan toskan, golekkan dalam kelapa parut yang telah digaul sedikit garam. Buat hingga siap dan boleh dihidangkan.

50 Life Hacks That Make Life Easier – Part1

Want to learn some quick and easy life hacks that are easy to do, low cost and saves you time? You’re in luck. We have collected 100 of these practical life hacks into this one big list that is easy to digest because they’re all images! By tweaking little things, it can make your life much easier. Enjoy!
If you liked this post then check out Part 2:

1.

83 tie a small piece of bright colored fabric

2.

84 write random letter

3.

85 use a rubberband

4.

86 dorm smell bad

5.

87 lean your phone on your sunglassess

6.

89 how to waterproof your shoes

7.

90 take a picture of the name card

8.

91 iron inside out

9.

92 old newspaper

10.

93 tumble try shoes

11.

keep a card like this

12.

SONY DSC

13.

94 soap bar

14.

95 make a hole

 15.

96 drop the battery

16.

97 use a coozie

17.

98 when taking a picture

18.

use a clean dust pan

 19.

try a pants hanger

 20.

use your cellphone light

21.

use a spring from an old pen

22.

quick and easy iphone speaker

23.

user binder clips

24.

wrap a wet paper towel around your beverage

25.

put pancake mix in a ketchup bottle

 26.

clean out an old lotion bottle for your beach

 27.

use a muffin tin to serve condiments at a bbq

 28.

doritos are great for kindling

29.

use nail polish to identify different keys

30.

use a hanging shoe rack to store cleaning supplies

31.

freeze grapes to chill white wine without

 32.

use paper clips to organize your cables

33.

almost finished your jar of nutella

34.

sick of having a box full of tangled

35.

unroll the rim to increase the capacity

36.

cut open toilet paper rolls and use as a cuff

37.

remove the stem from strawberries

 38.

turn an old bottle into a simple little cord holder

39.

for iced coffee and iced cappuccino, use frozen coffee cubes

40.

how to fold a fitted bed sheet

 41.

tired of snoozing past your alarm

42.

place a rubber band around an open paint can to wipe your brush on

 43.

ut a wooden spoon across a boiling pot

44.

use bread clips to save flip-flops

 45.

take pictures of friends holding items

46.

how i always know which headphone is the left one

47.

put a stocking over the end of a vacuum

 48.

How to make sure you drink enough water

49.

user a can opener to open blister

50.

good sandwich guide
Source: Life Hacks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More