Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Wednesday, May 11, 2016

Xiaomi Memperkenalkan Mi Max – Telefon Pintar Nipis Dengan Skrin Bersaiz 6.4-inci

Bersama-sama dengan pengenalan sistem operasi MIUI8 yang terbaru, pihak Xiaomi juga turut telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dan dengan skrin paling besar daripada Xiaomi, iaitu Xiaomi Mi Max.
Xiaomi Mi Max
Xiaomi Mi Max hadir dengan rekaan yang nipis, iaitu hanya setebal 7.5mm sahaja, serta menawarkan skrin bersaiz 6.44-inci dengan resolusi HD Penuh. Terdapat dua versi Mi Max yang menggunakan dua pemproses berbeza. Versi pertama diperkasakan pemproses lapan terasSnapdragon 652, RAM sebesar 3/4 Gigabyte dan muatan dalaman 64/128 Gigabyte. Dari segi kemampuan optik pula ia dilengkapi kamera utama 16 Megapixel f/2.0 dengan sistem pemfokusan PDAF dan kamera hadapan 5 Megapixel f/2.0 lensa sudut lebar. Bateri sebesar 4850 mAhdisertakan bagi memberikan tempoh penggunaan yang panjang.
Versi kedua mengekalkan kesemua spesifikasi di atas dengan perbezaan pemproses enam terasSnapdragon 650, RAM 3 Gigabyte dan muatan dalaman 32 Gigabyte. Kesemua model menyokong penambahan memori dalaman sehingga 200 Gigabyte menggunakan kad MikroSD. Sedikit mengecewakan seperti Redmi Note 3, Mi Max hanya boleh merakam video pada resolusi maksimum HD Penuh. Kedua-dua Snapdragon 652 dan 650 mampu menyokong rakaman pada resolusi 4K.
Mi Max menggunakan rekaan berasaskan logam, dan pada bahagian belakangnya diposisikan pengimbas cap jari untuk tujuan sekuriti tambahan dan memastikan data anda tidak diakses pengguna pihak ketiga. Sokongan pemancar infra merah disertakan tetapi seperti pada Redmi Note 3 tiada pula sokongan NFC.
Xiaomi Mi Max
Xiaomi Mi Max
Xiaomi Mi Max
Dengan skrin bersaiz besar ini juga, pengguna boleh mengikuti lebih banyak kandungan menggunakannya, selain sangat sesuai untuk menikmati video mahupun memainkan permainan.
Xiaomi Mi Max juga turut menyertakan mod sebelah tangan seumpama pada Mi Note sebelum ini, membolehkan pengguna menjadikan skrin paparan bersaiz kecil supaya boleh dicapai untuk ditaip menggunakan sebelah tangan.
Dari segi sistem operasi pula ia menggunakan Android 6.0 Marshmallow dengan pelancar MIUI 8. Terdapat tiga pilihan warna iaitu perak, emas dan kelabu gelap. Dari spesifikasi yang disahkan ini tidak melampau mengatakan Mi Max hanyalah sebuah Redmi Note 3 yang diberikan beberapa penambahan kecil dan skrin yang jauh lebih besar. Dari segi harga pula Mi Max Snapdragon 650 dengan RAM 3 GB dijual pada harga RMB 1499 (~RM 934). Mix Max Snapdragon 652, RAM 3 GB dan muatan dalaman 64 GB dijual pada harga RMB 1699 (~RM 1060). Akhir sekali versi paling premium Snapdragion 652, RAM 4 GB dan muatan dalaman 128 GB dijua pada harga RMB 1999 (~RM 1246).Ia akan mula dijual di China 17 Mei hadapan. Seperti biasa tarikh penjualannay di Malaysia masih belum diketahui.
Harga jualan yang ditetapkan menarik dan mampu milik. Apa pula pendapat anda? Gembira dengan Mi Max ataupun sedikit kecewa kerana ia tidak diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 820 seperti yang ura-urakan sebelum ini?

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More