Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, May 30, 2016

Resepi Cara Buat TEH KRISANTIMUM YEO'S SELASIH DAN LAICI

TEH KRISANTIMUM YEO'S SELASIH DAN LAICI

rsz_tksry

Kurang lebih 10 hari lagi umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang mulia.  Masa tu suri rumah pasti mula sibuk memikirkan juadah untuk dihidangkan pada waktu berbuka. Selain juadah, minuman paling menjadi keutamaan. Bukan tak boleh beli di bazar-bazar Ramadan, tapi lebih bagus jika kita boleh buat sendiri di rumah. Che Mat, lebih suka yang ringkas dan senang dibuat. Apa tah lagi bagi mereka yang bekerja, kalau boleh nak yang cepat disediakan dan paling penting sedap. Ok, kali ni admin nak kongsikan satu resipi minuman paling ringkas untuk anda cuba. Bukan sahaja sesuai di bulan Ramadan, tapi boleh dihidangkan pada setiap masa…

rsz_tksry1-tile

Minuman penyegar tekak  ini admin beri nama Teh Krisantimum Yeo’s Selasih Dan Laici. Buatnya sangat senang, anak-anak pun boleh buat, janji ada Teh Krisantimum Yeo’s dan bahan-bahan mudah seperti dalam gambar tu. Hidangan ini untuk seorang, kalau nak buat lebih anda boleh tambah lagi ikut kesesuaian. Antara yang diperlukan ialah...

oleh : mat gebu 

1 kotak kecil (250 ml) Teh Krisantimum Yeo’s
Buah laici secukupnya
1 camca teh biji selasih, direndam dalam 1/3 cawan air panas hingga kembang
Ais kiub secukupnya

CARANYA : - Masukkan secukupnya ais kiub dalam gelas. Tambah buah laici secukupnya (kurang lebih 4 – 5 biji buah laici untuk segelas). Tuang Teh Krisantimum Yeo’s hingga hampir penuh dan sudukan biji selasih yang telah kembang tadi atasnya. Hias ikut kreativiti dan boleh hidangkan. Sedap dinikmati sejuk.

Yang bagusnya Teh Krisantimum Yeo’s ini telah dikurangkan kandungan gulanya jadi ia kurang manis, tanpa bahan pengawet dan cara mereka mengekstrak teh krisantimum itu sendiri dengan teknik merenih atau dimasak perlahan dengan api kecil. Ini lebih menyihatkan dan yang Che Mat tau, Teh Krisantimum juga dapat menurunkan panas dalam badan. Bagi pengguna Muslim, jangan risau Teh Krisantimum ini HALAL dan senang cerita semua produk Yeo’s memiliki sijil HALAL yang sah. Boleh dimakan atau diminum tanpa was-was.

Sempena Ramadan, Yeo’s akan mengadakan kempen – Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua. Ini satu inisiatif dari Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) sebagai peneraju pengeluar makanan dan minuman untuk menggalakkan orang ramai menderma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini nanti akan ditukar ke bentuk wang tunai dan disalurkan ke enam buah rumah anak yatim piatu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Penyumbang juga berpeluang memenangi duit raya mencecah RM 58,000!!...lumayan sangat!..

Sebagai tanda sokongan, kempen Yeo’s Ceria Beramal Bersama Bintang Dan Menang Duit Raya Musim Kedua ini turut menampilkan selebriti-selebriti tanah air seperti Kaka Azraff, Heliza Helmi, AG, Shukri Yahya, Feeya Iskandar dan Faizdickie, memang meriah. Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi 1300-80-2828 atau terus ke laman web Yeo’s diwww.yeos.com.my ….Selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat beramal kawan-kawan semua

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More