Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (317) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (662) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (359) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (375) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Tuesday, May 3, 2016

Resepi Cara Buat NASI AYAM Sedap

NASI AYAM


oleh : mat gebu

Bahan Utama :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit
6 cawan stok ayam (resipi dibawah)
2 helai daun pandan
2 inci halia, dititik
2 ulas bawang putih dititik

Bahan Stok Ayam :-)
500 g rangka ayam
2 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuib ayam "MAGGI"
2 batang serai
2 helai daun bay
1 biji bawang besar, dibelah 4
1 sup bunjut Adabi*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*untuk kegunaan kemudian)

Bahan Perap Ayam :-)
3 keping dada ayam, cuci bersih, dan kelar2
2 inci halia*
3 ulas bawang putih*(*tumbuk lumat)
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam

Bahan Sos :-)
4 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
2 biji tomato*(*dikisar halus)
2 camca besar cuka makan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 camca besar gula
Garam secukup rasa

Bahan Lain :-)
Daun salad
Timun
Tomato
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK STOK :- Rangka ayam dicuci bersih dan masukkan dalan periuk bersama semua bahan2 untuk stok kecuali serbuk lada hitam dan sup bunjut. Tuang 3 liter air, masukkan garam dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih 30 - 45 minit. Tambah sedikit lagi air jika perlu. Kemudian asing kan 6 cawan stok tadi untuk memasak nasi. Tambah sup bunjut dan serbuk lada hitam pada lebihan stok, didihkan 15 - 20 minit lagi.
  2. UNTUK AYAM :- Gaul semua bahan2 perap untuk ayam, tambah garam anggaran 1/2 camca teh, gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 2 jam. Kalau semalaman lagi sedap. Ayam boleh dipanggang atau digoreng hingga masak. Kalau goreng guna api sederhana.
  3. UNTUK SOS :- Campurkan bahan kisar halus bersama sos cili, sos tomato, gula dan garam. Masak atas api perlahan hingga pekat. Tambah cuka dan gaul rata. Masak sekejap lagi dan sesuaikan rasa. Angkat dan sejukkan.
  4. UNTUK NASI AYAM :- Toskan beras tadi dan masukkan dalam rice cooker, tuang stok ayam dan masukkan daun pandan, halia dan bawang putih titik tadi. Masak seperti biasa. Bila nasi masak, gemburkan nasi menggunakan chopstick...
  5. CARA MENGHIDANG :-Ayam tadi dipotong kepada bahagian2 kecil, ceduk kuah sup dan tabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Senduk nasi ke dalam pinggan, hias dengan daun salad, timun dan tomato. Hidangkan bersama ayam, sos dan sup....boleh lah menjamu selera.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More