Blogroll

Senarai Tajuk

Agama (500) Al-Quran (24) Amazing (284) Anak (50) Bahaya (59) Berita Dunia (1) Biskut Raya (68) Contest (1) Crazy (125) Doa (14) Download (74) E-Book (4) Fotografi (4) Garage Sale (3) Hiburan (316) Hidayah (26) Hot's (178) Ibadah (26) Info (660) Jahitan (7) Jawatan Kosong (2) Jimak (2) K-Pop (30) Kenderaan (148) Kesihatan (167) Kisah Benar (19) Kisah Sufi (47) Kitab (9) Lawak (93) Misteri (44) Most (67) Movie (85) Nabi Muhammad S.A.W (54) Ngeri (174) Novel (10) Pelancongan (2) Pelik (131) Pendidikan (405) Peraduan (1) Personal (165) Pertahanan (9) Rawatan Islam (6) Renungan (115) Resepi (357) Scarf / Shawl (8) Sejarah (38) Semasa (283) Sempoi (297) SEO (4) Seram (35) Sukan (222) Syiah (4) Teknologi (366) Tips (77) Top (10) Tudung (14) Tutorial (96) Ulama (54) Ustaz Azhar (35) Video (7) WallPaper (1) Yahudi (29)

Promosi Terbaru!!! Sila Klik Dibawah!!!

Monday, May 9, 2016

Resepi Cara Buat MEE KARI Sedap

MEE KARI


oleh : mat gebu
Bahan-Bahannya:-)
500 g daging
2 keping fish cake, dihiris nipis
1 batang lobak merah, didadu
5 batang putih jagung, hiris serong
2 biji kentang, kupas, didadu
2 biji tomato, potong kecil
10 biji tauhu "pok", dipotong dua
1 cawan santan pekat (mat guna santan kotak)
3 camca besar rempah kari
1 camca besar cili kisar
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 keping asam gelugor
Garam dan gula seckup rasa

Bahan Kisar :-)
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
1 cm halia
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 inci kunyit hidup (atau 1 camca teh serbuk kunyit)

Bahan Tumis :-)
4 biji bawang merah kecil, dihiris
2 biji bawang putih, dihiris
2 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang

Bahan Sampingan :-)
Taugeh, dibuang ekor
Telur rebus, dibelah dua
Hirisan daun sup/daun bawang
Hirisan cili merah/hijau
Bawang goreng
Limau kasturi, dibelah dua

Cara membuatnya :-)
  1. Daging dihiris nipis, rebus hingga empuk dan ketepikan. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum. Masukkan cili kisar, masak sekejap dan masukkan bahan2 kisar, serbuk lada hitam dan rempah kari. Masak hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.
  2. Masukkan daging, hirisan fish cake, kentang, lobak merah dan putih jagung gaul rata dan tuang air rebusannya. Bila kentang hampir lembut, masukkan belahan tomato, tauhu pok dan asam gelugor. Biar mendidih.
  3. Perlahankan api dan tuang santan pekat, kacau hingga rata dan tambah garam serta gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit dan sesuaikan rasa. Jika ok boleh matikan api.
  4. PENYEDIAAN MEE KARI :- Mee kuning dicuci dan celur 30 saat, angkat dan toskan. Ambil mee kuning dan isi dalam bekas sesuai, cedok kuah serta isi2nya ke atas mee tadi. Tabur taugeh, hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili hijau/merah. Hias dengan telur rebus dan limau kasturi sebelum dihidang kan.

0 comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera! Terima kasih atas kunjungan..Semoga ada manfaat bersama..Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus 2016

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More